Sunday, July 31, 2011

1 Ramadhan 1432H.

Bismillah~

Alhamdulillah wa syukurlillah, kita masih dipinjamkan jasad, roh dan nyawa untuk menghadapi malam ni :') You know, the past few weeks before Ramadhan, news feed di Fesbuk saya beratur dengan ucapan takziah dan al-Fatihah untuk insan-insan yang lebih dulu dipanggil menghadap Ilahi-- insan-insan yang tak lagi diberikan peluang untuk berada dalam rangkulan nikmatnya ber-Ramadhan... Allah.

Dan sedari tadi saya mencari tulisan-tulisan saya yang lama- yang bertarikhkan 1 Ramadhan 1429H, 1430H dan 1431H. Jujurnya saya segan bila membaca~ Terasa nak hentak kepala sendiri apalah begitu senget sekali rasanya sampai tulisan untuk 1 Ramadhan pun macam tu sekali isinya. Hah.

*terdiam kejap.

Tapi tulisan pada tahun 1430H tu walaupun isinya terasa senget dan sengal sengal ubi, ada sesuatu yang buat saya terusik. Azam yang saya sisipkan bersama Ramadhan pada tahun tu terasa nak di-copy-paste kat sini [NAK LETAK SATU JE DARIPADA LIMA]. Tunggu sat.

Okay.

Melancarkan OPS Malas Sifar ke atas diri sendiri untuk bersolat tarawikh~ [maknanya sangat berharapan bahawa tahun tu tak ada dah malas malas nak berebut rahmat Tuhan dengan mereka yang lainnya. Bukankah kalau sudah ponteng satu malam akan berasa macam hendak ponteng bermalam-malam? Hah!]

Jadinya alang-alang dah letak azam dua tahun lalu, saya nak tajdid azam pulak untuk tahun ni. Tahukah Anda? [ini blog kah atau majalah?] Tajdid niat tu juga satu ibadah ^_^

Teringin untuk khatam 30 juzu' untuk 30 hari yang penuh cinta ni (dengan izin Allah dan moga saya diberi kekuatan! *perkataan akhir tu kena diberi penegasan sikit)

Seperti tahun lepas, berqiyam di masjid biru dengan cinta hati [baca: sahabat fillah saya] untuk 10 malam terakhir Ramadhan :') Moga kali ini Tuhan masih izinkan Allah Allah Allah.

Merajinkan diri. Merajinkan diri. Merajinkan diri. *ini perlu diucap tanpa henti.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk mendapat kejayaan dalam School of Tarbiyyah kali ini, inshaAllah!
Dan semoga kita jadi tetamu Ramadhan yang paling dikasihi~ Hiii.

P/s: Shout out untuk cinta hati saya yang kini masih ada di Iskandariah, Mesir! Bie, cepat balik sini please please! I'm in need of your presence here :'( Bogoshipossoe!

Wednesday, July 27, 2011

al fatihah.

Bismillah.

That feeling when you woke up in the morning, while saying; Alhamdulillaahilladzii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaihinnusyuur, and smiled. That wonderful feeling *smiling. A declaration made stating that you praised Allah for giving you another day to live a life and acknowledge His power. Subhanallah~

Do I really have all the time in the world? Well, I know that I could be dying anytime soon, regardless how my health conditions are, regardless how old I am this year. For He knows best how and when. :') And I know that you knew too!

Did you know that every single day, with or without you notice:
1. You praised Allah Taala?
2. You actually acknowledge His merciful towards you?
3. You also acknowledge that there is a Day of Judgment?
4. You worshipped Allah and you asked for His guidance?
5. You actually asked Him to guide you to a straight path? Or led you to a pious man that will bring you closer to Him?
6. A path that many people has succeed before you and not the people who have been given guidance but went astray?

Did you notice or you did not?
All the questions I asked above is basically already written as the first surah of al Quran al Kareem. ;)

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَ‌اطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَ‌اطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ‌ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧


The first time I heard about this I find it very stunning and I am stunned! ^_^

Kembara Hati #3

Bismillah~

Assalamualaikum sayang...” ucapan salam itu tak pernah tak membuahkan senyuman dari bibirnya. Asyiqa segera turun daripada kereta dengan bertelekung dan berlari menuju ke gazebo di taman. Sempat dia menjeling melihat reaksi abahnya... abah tersenyum kelat sebelum memandu kereta meninggalkan kawasan rumah untuk bersolat tarawikh di masjid berhampiran bersama ummi dan kakaknya.

Waalaikumsalam... Aww..” Asyiqa menjawab dan mahu menyambung bicaranya tapi Zahin lagi lekas memotong. “Sayanggg, rinduulah! Haish. Jampi apa sayang letak kat Yen ni hah sampai dah setahun kita couple pun Yen still ada perasaan macam first day kita declare dulu?” suaranya yang sengaja dileretkan tu seperti biasa, mengundang debar di dalam dada Asyiqa.

Haih, cakap orang kau tu apa kurangnya! Entah serapah apa kau hembus kat aku entah! Gerutu Asyiqa geram. Geram? Kenapa menggelegak aje rasanya badan ni? Nak kata aku hidup dalam cerek tak ada lah pulak. Oh dah tentu, kata-kata tu hanya berlegar di fikirannya. Akalnya masih mampu menapis.

