Wednesday, June 29, 2011

the princess is back.

Assalamualaikum wbt.

Sedang jari ni menari (bolehlah dibayangkan seperti sedang bermain piano OH KONON), saya di sini, di depan kotak tv, bersila di ruang tamu rumah. *gembira. Signifikannya? Saya nak habaq yang saya dah di Malaysia la ni, sayang~ :) Alhamdulillah syukurLillah, berkat doa ramai orang, we (few friends and I) had a smooth journey from Mansurah to Cairo, to Bahrain and finally had a touchdown.

Haritu bukankah saya mengadu domba pada kalian yang kononnya tak nampak sesiapa yang sudi menjadi musyrif? I spoke too early. Heh. Makanya saya tarik balik kenyataan tersebut. Aci tak?

Terima kasih saudara Syazni Asyraff yang gigih bangun pagi, membawa badan dan mempacakkan diri di depan Masjid Samanoudy menunggu anak dara berlima ni bersiap dan menemankan sampai ke lapangan terbang. Hanya Allah Taala yang mampu balas jasa baik saudara. Maaf sangat kalau menyusahkan.

:)

Macam yang saya dah canangkan, ada beberapa misi dalam kepala ni yang inshaAllah akan diusaha untuk dilaksanakan. Binasrillah, tentunya. Siapalah yang dapat menyempurnakan perancangan kami ni melainkan dengan izin dan rahmat Allah Taala. Hik.


I CAN'T WAIT. *teruja.

Saturday, June 25, 2011

menulis dari kamar.

I bumped into his blog dan rasa nak speechless selamanya~

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Itu kata-kata yang saya tak dapat ucapkan pada kamu bila kita berhadapan tak kisah lah bila bertembung di kuliah atau jalan raya :) I can't even start a proper conversation with you anymore. Semua dah jadi awkward and surprisingly, I'm thankful for that and silently, I prayed the awkward-ness to remain between us.

P/s: Sesuatu yang tak perlu dimengertikan oleh sesiapa.
.
.

25 Jun, dan saya cuma punya dua hari lagi di bumi Mansurah. Perasaannya dah jadi entah apa-apa, dalam terujanya masih ada rasa kesunyian, dalam gembiranya masih menyelinap rasa takut untuk kehilangan. Hik :') Entah apa-apa kan? Nak balik ni patut gembira sokmo lah!

Tapi masih serabut. Nak tempah tremco bawa ke airport, tapi perlukan mushrif -__- Paling best, tak nampak orang yang sudi menemankan. Huuuuuuuu, dugaan dugaan. Tak payah ada mushrif tak boleh ye? Saya paling takut menyusahkan~
.
.

Balik ni dah ada dua kerja tetap bergaji, SyukurLillah. :') Tapi saya ada misi balik ni, dan mohon doa kalian supaya semuanya Allah permudahkan. Mudahkan mudahkan mudahkan~ Hopefully semua berjalan lancar dalam keredhaan-Nya, binasrillah.

Misi ni nak tak nak kena berjaya!
.
.

Mood menulis dah macam air laut yang surut. Kesian saya, banyak yang nak ditulis tapi setiap kali tulis pun padam balik, padam balik, maka cuma ini yang jadi tatapan mata. Ohoh, haritu punya tak ada kerja pergi membaca balik entri lama sejak blog ni ditubuhkan. Gigih lah aku menyeret jari tekan older posts tu hah.

Haaaai, nostalgia nostalgia. :')

P/s: Chowa nan namja issoe. Ye, sekali lagi. Hah hah hah.

Sunday, June 19, 2011

aku cuma ingin menulis #5

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari yang mendung (bilik ni je yang mendung) dan indah. Alhamdulillah malam tadi dah membayar balik hutang tidur tak cukup dua minggu ni bersengkang mata mengadap kertas-kertas, nota-nota dan semestinya, jangan kata bilik tak serupa bilik, dinding pun tak ada serupa dinding (?)
Dah macam pameran apebenda entah. Baik sebenarnya tak nak cakap pasal exam lagi dah (padahal ada satu lagi paper berbaki-- OSCE) tapi nak cakap pasal something yang boleh bagi saya modal untuk membebel, tumpang lalu.

