Thursday, January 27, 2011

riot broke in egypt. *updated*

Berlaku rusuhan di Mesir sekarang. Duduk rumah diam-diam. Merata askar polis bergelimpangan (bukan mati, ye). Twitter dah kena block dek kerajaan. Dan baru kejap tadi, Fesbuk jadi mangsa.

Hah.

Kalau ada apa-apa yang penting, terus call number Egypt saya please. Paling tidak, hantar ke email ye. nuhamuneerah@gmail.com

Patut bukak Myspace balik ke...? Allahuakbar, moga kami selamat.

update: bersyukur sangat ada this new browser yang boleh buat saya online twitter dan fesbuk sekaligus ^__^ oh ya. kalau ada sesiapa nak tahu perkembangan lanjut tentang rusuhan ni, kamu pergi ke sini (http://www.facebook.com/elshaheeed.co.uk) dan (sini) okay? yes, the riot seems bad. i wonder if i should continue with my plan to go to cairo this sunday... hmmm.

Wednesday, January 26, 2011

cereka: kau, aku dan dia. kita. (1)

Assalamualaikum wbt. Err, apa pernah terjadi: you love someone so much that it hurts?
.
.
Selama ini kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini telah kutemui
Dengannya di sisi perjuangan ini senang diharungi
Bertambah murni kasih Ilahi.

Khaulah yang sedang tenggelam dalam buku tulisan penulis kegemarannya tersengih mendengar bait-bait lirik lagu Teman Sejati nyanyian Brothers yang sedang menampar telinganya. Serentak, dia terbayangkan dua sahabat yang ada dalam dunianya, Zinnirah dan Na'ilah. "Sungguh, aku sangat sayangkan mereka. Lillahi Taala, inshaAllah." bisik Khaulah sambil meletakkan bukunya dan mencapai telefon bimbit di sisinya.

Dia mahu menghantar message untuk mereka berdua.

To: Zinnirah habibty, Nai'lah habibty.
Teman, andai Hasan al-Banna kisah perjuangan, andai Umar Abd Aziz kisah pemerintahan, andai Bilal kisah hambaan, maka kau dan aku adalah kisah persahabatan. Andai bunga indah kerana warnanya, andai bulan indah kerana sinarnya, andai lautan indah kerana birunya, maka persahabatan kita indah kerana ingatannya. :) Ana uhibbuki fillah, ya sadiqati =) ♥

Zinnirah dan Na'ilah. Masing-masing ada kelebihan di matanya.

Entah sudah berapa banyak perkongsian air mata dan tawa. Tak terkira rahsia yang dipegang bersama. Sedari memiliki muka comot bersama, tidak ketinggalan cerita tentang lelaki yang mereka suka, membawa kepada perempuan gedik yang mereka menyampahkan, ponteng kelas bersama, namun persahabatan mereka tetap ada pasang dan surutnya.

Selepas habis SPM, mereka jadi kurang berhubung dan hilang mesra entah kerana apa. Entah bila dan bagaimana, semenjak Khaulah menjejakkan kakinya ke bumi Ireland ini, hidupnya terasa lebih bermakna, lebih terisi. Dan entah bila dan bagaimana, Zinnirah dan Na'ilah juga tanpa sedar membuat 'turning point' yang sama.

Kepada kehidupan menuju cinta yang hakiki, cinta Ilahi. Dan akhirnya persahabatan mereka diindahkan dengan ikatan akidah seerat urwatul wusko. Dengan adanya ikatan akidah antara mereka, Khaulah rasakan persahabatan mereka lebih mempunyai erti. Ukhuwah kerana Ilahi.

Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah. Mendengarkan kata-kata miliknya, akan menambahkan ilmu. Apabila terlihat gerak-gerinya, meninggikan takut kita kepada Allah. Berkawan dengannya, membuatkan kita berjuang ke jalan Allah.

"I know five languages of the world, and yet, I seems to not find the exact words to express my deepest feelings." ayat Na'ilah ini selalu membuatkan Khaulah tersenyum sendirian kerana sungguh, untuk nikmat kesedaran yang Allah hadiahkan untuk mereka bertiga, Khaulah sendiri kehilangan kata untuk memanjatkan kesyukurannya.