Mana ada Syiqa jampi apa-apa... Sayang tu penyakit angau overdose~” Suaranya cuba dilunakkan untuk menjadi ‘santapan’ telinga Zahin. Gelak tawa lelaki itu berderai. “Overdose? Apa sayang ingat angau tu macam heroin, morphine, ke? Ada pulak overdose bagai...” tawa Zahin masih bersisa di hujung ayatnya.

Sayang tengah buat apa? Tak pergi solat tarawikh...? Kenyang sangat ek?” Berhati-hati dia menukar topik perbualan dan menyoal soalan itu pada Zahin, takut buah hatinya terasa. Rajuk Zahin boleh tahan juga kPi-nya.

Ha ah Yen kenyang sangat makan banyak tadi. Lagipun malas la baby. Mama beli macam-macam kat bazar tu. Yen dengan papa kena habiskan semua. Tahu je lah mama dengan Melisa tu. Diet, jaga badan aje semedang! Papa dengan Yen dibaginya jadi tong dram.” Rungutan yang pasti disertai dengan muncung yang dibuat dengan mulut comelnya dapat Asyiqa bayangkan. Dia ketawa kecil, membayangkan badan Zahin menjadi seperti tong dram. Hahaahahadoii.

Cakap pasal solat tarawikh, benda ni sunat la sayang. I don’t think it’s a big deal kalau tak pergi. Memanglah rugi tapi kalau mama dengan papa Yen pun tak pergi tarawikh tu, takkan lah Yen nak pergi. Apa pulak kata diorang nanti. Kot-kot dikatanya Yen buang tebiat atau anak derhaka pulak...” ada nada gurauan dihujung kata-katanya.

Em... ohh.” Tawa Asyiqa yang kedengaran sejak tadi tiba-tiba mati! Dia memejamkan mata sebelum membukanya perlahan-lahan. Hanya itu yang mampu dibuat menjadi reaksinya. Dia tak tahu harus dikomen apa untuk ‘maklumat’ yang baru diterima tu. Otaknya gagal untuk proses! Aik, kenyang sangat ke sampai otak pun dah tak cerdas ni?

Sayang kenapa ni? Bad mood eh? Tak boleh puasa la tuuuu...” nada usikan Zahin itu tak mampu menggeletek hati Asyiqa seperti selalu. Dia rasa rimas. Tiba-tiba dah tak selesa melayan Zahin macam dulu.

Tak ada lah. Memandai je awak ni. Err, saya letak phone dulu lah. Bye.” Dan punat merah lekas-lekas ditekan sebelum menjauhkan telefon bimbit tersebut daripada dirinya. Mata Asyiqa merenung lama telefon bimbit yang kembali berdering. Talian akhirnya mati sendiri sebelum kembali berdering.

Kenapa perasaan aku pada Zahin dah lain...? Asyiqa tertanya-tanya sendiri, dan akhirnya dia tertidur di gazebo tersebut bersalutkan telekung di kepalanya.
.
.

Asyiqa terasa sengal di bahagian tengkuknya. Dikesat kelopak matanya dengan belakang tangan. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling. Heh? Aku tidur kat sini? Kepalanya didongakkan dan dia terpandangkan wajah yang sedang nyenyak tidur. Abah? Asyiqa menelan liur. Tidurnya di gazebo ni berbantalkan peha abah?

Berhati-hati dia mengangkat kepalanya supaya tidur abah tak terganggu. Telefon bimbitnya dicapai untuk melihat jam yang tertera pada skrin. 1.45 pagi. Mesej yang masuk sampai 10 tu dipandang sekilas. Asyiqa mengeluh melihatkan abahnya yang sanggup bermalam di luar dan tidur duduk demi menemaninya. Tangan abahnya dicapai, disalami dan diciumi sambil berbisik “Maafkan adik, abah...” sebelum tangan itu dilepaskan kembali.

Asyiqa tahu, dosanya terlalu menggunung pada abahnya tapi dia tak rasa ada yang dapat dilakukan untuk mengubah sikapnya. Bukan ke Allah dah takdirkan perjalanan aku sejak azali lagi? Jadi kiranya apa yang sedang berlaku pada aku ni pun dah termaktub dalam pengetahuan Allah Taala kan? So tak payahlah aku susahkan diri nak mengubahnya pulak. Dah takdir... nak buat macam mana ye tak?

Asyiqa akhirnya bergerak meninggalkan gazebo dan menuju ke biliknya. Telekungnya dibuka dan dilempar ke ampaian sebelum badannya direbahkan ke katil. Matanya ditutup dan dia cuba untuk kembali lena tapi tak berjaya. Aku belum solat Isya’ lagi... hati Asyiqa tiba-tiba terdetik akan perkara itu.

Oh, so you are gonna pray now? After all the hideous things you’ve done, and you call yourself a Muslim? You’re gonna go back and pray to Allah now, you hypocrite? You should be ashamed of yourself! What kind of double life are you living? Bisikan yang datang entah dari mana.

Asyiqa menggaru kepalanya yang tak gatal. Serabut! Badannya bergolek ke kanan dan kiri. Malam ni dia gelisah! Kenapa dengan malam ni? Selama ni nyenyak je aku tidur like it was nobody’s bussiness! Akhirnya dia bangun dan duduk di birai katilnya. “Yeah, I am a total hypocrite. I can’t stand before Allah and pray now...” Asyiqa menggumam perlahan.

Telefon bimbitnya dicapai dan dia mula membaca satu demi satu mesej yang pastinya dihantar oleh Zahin. Debaran di dadanya datang lagi.

