Friday, August 26, 2011

catatan summer holidays #5

*Hilang perkataan untuk menggambarkan perasaan*

Menjenguk dinding Fesbuk seorang teman, dan terbaca contengan seorang kekasih untuk kekasihnya. Mohon halal untuk saya 'attach' kan di sini?

Sebelum tidur baca selawat dulu okay sayang? inshaAllah ***** doakan yang terbaik untuk sayang.

Teringat pesan ummi berkali-kali dulu. Sebelum nikah, sebelum sah si lelaki menjadi suami, jangan murah sangat panggil lelaki tu 'sayang'. Belum halal, tak ada hak. Nanti suami awak nak panggil 'sayang' jugak? Sangat lah tak special macam tu.

Tapi... saya kan degil. Heh.

Saya bukan nak condemn sesiapa pun, malah tak bercadang nak canang pekung di dada :) Cuma nak kata saya tersenyum membaca part diingatkan berselawat sebelum tidur tu. Hati saya bagaikan diketuk dengan satu perasaan-- yang entah apa. Haha, gedik lah awak Nuha!

P/s: Tak ada cinta Islamik. Sekali kita yang perempuan ni mendekati lelaki dengan niat untuk berkenalan, itu jemputan ke neraka untuk si lelaki. Cuba fikir pakai logik sikit. Rasanya ada ke orang di dunia ni yang suka nak tengok orang yang dia sayang masuk neraka?

P/s dua: Saya tahu awak lelaki yang baik.

P/s tiga: Siapa yang rasa dia couple tapi masih boleh kata "Tengok, saya couple tapi result saya tetap gempak.", bak kata Dr. Abdul Latiff, "Awak jangan yakin sangat. Allah kalau nak tunjuk, sekelip mata je. Kalau tak sekarang, Allah balas masa awak dah jadi doktor nanti. Patient meninggal, sebab salah awak masa silam dulu."

Menggeletar tangan.