Monday, February 28, 2011

kembara pulang ke Masri.

Assalamualaikum wbt.

Yang kali ini menulis dari bumi London, dan akan ada dalam kembara pulang ke Mesir esok hari. InsyaAllah, akan kembali menjejak medan saya dalam menuntut ilmu pada 1 Mac nanti, jika diperkenankan oleh Allah Taala. Err, macam biasa, kita hanya merancang, tapi semuanya akan kembali ke tangan-Nya juga. :)

Kembali ke bumi Mesir.

Maaflah (untuk ayat yang bakal saya tuliskan ini), tapi rata-rata semuanya berat untuk tinggalkan Tanah Melayu, kan? Serius saya tak menyalahkan sesiapa, Allah, sedangkan saya sendiri lebih rela berlama-lama di Malaysia. Jangan risau, saya rasa apa yang awak rasa, inshaAllah.

Kalau bukan kerana bumi Firaun tu sudah ditakdirkan oleh Dia yang di atas sana untuk menjadi tempat kita-kita menimba ilmu perubatan sekaligus mengambil ibrah daripada adanya kita di situ, belum tentu dikasi Ringgit Malaysia satu juta pun kita mahu, kan?

:)

Jujurnya, niat kita ke Mesir tu sebenarnya apa? Menuntut ilmu? Bermain? Lepak? Kebebasan? Perubahan? Ketuk hati, dan kamu muhasabah sendiri. Kalau betul untuk menuntut ilmu, jadinya kenapa drama Korea tu nampaknya lebih penting? Kenapa berbual kosong tu macam lebih seronok? Allahuakbar. Tajdidkan niat kamu tiap hari, saban malam, sayang.

*Sebenarnya lagi sedang berusaha mengetuk minda diri sendiri.

Fi sabilillah. Terlalu berat rasanya menggalas gelaran yang satu ini. Sekecil pengorbanan yang kita lakukan dengan meninggalkan keluarga di tanah air untuk menuntut ilmu di tanah asing, sudah digolongkan kita dalam berjihad oleh-Nya, subhanAllah. Jadinya rasa takut tu tak perlu ada, mungkin? :)

Kalau lah betul ditakdirkan sedari kita diciptakan untuk hilang nyawa di sana, bukan di tanah terlahirnya tangisan pertama kita, kita dalam golongan mereka yang mati syahid kerana-Nya, kan? *Mohon dibetulkan kalau ada kesalahan. Yang ini kita perlu percaya kerana apa sahaja yang kita lakukan kerana-Nya, takkan kita pernah terlepas dari rahmat-Nya, inshaAllah.

Hopefully rakan-rakan seangkatan tak terasa berat untuk pulang ke medan peperangan kita bersama. Sekali kita melangkah, moga takkan sesekali berpaling tadah. Ameen, inshaAllah.

P/s: Kalau betul nuha jadi orang pertama yang sampai di Mansurah, nuha tunggu korang semua balik ye? ^^ Serius dah rindu nak dengar kuliah sama-sama oh. Heeee. Ila liqa' fi masri, biiznillah.

Pp/s: Mohon maaf pada aunty Dr. Notts kerana tak berkesempatan untuk menjenguk aunty di Nottingham. Masa sememangnya tak mengizinkan, :( InshaAllah, kalau ditakdirkan, kita jumpa ye aunty? ♥

Friday, February 25, 2011

dari New Castle, UK.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, sekarang sedang menulis dari New Castle, United Kingdom. Tak pernah saya sangka lah perjalanan dari Kuala Lumpur ke tanah Inggeris ni mengambil masa hampir 24 jam. Hah. Memang sangat menguji segala jenis deria (?) dan tenaga. Tapi saya takkan sudi nak gantikan segala pengalaman ni dengan berapa banyak duitpun yang kamu nak tawarkan.

InshaAllah. :)

Flight delay selama 1jam 15minit di Dubai untuk ke London Heathrow Airport (LHR) walaupun dah boarding (yes, we have already board on the flight and yet...! -.-) dan buat kitorang tertinggal train ke New Castle sampai terpaksa beli tiket baru, mengajar saya yang se-'terror' mana pun perancangan manusia, ketentuan Allah Taala tu melebihi segalanya!