Telefon bimbitnya disisipkan ke bawah bantal dan dia mencapai kembali buku yang diletakkan di sisi tadi sebelum merebahkan tubuhnya ke tilam. Kali ini, dia ingin benar-benar hanyut dengan jalan cerita buku tersebut dan imaginasinya. Dia tersenyum lebar. Ya, buku selalu membuatkan Khaulah bahagia.
.
.
"Na'ilah, kenapa tulisan awak di blog tu semua macam menunjukkan awak tengah sedih? Awak ada masalah ye?" Khaulah menghantarkan message untuk Na'ilah di Yahoo Messenger. Dia perasan, sudah beberapa entri nukilah Na'ilah menggambarkan betapa sahabatnya itu diselimuti kesedihan. Bagi Khaulah, biarlah sesibuk manapun dia dengan jadual kuliahnya sebagai pelajar Fakulti Perubatan, dia tetap mahu meluangkan masa untuk sahabat-sahabatnya.

"Saya tak mahu susahkan awak la Khaulah. Tapi saya mengaku, memang saya tengah sedih sangat... Saya tak tahu nak mengadu pada siapa." balasan Na'ilah itu melukakan hati Khaulah. Dia terkilan namun perasaan itu cepat-cepat disisihkan. "Kenapa ni? Sayakan ada. Zinnirah pun ada. Allah Taala lagi sentiasa ada untuk awak. =)" jemari Khaulah menaip laju.

"Hmm. Macam ni. Saya tiba-tiba tergerak nak join kelas tafaqquh di universiti. Tak ada kena mengena dengan lamaran Fudael, inshaAllah. Saya sampaikan hasrat saya pada Shakira sebab saya masih tak boleh nak berhadapan dengan Zinnirah. Alhamdulillah, Shakira alu-alukan hasrat saya. Saya gembira sangat masa tu. Tiba-tiba saya dapat message dari Shakira...

Zinnirah!!!!! Nai'lah nak join kelas tafaqquh kitaaaaa. Aku tak nakkkkk!! Aku tak suka!!!! Ishhhhh :(

Allahuakbar. Berhenti jantung saya masa tu, awak... Serius, saya jadi speechless sangat. Terus saya delete message tu.
" luahan Na'ilah itu membuntangkan mata Khaulah yang membacanya. Ya Allah, kasihannya sahabatku! Khaulah jadi sebak. Hebatnya dugaanmu, sayangku.

"Astarghfirullah... hmm. Awak nampak tak Na'ilah? Betapa Allah Taala sayangkan awak? Shakira nak hantar message tu pada Zinnirah tapi terhantar pada awak... Saya tahu awak mesti kecewa sangat tapi cuba fikir, apa yang Allah Taala nak tunjukkan pada awak sebenarnya? Allah nak awak tahu apa yang tengah terjadi supaya awak tak terlalu gembira, sayang. =)" Khaulah menaip berhati-hati. Dia tak mahu Na'ilah terasa dengan kata-katanya namun dia juga mahu gadis itu berfikir.

"Tapi kenapa dia tak suka saya nak pergi kelas Tafaqquh tuuuu? Saya tahu lah saya tak sebaik Zinnirah..." balas Na'ilah dua puluh saat kemudiannya. Na'ilah memang cukup terasa hati dengan Shakira. Baginya, jika dia hilang Shakira sebagai kawan pun tak mengapa.

"Wallahua'lam untuk niat Shakira tu. Saya pun tak tahu, awak... Tapi dalam dunia ni, masih ada orang yang tak suka melihat orang lain berubah ke arah kebaikan. Saya bukan mahu menuduh. Tapi ini realiti. Cuma pesan saya, awak jangan mengalah dengan kata-kata Shakira tu. Awak kena kuat. Untuk berubah, jalannya tak senang. Tapi sebab susahlah, natijahnya jadi manis." Khaulah cuba mententeramkan hati sahabatnya.

It is hard to see the changes that your friend makes, but it is harder to remember how they used to be.

"Ok, saya faham... InshaAllah saya akan pergi jugak kelas Tafaqquh tu. Cuma, saya tak tahu macam mana nak confront dengan Shakira. Serius, saya rasa nak avoid je dengan dia. Tak sanggup saya ada sahabat yang macam dia ni." luah Na'ilah lagi.

"Na'ilah..., ukhuwah tak boleh terputus macam tu je tau. =) Pernah baca tak, hadis nabi yang ini?

