Wednesday, April 27, 2011

reflection #1

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai mid semester exam siang tadi :) Em, menulis ni bukan kira nak celebrate tanda "merdeka" ke apa tapi lebih kepada nak reflect diri rasanya... inshaAllah. Lagipun tak ada apa nak di"merdeka"kan kot sebabnya finals in Juneeeee oh my Allah tak sempat nak bernafas!

Err, tumpang lalu T_T

Ceritanya macam ni. Pagi tadi sebelum exam, biasalah kan, cari confidence dalam diri untuk bersedia berdepan dengan kertas soalan tu. And... I told myself, "Okay, Nuha... inshaAllah, awak dah usaha yang terbaik. Ingat balik terjemahan surah an-Najm ayat 39 hingga 41 tu...

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya; Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. *senyum pada diri sendiri kat cermin.

Have faith in yourself, awak dah usaha, you can do it, biiznillah."

Selesai je cakap macam tu kat diri sendiri, dapat satu message daripada kakak usrah, yang bunyinya lebih kurang begini.

"Yakin dengan Allah, bukan yakin dengan usaha kita. All the best in your exam today, dik!"

Terdiam. Lama.
Lama.
Serius, saya terus terdiam macam ya Allah... apa yang aku sebut tadi...? T_T

Terasa macam ada telepathy kejap dengan kakak usrah tiba-tiba, dan Allah sangat baik pada Nuha sebab sampaikan ingatan melalui kakak usrah, huk~ :') Memang sentiasa kena tajdid niat kita sebagai manusia ni. Sebab memang akan sentiasa ada bisikan yang datang dari nafsu, dan terutamanya- syaitannirrajim.

Sepanjang jalan nak ke gam3ah tu saya fikir. Fatrah imtihan ni, always had been, and always going to be kita punya penanda aras atau kayu ukur pergantungan kita pada Allah Taala. Huuuuuu. Thankyou so much, sis for such a knock out message! Moga Allah sentiasa berikan akak, suami dan anak akak yang comel tuuuuu segala kebaikan inshaAllah ^__^

P/s: Tunggu result macam tunggu nak menikah! Excited terlebih :p

Friday, April 22, 2011

siapa yang sanggup korbankan...

… keseronokan di dunia untuk nikmat di akhirat?

Well, this is not a matter of writing something bold, or making me look wise in your head and eyes. Saya cuma nak tolong ‘bangun’kan jiwa-jiwa (sekali dengan jiwa pemilik tulisan ni) yang sedang terlena, dengan izin Allah.

Entahlah, dunia ni rasa terlalu indah, kan? Ada keluarga, ada sahabat, ada ilmu, ada duit, ada “fun”, ada kekasih, ada muzik, ada drama, ada tempat-tempat menarik semua… Kadang-kadang bila terfikir satu hari nanti akan tiba masa nyawa ditarik oleh malaikat Izrail dan terputus hubungan saya dengan dunia ni, dada rasa sesak! Macam tak boleh bernafas pun ada.

Rasa tak sanggup, tak sanggup nak lepaskan apa yang dah ada dalam genggaman. Tapi ada sesuatu yang berjaya mengubat rasa ‘tak sanggup’ saya...

Seluruh pohon di syurga batangnya terbuat daripada emas (Sahihul Jami'). Ibu Abbas berkata: "Di antara penghuni syurga ada yang rindu dengan hiburan dunia. Lalu Allah mengutus angin dan menggerakkan pohon tersebut, kemudian pohon tersebut memberikan semua hiburan yang pernah ada di dunia".

SubhanAllah! :')

Kadang-kadang, kita tak tahu (atau sebenarnya tak sedar [?] sedangkan Allah Taala dah kalamkan dalam al Quran) apa yang menanti di kehidupan yang lagi satu.

...Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. –surah an Nisa', ayat 13.

Tengok, Allah dah kasi tau, kan? :)

Di syurga nanti ada seorang penyeru berkata kepada seluruh ahli jannah: "Sesungguhnya sekarang tibalah saatnya kamu semua sihat walafiat dan tidak menderita sakit selama-lamanya. Sekarang tibalah saatnya bagi kamu hidup dan tidak mati selama-lamanya. Sekarang tibalah masanya bagi kamu tetap muda dan tidak tua selama-lamanya. Sekarang tibalah saatnya bagi kamu bersenang lenang dan tidak sengsara selamanya". -Hadis riwayat Bukhari)

Ini yang menanti kita di kehidupan sana, inshaAllah.