*Biarpun kita boleh berikhtiar dan berharap, semua akhirnya kembali terserah pada-Nya juga.

Bayangkan, kitorang sanggup berebut jadi orang yang pertama untuk get out from the flight, berlari dari arrival gate ke UK border immigration, laju menyorong troli beg untuk ke London Underground station, dah sampai King's Cross train station but apparently, we are still late to catch our train.

Yeah, we lost our train when the flight from Dubai was delayed.

Seriuuuus, perasaan ditampar angin akhir musim sejuk London adalah sangat priceless. Saya tersengih sepanjang jalan ! *Rasa macam tak betul sangat pun ada -.- You can't blame me since for the past 20 hours, badan dah lunyai duduk dalam flight okay.

Pemandangan dalam train dari King's Cross St. Pancras station ke New Castle sangat luas, subhanAllah! Dengan luas maksud saya, penuh dengan padang hijau, dan rumah-rumah Inggeris yang mendebarkan saya (I do not know why!) bila terlihatkan rekaannya. Very the English ;)

I can't simply hold myself from bangun dari tempat duduk, bergerak ke pintu gerabak, dan berdiri memandang pemandangan (sebenarnya saya duduk bukan di tepi tingkap jadinya pergilah saya mencari tingkap kan, haha) sambil memerhatikan ragam manusia yang hidupnya di bumi Inggeris ni.

*Jujurnya, saya ambil masa 5 saat untuk detect apa yang diorang cakap sebab loghatnya payah sikit. Tapi dah jadi terikut-ikut (?)
Shopping tips in UK: silalah jangan convert price tag yang ada dekat barang yang kamu nak tu kepada Ringgit Malaysia. Sememangnya kalau dibuat jugak, memang takkan membeli apa-apa. Contohnya kalau harganya GBP120. Kamu pandang terus berkenan. Dalam kepala dok mencongak 120 x 5 = RM600. *telan liur. Kalau nampak harga ni di Malaysia, awal-awal lagi saya dah pejam mata menonong tinggalkan barang tersebut.

Seriuuuus. My days in UK are lovely. Sangat.

:)

Tuesday, February 22, 2011

KUL-DXB-LHR. LHR-DXB-CAI.

Gambar ditangkap tadi, dari tingkap kamar sendiri, sewaktu matahari mula bermain sembunyi. *lelah, biar saya tarik nafas dulu ya? Haaaah. Jujurnya akan rindu mengintai pemandangan ini saban hari, untuk yang beberapa purnama yang akan datang ni, kerna saya akan berpergian malam nanti.

Tolonglah sayang, saya merayu. Kuat kuat kuat. Hati, tahu tak nak menjaga kamu ni lagi payah dari nak membesarkan seorang anak gadis? (macam saya tahu pun -.-)

Gaaaah (berdebar sangat ni kenapaaa? T_T). Malaysia, kamu tahu kan saya paling sayang kamu biarpun banyak lagi negara yang buat saya teruja? Kamu paling istimewa. Janji *angkat tangan kanan konon tengah ikrar.

P/s: Kak Aishah, Husna, nanti kalau diizinkan Allah untuk nuha balik (raya entahkan dapat T_T), kita jumpa lagi ye? ^^ Ila liqa', biiznillah. ♥ Qis, Zati, thaaankyouu sudi datang rumah ! :D Bie, Syaf, Zir (memandai pergi pendek semua nama huk maafkanlah -.-) terima kasih untuk kenangan hari tu. Rindu untuk kamu kamu dah kurang sikit dah hihi ;)

Ma'as salamah, Malaysia. :')

7.57pm,
Di meja makan rumah,
menikmati 'perasaan rumah' untuk yang terakhir kali.
Eh, untuk beberapa purnama ini lah !

:)

Assalamualaikum wbt.

Err, ini tulisan terakhir dari bumi Tanah Melayu (yang buminya sedang saya pijak, langitnya saya lagi sedang junjung) mungkin? *angkat bahu. Macam biasa, bila nak meninggalkan tanah air ni, dia ada satu perasaan lain macam sikit. Huuuuuu *sedang mententeramkan diri, tumpang lalu.

Perasaan yang perlukan saya untuk kuat kalau tak mahu rebah di tengah jalan.

