Sunday, December 11, 2011

Penyaksian atas kebenaran.

Bismillah~


Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar wa lillahilhamd. Besar rasanya rasa syukur saya pada Allah Taala, untuk nikmat tahu apa sebenarnya Syahadatul Haq tu. :)

Rasa macam dah tak boleh duduk diam dah, tak boleh nak berpeluk tubuh sebab saya dah tahu! Saya dah tahu... pentingnya kalimah syahadah tu untuk kita pikul. Dan jugak pentingnya untuk menyampaikan apa yang saya tahu supaya kamu, kamu dan kamu...

...Tak ada alasan untuk berdiri di depan Allah Taala nanti dan kata; "Ya Allah, sesungguhnya saya tidak tahu dan tidak diberitahu tentang hal ini."

InshaAllah, saya akan terus bergerak, bergerak dan bergerak! Saya dah tak nak kisah dengan apa yang orang lain kata tentang saya. Katakanlah, apa je. Sedangkan Rasulullah sendiri tak putus asa untuk berdakwah walaupun orang arab masa tu tak nak dengar hujahan Baginda.

Menyebarkan kebaikan dan kebenaran, tak boleh tunggu sampai kita jadi sempurna! Tak boleh tunggu sampai kita settle diri sendiri tapi ingat, kita perlu berubah jadi lebih baik.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" -Imam Hasan al Basri.

Malaikat Maut takkan tunggu sampai kita bersedia untuk mati kan?
.
.

Question asked: "Sekarang ni dah akhir zaman, tanda-tanda kecil kiamat dah banyak sangat. Tapi kalau untuk Islam tu menjadi Ustaziyatul Alam (world order) ambil masa yang lama, maknanya kiamat lama lagi ke?"

Answer given: "Wallahu a'lam, itu semua urusan Tuhan. Kena ingat satu je, kebangkitan Islam tu lebih pasti dari terbitnya matahari pada hari esok. Biar kita tak melihat hari kebangkitan Islam tu (walaupun jauh di sudut hati sangat teringin tengok dengan mata sendiri) tapi kita bekerja untuk menyebarkan kebenaran untuk tibanya hari tu."

:) x