Bersabda Nabi saw: “Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kita ada di jalan ni untuk menyempurnakan iman kita, kan? Tapi bila awak dah tak suka Shakira macam ni, awak rasa macam mana?" sekali lagi, Khaulah mengajak Na'ilah untuk berfikir. Untuk memberi nasihat, kadang-kadang kita tak boleh terlalu straigt forward, bisik Khaulah.

"Allahuakbar. When you laid it out like that, saya jadi terfikir... Hmm, awak betul. Ukhuwah tak boleh terputus macam tu je. Saya yang kena banyak bersabar, kan? Tak boleh berhati kaca sangat." balasan Na'ilah kali ini membuahkan senyuman pada wajah Khaulah. Alhamdulillah, Allah mengurniakan awak nikmat fikrah Islamiyyah.

"Yuppp. Saya tak mahu awak putuskan persahabatan awak dengan Shakira. Lagi-lagi dengan Zinnirah. Ada hikmah semua ni sayang. Awak kena percaya tu. Kita akan lebih hargai jalan ni dengan adanya ujian. Kan? Awak cuba fikir, perempuan yang jual mahal dan perempuan yang senang dapat. Mana yang lelaki akan lebih hargai? ;)" Khaulah memberikan kata-kata terakhirnya. Dia mahu Na'ilah sedar kalau syaitan itu terlalu kreatif dalam hasutannya.

Forgive and forget. That's what they say. Without forgiveness, old wounds will never settle, it will never heals. We just have to pray that if we are lucky enough, we will be able to forget them. :) Kadang-kadang manusia memang begini, kan?

Cereka ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Moga bermanfaat, inshaAllah. Wallahua'lam.

8.11am,
sendirian di bilik,
Mansoura.

Thursday, January 20, 2011

yet the battle has not ended.

Assalamualaikum wbt, :)

Alhamdulillah, syukurLillah akhirnya dah selesai fatrah imtihan untuk Semester 3 saya sebagai medical student. And indeed, semester kali ni sangaaaaat (sila perasan betapa banyak huruf 'a' kat situ ye) mencabar. First year dulu masih boleh sengih sengih waktu study leave, tapi kali ni... *speechless*

Ih, kalau musim exam je bilik memang tak ada serupa bilik dah ek? T___T

Bye bye timbunan fail case yang mensengsarakan jiwa. Bye bye kertas kertas yang buat bilik saya macam kedai fotostat lagaknya. Bye bye buku buku tebal yang meminarkan mata. Bye bye bilik bersepah, bye bye lantai berkecah.

Kronologi Imtihan Semester 3.

Dua malam sebelum paper pertama, yang mana stress ada di tahap yang kritikal. At peak, buku kata. Istimewanya malam tu, seorang sahabat yang ada di Cairo hadiahkan ini: terjemahan surah anNajm; ayat 39-41.

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan; Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Dan saya terus senyum tanpa henti sepanjang hari please. Hihi. Yess, malam tu Allah hantarkan semangat pada saya melalui awak. Hik. ♥ Saya sayang awak, F! ;)

Malam sebelum paper pertama
. Sepanjang sebulan ni tidur tak menentu, stay up sampai Subuh, biological clock memang ranap habis hilang entah ke mana, tapi malam tu, saya cuba untuk tidur awal dalam pukul 11 lebih kurang. Golek sana, golek sini, pukul 12 malam mata terjaga. Cuba tidur lagi, pukul 1 saya terjaga. Golek lagi, pukul 1.30 terjaga dan akhirnya saya kalah.

Pukul 2 bangun, sambung study. T_____T

As expected, masa MCQ badan memang lunyai habis, otak hampir jammed menjawab 200 soalan sekaligus, mata kuyu tak cukup tidur, ya Allah hai, serius tak ada hari exam yang lebih teruk daripada hari tu. Habis 3jam, saya pandang Kak Wahida, Kak Wahida pandang saya, masing masing sengih, "Okay kita takyah cakap pape." Masing masing faham sendiri betapa "killer"nya 200 soalan tu.

Malam sebelum Short Essay. Ranap. Habis Essay, menghadap laptop release tension. Penangan Essay, perghhhhhh. 15 soalan, setiap satu 10 markah. -.-"

Malam sebelum OSCE
. Berperang dengan YouTube demi video cara nak kenal pasti Chest X-Ray. Tengah exam OSCE, terkebil-kebil nak identify X-Ray Tension Pneumothorax. Apekaaaa? 50 soalan dalam masa 40 minit. Mengagau tekan arrow kiri kanan demi nak mengejar masa sambil berfikir.