Jujurnya, saya masih seorang remaja (with a lil drop of childish here and there, still) walaupun dah nak jejak 20 tahun, makanya maafkanlah saya yang tak reti nak matang ni, ye. *buat muka comel sambil kelip-kelip mata.
.
.

Ramai yang bertanya, dan ramai yang persoalkan kenapa saya nekad sangat nak balik sebelum kelas bermula walaupun belum dapat official green light dari KPT atau KMN atau kerajaan Malaysia. I don't feel annoyed at all with all those questions, korang. :) I'm happy to answer it biarlah berpuluh kali orang tanya soalan yang sama pun.

But I'll stick with my answer. I seriously can't afford to miss my classes. Quoted from my daddy; medicine isn't supposed to be easy. It comes with packages of difficulties. :)

Macam ni lah ye. Saya ke Mesir sebagai fi sabilillah untuk belajar perubatan, sekaligus berjihad untuk menuntut ilmu Allah Taala. Dan kalau memang (kan saya bilang kalau), dah ditakdirkan oleh Allah untuk hilang nyawa di bumi Anbiya' tu, inshaAllah kita mati syahid, kan? Selebihnya wallahua'lam, :)

Kalau nak ditunggu 'green light' tu entahkan bila. Dan serius, kamu rasa universiti di Mesir akan tangguh satu semester untuk kita (malaysian students) ni? Hanya sebab kita? Seriuuuuus kamu fikir macamtu? Istimewa sangat ke kita ni? Err, ini saya tanya, bukan provok ye. ^^
.
.

Doakan hati saya kuat untuk jauh dari keluarga dan Malaysia please? Hati, saya tak mintak banyak, cukuplah untuk kamu jadi pegun. Apa sukar sangat untuk ditunaikan? *mencebik.

Siapa kenal perasaan bila kamu ada dalam kereta yang dipandu laju yang bersedia untuk membelok dan tiba-tiba satu kereta bagi lampu signal untuk menyelit, lalu kereta di-break secara mengejut.

Hati kamu tersentak, kan? Dan iramanya ambil masa untuk menjadi normal. Aduhai hati, bertahanlah sayang!

*tak ada kena mengena dengan lelaki pun (malas -.-). Ini hati saya yang berdebar nak ke London dan balik ke Mesir. Allahuakbar.

P/s: Kalau boleh online dari New Castle nanti, saya online ye? ^^ Iris Sabrina, tunggu aunty nuha please, hihi.

Saturday, February 19, 2011

tak ada yang penting.

Assalamualaikum wbt.

Sejujurnya beberapa hari ni memang sibuk ke hulu dan ke hilir (apsal macam dah jadi Pak Pandir? haha!) membuat homework yang dikasi abah. Err, akan dibagitau kemudian, inshaAllah. :) Menulis ni pun hanya untuk memberitau kalau waktu untuk saya ada di Malaysia ni dah makin suntuk.

Huk.

Hmm, inshaAllah dengan izin Allah Taala, Selasa minggu depan, 22 Februari malamnya, saya dan abah berangkat ke United Kingdom untuk bercuti beberapa hari (sambil melawat sepupu kat sana actually ^^) di London dan New Castle sebelum akhirnya bertolak balik ke Mesir.

Err, I might be (I think so, really) the first person to arrive in Mansurah? :/ But then kalau betul ada yang ikut chartered flight by GMN, their first flight would be on 26th of February. Kalau macam tu, saya selamat, inshaAllah ^^

Okaaaay, the so-called homework yang abah kasi sebenarnya untuk buat proposal (proposal ye proposal, haha!) mengenai tempat-tempat yang saya nak lawat di London dan New Castle nanti. Sekali dengan lokasi Malaysia Hall in London, laluan London Underground tube yadda yadda~
Print Screen directions yang lebih kurang begini, :)

Punyalah bersengkang mata menyiapkan proposal 12 muka surat ! ^^

Cumanya, bila saya sampai di Mansurah 1 Mac nanti, harapnya dengan izin Allah, dah ada orang di sana. Huuuh. Until that becomes reality, my dad will accompany me in Mansurah for a few days, alhamdulillah :)

Doakan keselamatan saya ye. Jazakumullahu khairan.

Monday, February 14, 2011

antara saya dan 14 Februari.

Valentine's Day.

