Wednesday, July 27, 2011

Kembara Hati #3

Bismillah~

Assalamualaikum sayang...” ucapan salam itu tak pernah tak membuahkan senyuman dari bibirnya. Asyiqa segera turun daripada kereta dengan bertelekung dan berlari menuju ke gazebo di taman. Sempat dia menjeling melihat reaksi abahnya... abah tersenyum kelat sebelum memandu kereta meninggalkan kawasan rumah untuk bersolat tarawikh di masjid berhampiran bersama ummi dan kakaknya.

Waalaikumsalam... Aww..” Asyiqa menjawab dan mahu menyambung bicaranya tapi Zahin lagi lekas memotong. “Sayanggg, rinduulah! Haish. Jampi apa sayang letak kat Yen ni hah sampai dah setahun kita couple pun Yen still ada perasaan macam first day kita declare dulu?” suaranya yang sengaja dileretkan tu seperti biasa, mengundang debar di dalam dada Asyiqa.

Haih, cakap orang kau tu apa kurangnya! Entah serapah apa kau hembus kat aku entah! Gerutu Asyiqa geram. Geram? Kenapa menggelegak aje rasanya badan ni? Nak kata aku hidup dalam cerek tak ada lah pulak. Oh dah tentu, kata-kata tu hanya berlegar di fikirannya. Akalnya masih mampu menapis.

Mana ada Syiqa jampi apa-apa... Sayang tu penyakit angau overdose~” Suaranya cuba dilunakkan untuk menjadi ‘santapan’ telinga Zahin. Gelak tawa lelaki itu berderai. “Overdose? Apa sayang ingat angau tu macam heroin, morphine, ke? Ada pulak overdose bagai...” tawa Zahin masih bersisa di hujung ayatnya.

Sayang tengah buat apa? Tak pergi solat tarawikh...? Kenyang sangat ek?” Berhati-hati dia menukar topik perbualan dan menyoal soalan itu pada Zahin, takut buah hatinya terasa. Rajuk Zahin boleh tahan juga kPi-nya.

Ha ah Yen kenyang sangat makan banyak tadi. Lagipun malas la baby. Mama beli macam-macam kat bazar tu. Yen dengan papa kena habiskan semua. Tahu je lah mama dengan Melisa tu. Diet, jaga badan aje semedang! Papa dengan Yen dibaginya jadi tong dram.” Rungutan yang pasti disertai dengan muncung yang dibuat dengan mulut comelnya dapat Asyiqa bayangkan. Dia ketawa kecil, membayangkan badan Zahin menjadi seperti tong dram. Hahaahahadoii.

Cakap pasal solat tarawikh, benda ni sunat la sayang. I don’t think it’s a big deal kalau tak pergi. Memanglah rugi tapi kalau mama dengan papa Yen pun tak pergi tarawikh tu, takkan lah Yen nak pergi. Apa pulak kata diorang nanti. Kot-kot dikatanya Yen buang tebiat atau anak derhaka pulak...” ada nada gurauan dihujung kata-katanya.

Em... ohh.” Tawa Asyiqa yang kedengaran sejak tadi tiba-tiba mati! Dia memejamkan mata sebelum membukanya perlahan-lahan. Hanya itu yang mampu dibuat menjadi reaksinya. Dia tak tahu harus dikomen apa untuk ‘maklumat’ yang baru diterima tu. Otaknya gagal untuk proses! Aik, kenyang sangat ke sampai otak pun dah tak cerdas ni?

Sayang kenapa ni? Bad mood eh? Tak boleh puasa la tuuuu...” nada usikan Zahin itu tak mampu menggeletek hati Asyiqa seperti selalu. Dia rasa rimas. Tiba-tiba dah tak selesa melayan Zahin macam dulu.

Tak ada lah. Memandai je awak ni. Err, saya letak phone dulu lah. Bye.” Dan punat merah lekas-lekas ditekan sebelum menjauhkan telefon bimbit tersebut daripada dirinya. Mata Asyiqa merenung lama telefon bimbit yang kembali berdering. Talian akhirnya mati sendiri sebelum kembali berdering.

