Kerana Rindu.

Bismillahir rahmanir rahim. 

Ya Ilahi pemilik roh dan jasadku,
Berikanlah hambaMu ini ilham untuk menulis
dengan kata-kata susunan indah,
Berikan hambaMu ini ilham untuk menghimpun
kalimah terbaik,
Dalam menggambarkan keagungan, 
kebesaran dan keasyikan mencintaiMu.
Berikan diri ini ilham
untuk menyentuh hati hamba-hambaMu, 
Agar mereka menitiskan air mata
atas rasa cintanya mereka kepadaMu, ya Khaliq. 
Agar mereka dapat merasai...
manisnya rasa mencintaiMu melebihi segala apapun
nikmat yang Engkau kurniakan di dunia ciptaanMu ini. 
Redhailah niat hambaMu ini ya Allah.

Aku menulis kerana rinduku kepadaMu, kepada RasulMu juga kepada syurgaMu.
maka saksikanlah, ya Tuhanku. 
Semuanya keranaMu, insyaAllah.

:)
-30 Ramadhan.