Habis OSCE, niatnya nak shopping tapi kedai banyak belum bukak, nak makan KFC, belum bukak. Pergi Panda, belum bukak. Akhirnya pergi Ridz beli Nasi Lemak. Heavennnn. Hiiiihiii.

Tentang result, saya tak mahu comment apa-apa, inshaAllah saya dah usahakan yang terbaik, natijahnya saya serahkan pada Allah Taala untuk menentukan. Kalau kejayaan tu milik saya, alhamdulillah sangaaaaat (nikmat yang terkata), tapi kalau yang 'bukan-kejayaan' tu lebih baik untuk saya, (Allah lebih Tahu, kan?) doakan lah hati saya damai untuk menerima ketentuanNya.

Saya mohon dengan sangat untuk didoakan. Please with a lil bit of strawberry on top? *kelip kelip mata banyak kali.

Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan.
Kegagalan dengan usaha satu ujian.
Kejayaan dengan usaha satu kepuasan.
Kegagalan tanpa usaha satu pembalasan.

Winter break selama sebulan dah mulaaaaaaa, ♥ InshaAllah masa akan terisi dengan sangatnya. :) Untuk yang nak ke Ireland, United Kingdom, Spain, Makkah, balik Malaysia, selamat lah ye! Jaga diri please.

P/s: Ermaaaaa, apasal papa awak kata Malaysia-Egypt macam KL-Shah Alam...? T___T Untuk kita, Malaysia-Egypt tu macam Malaysia-Egypt la oke. T____T

Tuesday, January 18, 2011

if tomorrow never comes.

Assalamualaikum wbt. Preferably, I do not want to encounter with such night ever again... :( I despise for whatever that happened last night, for whatever feelings I have within me, for only-Allah-knows-what reason. I do not want to be in such state, not for as long as You spare me a life for me to live, dear Allah.

Tears are words the heart can't express.
-that's all there is. I'm not gonna elaborate more on that.

I am thankful for the 19 years (and counting, biiznillah) that You had given me and yet, I am still whining about this and that. What a shame, :(

For the love that You always have to even created me in the first place, for the health that You have spare me, for every bits of happiness that You have given me, for the endless guidance You have showered me,
I am now feel very blessed, dear Allah.

May I would never encounter with such feeling again, inshaAllah. I felt so fragile... that I think I was going to shatter into pieces, without being able to be glued together anymore. Then again, I have all these amazing people around me that gave me such encouraging words, especially my mom.

Mommmyyyy I missss youuu! :(

Arwah Kak Sara, thank you so much for being such an inspirational. :') I look up to you, dear sis. You were so young when you left this world for good, and you have so many things planned ahead of you. But Allah had a better plan for you, Kak Sara. It's true then. The angel of death is never gonna discriminate, and I, too, don't feel slightest bit of safe.

May Allah grant you jannah for every deeds you have done for the 20 years of your life, and thank you for being so strong dealing and fighting with those complications. You were indeed a superwoman. ♥ Al Fatihah.

Sunday, January 16, 2011

a diagnosis for auntie "DrNotts".

Assalamualaikum wbt. Okay, this entry is specially made for auntie, :) Err, mintak maaf ye auntie, nuha tak tau pun nama penuh auntie apa, huhu. So before nuha laid out the diagnosis, nuha nak mintak maaf dulu sebab nuha rasa nuha bukan orang yang terbaik nak buat diagnosis untuk sakit auntie ni.

First and foremost, nuha tak ada medical history auntie, and I am merely a second year medical student, so I can't promise a perfect accuracy for my diagnosis. :( So basically this is just an immature diagnosis of mine.

Based on auntie's story, boleh jadi ini case referred pain. Referred pain ni yang bermasalahnya tempat lain, tapi tempat yang terasa sakitnya kat tempat lain. This happens when our brain get confused as the brain is relaying on signals from nerves which do not exist.

Macam dalam kes auntie, the brain might receive signals from certain nerves that made the brain think your shoulders are the problem when in fact another part of the body is the real source of trouble.

