Wednesday, August 10, 2011

JOM! On Call '11.

Bismillah~

Baru satu hari di Masjid Besi Putrajaya, saya dah rindukan Masjid Biru Shah Alam~ Sangatlah tak dapat nak nafikan rekaan Masjid Tuanku Zainal Abidin sangat mengagumkan tapi takkan dapat lawan perasaan berada di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah perhaps? ;)

Tambah lagi Allah Taala dah menguji saya dekat atas highway on the way nak ke Putrajaya tu lagi. Allahuakbar~ Sampai saya rasa nak berpurdah masa tu juga! Tapi lepas dapat sokongan beberapa orang teman, saya gigihkan jugak diri ni bercakap. Huuuu.

Tapinya kalau nak dibandingkan ujian yang tak seberapa tu dengan nikmat berkenalan dengan adik-adik yang inshaAllah, ukhuwahnya kerana Allah Taala, rasanya tak ternilai. :') Apatah lagi dengan nikmat mendengar perihal sejarah, teori berumah tangga dan kesedaran berjuang untuk Palestin daripada Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor. Lepas tu dengan motivasi untuk menjadi seorang bakal doktor daripada Dr. Abdul Latiff, rasanya... Allahu Allah!

Dan hari Isnin 8hb Ogos tu, saya mengaku saya dah jatuh hati pada seorang lelaki...
.
.
.

Sultan Muhammad al Fateh. *berdebar-debar. Kali terakhir saya terasa berdebar begini, bila saya jatuh suka pada Khalifah Umar al Khattab :') Entahlah rasanya tak perlu saya ceritakan lagi tentang beliau tapi saya terasa ingin menyerap semua keberanian, keazaman, ketokohan lelaki ni. *menjerit dalam hati.

Faris 'Audah. Jujurnya mengalir air mata saya petang tu untuk remaja lelaki Palestin yang hanya berumur 14 tahun ketika syahid ni. Masa melihat video jenazah arwah diusung, terasa meremang bulu roma. Beliau yang hari-hari jadi frontliner melontar batu ke tank (kereta kebal) tentera Israel, alih-alih kita yang hidup dengan aman, makan sedap-sedap ni, boleh tanya: "Berapa lama kita kena berdoa untuk Palestin lagi ni? Penat lah".

AMBOI. Diorang yang kat sana berjerih berperang menyelamatkan diri, awak yang penat? Biar betul awak ni?! Did I just forget to laugh or what?

Yes, I had to admit that I used to be ignorance. Sebab apa? Sebab Malaysia dan Palestin dipisahkan dengan garisan di atas peta. Dulu saya tak nampak signifikan untuk saya kisah tentang Palestin yang berada di bawah kuasa Israel. Malangnya. Syukran ya Allah, sebab hantar Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor. :')

Tahukah anda? [suka dah buat trivia macam ni kat blog sendiri~ hehe!]

Masa wafatnya Rasulullah saw dulu, para sahabat semua berbalah di mana untuk dimakamkan Rasulullah. Ada yang menyuruh untuk tanam di Makkah-- tempat kelahiran Baginda, ada yang cadangkan di Madinah-- tempat kewafatan Baginda, dan ada yang cadangkan di Palestin-- kerana ramainya saudara-saudara Nabi Muhammad seperti Nabi Ibrahim yang ditanam di sana.

Bak kata Prof. Madya Dr. Hafidzi, we don't feel anything tentang Palestin sebab kat situ tak tertanamnya makam Nabi Muhammad. Cuma ada siapa? Nabi Ibrahim dan yang lainnya. Kita tak rasa apa-apa bila tak dapat nak solat di Aqsa, tak rasa apa-apa tak dapat nak melawat makam Nabi Ibrahim... Headshot!
.
.

Adik-adik Kak Nuha yang Kak Nuha dah sayang macam adik sendiri walaupun baru pertama kali jumpa, Yasmin, Hidaya, Hurun Ain, Amalia, Aqyla, Najiah, Harzuin, terima kasih sangat jadi adik-adik group Kak Nuha~ Terima kasih sudi bagi kerjasama pada Kak Nuha yang rasanya banyak sangat kekurangan ni. Huk3~ Korang memang terbaik! Uhibbukum fillah.

Semoga ikatan yang dah terbinanya eratnya sekuat simpulan urwatul wusko, inshaAllah. BECA (as in the vehicle yang ada kat Melaka tuuuu) FOREVER, biiznillah!

1 comment:

d0c-t0-be (insyaAllah) said...

Faris 'Audah!
Sangat suka dgn nama ni sejak tahu ttg keberanian remaja ni masa pameran palestin di sekolah lama~

ada lagi sorang.
namanya Muhammad Durrah.
remaja ni ditembak di sebelah ayahnya.
gambarnya pun famous juga di internet~

nuha,teruskan utk keep in touch dgn junior2 tu.
spread the words of Islam.

terus santuni mereka dgn tarbiyyah Islam (:

may Allah bless u,dear.
Ramadan Kareem.