Sunday, August 5, 2012

Kau pernah tak?

I

"Pernah tak bila kau buat dosa lepas tu kau menggigil takut murkanya Tuhan tengah menanti? Takut Tuhan takkan bagi kau peluang untuk dekat dengan Dia lagi? Sebab kau tahu dosa dan kebaikan macam air dan minyak yang takkan pernah boleh bersatu sampai mati.

Pernah tak?"

II

"Pernah tak bila kau dah jauh sangat dengan Tuhan, kisah-kisah mereka yang kembali pada Tuhan, kembali pada fitrah yang sukakan kebaikan, buat kau rasa nak menangis sesungai dua, kenapa kau tak sekuat diorang untuk ikut pulang pada Dia?

Pernah tak?"

III

"Pernah tak rasa sakit bila kau dah sayang seorang lelaki separuh nyawa, dan takdir Dia, kau mula kenal Tuhan, lalu kau tinggalkan dia demi Dia yang Lebih Kuasa? Sebab kau tahu hati cuma ada satu, dan takhtanya tak boleh terbahagi dua.

Pernah tak?"

IV

"Pernah tak kau jatuh, bangun, jatuh, bangun berulang kali, lalu satu masa kau biarkan diri jatuh terlalu lama dan hilang arah, sampai terlupa kau perlu bangun? Sebab kau rasa penat untuk mulakan segalanya dari A, sebab kau rasa kalau kau bangun balik pun kau bakal jatuh lagi?

Pernah tak?"
___________________________________________________________________

How can you love when you are afraid to fall? How can you prove to Allah that you are in love with Him, if you have not been tested with difficulties to hold on onto Him?

Reminder to self through and through and I basically rambles regarding anything that I had on my mind while waiting for Sahur.

O Allah! May You strengthen the imaan of everyone who read these writings of mine. I didn't know their problems, You do. So may You indulge them with Your blessings, with joy, perseverance, Sabr, and may they be the chosen ones to be bestowed Jannatul Firdaus upon them.

Ameen, inshaAllah.
x