Kenal Ahmad Seth Tan bin Abdullah tak?
Okay semua pun kenal.
Ohoh, semua pun nak mengaku dia korang punya lelaki idaman la ni?
Like that heh?

Every girls' dream is to have Seth Tan here and there in their future spouse, I supposed? Errrrrr, saya pun sekali. Fortunately? O:)

I mean I would have shared the same dream but to hope for a full package of Seth Tan is waaaay to good to be true isn't it? Even Aaron Aziz himself admitted that Seth Tan is just being unbelievably-impossibly-perfect for a husband. Not that I don't want to, sebab kalau betul lelaki berperibadi Seth Tan ever existed, I would constantly pray to Allah to let me have an encounter with that guy.

Every girls' (who knew the fact that couple-is-forbidden-in-Islam) dream is to be having a love life after marriage, no?

One of the many reasons I like to watch Nora Elena— she and Seth Tan were falling for each other after marriage. Marrying a stranger and having my whole life knowing him better? I would love that, kalau Allah izinkan, thank you very much :)

I mean I won’t mind we have a thing for each other before the ijab and qabul but not literally dating or whatsoever. *I won’t be lenient with that fact. Not anymore. I love the idea of me making an effort to love someone (my future husband) whom I don't even have the slightest feeling for at the first place. It's thrilling. *mood: berangaaaaan memanjang! -__-

My cousin once said, Seth Tan has every qualities of a husband she ever wanted in her future husband. :) And I won’t denied that.

Siapa yang tak nak lelaki yang sabar layan karenah kita kan? Dan kalau ditanya kenapa awak sabar sampai macam ni sekali… the answer would always be because I am your husband, and what more can a husband do than to love his wife. Allah~

Okay tahap lebur dah ditemui. Pepejal sedang bertukar menjadi cecair.
.
.

Seth Tan, lelaki yang selalu ada untuk isterinya. I would be blissful and thankful to have a husband like that, but does that means my future husband has to come over to the hospital every day? Aik, tak kerja pulak suami aku? –__- Unless he is a CEO or Managing Director of his own company, I’ll always be praying that I won’t be THAT selfish, inshaAllah.

There’s no harm in dreaming I guess but for me, I won’t consider my future husband has to buy me a bouquet of flowers everyday to look romantic (saya tak mamah bunga, tumpang lalu). Fine, that would be too romantic and lovely for him to do that but I have my own definition of romantic that I would like to have in my future husband, if Allah’s willing.

Let me keep that 'my-own-definition-of-romantic' within myself, shall we? I would like to share that lists of definitions only with my future husband, thank you very much. He's the only one with the rights to know what does it takes to look romantic in my eyes ^_^

Kan? :)

Okay too much membebel isn't good for my brain apparently. Apekah yang kau merepek di tengah hari (lama dah petang -__-) yang panas ikut suka matahari neh? Pergi study sana!

P/s: I have a very huge thing for Seth Tan's qualities as a husband. I even told one of my housemates; "He's just too perfect for a husbandddd. Aaaaa, apa aku nak buat niiii?" and she replied, "Apa kata kau jadi pelakon?" hahahahahadoiii T__T
Pp/s: Pardon me, but I am still a girl, if you hadn't noticed. :)

Saturday, June 18, 2011

saat terlihatkan kamu,
aku jadi tahu apa yang aku mahukan,
lalu jika aku minta untuk kamu jangan berlalu,
apa kamu akan turutkan?
benar semua bukan sekarang,
kerna antara kamu dan aku,
jurangnya masih banyak yang tak terisikan.
kalau cuma sabar jalan penyelesaian,
apa akan kita redha pada takdir yang Tuhan aturkan?

pena telah diangkat dan lembaran telah kering,
maka setiap apa rencana Tuhan,
semuanya tetap indah, kan?

6.33am
5 jam sebelum paper finals short essay.

Saturday, June 4, 2011

you might be scared, but don't.

Dulu kan masa saya still ‘jahil’ dengan agama, (tak lah dulu sangat pun sebenarnya, huhu) kira zaman rebel saya la, selalu rasa tak selesa dengan orang-orang agama ni. You know, dengan tudung labuhnya, dengan bila cakap je berhabuk keluar ayat Quran dan hadis Rasulullah. I was one of the person who find these kind of people are too perfect to be true.