Did I say something wrong syg? Or was it something I did? If I offended you in any ways, maafkan Yen syg? Tolong?

Syg, knpa ni? Yen call tk jawab. Pick up the call syg pls... Syg buat Yen risau.

Syg, klau marah Yen skalipun, jgn fikir bnyak sgt k? Nnti syg sakit. Awk tu bukan bole sgt stress. Migraine lg karang. I already misses you...

Tiba-tiba timbul rasa kasihan pada kekasihnya tu. Tak sanggup dia membaca baki 7 lagi mesej yang dihantar lelaki tersebut. Awak ni Zahin, kalau saya tak cukup kenal awak, mesti dah buruk sangka awal-awal yang awak ni kasanova nombor satu! Asyiqa tersengih sumbing. Dia perlu meminta maaf daripada lelaki ini nanti.

Seingat Asyiqa, sepanjang hubungan mereka yang setahun ni pun, lelaki itu tak pernah tak menjaga perasaannya. Dia je yang layan lelaki tu sambil lewa... Dia je yang ‘rajin’ menduga kesabaran Zahin... Dia je yang selalu biarkan lelaki tu menjeruk perasaan sendiri. Sedangkan lelaki tu tak pernah ambil hati dengan tingkahnya. Ayat favourite Zahin bila aku meminta maaf: “Anything for you, sayang. Anything for you.

Sungguh, Asyiqa mula membencikan dirinya yang sekarang ni. Asyiqa yang cepat terasa, Asyiqa yang sensitif, Asyiqa yang hampir nak hilang rasa pada Zahin, Asyiqa yang rasa Hazlyn tu biadap pada agama dan orang tuanya... Sungguh, dia takut! Ni musim pertukaran watak ke? Apa aku tengah nak bersalin kulit macam ular tu?

Tapi jauh di sudut hati, Asyiqa tahu... dia rindu untuk kembali pada fitrahnya!

#Bersambung, dengan izin Allah :)

Tuesday, July 26, 2011

mabuk dalam cinta Allah.

Bismillah.

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t.,

Maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad saw telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

P/s: Entri dipinjam daripada sini :)

Monday, July 25, 2011

25 Julai.

Bismillah.

Dua puluh tahun yang lepas, pada tarikh hari ni, saya dilahirkan :') Masa tu hari Khamis, jam 7.10 malam. Okay tak tahu apsal nak kena mention ini semua tapi lantak tepi. Saya yang berumur dua puluh tahun ni tahu saya dah besar panjang. Dah tahu cara nak berkuak lentang. Haha okay tak lawak.

Dan sebenarnya saya dah tak tahu cara nak berkuak lentang. Apatah lagi nak berenang (sebenarnya dah lupa -__-)... The truth hurts, I know. Tsk.

I don't really anticipate my birth date like I used to :) Dah perasan diri tu tua. Mungkin, hehe~

Kalau sepanjang sembilan belas tahun lepas ummi yang sibuk-sibuk kat dapur kelatang keletung masak setiap kali untuk birthday saya, ni bila dah masuk dua puluh, kena turn the table la pulak kan. So I woke up this morning with missions in my head. Wah!

Balik hantar adik-adik daripada sekolah je, saya sinsing lengan (mengacah sangat) dan mula bekerja keras di dapur untuk masak Soto Ayam dan Kek Batik. Masuk dapur pukul 8 pagi, keluar dapur pukul 4 petang. Ohoh saya tidak menyangka akan macam tu punya bersatu (konon) dengan dapur~ Pertama kali nak memasak soto, entah apakah rasanya. Rasa berdebar lah! Lagi-lagi nak membagi ummi dengan abah makan~ Selalu tu masak memang untuk diri sendiri dengan housemates je.

Okay sekarang dah petang ni of course lah semua pun dah siap, alhamdulillah~ Tinggal tunggu nak melantak je kejap lagi ni hihi. *Tak sabar nak merasa air tangan sendiri. Kat Mesir selalu la masak Mee Kari, Nasi Lemak bagai tapi feel memasak dia lain bila kat Malaysia ;)
.
.

Dua puluh tahun. I don't feel like terrifying that number like most people do. Ada apa dengan dua puluh? Besar angka tu, dan akan makin besar tanggungjawab saya dalam dunia ni :) Huuu. Sebenarnya saya menaruh harapan pada diri sendiri. Janji dan impian yang ini, biar saya simpan sendiri ya?

Rasa tak terkata dengan nikmat yang Allah Taala dah pinjamkan~ Allahu Allah~ Kalau nak disenaraikan macam tak cukup titisan air di lautan (kalau nak dibandingkan la). Allah dah terlalu baik pada saya~ Untuk nyawa ini, untuk setiap tarikan nafas ni, untuk distal muscles (jari maksudnya) yang boleh bergerak molek ni, untuk organ dalaman yang sihat inshaAllah, untuk setiap kerlipan kelopak mata ni, untuk akal yang masih boleh berfikir, untuk nikmat iman dan Islam yang mengalir sebagai takdir saya~ Shukran jiddan ya Rabb. :')

Entahlah kamu ni bila nak sedar~

Untuk rakan-rakan yang berjerih membawa jari menekan keyboard untuk mengucapkan selamat hari lahir, terima kasih banyak banyak! Terharu ni terharu :') *lap air mata guna lengan baju.

Assalamualaikum wbt.

