Saturday, August 18, 2012

Minal aidin wa faizin.

...dan entah kenapa waktu nak susun biskut-biskut raya ke dalam balang tadi, hati ni menjadi walang. Bibir tanpa sedar dah mencebik, air mata mengacah untuk mengalir. Untuk pertama kali, aku sedih bila tahu Ramadhan dah nak pergi.

I know I'm going to miss Ramadhan when it's gone, but I feel like I'm not making the most of it. -KhadimulQuran.

Rasa sebak ini, rasa lemas ini, rasa sesak ini, harus aku nukilkan bagaimana--
Seolah sang kekasih bakal pergi meninggalkan,
dan sang pencinta tidak ikhlas ini,
tidak tahu apa Tuhan akan benarkan mereka untuk ketemu lagi.

Mungkinkah?

Allahu Allah, ya muqallibal qulub...
Tsabbit quluby 'ala deenyk.
Wahai pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.

Semoga. :')
Taqabbalallahu minna wa minkum, minal aidin wa faizin.

Ps; I don't think I deserve to celebrate the Eid this time around. You, young lady, has no right, no right at all.