Dua puluh tahun saya dipinjamkan nyawa oleh Allah Taala, jujurnya saya tak pernah sambut hari yang kononnya meraikan pasangan kekasih ni (astarghfirullah hal'azim, moga ini bukan satu riya') biarpun ________. *yang membaca tulisan saya sedari dulu, kamu tahu apa yang terisi di ruang kosong ini, kan?

Heh.

Kalau dulu, zaman jerangkung masih banyak di dalam almari, kalau kamu tanyakan pada saya...
mungkin dalam nada sedih, saya akan menjawab, "Hahahahhaha, aku tak pernah sambut Valentine pun" dengan bibir yang dibiar melengkung ke bawah. Mungkin tak saya hadapkan jawapan ini terus ke wajah kamu, tapi itu yang lahir dari hati saya.

Yang sekarang ini, kalau difikir-fikir, betapa Allah Taala dah pelihara fikiran saya dari meraikan hari yang saya rasakan paling banyak mengundang kekhilafan di dunia ni biarpun ______ (sama seperti yang di atas). Dan cuma saya yang tak sedar-sedar... *terdiam.

Allahuakbar, kenapa terasa begitu salah ayat dalam perenggan yang ini...?

Saya mohon dengan sangat pada Ilahi, biar dijauhkan kita semua (yang sungguh-sungguh mahukan budaya menyambut Valentine's ni lenyap dari kebiasaan) daripada diuji dengan setiap patah kata yang kita lemparkan. Ameen, inshaAllah.

*Setuju dengan pandangan seorang sahabat. Kemudharatan yang menjadi kebiasaan tu paling payah untuk dikikiskan, dan untuk sesuatu kebaikan yang dirasakan asing menjadi kebiasaan, itu paling perit untuk dikerjakan.

Allah.
Sememangnya untuk thabat dalam perjuangan bukan kerja mudah, kan? We have driven thousands of miles, to deliver a vertical smile.

Serius kalau boleh saya tak mahu langsung news feed fesbuk saya sesak dengan hujan 'lumpur'. Maaf, but I had enough with all these crap. Sudah-sudah lah tu, sayang. Hari-hari pun hari untuk kita berkasih bersayang. Jadinya tak ada sebab untuk 14 Februari ni menjadi hari yang lebih sikit istimewanya berbanding hari yang lain, kan? :)

Atau memang kita-kita ni dah menjadi hamba pada budaya...? Nauzzubillah, benar-benar mintak simpang.

*Kak Nuha suka status fesbuk Husna! ^___^ Jom kita mohon sama-sama, biar di hujung tahun 2011 ni, takkan ada meliarnya kisah bayi dibuang merata-- berlantaikan tanah berbumbungkan langit --hanya kerana tarikh 14 Februari yang "keramat" ni. Biiznillah, moga-moga. :)

*Status fesbuk Azhari buat saya tersenyum sendiri. Dia tulis begini; "sumpah kena petir lah sesiapa yang dapat cuti maulidur rasul lepastu dia pergi sambut belated valentine". Hoh, genius kau tak pernah berubahlah ayie!

*Jom join misi Raudhatus Sakinah untuk banteras zina! ^___^

*Happy advanced birthday, Prophet Muhammad SAW. You are dearly missed, :') ♥

Friday, February 11, 2011

ramai yang punya hati padanya.

Lantai bilik bergegar dengan dentuman, bangun menyelak mengintai dari celahan langsir tingkap, dan mata saya bertemu dengan ratusan (mungkin ribuan?) cahaya bewarna-warni yang memercik ke langit kelam.

Indah, dan saya jadi tersenyum sendiri, melihat untuk satu minit, menunggu percikan yang lebih tinggi. Jauh di balik bangunan seberang sana. (bayangkan bunga api ditembak ke langit, merahnya, hijaunya, kuningnya bagaimana)

Ye, dia si bunga api. *sengih.

Lalu saya jadi terfikir dan terdiam. Apa boleh kalau saya katakan begini...? Kalau dunia; yang diciptakan Allah Taala ini, umpamanya seperti bunga api. :) Indah, tapi setiap butiran percikannya ke langit, cuma sementara. Biar kalau dipuja cantiknya dia, mendongak kita ke langit kerananya, semua itu takkan kekal lama.