Friday, July 22, 2011

Kembara Hati #2

Bismillah.

6 Ramadhan 1432H

Riuh rendah di tingkat bawah rumahnya membuatkan Asyiqa hilang fokus dari pembacaannya. Berfikir, mahu menjenguk atau tidak. Akhirnya buku Twilight Saga: Breaking Dawn di tangannya diletakkan ke tepi dan dia bergerak turun dari katilnya, membuka pintu bilik dan menuju ke tangga.

‘Ramainya orang. Ada apa ni?’ bisik Asyiqa perlahan. Rata-rata tetamu pada pagi tu umurnya lebih kurang sebaya abah dan umminya; 50-an. Tumpuan para tetamu terkunci pada seorang lelaki. Asyiqa menundukkan kepalanya di celah-celah anak tangga, mengintai. Macam pernah nampak kat televisyen...?

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian, da’wah can be very unpleasant and uninteresting process at all. This, what I am doing, is not da’wah at all, because we all have the same fikrah, alhamdulillah. Our primary da’wah will be towards our own family. There might be a person, a person in your family that is in the other pole from you, in the other spectrum from you, and you probably won’t even want to be friends with that person and the only thing that made you talk to them is because you’re a family with them.” Lelaki itu berkata dan Asyiqa hanya berdiam diri, mendengar.

But you know what the amazing thing is? Allah Taala made you to be together as a family with that person! Subhanallah! So that a person can give da’wah to them and that person is you! Let me tell you this. The closest ones are always the toughest. You know, I sometimes bring my sister to a programme like this and she always have the finest sleep during my lecture. And so they say the easiest person to ignore is your famiy. It has always been like that, and to claim that I am suffering from her actions are just too much because the Messenger had suffer far more worse. I think you’ve known by now the story of Abu Lahab, yes?” kata-kata terakhir itu dijawab dengan anggukan oleh semua tetamu termasuk ummi dan abah.

Asyiqa merenung lelaki yang sedari tadi memberi syarahan. Tenang air wajahnya, dan kata-katanya terasa tembus. Dan entah kenapa mata Asyiqa terasa basah. Lekas Asyiqa menyeka dengan belakang tapak tangannya. Haish, aku ni kenapa?

As a parents, what can we do to convey da’wah to our children ya brother?” Asyiqa tersentak mendengarkan suara yang bertanyakan soalan tu. Abah!

Good question ya brother! First thing to do, have an exercise in remembering Allah at home. Imam nor khatib, neither do I can come to your house and do this. You must start it by yourself. Perform the solah together, recite the al Quran together... Surah at-Tahrim, the sixth ayah.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Be extra patience with your own family and learn to presevere. If you approach them and you get nasty comments, get back to the ayah!

Api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

If you approach them again and you get more nasty comments, get back to the ayah!

Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

You surely don’t want your family to be tortured in the Hellfire do you?” Segera soalan itu dibalas dengan gelengan laju semua tetamu yang hadir. Asyiqa sendiri turut menggelengkan kepalanya tanpa sedar.

If our home has become the place where music is blasted, movie is being watched, ma’siat is being done, except for the remembrance of Allah, we have to seek forgiveness from Allah ya brothers and sisters because we are doing harm to our family. And if that’s the case, you’ll become enemy to your family, and they will become enemy to you because you became fitnah to each other for letting all these things to happen. May Allah showered our family with His blessings and La haula wala quwwata illa billah... There is no might nor power except with Allah. Wallahua’lam. I thank you for your time.” Dan entah kenapa, air mata Asyiqa makin galak mengalir melihatkan abah dan ummi yang sudah terhinjut-hinjut bahunya bersama esak tangis sebahagian daripada para tetamu.
.
.

Lyn, aku tak tahu kenapa aku tak boleh berhenti menangis.” Jelas Asyiqa di dalam talian. Tadi selesai saja kuliah ramadhan atau apa-apa je lah namanya tadi tu, Asyiqa cepat-cepat mengukur anak tangga dan kembali ke biliknya. Tidak mahu kehadirannya disedari ummi dan abah. Nanti egonya tercalar!

Aku... aku rasa ada something yang kosong dalam jiwa ni bila dengar lelaki tu bercakap tadi. Something yang selama ni aku deny. Dan bila dengar dia bercakap aku rasa tenang, Lyn. Ketenangan yang selama ni aku tak pernah tahu pun wujud. Perasaan apa ni Lyn?” Asyiqa meluahkan lagi. Dia duduk di kerusi yang menghadap tingkap biliknya yang terbuka luas. Air matanya tak mahu berhenti walaupun entah berapa kali dikesat. Aku ni dah kenapa?

Kau merepek apa ni Syiqa? Bila kau cakap macam ni, kau dah jadi macam another Asyiqa yang aku langsung tak kenal! Come on la, parents kau sengaja je panggil lelaki tu bagi ceramah kat rumah kau supaya kau jadi macam ni la! Merepek entah pape. Takkan kau nak ikut jadi kuno macam parents kau yang tiap waktu solat kat masjid tu? We have other things to do! Dakwah, tarbiyyah, and whatnots semua tu, untuk orang Islam yang extremist je! Kita-kita ni, kita bukan orang macam tu Syiqa. We are not designated for that. Babe, kau dengan aku baru umur berapa? 19. Islam takkan bebankan kita dengan dakwah waktu umur-umur macam aku kau ni. Realistik la sikit.” Hujahan panjar lebar Hazlyn tu berjaya membuatkan tangisan Asyiqa berhenti. Dia terdiam, lama.

