Monday, March 28, 2011

pencerahan :')

Salam 3alayk.

Maafkan, memang terlalu sibuk menguruskan kehidupan di Semester 4 ni (not that I need to seek for forgiveness, am I? ^_^). Cuma terasa perlu meluahkan, makanya saya menulis. Sedang mencuri masa study Physiology T_T Oke, yang ini harus mintak maaf pada diri sendiri. Huk~

*Membebel je kerja saya ni ye?

Sesuatu terjadi hari ni pada saya- err, dan tiga orang lainnya- yang saya pasti semua budak batch Mansoura-Manchester Semester 4 pun tahu (even fellow doctors!) and I can't help but to feel crushed and devastated. Allahuakbar~ Tak punya nafas rasanya di dewan kuliah tadi. I can't even lifted up my head to face front and focus on what were being explained.

I was searching for the reason for whatever happened in that lecture hall and here's what I found, *nak menangis dulu bole tak? :')

Allah beri 'hentakan', untuk mengingatkan! Tidakkah kamu memerhatikan...? Pandang ke belakang, pandang ke depan, dan ingat, Allah bukan tak sayang~

:') Allahuakbar.

P/s: Was I being too laid back all these while? :/

Saturday, March 19, 2011

success has its own price.

Assalamualaikum wbt.

It has been a while, yes? *senyum. Entah kenapa, hari ni terasa nak menulis- em tentang apa yang saya rasa.

Dalam lirik lagu yang entah mana (lupa, dan saya malas mencari), ada dinyanyikan- kejayaan itu ada harganya. Saya setuju dalam hati seribu kali. Dan nak tak nak, untuk impian yang saya simpan dalam hati ni, ada benda manis yang perlu saya cagarkan untuk dapatkan sesuatu yang lain. Kira macam pajak gadai la ni. Heh.

Jadinya, saya rasa saya kena korbankan masa yang selalu saya peruntukkan untuk menulis dan guna internet, supaya ada masa yang lebih untuk belajar. Nak tak nak, ini dah jadi ‘keperluan’ dan bukan lagi ‘kehendak’. :) Tiba-tiba rindu Kemahiran Hidup, haha.

InshaAllah, in the future, I don’t intend to waste my time on writings anymore. Err, read between the lines dan jangan salah faham ye. Bukan maksud saya dah tak nak menulis langsung-langsung, (minat pada penulisan takkan pernah padam, inshaAllah) tapi untuk masa ni, waktu ni, ketika ni, ada benda yang lebih penting yang perlukan masa saya.

Neuroanatomy needs me more than this blog do :)

Demi penulisan yang dah jadi sebahagian dari diri saya, saya takkan berhenti menulis (dengan izin Allah tentunya), tapi saya takkan menulis di blog ni just for the sake I want the blog to be updated- sampai entri merapu tak ada tujuan ke apa ke, unless I have something in my mind- ilham dari Allah Taala untuk dikongsikan contohnya.

:)

Maaflah kalau ada yang rasa saya ni ‘bajet’ atau ‘mengada’- I can’t stop whatever you want to think anyways- tapi jujurnya, saya sangat-sangat perlukan kata-kata semangat supaya saya boleh pertahankan prinsip ni. Some people might say- manage your time well and you should be okay. Orang lain okay je, belajar medik jugak tapi boleh je online, boleh je tulis blog.

One question, do you know me that much for you to say so? :) I know myself very well- not more than the knowledge Allah Taala has regarding me of course but that should do- and this is what I think the best for me. Walaupun, terkadang, apa yang kita fikir baik untuk diri sendiri tak semestinya yang terbaik untuk diri sendiri apatah lagi orang lain.

But please, I seek for your encouragement. I can’t do this alone. :’)

My dad said; Medic isn’t supposed to be easy. So I was thinking, I should stop taking it for granted and lightly just because my classes, schedules aren’t pack. I should act like it’s not easy, literally, by making myself busy studying. InshaAllah, I’m working hard on it.