Tahannya setiap pecahan percikan itu lebihnya takkan sampai lima saat kan? Tak percaya, saat kamu bertentang mata dengan bunga api nanti, cuba untuk mengira, ye. Kurang lebih seperti dunia, :) Yang kalau dikagumi melebihi apa adanya, tak mustahil untuk kita lekas kecewa.

Bukankah buktinya sekarang ada di mana-mana? Di celah 'hancurnya' akhlak remaja kita, di celah 'bangkitnya' kejahiliyahan manusia? Heh, maaflah. Buktinya ada di depan mata.

Sesiapapun mahu sesuatu yang kita suka untuk ada selamanya, biar jangan lenyap, tapi paling mustahil kalau yang disukakan itu berunsur dunia. Harta? Kita takkan boleh heret hingga ke liang lahad, bahkan di Padang Mahsyar kita dibangkit sehelai sepinggang. Pangkat? Sedangkan di Tanah Suci saja sudah luruh semuanya, apa lagi di mata Tuhan, kita yang sememangnya sama. Cinta? Alhamdulillah kalau yang kekal hingga habis nyawa, tapi yang ranapnya takkan pernah habis dibilang.

Kerana yang menetap dan menciptakan takdir itu, Dia yang ada di 'atas sana'. :)

Dari Tsauban bin Bajdad, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan di nampan. Salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?”

Beliau menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih aliran sungai. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.” Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)

Apa kalau dunia tak seindah ini, ada di antara kita yang akan masih punya hati padanya? Fikir, dan kamu simpan dalam-dalam. Buat muhasabah diri, tak perlu dicerita pada sesiapa. Kadang-kadang, ada yang lebih wajar untuk tak dikongsi.

Maaf, kalau ada yang tak setuju dengan ideologi saya kalau bunga api = dunia. Mempesona, tapi seketika? Terpulang untuk didefinisikan bagaimana, cuma harapnya inshaAllah, sampailah apa yang ada di dalam hati saya sewaktu terlihatkan bunga api tadi.

Wallahua'alam, :)

5.26pagi, sendirian di bilik menanti Subuh.

Tuesday, February 8, 2011

self-evacuation plan.

Assalamualaikum wbt.

Er, waktu tulisan saya ni menjadi bacaan mata kamu, Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai di Malaysia. :') It has been such a long and a very tiring journey indeed. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk dijadikan kenangan biar diceritakan pada anak-anak (?) nanti, haha.

Siapa yang boleh sangka perjalanan kami berlima (yours truly, Naim, Syifa, Chitah dan Kak Ainatis) ditakdirkan sampai macam ni...? Hanya Dia, kan? *senyum nipis.

Surely semua pun tahu krisis di Mesir tu macam mana, jadi tak perlu kot (?) untuk saya ulaskan apa yang terjadi. Cumanya, kadang-kadang apa yang tertulis di surat khabar tu tak lebih daripada retorik je. Eventhough kes letupkan bank, bakar hypermarket, dan lebih 6000 banduan terlepas di Mansurah tu betul belaka.

And let me get this right. Semua kekacauan ni bukan berpunca dari protestors yang nakkan presiden diorang tu turun tapi dari samseng yang ambil kesempatan dari situasi ni. Yang banduan tu pun sengaja dilepaskan oleh presiden tu supaya protestors berkurung dalam rumah. >:(

Anyways, self-evacuation kami bermula bila kerajaan dah buat keputusan untuk evacuate Malaysian students yang ada di Mesir ni, dan ayahanda saya terus book flight tickets online untuk anak gadisnya yang seorang ni dan empat yang lain pulang ke Tanah Melayu. *sengih. Dan lebih senang kalau saya senaraikan kronologinya kot daripada bercerita. Heh.

  • Flight kami ke Amman, Jordan pada hari Jumaat, 4 Feb, 12.10 tengah hari. Tapi dengan curfew, kitorang terpaksa bertolak ke airport sehari lebih awal, 10 pagi hari Khamis dan sampai di Borg El Arab International Airport pada jam 1 petang.

  • Melangut di airport selama 24 jam- boleh online Alhamdulillah ada free internet wireless, makan bekalan yang dibawak (karipap, nasi goreng, nasi impit kuah kacang), borak-borak, solat, tidur bertilamkan kerusi cafe yang dicantum tiga. Memang feeling pelarian, I tell you.