"Kau tak suka aku nak berubah jadi baik ke?" tiba-tiba soalan itu muncul dari mulut Asyiqa tanpa dapat ditapis. Dia ingin tahu sebenarnya.

Haih. Macam ni la senang cakap. Islam tu kan mudah? Kita ada banyak masa lagi. We have all the time in the world. Lagipun orang selalu cakap life’s begin at forty. Nabi Muhammad sendiri terima wahyu waktu umur dia 40 tahun. Kau nak risau apa? Kalau kau rasa apa yang aku cakap ni salah, aku tak kisah, tapi tolong jangan cakap pasal benda ni lagi kalau kau nak berlagak konon nak jadi malaikat depan aku. Okay?” dan serentak itu talian dimatikan. Asyiqa memandang telefon bimbit di tangannya.

Kenapa bicara Hazlyn kedengaran kasar dan biadap pada telinganya? Bukan ke selama ni Hazlyn bercakap memang macam ni...? Habis tu, kenapa aku dah jadi tak biasa ni? Asyiqa mengeluh, Astarghfirullah hal’azim. Dia mengucap perlahan. Asyiqa tiba-tiba membuntangkan matanya. Dia menyentuh bibir sendiri. Apa bibir ini yang beristifargh sekejap tadi?

#Bersambung, dengan izin Allah :)

*rujukan dari video kuliah agama Nouman Ali Khan.

Friday, July 15, 2011

catatan summer holidays #3

Bismillah.

Almost three weeks of my existence (why does it sounds like I am just three weeks old? Heh) in Malaysia and I am currently down with sore throat and headache. Hari yang entah bila, I tried to rolled my body down from the sofa to the carpet below... but to no avail -__- Apakah badanku ini, nak menggolekkan diri sendiri pun tak ada terlarat. Kasihan, tapi saya tak sedih!

:)

Badan ni kan bukan milik saya...?

_____________________________________________________________________

Alhamdulillah, pagi tadi selesai je tugas menghantar adik-adik ke sekolah, hujan rahmat turun di pagi Jumaat :) Rasa macam titis hujan tu mengiringi setiap perasaan saya yang berbunga untuk berjumpa dengan seorang sahabat seuniversiti petang tadi.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda yang bermaksud: Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat. -Riwayat al Tirmizi dan al Hakim.

Hah. Awak yang kita maksudkan ni, jangan kembang-kembang hidung kat situ :p

Saya rasa kan... bila kita niatkan sesuatu aktiviti tu supaya boleh menambahkan keimanan, atau paling kurang kita kata "I wanna get something benificial from this", inshaAllah kita akan dapat apa yang kita nakkan tu. Kalau awak pergi majlis agama untuk meliarkan mata mencari calon suami, hah, inshaAllah jumpa lah tu (iye ye je awak ni Nuha -__- err, itu kerja Allah, tumpang lalu). Perlambangannya macam tu lah, tapi Allah lebih tahu :)

Alhamdulillah, dapat apa yang saya niatkan bila keluar berdua dengan sahabat saya tadi ^_^ Dan lebih alhamdulillah sebab dapat tambah kenalan! ♥

Masa kami tengah bertapa di MPH Bookstore tu, saya yang tengah bersemangat ni, recommend novel Hero tulisan Hilal Asyraf siap dengan sinopsis lagi pada sahabat saya tu menyuruh dia membeli untuk rasa apa yang saya rasa bila baca Hero tu, ada seorang gadis tanyakan tentang novel Ayat-Ayat Cinta tapi malangnya bila tanya kaunter pertanyaan, it was out of stock :(

Farah dan Fazlin, salah ukhuwah dari Kak Nuha untuk kalian! ^_^

Jadinya selaku pencinta buku yang tegar, apalagi, saya dan sahabat mengheret budak berdua tu keliling MPH, recommendkan buku-buku yang inshaAllah, akan memberi kebaikan dan manfaat untuk orang yang membacanya. Err, kalau keluar dengan saya, a bookstore is a must, and I won't go out without having at least 5 or 6 books in my hand. Hik.

Biasanya orang yang tak biasa keluar dengan saya memang akan berasa kelakuan saya begitu pelik (macam awak yang keluar dengan kita tadi tu :p Hee!) tapi... sejak dah pandai pegang duit dalam tangan, (I don't remember since when) memang akan kumpul duit untuk beli buku hihi. Oyya untuk adik berdua tu, kalau datang Shah Alam lagi jangan segan bagitau akak k! ;) Nak mintak recommend buku-buku lagi pun inshaAllah akak usahakan :)

Thursday, July 14, 2011

kembara hati. #1

Bismillah.

Pabila bersatu, memori dan impian, moga tak berkecah.
Hajat di hati, moga tersampai,
Dengan izin Allah.

_______________________________________________________________________

"Assalamualaikum..." salam tu diucapkan Asyiqa perlahan. Al maklum, malam dah nak berarak ke pagi, dengar dek ayahanda, tak ke wassalam aku pagi 1 Ramadhan ni? "Waalaikumsalam... Em. Tak tidur lagi?" suara yang di sana bertanya. Slow jugak suara dia! Kih kih, tengah sama-sama menyorok la kita ni ye? Asyiqa tersengih. "Belum la, kalau dah mesti la tak berjawab call sayang ni."