Tahu tak, setiap orang, ‘driver’ dia berbeza. For some people, their parents ‘drive’ them to strive in studying. Some others, their so-called other halves are their ‘drivers’. For some, people’s expectation ‘drive’ them to work hard. And I just found my ‘driver’ this semester, praise to Allah. I feel different, and maybe, I am different- now.

Abah~ thank you so much for the trip to Newcastle and London- it really boosted my spirit up! ^_^ Amanah Raya Berhad~ thank you very much for the target you set for us- sincerely. At least Jayyid Jiddan for every semester ye? *air liur terasa berpasir* Oh well, it still helps! Alhamdulillah alhamdulillah.

My cousin; Kak Fashie, told me: Kita datang sini (Newcastle for her, Egypt for me) untuk belajar. Jadi belajar lah. Jangan main-main, tak payah nak social sangat. Belajar betul-betul, jangan ada repeat paper, balik Malaysia. Kita kat sini belajar je. *senyum. And I was immediately motivated. I mean like, those words came from my cousin yang tengah buat PhD- of course lah rasa motivated kan! :D

So there you go. Walaupun rasanya bersimpang-siur, rasanya kamu pun tahu apa yang saya nak sampaikan sebenarnya. InshaAllah, yang saya nak kejar untuk semester ni dan empat tahun akan datang, kejayaan- yang berkualiti- not just studying for the sake of examination and whatnots but for the knowledge itself.

P/s: If you want to be a Mumtaz, act like one! –quoted from yourstruly ;) -act like you want to be a Mumtaz that is- work hard, strive well, tawakal, inshaAllah. Tengah paksa diri untuk paksa diri. :) Ila liqa’, biiznillah.

Pp/s: If you have something to say to me- you think that I NEED to hear you out- feel free to send what you have in mind at nuhamuneerah@gmail.com :)

Tuesday, March 15, 2011

wanita = ombak, boleh jadi.

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih pada seorang sahabat yang gigih menampal link artikel ini di kotak soalan tapak menulis baru saya. *you always knew who you are ;) Hati tersentuh, tentunya. Tak ada makna kalau jadi perempuan tapi hati tak serupa kaca dan sehalus kapas. And that's one of the things I love for being a girl.

Tapi lagi comel ada sorang budak kecik ni kan kan kan (tulis budak kecik je of course lah dia dah sedar diri dia siapa kannn?) yang manis sangat doakan supaya untuk semester yang akan mula esok ni-- stress bukan milik saya. Allah, berjuta kali akak ameenkan doa awak tu tau!
.
.
Dulu saya pernah tulis kalau perempuan tu emosinya seperti laut-- kejap pasang, kejap surut. Tak kalah pada perumpamaan wanita ibarat ombak. Ada masa tenang menghempas pantai, ada masa menyapu segala benda yang ada di laluannya.

Saya tak terkecuali. :)

Hampir seminggu ni, habis blog kena tinggal, habis Fesbuk kena deactivate, habis twitter tak berapa bernyawa, cuma kerana saya rasa lemas dan rimas ada dalam dunia internet ni. Huk, maafkanlah. Nak salahkan iman yang turun naik ni alangkah kesian, sedangkan dah sifatnya memang macam tu. Salahkan syaitan? Oh, dah tentu!

Tapi yang paling bersalah tentunya saya yang sedang menulis ni. *senyum nipis sangat sangat. Belum cukup baik untuk jadi baik.

P/s: Mungkin bakal hilang lagi (?)
.
.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! :') Allah kurniakan nikmat, dan ye, saya kena laksanakan nazar saya ^__^ Umi saya tulis kan kan kan;

Buat anakanda, antara syarat Amanah Raya Berhad:
1. Mesti menjadi seorang doctor yang first class.
2. Mesti score atleast Jayyid Jiddan setiap semester.
3. Tak boleh kahwin sehingga tamat pengajian.
4. Mesti ucapkan terimakasih kepada ibubapa, penjamin dan pemberi pinjaman & sedia berbakti kepada ibubapa, agama, bangsa dan negara

Saya rasa nombor tiga dan empat paling comel sekali ^_^ inshaAllah inshaAllah.
.
.
Semester 4 akan bermula esok (!) dan perjuangan saya baru nak bermula ;)

P/s: Sorry for the so much of randomness -.-

Sunday, March 6, 2011

musim beralih...