Em, seseorang pernah bertanya: Berapa lama masa kita di syurga atau di neraka? Jawapannya: selama-lamanya. And I wonder, how long is that forever…? Serius, lama mana selama-lamanya tu? Jawapannya tetap selama-lamanya. Boleh bayang tak lama dia macam mana?

Dan kalaulah nak dibandingkan hidup kita di dunia ni yang rata-ratanya cuma berapa? 60 tahun? 70 tahun? 100 tahun? That would not be even close to 1 per 100 of that ‘forever’ we are talking about. Dan patutlah, patutlah… Nabi Nuh a.s sanggup berdakwah selama 950 tahun demi akhirat yang selama-lamanya. Bayangkan, 950 tahun tu pun tak selama mana!

Come one, Nuha~ Awak nak korbankan “selama-lamanya” untuk cinta pada lelaki sedangkan Allah Taala tu Tuan Punya cinta…? Untuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan? Untuk dressing ikut fashion? Untuk the so-called fun padahal dunia ni cuma permainan? Hah. Nuha, saya tanya awak ni…!

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”

Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka tanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung."

Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

“Maka adakah patut kamu mengira bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) main-main (tanpa ada maksud) dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” -surah al Mu'minun; ayat 112-115.

Janganla jeriiiit, saya dengar, dan saya tak mau :(

Sebab tu, saya nak pesan sangat pada awak-- diri saya sendiri… tolong jangan pernah penat untuk buat segala amal, tolong jangan pernah letih untuk ikut garis panduan yang Allah tetapkan, tolong tolong diri sendiri, sebab cuma yang itu boleh jadi peneman kita bila nyawa ditarik, dan terputus segala hubungan dengan dunia.

Dan (sungguh ngeri azab yang bakal menimpa) sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya sekarang kami telah yakin,” –surah as Sajdah, ayat 12.

Awak plan nak merayu pada Allah saat dah ada di dalam alam barzakh? Mana mungkin Allah Taala nak dengar rayuan kamu untuk kembali ke dunia, Nuha~ Moga kamu terus istiqamah, sayang~

P/s: Dan siapa di antara kita yang masih mahu menghambakan dirinya pada dunia…? Wallahua’lam.

Friday, April 15, 2011

heart of a Muslim is full of sincere.

Assalamualaikum wbt.

Baru balik dari semalaman ber-mabit di rumah kakak-kakak ^_^ Alhamdulillah sangat, terasa lapang sangat dada ni bila dikelilingi oleh orang-orang yang sefikrah (inshaAllah). Pertama kali ber-mabit jadi terujanya terlebih sikit, heeee.

Antara pengisian malam tadi, tentang ikhlas. :)

Dari Abu Hurairah, ikhlas tu bagaikan semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita. -hadis riwayat Muslim.

Mendengarkan pengisian malam tadi, baru saya tahu kalau 'ikhlas' tu payahnyaaaaaa. Serius, payah. Cuma Allah yang tahu ikhlas tu macam mana dan cuma orang yang hidupnya untuk mencari mardhatillah dan wajah Allah je yang tahu kepayahannya. Allah.

Semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu. Semua orang yang berilmu itu celaka kecuali mereka yang beramal. Semua yang beramal itu celaka kecuali orang yang ikhlas. -Imam al Ghazali.

Dan orang yang ikhlas tu dibayangi oleh bahaya yang lebih besar-- Riya'.

Sahl bin Sa'd pernah ditanya, "Apakah yang paling sulit bagi jiwa?" Ia menjawab,"Ikhlas." Mengapa sulit? "Kerana ketika ikhlas, jiwa tidak memiliki bahagian sedikit pun." -Kerana apa? kerana semua yang ada telah kita serahkan pada Allah Taala.

Sekarang dah boleh nampak tak beratnya untuk ikhlas...?