Dan Asyiqa terdengar suara yang di sana ketawa. Haih, apesal dia ketawa pun macam note note music je rasanya? Matanya melirik pada jam di dinding. 2 pagi... Ada dua jam setengah lagi sebelum satu isi rumah ni bangun nak bersahur, fikirnya. Asyiqa tersenyum sendiri. Dia duduk di birai katil dengan lampu bilik yang dah terpadam. Kena lah pandai camouflage ye tak? Kih Kih.

"Tengah buat apa tu...?" yang di sana menyoal selepas tamat ketawanya. "Cakap dengan awak la." dan suara itu ketawa lagi tapi lebih pendek dari yang sebelumnya. "Sayang sihat? Dah ready nak start puasa ke?" kali ini Asyiqa mula bertanya. Debaran dalam dadanya sudah reda masa terdengarkan gelak merdu si dia yang di sebelah sana.

"Sihat je, Alhamdulillah. Em, puasa? Saya ready je! Tapi first day puasa, kan. Semput sikit kot." jawabnya. Asyiqa terangguk-angguk sendiri. "Ha ah kan. First day puasa hari Isnin. Awak rasa awak larat ke..." suaranya dileretkan. Sengaja mengusik lelaki itu. "Heii. Ini Zahin la. Awak jangan kata awak tak kenal saya. Saya datang rumah awak masuk meminang nanti, baru tau!" ugutan Zahin tu cuma mengundang gelak tawa nakal Asyiqa.

"Ish, saya tak nak kahwin dengan awak!" Asyiqa makin galak mengusik dan entah kenapa, talian di sebelah sana tiba-tiba jadi senyap sunyi je... Aik. Saya baru kata tak nak kahwin dengan awak, dah jadi bisu? Hatinya mengomel. Asyiqa menggaru kepalanya perlahan.

"Yen, please don't tell me you're serious about asking my hand in marriage...." Asyiqa menduganya. Dan tiba-tiba ketawa meledak dari talian yang sebelah sana. "Awak ni... Marriage? Awak? Saya? We are one thousand years early for that!" dan Zahin terus ketawa, memaksa Asyiqa untuk ikut ketawa bersamanya.

"For heaven sake, Zahin! Saya ingat awak serius tau tak! Nasib baik tak kena heart attack girlfriend awak ni!" Asyiqa merungut akhirnya, namun diselangi dengan tawa. Sudahlah bercinta baru nak masuk setahun, umur mereka pun baru nak masuk 19 tahun. Kahwin? Sekarang? Betullah cakap Zahin. We are one thousand years early for that!

Dan malam Ramadhan mereka makin rancak dengan panggilan untuk malam-malam Ramadhan yang berikutnya. Kalau tak sempat sebelum sahur, mereka bergayut selepas sahur, menginjak ke waktu Syuru'. Bulan Ramadhan terasa lebih indah macam ni, malamnya ditemani suara milik Zahin. Hi hi hi.

Lagipun, tak dosa kan? Bukannya kitorang bercakap benda bukan-bukan. Kitorang pun tak pernah berjumpa, setakat bercinta dalam sms dengan call je. InshaAllah tak membawa kepada zina, Asyiqa menyedapkan hatinya sendiri.
.
.

"Ummi dengar adik masih couple dengan Zahin...?" soalan yang ditanyakan penuh kelembutan oleh ummi tu membuatkan Asyiqa terdiam. Lehernya terasa terjerut. Pesanan-pesanan ummi sejak hampir setahun lalu- sejak hari dia mengaku pada ummi yang hatinya sekarang milik seorang lelaki- terasa bermain dalam kepalanya. Asyiqa cuma mampu mengangguk dan menunduk.

Ini semua sebab kakak lah ni! Hatinya menggerutu geram. Dia yakin kakaknya membocorkan hal itu pada ummi sebab siapa je yang kantoikan aku bergayut dengan Zahin sebelum sahur tadi? Tak pasal-pasal dapat kuliah subuh ni hah.

"Satu benda ummi cakap pun tak masuk dalam kepala adik?" lirih ummi bertanya. Tangan Asyiqa diramas perlahan oleh ummi. "Bercouple ni hukumnya haram, adik... Selagi abah belum nikahkan adik, lepaskan adik dari rumah ni, adik still bawah tanggungjawab abah. Abah ada saham dalam dosa-dosa adik. Adik tak kesian dekat abah ke?" Habis. Abah dah masuk port. Asyiqa dah terkebil-kebil, mencebik, menahan tangis. Ummi cakap aku boleh keras hati lagi. Tapi bila abah dah buka langkah, bersedialah Asyiqa, awak akan cair bila-bila masa!

Tahan Asyiqa, tahan! Mana boleh kalah dengan abah dan ummi! Tak rebel lah macam tu! Nafas ditarik panjang. Dia bersedia untuk mempertahankan dirinya.

"Adik dah besar la abah. Dah lebih 18 tahun pun... Adik mintak maaf, bukan adik nak jadi anak derhaka, tapi Zahin tak rosakkan adik pun. Ummi dengan abah tak payahlah risaukan adik. Adik boleh jaga diri sendiri. Hukum hakam ni adik pun tahu. Tapi dunia sekarang ni abah, orang tak ada boyfriend atau girlfriend ni namanya orang tak laku! Tak ada siapa yang nak. Ni Alhamdulillah lah Zahin nak adik. Takkan adik nak tolak...?" Asyiqa melontarkan hujah-hujahnya.

