Saturday, August 27, 2011

bebelan cinta pagi 27 Ramadhan.

Bismillah.

Alhamdulillah, untuk nikmat beriktikaf dan berqiyam di Masjid Biru dengan sahabat dunia akhirat saya (inshaAllah). Malam yang ke-27, kalau diikutkan tahun lepas, pada malam yang sama, bilangan mereka yang mengimarahkan masjid cuma sampai lima enam baris.

Entah kenapa, sejak Solat Tarawikh lagi saya dah terasa lainnya. Aura dia semacam. Majlis Katam al Quran pun jemaah masih lagi ramai, tak macam tahun lepas. Tahun ni, tempat ruang tidur wanita di dalam dewan kalau nak dibandingkan tahun lepas cuma di kelas kelas. Alhamdulillah, lagi selesa :)

Dan rasanya ramai yang setuju malam tadi Masjid Biru lebih penuh daripada biasa, subhanallah! Kereta sampai dah tak ada tempat untuk parking, bilik air sesak berlapis lapis, jemaah barisannya dari dinding ke dinding sampai ke pintu belakang. Allahuakbar! Sampai masa untuk Kuliah Subuh pun jemaah masih lagi ramaaaaai.

Alhamdulillah Alhamdulillah walillahilhamd.

Semoga semua yang datang untuk menghidupkan malam 27 Ramadhan ini, terlepas dari bencana yang Allah Taala sudah takdirkan untuk mereka dan semoga mereka sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya inshaAllah. :)
.
.

Have you encounter a feeling when you find out you love certain things for instance a novel that you read or a movie you have just watched, and you eagerly promoted them and wanted everyone around you to read and watch it? That feeling of wanted to share those particular things...

Isn't it the same with Islam? For people who has become engrossed and having Islam as their way of life, don't you think they would also wanted you to experience the same feeling they felt?

I was once being asked about this my kakak naqibah :)
.
.

Seorang sahabat yang saya kenal sejak bersekolah rendah dah menikah 30 Julai haritu. Barakallahuma, semoga kalian bercinta sampai ke syurga! :')

So haritu mentengok Madrasah al-Hijrah di channel 114 Astro, tentang Syariah. Ustaz tu kata, kita selalu ucapkan selamat untuk pengantin macam ni kan? Semoga kekal sampai ke anak cucu! Sebab tu lah banyaknya kes perceraian. Dah didoanya sampai ke cucu aja. Sepatutnya didoakan biar tembus sampai ke syurga! *terasa meremang bulu roma. Hah~

P/s: Memang suka tengok yang Syariah je sebab ustaz dia pandai berlawak! Hehe!
.
.

Jika denganmu aku kabur, aku tak mahu yang jelas.
Jika denganmu aku hanyut, biarkan aku lemas.
Jika denganmu salah, aku tak mahu yang benar.
Jika denganmu rebah, biarlah aku tercalar.
Aku sanggup kerna aku mampu,
Kita berdua bersatu.


Serius, lirik ni macam fikiran orang tak ada kurang iman. Jadinya tak apa lah kalau sudahnya masuk neraka, asalkan di dunia boleh bersama berdua? Macam tu? Heh.

2 comments:

twinkle twinkle said...

terlalu cintakan dunia lirik tu

hafizulkifli said...

subhanallah. hebat2! (masjid biru=masjid shah alam?)