Referred pain ni memang susah nak detect, auntie, sebab kebanyakan doktor terlepas pandang dan memang selalu berlaku misdiagnosed. Dan kalau tempat yang bermasalah tu memang serius contohnya macam vital organs are affected, kalau tak kesan cepat, mungkin jadi lebih teruk. Lagi bahaya kalau doktor prescribe ubat yang happens to be contraindicated with the actual problems.

Err, sorry ye auntie, nuha bukan nak takutkan auntie ke apa tau. Cuma ini salah satu diagnosis yang nuha boleh bagi. Mungkin auntie boleh suggest pada doktor untuk tengok possibilities of having referred pain ni. :)

Lagi satu, auntie, selalunya, frozen shoulder ni more prone to diabetic patients, patients having heart disease and older women. Some of the causes: recent surgery, trauma, nerve damage, but most probably is underlying inflammatory process.

Macam ni auntie. Shoulder joint kita ni diselaputi dengan capsule yang dalam dia ada synovial fluid. Bila inflammation (haus) of the capsule surrounding the joint ni berlaku, antara humerus (bone of upper arm) and scapula (tulang belikat ke dalam bahasa Malaysia alamak tak pasti la T__T), dia akan lead kepada thickened and contraction of capsule yang mana akhirnya synovial fluid tadi akan kurang. Bila synovial fluid kurang, jadinya less space untuk humerus bergerak. Itu yang buat rasa sakit.

Yang ubat paragesic auntie ambik sekarang tu dia analgesic (pain relieve) untuk muscular cramp etc. Tak salah pun auntie makan ubat tu sebab dia memang one of the treatments for frozen shoulder. Tapi auntie kena identify actual cause untuk frozen shoulder tu tau :)

If inflammation is the cause, some doctors would recommend a surgery. Tapi yang auntie buat massage tu pun inshaAllah okay dah sebenarnya. Ataupun auntie boleh cuba alternative treatment; acupuncture, homeopathy and water therapies (buat exercise in water or jacuzzi), hehe.

Ini random diagnosis nuha je auntie, boleh jadi masalah sebenarnya lain, huhu. Tapi mungkin auntie boleh try alternative treatment tu. :) Nuha doakan auntie cepat sembuh, ye.

Saturday, January 15, 2011

kamu dah nak pergi...?

Tea plantation, Cameron Highlands, 2010.

Sunday, inshaAllah, and this little brother of mine will be off to Maktab Tentera DiRaja to pursue his upper forms of secondary school. Huuuuuui, I can't help myself from being worried for his wellbeing there :( Endless worried, I must say.

Lagi-lagi lepas baca perjalanan cerita seorang budak maktab di blog seorang ikhwah.

Err. Untuk yang tukang menulis tu, adik saya ni dah khatam cerita kamu tu. InshaAllah, dia takkan lupa nombor tentera dia hopefully. Haih. I wish I could sent you off la brotherrrrr but since you didnt sent me off when I was going to Samura, kira seri la ek?

Sebenarnya nak cakap ni kat sorang budak tu. Yes, maybe my brother entered MTD with the help from "cables" but I don't think that's even an issue okaaaay? It's not like kitorang mintak uncle kitorang berjawatan General dalam tentera pun.

As a matter of fact, I don't see the problems of using such "cables" in whatever situations KALAU ye KALAU that particular someone actually deserves the opportunity. I mean like my brother did the fitness test as well as the others, his PMR results are excellent, kehidupan dia kat sana nanti pun sama je dengan budak-budak yang lain.

He's not gonna get any special treatment (being able to escape from being "tease" by the seniors) just because our uncle posses high position in Malaysia's army. :) But seriously, if anything happens to this brother of mine, I won't hesitate pergi cari siapa yang responsible. And I mean it.

So brotherrrr, please take good care of yourself, don't cause any fuss or whatsoever, listen well to the orders given, be a great boy, and we'll meet again soon, okay? Have a so-called-fun life in RMC! :D I'll be praying hard for you, don't you ever worry.

Your sister,

Thursday, January 13, 2011

tinggal nak tawakal?

Macam zaman dulu dulu tapi Alhamdulillah sekarang musim winter, makanya tak ada elektrik pun tak terasa panasnya, :) Masa-masa terakhir yang sangat kritikal ye.

Increase in peripheral resistance which lead to increase in afterload and cardiac ouput, will eventually lead to hypertension? Kena ambil Thiazide? Beta blocker? Losartan? Potassium-sparring Spironolactone? Oh. Spironolactone is contraindicated if it is to be used with ACE Inhibitors? Both lead to hyperkalemia? Should use Calcium Channel Blocker instead?