... dan cinta pun berganti (?) Apekah.

Maaf ya tapi mungkin tapak ini bakal makin sepi dari tulisan saya. Bukan mahu berhenti terus, tidak, inshaAllah. Tentu saja akan menulis jika akal masih diberi ilham oleh Allah Taala. Cumanya saya jumpa tapak yang lebih ideal :) Hah, mungkinlah. Sedang masih bersuai-kenalan.

*Fna jangan backhand dia pls ;)

Tak mahu hilang saya?
(wah tanya macam apa je kan -.- please dong sayang~)
Siapa je bakal rindu kamu -.- KAN, haha.

Saya menulis kat mana mana je la.
Hee.
:)

*the link has been erased untuk kemaslahatan bersama. sekian terima kasih =)

Saturday, March 5, 2011

he said.

Hyde Park, London :) SubhanAllah~

Assalamualaikum wbt. Terasa ingin kongsikan kata-kata seorang lelaki, yang terlalu besar nilai kata-katanya dia pada saya, dengan kamu semua. Dan sungguh, hati gadis mana yang takkan terusik... Allahuakbar.

Hati, kamu duduk situ diam-diam please. Saya tak perlukan kamu untuk terlalu berdetak dengan lebih kencang sekarang. :)

Jangan korang ingat seksi tu lawa. Jangan korang ingat kalau bagi perempuan seksi yang boleh pegang tarik bawak ke hulu ke hilir, aku tak tolak. Aku tak suka. Korang punya mindset aku respect, so please treat mindset aku dengan cara yang sama.

Relationship bagi aku ada satu ending je. Marriage. Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kawin, lepas tu nak kawin nanti cari lain pulak.

Aku nak wife aku nanti yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain dari apa yang patut. Dan aku tak rasa patut untuk aku buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti.


Khalid Faizal, terima kasih untuk ini.
Semoga jodoh 'kamu' nanti sebaik-baik perempuan, biiznillah.

:')

*Err, 'kamu' tu sesiapa jelah~ tak perlu spesifik pun~ senget je -.-

Friday, March 4, 2011

of-- yang belum solehah.

minit-minit terakhir di Newcastle sebelum ke London- Iris was being cheeky as always, hee

Assalamualaikum wbt.

Jazakillah pada seorang sahabat yang bantu untuk menyedarkan, *S, awak tahu awak siapa :) Jujurnya perkara yang satu tu memang menjadi titik kelemahan saya. Dan betapalah... 'turasan jahiliyah' perlu saya lakukan untuk menapis saki-baki sifat jahiliyah yang masih ada.
.
.

Memerlukan kekuatan yang bukan sedikit.
But here's what I have to say to myself: kekuatan tu perlu dicari, bukan ditunggu!
Allah.
Betapa luasnya rahmat cintaNya, kerana menghadiahkan awak pada saya hari ni.
*senyum kecil.

Terkenangkan laptop saya ni yang masih belum cukup solehahnya, buat saya jadi takut. Hard disk yang sedang diguna abah tu, masih tersangat jauh jalannya untuk menjadi solehah... Betapa mungkin, handphone milik saya itu pun belum solehah penggunaannya. Nintendo DS saya tu, lebih jelas tidak solehahnya. Dan selama ni saya ingatkan yang perlu solehah tu, cuma iPod saya! Allah.

Firman Allah Taala: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata." -surah al Baqarah, ayat 208.

Secara seluruhnya, dan manakan boleh kalau kita nak separuh-separuh Solehah ye tak?

Sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekelian alam ini- terjemahan Doa Iftitah.

