Monday, December 12, 2011

of fitnah and al-Maududiyy.

Bismillah~

Few days ni aku tak berada dalam zon selesa sendiri and I love that, sebab macam it makes me nervous thinking of how things will work out for me, ikut perancangan yang penuh cinta dari Allah Taala :) So here I am, alhamdulillah, survived! Let alone alive.

I made new circle of friends throughout this period and I'm glad. Aku memang jenis yang suka buat kawan baru, with a lil bit of awkwardness here and there tapi kalau orang tu okay, aku pun okay jugak inshaAllah. Thankfully, diorang memang jenis yang boleh ngam la kiranya untuk borak tentang apa je.

Dan kat sini sebenarnya aku jumpa satu realiti yang sedih.
.
.
.

"I went to kelas al Quran, and they were saying 'Eh, kau baca Quran?'. I was like huh? I khatam Quran 3 kali kot. I stopped the class right after that."

Kenapa? Kenapa korang buat dia macam tu? *sebak* Serius aku tak faham.

Just because dia tak pakai tudung, having a character like a social butterfly, jadinya dia tak boleh reti baca Quran? Apa jenis mentaliti tu? Kata nak mengajak orang lebih mengenal Tuhan. Astarghfirullah. *tenangkan hati sendiri*

"No offense la Nuha but I have a bad impression towards orang yang pakai tudung labuh ni. There's this one sister, pakai jubah, tudung labuh, pakai niqab, went up to me and suddenly said, 'Eh awak reti solat eh?' I went home, called my mom and cried my heart out."

*mengucap panjang* Apa sebenarnya hak kita eh, untuk judge orang sampai macam tu sekali? She said no offense due to the fact that me, myself, pakai tudung labuh (moga dijauhkan Allah dari riak).

Aku serius terasa.

Terasa bukan sebab kata-kata dia tapi sebab kenapa... kenapa orang yang indah menutup aurat mengikut syariat Tuhan, boleh jadi fitnah untuk agama kita sendiri? Allah. Kenapa? Kenapa buat dia macam tu? (baca dengan nada penegasan)
.
.
.

Tulisan ni bukan untuk aku condemn setiap yang bertudung labuh, tapi kita muhasabah balik please. Hanya sebab Allah gerakkan hati kita kita ni untuk lebih sedikit sempurnanya dalam menutup aurat, tak bermakna kita ada lesen untuk menghukum mereka yang lain.

Jangan sampai kita jadi fitnah untuk agama. Berat tu. Aku rasa macam dah banyak kali tulis kat sini dah. Jangan judge. Jangan judge. Jangan judge.
.
.

Dan tiba tiba jadi teringat kisah Imam al-Maududiyy yang menjemput semua rakyat India, yang Muslim atau tidak, menghadiri kelas agamanya untuk membincangkan tentang Syahadatul Haq. Tapi sayang, hanya yang Muslim yang datang dan rupanya bila diselidik...

Islam dulu memerintah India selama lebih 500 tahun (boleh betulkan kalau ada yang rasa saya tersalah fakta) dan mereka buat apa? Diorang tak tunjuk contoh yang baik sebagai pemerintah, menindas rakyat India sampailah British datang 'membebaskan' diorang.

Diorang pandang serong pada Islam. Huuuh.

So please my dear sisters and brothers in Deen, cut that typical thinking of judging people already! Sudah sudah lah tu. Belajar untuk husnu dzon inshaAllah. :)

P/s: Don't judge book by its cover. Tapi ingat, iman tu ada tandanya.