Tuesday, August 2, 2011

catatan summer holidays #4

Bismillah~

Alhamdulillah untuk nikmat 'ni' lepas puas berlawan dengan air mata sendiri malam tadi. Haiya! Tak mintak difahami :) Eheh! Sebenarnya kali ni nak mengimbau kenangan saya bersolat tarawikh. Segan, tapi... tak apa! :)

Ini semuanya gara-gara tertengok beberapa budak remaja yang tak lekang dengan henfon kat tangan biarpun tengah berjalan menuju masuk ke rumah Tuhan. Moga ini bukan riak tapi saya sengih aje tengok diorang sebab teringat diri sendiri~ Yes, I was one of them during my ignorance. Ni zaman tingkatan-tingkatan la ni.

Hey, siapa konon jari dia ligat tekan keyboard henfon sambil jalan tu paling cool tau! *Ini saya yang cakap. Ada masalah ke? :) Kalau ada kenduri kendara tu, mesti berkepit dengan henfon taknak lepas. Masa orang baca doa majlis kesyukuran, dengan henfon tu sekali angkat celah tapak tangan yang dicantumkan. Serius, takde benda penting pun tapi sibuklah search contact yang boleh diajak bermesej sepanjang majlis berlangsung.

Dengan niat nak ada sedara mara yang tegur EH SIBUK BETUL CIK KAK NI. DAH ADA BOYFRIEND EH? Lepas tu sengih sengih malu cover balas Eh Tak de lah auntie. Kawan je ni -_____- Allahuakbar~ Life macam tak ada purpose, kan? Time kenduri kendara ni patutnya peluang rapatkan silaturrahim dengan family :) Kalau tak tu jumpa setahun sekali bila raya je.

Ingat lagi bila habis je solat tarawikh, akan bersidai tepi tangga tempat budak-budak lelaki turun sambil tangan belek-belek henfon. Sebenarnya takde mesej masuk pun, mana ada orang nak call pun semua tengah sibuk solat, dan takde benda nak tengok pun, tapi gigih ni, lajukan jari tekan sana tekan sini.

I was such an attention seeker am I? Astarghfirullah~

I can't remember what I read at a signboard when I performed my solah in Suvarnabhumi Airport, Thailand, awal tahun ni tapi ayatnya memang buatkan saya terusik. Lebih kurang macam ni kot (memang tak ingat sungguh ni).

Disconnect yourself from the worldly life for a bit so that you can get connected with Allah Taala.

Hah. Hebat tak hebat?
.
.

Dan masih segar dalam ingatan rasanya zaman sekolah rendah dan awal sekolah menengah dulu, solat tarawikh tu medan untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Memang paling heaven rasanya sebab kanak-kanak ada bilik khas dan apa terjadi dalam bilik tu takde orang dewasa yang tahu. Hah~

Mula je solat tarawikh, kitorang semua akan laju-laju solat sampai lapan rakaat. Sudahnya, imam baru tahyat akhir dua rakaat pertama, kami ni dah habis lapan rakaat! Express ni. Al maklum, ada parents yang lapan rakaat je nak balik, makanya masa kitorang nak berbual terbatas!

Selesai je lapan rakaat yang aci tangkap tonggang terbalik tu, semua kumpul kat belakang, keluarkan kad Uno, keluarkan batu seremban, berentap la kami kat situ. Lagi tambah perisa sambil tu cerita pasal lelaki yang kita minat dalam diam kat sekolah ataupun satu taman perumahan -__-

Memang hidup berciri remaja-- ringkas betul pemikiran :'|
.
.

Sangat berharap kita (lebih-lebih lagi saya saya saya) tak sia-siakan peluang ber-Ramadhan. Cukuplah, cukuplah... Stop being ignorance towards the truth. It may actual be that you don't want to seek for the truth because you are scared when you have the truth laid in front of you, you'll have to change and disregard you desires.

Memang tak senang. Siapa cakap nak tinggalkan keinginan untuk 'sesuatu-yang-kita-tak-nampak' tu senang? To sacrifice that wordly pleasure for the sake of Allah, awak ingat Allah Taala akan sia-siakan pengorbanan awak tu? Thiqatan billah~

Jalannya bersimpang-siur macam ular kena palu! Alaa, macam jalan nak pergi Cameron dengan Genting Highlands tu. Silap makan memang boleh termuntah tengah jalan, kan? Tapi bukan ke lepas tu awak tetap teruskan perjalanan? Sebab apa? Sebab destinasi awak memang kat tempat tanah tinggi tu! Sangatlah berbaloi muntah-muntah pening bagai tu semua kalau nak dibandingkan dengan apa yang tunggu kita kat tanah tinggi tu kan awak kan?

:)

Wallahua'lam. Assalamualaikum!