Ayat yang paling kurang kita bacakan lima kali sehari, ayat yang bagaikan satu ikrar kalau segala yang ada pada kita, adalah milik-Nya. Tanpa kita sedar :')

Adakah kamu terbayang MUJAHID itu seorang yang tidur sebanyak-banyaknya, makan sekenyang-kenyangnya, ketawa semahu-mahunya? Atau seorang MUJAHID itu berhempas pulas bermati-matian bagi menegakkan cita-citanya? ~ Imam Hassan al-Banna

Huk, biasanya terasa sampai ke ulu hati dan urat saraf! Sekarang saya tahu, kekuatan untuk menapis 'tu' bukan saja untuk bolehkan saya dapat result cemerlang dalam finals (ameen, inshaAllah ^^) tapi sekaligus untuk meninggalkan diri saya versi yang lalai, versi yang terlalu banyak membazir waktu untuk 'itu'.

Syukran jiddan, S. ♥ Awak pun tahu payahnya bagaimana, kan? :') Jadi doakan nuha kuat please?

Maafkanlah.
Maafkanlah.
Maafkanlah.
Saya yang sedang membaiki diri.
Saya yang masih terkial-kial untuk menjadi solehah.
Maafkan,
saya yang terasa berterusan hinanya~

Thursday, March 3, 2011

London Eye.

27 Februari- London Eye

Assalamualaikum wbt.

Sebiru langit London, dan sesejuk itulah hati saya yang memandangnya. Dan sebeku itulah tubuh saya melawan sejuknya (?) Hah. Sungguh terketar jari menangkap gambar.

Em, pernah dengar tak kalau kita-kita ni perlu dilatih untuk berfikir secara fikrah Islamiyah? Maksudnya, tak kisahlah kita memandang apa saja yang ada di dunia ni, semuanya akan 'counter' balik pada Islam. Kiranya macam tadabbur alam etc. Contoh paling mudah, kalau kita dihadapkan musibah, dan kita melihat musibah tu sebagai tanda kasih sayang Allah.

:)

Lalu saya terfikir.

Dan sebenarnya tak kisahlah berada di mana-mana 'Eye' sekalipun, ataupun cuma seperti yang di karnival (baik sebenarnya lupa -.-) Ferris Wheel (baru lepas tanya abah ^__^), bila kita berada di atas, yang lain di bawah semuapun kelihatan kecil, kan? Macam semut comel, macam barang mainan ala-ala Lego je. *Gaah, selambayaya saya 'menyemut' dan 'meLegokan' orang -.- Huk, mintak sorry.

Lalu kamu fikir kita ni kelihatan bagaimana dari pandangan Dia yang di atas sana? Apa agaknya boleh mengelat main sembunyi dan terlepas tak dari dipandang...? Atau sebenarnya kamu memang memilih untuk tak dipandang langsung oleh Ilahi? Hingga ke akhirnya?

Jadinya nak kata, jom corakkan hidup kita supaya indah dilihat oleh Ilahi ! Siapa sudi temankan nuha? Untuk memperbaik diri tentunya, :)

Err, saya terfikir lagi.

Bila kita di atas, kita jadi seronok sebab boleh melihat banyak benda yang di bawah. Macam 'Ehhh tengok tu highway tu bentuk dia macam bunga!' atau 'Ehhh pulau tu bentuk kura-kura!' dan sebagainya. Memang teruja, tapi ingat ye, (cliche phrase and needless to say but still...) kita takkan selamanya ada di atas.

Lima minit, sepuluh minit, mungkin. Tapi bukan untuk selamanya. Samalah macam laut, ada pasang, ada surutnya. Lets hope for the best in our life, but still prepare for the worst shall we? *grinning.

P/s: Result Semester 3 dah keluar, dan apa yang saya boleh kata: Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah~ Syukuran ya Rabb. :') Dan oyya, saya dah selamat kembali ke bumi Mesir. Alhamdulillah jugak untuk yang itu. ^_^

If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely. [3:160]

Tak mau letak gambar sendiri, gambar abah pun boleh lah kan? Hihi. During our trip to Newcastle, London and Dubai, saya dah macam budak kecik tau? Like daddy's little girl once again (!) Dalam London Underground pegang sweater abah sebab tak sampai nak pegang pemegang kat atas dan train sesak (T_T) hehe.