*pengsan*

Imtihan mula Sabtu ni, inshaAllah, (berakhir pada 20hb) walaupun ramai yang mimpi gam'ah terbakar lepas tu salji turun yang akhirnya membawa kepada... imtihan ditunda. Hah. Mimpi yang takkan bakal terjadi?

Imtihan cuma(?) tiga hari. MCQ, Short Essay dan OSCE. Yang payahnya bila paper tak mengikut subjek, semua bedal campur sekali dalam satu paper. 10 cases of Anatomy, Physiology, Pharmacology, Pathology. Objectives, unseen case, student presentation, early experience...

Allah. Moga semuanya dipermudah Tuhan, biiznillah. Dan dikurniakan nikmat "najah" untuk semua batch Semester 3 Fakulti Perubatan Mansoura-Manchester. :)

Salah satu 'penguat semangat' di dinding. Ada orang kata tulisan doktor sepatutnya tak sebijik sebijik begini... patut main sambung sambung sampai nurse susah nak baca. Apekah?

Nota kecil: Tawakal tu sejujurnya bukan setelah kita dah berusaha. "Oh aku dah usaha gila-gila ni sekarang tinggal tawakal je". Kamu salah. Tawakal tu perlu seiring dengan usaha dan berterusan tanpa henti. :)

Friday, January 7, 2011

sumpahan dalam tulisan.

Assalamualaikum wbt. :)

Sebenarnya mencuri waktu membaca lectures Anemia ni. Allahuakbar. Moga saya dapat memaafkan diri sendiri, kerana terasa nak menuliskan sesuatu di sini. Baik. Err, kita percaya kan, kalau setiap apa yang kita lafazkan, kita janjikan, kita tuliskan, semuanya akan diuji oleh Allah Taala. Kan?

Dan semuanya untuk melihat sejauh mana kebenaran sesuatu yang kita sebutkan, ikrarkan atau sampaikan tu. Well, you can't possibly believe someone who told you that he'll do just about everything for you, unless he can jump of the cliff to save you the moment you fell off, no? It's not gonna be THAT extreme but oh well, you get the idea.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? -Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali. -Surah al-Anbia, ayat 35.

Jadinya saya rasa sesiapa yang menulis dengan niat untuk mengajak orang ke arah kebaikan, dia mesti dah tahu, kalau setiap patah tulisannya, aturan bahasanya, dia lagi sedang diuji oleh Allah Taala. Atau boleh dikatakan di sumpah dek tulisan.

Serius, saya tak terkecuali. If I had to put it, sebenarnya saya lebih-lebih lagi. :)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. -Surah as-Saff, ayat 2, 3.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? -Surah al Baqarah, ayat 44.

Entah sudah berapa kali, elok sahaja saya selesai publish apa-apa tulisan di sini, Allah Taala hadapkan dugaanNya. Kalaunya seperti tulisan tersenyum biarpun sakit tempoh hari, yang walaupun sudah dicuba sedaya upaya, bila dihempapkan dugaan yang begitu menggugah hati, perasaan dan jiwa, air mata tetap juga jatuh.

Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik." surah al-Ankabut, ayat 10 &11.

Allahuakbar. Dan kenyataannya, senyuman tu terlampau pahit untuk disimpulkan.

Tapi tak apa. Sebabnya Allah Taala datangkan ujian untuk menguji kalau hambaNya yang ini benar-benar beriman padaNya, juga untuk menghapuskan dosa-dosa masa lalu (inshaAllah, syukurLillah), sekalian menapis kalau hambaNya ni betul-betul layak untuk ada di barisan kemenangan.

Bila kita pilih untuk berjuang dengan dan untuk Islam, ertinya kita di pihak yang menang. Sebab apa? Sebab Allah Taala dah berfirman, yang kalau suatu hari nanti, Islam tetap akan menang. :)

Jujurnya Allah cuma mahukan para hambaNya yang terbaik (akhlak, agama, budi dan lain-lain) untuk ada di jalan ini, kan? Jadinya tapisan tu sangat perlu. Allah. Saya masih jauh dan sampai sekarang, masih bertatih. Masih belum seperti apa yang saya inginkan dan yang kamu bayangkan.

