Friday, January 20, 2012

Do I have to put my feelings into words, for you to understand?

Bismillah~

'Kau dah lain.' kata seorang kawan, lelaki.

'Dulu aku macam mana?' bertanya.

'Dulu kau okay je.'

'Sekarang?'

'Entah. Lain. Dah tak macam dulu. Aku rasa kau ni kena jadi diri sendiri. Tak payah nak ikut surrounding kau sangat. Be your usual self.' si kawan lelaki tadi menjelaskan.

'Jadi diri sendiri?' terkebil-kebil, dalam hati dah ternganga.

'Ha ah lah. Jangan nak awkward sangat dengan aku, dengan lelaki lain.'
_________________________________________________________________________

Kau, adalah seorang lelaki... *tarik nafas dalam, hembus.*

36,000 perkataan dalam kamus kalau aku cantumkan pun belum tentu dapat buat kau faham 'fasa' yang tengah aku lalui. Kalau ayat terakhir tu definisi 'Jadi diri sendiri' untuk kau, aku rasa macam lagi rela jadi 'lain'.

Fine, aku memang dah tak reti duduk semeja dengan lelaki, sebelah apatah lagi. Aku dah hilang minat nak jadikan bertekak dengan lelaki sebagai hobi. Aku dah tak rasa berjalan berdua dengan lelaki tu menarik hati. Yes, I no longer find those things amusing.

Aku dah hilang seni.

Kau, sebagai kawan aku, tak boleh tolong aku untuk jadi perempuan yang lebih baik...? Apa perlu aku rayu pada semua lelaki? :'(
.
.

Dan nasihatku tidak akan bermanfaat bagimu sekalipun aku ingin memberi nasihat kepadamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. -surah Hud, verse 34.

x