Asyiqa tersengih dalam hati bila ternampak ummi dan abahnya berpandangan sesama sendiri dan hanya mampu menggeleng. Mereka hilang kata-kata untuk menasihatkan Asyiqa lagi, dan bagi mereka, tak ada apa lagi yang mampu mereka lakukan. Ummi dengan abah ni tak faham ke perasaan remaja? Sana sini orang bercouple, takkan aku sorang-sorang nak single? Tak cool la macam tu! Asyiqa bermonolog dalaman.

"To have you in my life, Asyiqa, is my greatest pleasure given by Allah =)" Mesej Pesanan Ringkas dari Zahin tu dibaca tanpa jemu. Hidupnya bahagia dengan ada Zahin menemani dunianya. Lagipun macam kata Zahin tu, adanya aku ni nikmat terbesar yang Allah hadiahkan pada dia.

Eh, awak! Tak rasa melayang ke kalau ada lelaki cakap macam ni pada awak? Rasa berbunga je kan hati ni... Kembang setaman! Kalau ada orang sayang awak sampai macam ni, awak rasa nak buang dia jauh-jauh dari hidup awak ke? Mesti lah tak, kan. Asyiqa bertanya-tanya sendiri. Lagipun dia dah terbayang hidup mereka berdua hingga ke tua sampai habis nyawa. Hik.

Bagi Asyiqa, Zahin adalah dunianya...

#Bersambung, dengan izin Allah :) Wallahua'lam.

Thursday, July 7, 2011

#teringin.

Bismillah.

Eighteen days before reaching twenty, and my love, I think you need to grow up.

Masa-- makhluk Tuhan yang bergerak tanpa menunggu manusia. Cuma kita yang sentiasa berharap masa berlengah demi kita. Sedangkan Allah Taala sendiri bersumpah 'Demi masa' di dalam ayat al Quran bahawasanya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Lalu mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran~ [al 'asr; ayat 1-3]

Satu soalan. Kamu nak di takuk yang lama sampai bila?

______________________________________________________________

Berhajat mahu ke Turki, dengan izin Allah. Mungkin sendiri, mungkin berteman (dah ada calon peneman dalam kepala tapi Allah lebih tahu *senyum). Teringin menyaksikan kesan tamadun Islam kat sana, mengambil ibrah tentunya.

Moga Tuhan perkenankan hajat yang tak seberapa ni, ameen inshaAllah.

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). -surah al Mulk; ayat 15

P/s: Rindu mahukan alam mentarbiyah saya~ :)

Tuesday, July 5, 2011

catatan summer holidays #2

Bismillah.

The man who decides to change on the twelfth hour, dies on the eleventh.

Besar ertinya kata-kata ni pada saya yang membaca. Dulu kalau diberi ayat ni pada saya, mungkin penafsiran dan pemahamannya jadi berbeza :) Dan tak semua orang penerimaannya sama. Hati manusia ni bukan manusia sendiri yang pegang. Title 'pembolak balik' tu will always be Allah's.

Dan kita jangan pernah campur urusan Allah Taala. *peringatan bersama :)

Bersyukurlah kalau kita ada di antara hambaNya yang 'actually changed' on the first hour. Oh subhanallah! Praise to Allah untuk nikmat kefahaman Islam yang Allah hadiahkan pada kamu sedari awal tu ♥ Jujurnya cemburu :')

Tapi untuk kita kita yang lain (saya di golongan yang ini), tetaplah bersyukur kalaupun ketika kita berubah tu, waktu hidup hampir 'nazak'. The ninth and quarter hour atau mungkin tenth hour (untuk saya) misalnya. Kerana apa? Kerana kita diberikan peluang untuk kenal siapa Dia sebelum kita kembali kepada-Nya.

Awak tak rasa 'heaven' ke macam tu?
Kenal siapa Tuhan kita. Sifat-Nya bagaimana.
Lembutnya Dia, kasih sayang-Nya yang sentiasa melimpah ruah untuk hamba-Nya.

Kalau kita. Orang dah tak suka, dah tak sayang, buat apa kita yang tersua-sua, kan? Baik la angkat kaki dan pergi pada yang sudi (Ideologi sendiri -__-). But Allah Taala was never even near to that. Kita tetap dibagi segala macam nikmat sekalipun kita tak pernah lagi jejak tikar sembahyang...

Itu salah satu beza Allah Taala dengan manusia. :)

Ok back to those words. Apa sebenarnya yang boleh buat kita terkilan untuk meninggal sebelum sempat laksanakan? Kalau dulu tanya saya, saya jawab: "Berjaya jadi doktor, emm KAHWIN, dapat anak dan together dengan husband sampai tua". Manis, kan? Hik~

Tapi hari tu bila saya seorang diri drive waktu malam, pandang langit, tenung bulan, dan saya terfikir. I should not be worried about soul mate or marriage. Itu kan semua kerja Tuhan? Rasanya tak perlu untuk terlalu terkilan untuk meninggal sebelum sempat menikah kalau betullah kita orang yang beriman :)

Ajal, maut, jodoh, itu semua dalam tangan Allah, kan? #AyatCliche.

Kalau betul tersurat tak ada jodoh untuk kita di dunia~
atau sekalipun tak ternikah sampai habis nyawa~
inshaAllah tak perlu sedih takut tertekan terkilan menyesal semua.
Sebab semuanya dalam pengetahuan Allah Taala, kan?
Segalanya dalam ketentuan Ilahi, kan?
Kamu percaya dengan qada' dan qadar Tuhan, kan?
Lalu tak perlu untuk kita terlalu memikirkan~
Tentang sesuatu yang tak ketahuan.