What are the criterias of sincerity, you may ask;
  1. Khususkan niat kalau semuanya 'lillahi' dan 'fillahi', (because of Allah & for the sake of Allah, inshaAllah).
  2. Melupakan pandangan manusia.
  3. Tak terdetik untuk mendapatkan pandangan manusia.
Em, boleh faham kan macam mana? Kalau tak jelas boleh tanya ye inshaAllah :)

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. -surah az Zumar; ayat 2.

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. -surah al Baiyina; ayat 5.

Kisah yang diceritakan oleh Wahida malam tadi (yang lebih kurang begini, tak ingat sangat ni)-- tentang tiga orang pemuda yang bermusafir di tengah pasir dan menumpang teduh di dalam sebuah gua sebelum tiba-tiba sebiji batu besar jatuh dan menutup pintu gua. Salah seorang mencadangkan untuk mereka menyebutkan amal yang mereka buat dengan ikhlas sebagai doa supaya Allah meminjamkan pertolonganNya.

Lelaki pertama; Aku seorang pemerah susu dan aku mendahulukan kedua ibu bapaku. Aku menunggu orang tuaku bangun daripada tidur untuk memberikan mereka minum susu daripada anak-anakku yang dah merengek kelaparan. Ya Allah, sekiranya aku lakukan itu dengan niat untuk mencari redha dan wajahMu, bukakanlah kami jalan keluar. Natijah: batu terbuka sedikit.

Lelaki kedua; Ya Rabb, aku masuk meminang seorang gadis tapi ditolak lamaranku. Satu hari, si gadis kesusahan dan dia meminta bantuan daripadaku tapi aku meminta sebagai balasannya, gadis itu perlu berzina denganku. Lalu si gadis itu berkata padaku: Demi Allah, kau lepaskanlah aku. Maka aku memberikannya wang dan melepaskannya pergi. Natijah: batu terbuka sedikit lagi.

Lelaki ketiga: Ya Ilahi, aku seorang peniaga dan aku membayar semua gaji pekerja-pekerjaku kecuali seorang-- yang tidak kembali untuk mengambil gajinya. Lalu aku menggunakan wang tersebut dalam pelaburanku. Satu hari, pekerja itu datang menuntut gajinya dan aku menyerahkan semua binatang ternakanku kepadanya. Pekerja itu berkata: Adakah kau menghinaku? Aku menjawab; Tidak. Ini sememangnya hakmu. Natijah: Batu langsung terbuka.

Refleksi diri kita. Kalau kitalah, kalau kita... apa ada amal ikhlas yang boleh kita gunakan sebagai doa untuk meminta pertolongan Allah? Huuuuuuu. Kalau saya sendiri, memang payah nak cari kot.

Ada ke? Kalau ada, cukup ke? :(

Tapi kalau kita tahu payah, tak bermaksud tak perlu usaha untuk buat jugak. Result kurang dengan usaha kurang-- definitely a different story! :) Setiap langkah yang kita ambil untuk menuju padaNya, inshaAllah, Allah tetap akan kira dan permudahkan jalan tu untuk kita. ^_^

Barangsiapa yang ikhlas kepada Allah selama empat puluh hari, niscaya akan terpancar hikmah dari hatinya melalui lisannya. -dihikayatkan dari Abu Hamid Al-Ghazali.

Tapi janganlah sebab semata-mata hendakkan 'hikmah' tu, kita ikhtiarkan diri untuk ikhlas. Rujuk balik hadis pertama dari hadis arba3een. :) InshaAllah, saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam setiap perkara, dengan izin Allah. Payah, berat, susah, tapi kalau tersasar, mungkin dalam perjalanan untuk patah balik, kat situ letaknya ikhlas, kita takkan tahu kan? ;)

Moga perkongsian ni bermanfaat, wallahua'lam.

P/s: Sesuatu yang kita buat dengan ikhlas, Allah akan campakkan satu 'rasa'. -Fatimah Syarha :)

Wednesday, April 13, 2011

love-ly.

"I haven't heard from anyone that loves before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.

My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family comes from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.

You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.
" -from a mother to her son.

And in case you hadn't noticed, that's the reason why I left you in the first place. :')

Friday, April 8, 2011

Allah lebih tahu, manis.

Salam 3alaykom.

Em. Untuk seseorang-- Allah lebih tahu, kan? Tentang kenapa kita dijauhkan. :) Rasa rindu yang dalam manisnya ada kesakitan, ini cuma satu dugaan.
.
.