  • Tanpa rancang, jumpa dengan satu lagi group of Malaysians students yang dari Tanta untuk balik Malaysia sama flight dengan kitorang. 11 orang semuanya; 8 lelaki dan 3 perempuan. So that make us 16 all together.

  • 10 pagi esoknya, kena tahan daripada check-in disebabkan semua pun book tiket online sedangkan Royal Jordanian people nak the actual card holder to be present. Ternganga la semua orang. Dan buat pertama kali, kami 16 orang ni bersatu brain storming apa yang perlu dibuat. The situation was hectic, we waited more than one hour untuk diorang selesaikan masalah kitorang.

  • Alhamdulillah akhirnya diorang bagi lepas tapi cuma untuk dari Alexandria ke Amman, Jordan. Dari Amman ke Bangkok, kitorang kena selesaikan sendiri di Amman. We was like ya Allah bersyukurrrrrnyaaa :')

  • Alhamdulillah lagi sekali, sampai je di Amman, Uncle Isa (from embassy in Jordan) dah tunggu di luar gate arrival tu untuk bantu kitorang selesaikan the tickets problem. Actually, semua ni terima kasih pada uncle saya yang keluarkan arahan pada Sarjan Zaimi untuk tolong ambil kami di Queen Alia Airport. Thanks, uncle Adi~ Lagi terharu bila Colonel Adnan call saya di Mesir untuk tanyakan keadaan saya. :) Such an amazing people they are!

  • Kami berlima kemudiannya diangkut oleh Sarjan Zaimi untuk ke rumah beliau tapi sebelum tu kitorang sempat ke Sweileh untuk hantar uncle Isa balik. If only Sweileh was having snow on that day... T__T

  • Rumah Sarjan Zaimi lawanya ya Allah! And he has a very kind wife; auntie Shima and two adorable sons; Zairul and Zaqwan. Zaqwan comeeeeeeel ^___^ At first dia malu-malu but then when I became talkative to him, I got to kiss on the cheek! ^___^ And he even lentok kat bahu saya, peluk saya dari belakang oh ya Allah he's such a love~

  • Serius auntie Shima baik sangat, masakkan ayam masak merah + kari daging + papadom, kek batik, kek pisang... pergh. Sarjan Zaimi ajak datang rumah dia lagi berulang kali~ Auntieee, nanti nak datang cuti Jordan lagi yeeee! :) Baby, tunggu kak Nuha okay? ;)

  • Journey dari Amman ke Bangkok lancar, alhamdulillah. I just love Royal Jordanian's flight. Friendly flight attendances, smooth landing, cool aircraft, he he. I'm looking forward to board RJ's flight anytime soon, inshaAllah.

  • Jejak je Bangkok, ayahanda saya dah menunggu di gate arrival ^__^ So glad to see familiar face greeted me, hihi. Lima jam transit di Bangkok kitorang habiskan di airport untuk solat, makan, berehat sebelum boarding flight Air Asia untuk balik ke Malaysia.

Anddd tadaaa~ Here I am, in Malaysia, for only-Allah-knows how long :) Definitely, walaupun plan winter break saya untuk berkhemah di padang pasir dan hadiri seminar perubatan terpaksa dibatalkan sebab rusuhan, rasanya pengalaman yang ini lagi berharga, hihi.

P/s: By the way, orang yang tak ada kat Mesir ni tok sah nak dok kalut la politikkan situasi kitorang... I mean like seriouslyyyy, nak bising pasal yang ni di-anaktirikan la, yang tu diketepikan la, lambat sangat la, ape la. Come on, kerajaan dah buat yang terbaik untuk evacuate 11 ribu lebih pelajar kat Mesir ni hah. 11 ribu bukan macam guli buat main congkak tau!

Ada pulak "certain people" yang kata situasi tak bahaya la (merujuk pada entri sebuah blog), manja sangat la... Hello encik, mai datang Mesir la tengok trauma tak trauma bila dengar kereta kebal ada atas jalan raya, bank kena bakar, riots all over the country, & at the same time internet connection tak ada, and the ONLY source untuk dapat maklumat cuma bila parents call dari Malaysia atau ada yang sanggup korban kredit untuk call bagitau apa yang tengah berlaku.

Seriouslyyyyy, try to imagine yourself in our shoes. :)