:)

Sebenarnya ini lebih kepada peringatan yang berulang kali pada diri sendiri-- yang still lagi merangkak rasanya dalam perjalanan mencari Tuhan. Mungkin kita dah kenal, dah cukup tahu, but at some point, somehow along the way, we still waver.

Dan untuk bangun balik lepas jatuh bukan kerja mudah. It took all your emotions and strength. Penat. Lelah. But it was all worth it, inshaAllah. Saya dah rasa. Banyak kali. I did waver for a few times... and I just might will be wavering again every now and then in the future.

Nauzzubillah min zalik tapi kalau itu yang terjadi, tembak doa pada saya banyak-banyak ya? :')
May Allah bless~

P/s: Nak ajak sesiapa yang sudi pergi backpacking dengan saya lepas tu kita buat masjid-hopping jom? Hee. *TERBUKA UNTUK KAUM PEREMPUAN JE. #LelakiTakYah.

Monday, July 4, 2011

aku cuma ingin menulis #6

Bismillah.

Jantung berdebar semasa memikirkan untuk menulis apa yang ada dalam fikiran saya di sini. Nak disimpan terasa sesak, jadinya saya cuma mampu menulis. Maafkan kalau bukan ini yang kamu mahu baca, cuma jujurnya saya tak pernah memaksa sesiapa meminjamkan mata :)

Sebelum berangan nak baitul muslim, individu muslim kena kasi langsai dulu.

Ayat tu, seperti pertama kali mendengarnya dulu, menyentak hati dan kembali berlegar dalam fikiran. Saya menyendiri dan berfikir, berfikir, berfikir. Dan akhirnya tersengih pada diri sendiri. Untuk apa rasa sakit tu, Nuha...? Untuk apa rasa takut tu...? Untuk apa rasa sedih tu...? Untuk apa rasa kehilangan tu...?

Kalau semuanya sudah ada dalam tangan Allah Taala.
Dan apa awak ingin terus sakit, takut, sedih, dan kehilangan?
Tentang masa depan yang tak ketahuan?
Saya tanya.

Jujurnya sedikit pun saya tak ada rasa tercabar (seperti dakwaan seorang sahabat). InshaAllah takkan pernah rasa tercabar untuk hal yang semacam ni. Hal yang sudah tercatat di luh mahfuz sebelum lahirnya saya ke dunia. Maka siapalah saya ni, untuk memanjang rajuk... kan?

Sengihan tadi. Sebenarnya saya mentertawakan diri sendiri. Hah.

Kita ada dua jalan. Pertama, bersihkan hati dulu, dan mantapkan keimanan kalau itu sesuatu yang mudah. Kedua, kemaskan lahiriah dulu kalau itu yang mudah. Langkah pertama tu perlu dibuat. Bukan cuma memasang angan-angan.

Dan saya memilih yang kedua, :) Pada saat saya rasa I have everything I ever wanted for in life, dalam ni... *tangan kanan ditekap ke Pectoralis Major muscle belah kiri* I still felt something hollow. And that feelings knocked me on the door every now and then.

Makanya saya sedar. Saya masih tempang di sana sini, masing berseret jalannya... dan perasaan sakit takut sedih kehilangan tu cuma satu ujian yang Allah hadiahkan. Hah, lemah sangat awak ni. Boleh jatuh ditimpakan perasaan. Cuba kalau langit jatuh menghempap ke wajah...?

Kalau Allah sayangkan seseorang, Dia akan hadiahkan bermacam ujian, untuk kita kembali ke pangkuan-Nya.

Cuba bayangkan, kalau kita ditampar di dalam gelap. Terkejut, kan? Sakit hati, kan? Mesti masa tu rasa nak bukak lampu dan tampar balik orang yang tampar kita tadi tu. Tapi cuba... cuba kalau yang menampar tu rupa-rupanya kekasih hati pengarang jantung kita. Apa kita akan marah, atau tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal tu?

Terdiam.
*saya menelan liur sendiri*

Hamba-Mu yang ini masih rapuh, ya Allah. Sedangkan di bawah langit-Mu, bersujud semua memuji memuja asma-Mu. Sedangkan di bawah langit-Mu, bertasbih semua makhluk-Mu, tunduk, mengharapkan cinta dan kasih-Mu.

Lalu kalau nak dibandingkan, saya yang masih bolong di sana sini... Allahu Rabbi~ Tak bernafas rasanya bila memikirkan. Bila saya terfikirkan semua ni, saya jadi tersenyum. Memang tak perlu nak rasa sedih takut sakit kehilangan semua tu, Nuha. Tak perlu :)

Terima kasih pada sahabat yang mengingatkan di twitter tadi. You know who you are ;) Walaupun rasanya mesti dia tak tahu dia dah buka ruang untuk saya berfikir dari sudut yang berbeza hanya dengan beberapa patah kata dia tu.

Kemaskan diri awak, luruskan jalan awak, bersihkan niat awak.
Bukan kah Allah tu bersama-sama orang yang sabar...?
Ya :)

Benih yang baru nak bangkit disiram dengan air dan baja. Kalau hati yang nak bangkit, perlu disiram dengan apa?

Assalamualaikum.