Tengok video ceramah seorang ustaz yang dikongsi oleh seorang sahabat, dan jujurnya hati jadi terusik.

Terfikir. Berapa kali agaknya dulu, bila setiap kali terasa tersekat dalam satu-satu situasi, for instance when I was piled up with tons of homeworks and from my perspective, I can't finish them on time, or even when I don't score in my exams, I'll say-- DIE DIE DIE, or I'm so gonna be a dead meat, or habislah aku kali ni and etcetra.

Dan tengoklah kat mana saya sekarang-- masih lagi dipinjamkan nyawa, menulis lagi ni hah. Hanya sebab benda yang tak seberapa tu, saya dah rasa hidup saya dah sampai penamatnya. Allah, malu betul.

Cuba pejam mata dan bayangkan kejap-- the worst things that had happened to you throughout your life. Putus cinta? Gagal dalam pelajaran? Orang tersayang balik menghadap Ilahi? Bayangkan macam mana sakitnya masa tu, terseksanya saat tu.

Okay, sekarang fikirkan diri yang sekarang.

Somehow, somewhere along the way, Allah Taala tetap keluarkan kita dari semua situasi yang menyesakkan tu. Kan? :')

Wallahua'lam.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. -ash Syarh; ayat 5 & 6.

Sunday, April 3, 2011

sabar itu cahaya.

Salam 3alayk~

Macam biasa, yang waktu sekarang ni pun tengah mencuri masa buat nota Physiology. Mesti terbosan-bosan kamu kan setiap kali baca pun saya tengah mencuri masa yang sepatutnya belajar- macam jahat sangat pulak patut pergi study tapi tulis blog *menitis ayaq mata.

Baru lepas solat Maghrib. Baru lepas basuh baju. Baru lepas pergi usrah (lepas sebulan setengah tertunda sebab study week, evacuation & whatnots). Dan Alhamdulillah, Allah pilih saya lagi untuk ada dalam kalangan mereka yang mencari mardhatillah. Tak cukup rasanya rasa syukur yang ada untuk nikmat yang ini.

Sabar itu cahaya. -kata Kak Nisa'.

Bukan sabar yang selalu kita cakap kat orang "okay awak, bersabar k! Sabar, sabar!". IT'S NOT THAT KIND OF SABAR. Okay, it is tapi bukan sabar yang setakat sabar di mulut. Ento fahmah? Sama macam bila kita tulis status Fesbuk- ada orang meninggal & orang pun berduyun-duyun comment "al-Fatihah" memanjang tapi cuma tulis and they did not even ACTUALLY recite it!

Okay balik pada sabar tadi.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. -surah at Anbiyaa'; ayat 35. *saya bacakan ayat ini untuk di-tadabbur bersama tadi.

Kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan. Tolong jangan fikir kalau cuma yang malang bertimpa-timpa tu satu ujian dari Allah. Tau tak, nikmat kekayaan, kepandaian, yang Allah pinjamkan semua tu pun satu dugaan. Apa kalau harta tinggi melangit, tapi digunakan pada jalan yang salah, Allah akan redha...?

Jadi nak katanya, ujian yang Allah hadapkan ke wajah kita tu, diibaratkan sebagai kegelapan, dan sabar- cuma sabar- yang boleh menerangi kegelapan tu sebagai cahaya.

Ramai, ok tak, semua orang pun tahu sabar tu apa. Tapi siapa yang betul-betul sabar? Yang betul-betul jadikan sabar tu sebagai solusi pada masalah yang dia alami, sebagai jalan keluar, sebagai tanda pergantungan dia pada Allah Taala? Allahuakbar, jujurnya saya sendiri jauh lagi.

Jadinya kata-kata kali ni satu peringatan untuk saya yang akan datang- kalau dia membaca di terkemudian hari. :')

Jika kita bangun di pagi hari, dan memikirkan untuk mendapatkan dunia, hidup kita pada hari tu akan jadi kucar-kacir. Tapi kalau kita bangun di pagi hari dengan akhirat di depan mata, inshaAllah, everything will fall into its place. Dunia akan kejar kita. -Kak Nazirah.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? -surah al An'am; ayat 32.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. -surah ali Imran; ayat 185.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat. -surah al 'Ankabut; ayat 64.