:)

Lepas tu dah datang Mesir ni ada Smart Circle la, ada usrah lah, ada tarbiyyah, ada dakwah, ada program itu ini, I was wondering, perlu ke? *kening angkat sebelah dengan gaya paling kerek. I really don’t think I need to involve myself. Heh~

Sebenarnya bila dengar benda-benda yang baru bagi saya ni, saya takut. I was unarmed for these kind of things. Kakak-kakak yang baik hati, ketuk pintu rumah, bawak something bila ziarah… Pardon me but I don’t have an older sister.

And I’m clearly not being a good one either. *smirk.

Ingat lagi, bila ada kakak senior call je biar phone tu bunyi lama-lama lepas tu mati sendiri. Tiga kali call, tiga kali la tak berjawab. Kalau dah rimas sangat, I would just switched my phone off. Err, yes, until to that extend. Kalau ada program apa-apa, kamu cari muka saya? Hah, memang tak de lah~

For me, datang Mesir ni, cuma untuk belajar, endure the six years, grad, habis. I don’t actually need all these dakwah, tarbiyyah and whatnots. I used to think benda-benda macam ni merimaskan dan merumitkan basic Islam yang saya ada.

But oh well, I’m quite sure sesiapa yang ikut blog ni sejak awal tahun lepas tahu kat mana ‘turning point’ saya and how I ended up to be one of those ‘kakak tudung labuh’ and yang paling rancak cakap pasal tarbiyyah :) But of course, I’m not yet close to that phase of bila bukak mulut je semua ayat berhikmah keluar. Jauh lagi, jauh lagi, tapi inshaAllah akan diusahakan.

Ironically, SyukurLillah, Allah dah atur semuanya dengan rencana yang paling indah. :')

Jadinya nak kata, saya bahagia kalau dapat tahu ada rakan-rakan saya yang sedang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Paling suka, :’) Mesti rasa macam sangat tersentuh sebab I used to know that particular someone punya masa silam dan bila dia bertukar jadi seseorang yang saya tak kenal, rasa amazed.

Allah Taala works mysteriously. Don’t you think so? I mean how on earth would you know a person you once knew would make a 360’ turn in his/her life?

Sebab tu jangan pandai-pandai nak judge orang, label dia bohsia, penghuni neraka (you don’t even have the right to say that in the first place, really) and so forth because you wouldn’t know what has been fated by Allah for him/her from way up above. Kita manusia ni terhijab dari semua tu.

Hati ni kan Allah yang pegang. We basically have nothing. We ARE nothing.

Jadinya jangan la buat lawak macam saya dulu yang pernah tulis: “I look at guys soullessly as you took my heart away”. Tak macam lawak ke? Ada hati nak claim hati ni saya punya, siap konon ada lelaki entah mana yang curi T_T Allah~

Sebenarnya nak kata, jangan takut dengan kebaikan. Jangan takut dengan benda baru yang kita tak tahu. Bagi peluang kat diri sendiri untuk kembali pada fitrah. Saya tahu susahnya macam mana, saya tahu payahnya nak adapt dengan pandangan orang pada kita, saya tahu lelahnya nak buang semua jahiliyah yang pernah ada, saya tahu pentingnya nak menangkan ego kita…

But seriously, we wouldn’t lose a thing if we give Islam and tarbiyyah a chance to enlighten our lives because in the end, to Him we will be returned, and He IS the best place to return to.

:)

Sedar tak, sekarang ni zaman kebangkitan Islam? Berapa ramai orang yang dah mula kembali pada fitrah mereka... Jujurnya Allah sedang menyediakan barisan khalifahNya yang terbaik untuk berada dalam golongan mereka yang akan bantu Allah untuk menangkan Islam. Islam akan menang, itu janji Allah. Dan yakin dengan janji tu.

Cuma kita... kita nak berada di pihak yang mana? Tepuk dada, tanya iman. Kamu lebih kenal diri sendiri kan?

P/s: Untuk kamu yang saya sayang, selamat berjuang, love! As I mentioned earlier, bila kita pilih jalan ni, ujiannya dalam skala yang lebih tinggi—Allah nak kita buktikan apa yang kita ucapkan. Jadinya buktikanlah. Biarlah awak merangkak, atau bertatih sekalipun, terus ke depan, dan jangan berhenti, binasrillah.