Monday, November 14, 2011

judging by your looks,

Bismillah.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni saya reward diri saya dengan beli tilam baru sebab tilam yang lama mama (baca: tuan rumah) sediakan, dah tak berapa nak elok untuk tulang belakang :) Reward sebab hari ni kelas dua jam straight saya boleh fokus (syukurLillah) walaupun lapar teramat.

Saya kira lapar tu nikmat mungkin, sebab otak tersalur lebih oksigen daripada untuk digestion.

:)

Menulis sebab tiba-tiba teringat usrah terakhir saya sebelum cuti Aidil Adha bermula hari tu. Kak Nisa' sentuh pasal kita semua, being too judgmental towards others. Dan saya suka bercakap pasal benda judging ni sebab kita semua buat kan? Dalam sedar atau tak. Terzahir atau tak.

Kita semua ada akal untuk berfikir, jadinya kita masing-masing ada persepsi sendiri.

Dia pakai tudung labuh, wah, kagum! Mesti baik budak ni.
Dia pakai tudung labuh tapi pemalas. Entah pape entah.
Dia pakai tudung tapi tak labuh ke dada, tak reti pakai tudung ke kak?
Orang nak masuk neraka je yang duk tayang rambut! Bila entah nak berubah!

Seriously people? Seriously? I am asking do we really need to label that certain person like that? Do we really need to go that far? And those words were for what? Critism? Sarcasm? Satisfaction? Or we might as well fill in the blank ourselves.

I mentioned 'we' due to the fact that on certain circumstances, I might be among that kind of person, regretfully, judging people by their words, appearances, acts and etcetra.

Kak Nisa' said; Don't you ever, ever, judge people from what you see and by what you think of them. (lebih kurang begini la ayat dia I am not that sure myself)

Do you know for yourself, yang diorang ni tak berusaha untuk jadi hamba Allah yang lebih baik...? Are you sure? If yes, how sure is your sure?
.
.

Awak tahu ke?

Kalau diorang tengah berusaha ke arah yang lebih baik, taking baby steps with them for they are too afraid to fall backwards. Awak tahu? Awak tahu ke yang dia walaupun dah bertudung labuh, masih tengah struggle upgrade tajwid bacaan al Quran dia? Tengah usaha bangun tiap malam tahajjud, upgrade solat sunat dia?

Awak tahu ke orang yang awak mengumpat tu sebenarnya tengah dalam fasa melabuhkan tudung sikit demi sikit? Awak tahu? Awak tahu ke walaupun dia free hair, dia dah pasang niat untuk bertudung?

Awak tahu ke? Awak tahu ke? Awak tahu ke? #Annoying :B
Tak, kan?
Sebab takkan diorang nak canang merata yang Allah campakkan diorang 'rasa' tu.

This was actually a head shot for me too! Because you'll never know what kind of transformation phase those people are in. Sebenarnya nak cakap semua orang dalam 'fasa berubah' masing-masing :)

Tu je.

x