Sebenarnya saya cuma nak beri pesanan pada diri saya (juga kamu sebenarnya), supaya jangan takut untuk terus menulis di sini (atas beberapa faktor yang terjadi). Jalan dakwah ni memang pahit, tapi ia bukan satu pilihan. Jalan ni satu tanggungjawab, :)

Bak kata seorang senior lelaki saya di program Love Islam For Eternity (LIFE) minggu lalu, "niatku hanya untuk mengajak sahabat-sahabatku menujuMu, ya Allah. Tapi... jika aku tak melaksanakan apa yang aku ucapkan pada hari ni ya Rabbul Izzati, hukuman yang berat menantiku lebih-lebih lagi. Takutnya aku, ya Allah... Tapi apakan dayaku, aku menerima amanah ini kerana aku juga menyayangi sahabat-sahabatku."

Allah. Cukup terusik dengan kata-katanya yang ini. Untuk Akhi N, moga Allah membalaskan kamu semua kebaikan di dunia dan akhirat, dan moga diberikanNya saya kekuatan, ameen inshaAllah. Budak Mansurah yang pergi LIFE, sila kunci mulut anda rapat rapat oke ;)

Tuesday, January 4, 2011

senarai kesyukuran 2010.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izin Allah, senarai kesyukuran ini (tak mengikut turutan) saya tuliskan hanya dengan niat untuk mengenang sebahagian kebaikan dan nikmat yang telah Allah Taala pinjamkan (takkan pernah habis untuk saya tuliskan mungkin sampai habis nyawa) sepanjang tahun 2010 yang lalu.

Moga sepanjang menuliskan ini, dijauhkan saya daripada niat untuk riak, ujub atau takbur... Allah, moga moga.

1. Saya bersyukur Allah masih meminjamkan nyawa dan roh pada hambaNya yang seorang ini. Allah.

2. Saya bersyukur Allah menempatkan saya di Bumi Mesir ini untuk menuntut ilmu perubatan. Allahuakbar, terlalu banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik ketentuanNya yang ini.

3. Saya bersyukur kakak Smart Circle (usrah) saya mengajak untuk pergi ke Smart Circle Mega di Markaz Banat Utubis Gadid tahun lepas. Allah, kalaulah tidak saya ke sana... mungkin saja saya bukan saya yang hari ini.

4. Saya bersyukur Allah Taala menggerakkan hati saya untuk memperbaik cara saya dalam menutup aurat walaupun dugaannya bukan calang-calang.

5. Saya bersyukur Allah Taala menghadiahkan saya beberapa sahabat (you guys know who you are) yang boleh mengingatkan saya kepadaNya, dan beri kekuatan untuk terus istiqamah. Pada beberapa orang ini, tak ada lain yang boleh saya hadiahkan, kecuali mendoakan untuk kalian. :)

6. Saya bersyukur Allah Taala menghadiahkan saya seorang abah yang sanggup defend saya dengan kata: "Pedulikan apa orang lain cakap. Abah yang besarkan kamu, abah yang jaga makan minum kamu, abah dah redhakan kamu. Abah ni abah kamu. Diorang tu siapa??" Allah, ini saya takkan lupa sampai bila-bila. *menahan sebak*

7. Saya bersyukur Allah Taala kurniakan saya seorang umi yang sangat memahami anak gadisnya yang seorang ni... Huk huk. :'( Seorang umi yang saya boleh kongsikan cerita tentang apa-apa pun macam tengah gossip dengan kawan. Umi......., orang nak balik winter break ni........... *betul betul tengah tahan air mata*

8. Saya bersyukur saya tak perlu dhur thani (repeat paper) untuk tahun pertama pengajian. Allahuakbar, besar sangat nikmat yang satu ini. Tanpa rahmat Allah, usaha saya takkan pernah mencukupi tentunya. Moga untuk tahun tahun yang seterusnya, sehingga tamat pengajian pun, saya tak perlu dhur thani, apatah lagi untuk repeat year (nauzzubillah minzalik).

9. Saya bersyukur saya ada Kak Nur, Kak Ana dan Kak Mus yang jaga saya macam budak kecik yang mengada-ngada eh, manja lah (^____^) kalau saya berjalan ke Cairo.

10. Saya bersyukur saya dah boleh mengawal kemarahan... Allah Allah Allah. Tak terkata untuk nikmat yang ini. :)

11. Saya bersyukur saya akhirnya berpeluang untuk pulang runtuhkan rindu saya pada abah, umi, adik-adik, keluarga, 9 ekor kucing saya yang comel semuanyaaaaaa (kakak rindu korang okay? T__T) dan tentunya, Malaysia. Walaupun hanya untuk tiga bulan tapi nikmat tiga bulan tu Allah hai... semua perkataan dalam kamus pun takkan pernah boleh tolong saya huraikan.

12. Saya bersyukur Allah Taala kurniakan nikmat kesedaran tentang hakikat Islam yang sebenarnya. ♥

13. Saya bersyukur, dengan nikmat kesedaran itu lah, Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu, terasa lebih dan sangat bermakna. Allah, moga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ni lagi. Aih, saya rindu!

14. Saya bersyukur walaupun entah berapa banyak kali saya tersadung dan ambil masa yang lama untuk hilangkan kotor di baju, saya masih Allah kurniakan kekuatan untuk melangkah balik... biarpun bertatih, biarpun entah berapa gelen air mata saya jatuh.

15. Saya bersyukur akhirnya Allah beri kesempatan untuk saya berjumpa dengan seorang sahabat ni (you know who you are) sebab selama ni kenal dalam internet je. Alhamdulillah alhamdulillah, untuk semua kebaikan yang Allah Taala hadiahkan untuk kita semua kan awak...? :) Truth to be told, I am so happy for you (you know for what reason). InshaAllah kalau Allah izin nak jumpa lagi ye.

16. Saya bersyukur saya ditakdirkan untuk kemalangan di roundabout kerana kejadian tu mengajar saya untuk tak menggila tekan pedal minyak dan lebih berhati-hati bila memandu. Alhamdulillah, saya dan adik masa tu tak ada apa apa :')

17. Saya bersyukur saya dah tak kekok pegang batang mop dan memasak masakan yang oh-bolehlah-tahan-macam-kurma-kari-masak-lemak-cili-api-spaghetti-carbonara-nasi-minyak. :) InshaAllah akan dipertingkatkan pada masa yang bakal datang ni.

18. Saya bersyukur petang sebelum flight balik ke Mesir, seorang kakak yang pernah dulu saya cukup segan nak menegur dan bila dah kurang segan jadi rapat yang saya cuma kenal di internet (lagi sekali), sudi datang singgah ke rumah untuk berjumpa kali pertama. Heeeeee. Sayang kakak!

19. Saya bersyukur bila kembali ke Mesir untuk tahun kedua pengajian ni, saya makin kenal ramai kakak kakak senior yang saya boleh rapat dan anggap macam kakak sendiri :') Seriuuuuuuus, untuk Kak M, Kak F, Kak H, Kak K, Kak A squared, Kak A, Kak Z..., Allah, sungguh Nuha sangat sayangkan kakak semua! Terima kasih banyak, kak. Allah je yang dapat balas jasa baik kakak untuk semua yang kakak dah buat untuk Nuha. Allah.

20. Saya bersyukur sangat yang _________________________________________. Untuk kamu yang tahu kisah malam 31 Disember tempoh hari, ye, saya bersyukur ini berlaku. Kejadian ni walaupun buat saya sampai jatuh demam esok harinya kerana terkejut, saya percaya ada banyak hikmah yang Allah nak tunjukkan. InshaAllah inshaAllah. Dan kamu yang menyampaikan hasrat, terima kasih. Terima kasih sangat. :) Saya cukup hargai.

Macam yang saya katakan, ini cuma sebahagian. :) Kalau nak disenaraikan semua, Allah, memang takkan pernah habis kan? Nikmat yang Allah bagikan tak ada penghujungnya untuk kita hambaNya ni. Yang paling saya syukurkan, tentulah nikmat menyedari semua nikmat yang Allah Taala pinjamkan ini.

Wallahua'lam.

Saturday, January 1, 2011

*hilang kata kata*

Saya sambutkan tahun baru ini dengan puas menangis sampai jatuh demam. *senyum*

Hikmahnya, saya perlu lebih berhati-hati dalam menulis dan berkata-kata. Moga tidak akan ada lagi yang terusik hatinya... Sungguh, saya betul-betul tak mahu hantarkan surat jemputan ke neraka untuk sesiapa.

:')

Maafkan, maafkan. Saya tak mampu untuk katakan 'ya'. Allahuakbar, moga Dia meredhakan.