Kenapa perasaan aku pada Zahin dah lain...? Asyiqa tertanya-tanya sendiri, dan akhirnya dia tertidur di gazebo tersebut bersalutkan telekung di kepalanya.
.
.

Asyiqa terasa sengal di bahagian tengkuknya. Dikesat kelopak matanya dengan belakang tangan. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling. Heh? Aku tidur kat sini? Kepalanya didongakkan dan dia terpandangkan wajah yang sedang nyenyak tidur. Abah? Asyiqa menelan liur. Tidurnya di gazebo ni berbantalkan peha abah?

Berhati-hati dia mengangkat kepalanya supaya tidur abah tak terganggu. Telefon bimbitnya dicapai untuk melihat jam yang tertera pada skrin. 1.45 pagi. Mesej yang masuk sampai 10 tu dipandang sekilas. Asyiqa mengeluh melihatkan abahnya yang sanggup bermalam di luar dan tidur duduk demi menemaninya. Tangan abahnya dicapai, disalami dan diciumi sambil berbisik “Maafkan adik, abah...” sebelum tangan itu dilepaskan kembali.

Asyiqa tahu, dosanya terlalu menggunung pada abahnya tapi dia tak rasa ada yang dapat dilakukan untuk mengubah sikapnya. Bukan ke Allah dah takdirkan perjalanan aku sejak azali lagi? Jadi kiranya apa yang sedang berlaku pada aku ni pun dah termaktub dalam pengetahuan Allah Taala kan? So tak payahlah aku susahkan diri nak mengubahnya pulak. Dah takdir... nak buat macam mana ye tak?

Asyiqa akhirnya bergerak meninggalkan gazebo dan menuju ke biliknya. Telekungnya dibuka dan dilempar ke ampaian sebelum badannya direbahkan ke katil. Matanya ditutup dan dia cuba untuk kembali lena tapi tak berjaya. Aku belum solat Isya’ lagi... hati Asyiqa tiba-tiba terdetik akan perkara itu.

Oh, so you are gonna pray now? After all the hideous things you’ve done, and you call yourself a Muslim? You’re gonna go back and pray to Allah now, you hypocrite? You should be ashamed of yourself! What kind of double life are you living? Bisikan yang datang entah dari mana.

Asyiqa menggaru kepalanya yang tak gatal. Serabut! Badannya bergolek ke kanan dan kiri. Malam ni dia gelisah! Kenapa dengan malam ni? Selama ni nyenyak je aku tidur like it was nobody’s bussiness! Akhirnya dia bangun dan duduk di birai katilnya. “Yeah, I am a total hypocrite. I can’t stand before Allah and pray now...” Asyiqa menggumam perlahan.

Telefon bimbitnya dicapai dan dia mula membaca satu demi satu mesej yang pastinya dihantar oleh Zahin. Debaran di dadanya datang lagi.

Did I say something wrong syg? Or was it something I did? If I offended you in any ways, maafkan Yen syg? Tolong?

Syg, knpa ni? Yen call tk jawab. Pick up the call syg pls... Syg buat Yen risau.

Syg, klau marah Yen skalipun, jgn fikir bnyak sgt k? Nnti syg sakit. Awk tu bukan bole sgt stress. Migraine lg karang. I already misses you...

Tiba-tiba timbul rasa kasihan pada kekasihnya tu. Tak sanggup dia membaca baki 7 lagi mesej yang dihantar lelaki tersebut. Awak ni Zahin, kalau saya tak cukup kenal awak, mesti dah buruk sangka awal-awal yang awak ni kasanova nombor satu! Asyiqa tersengih sumbing. Dia perlu meminta maaf daripada lelaki ini nanti.

Seingat Asyiqa, sepanjang hubungan mereka yang setahun ni pun, lelaki itu tak pernah tak menjaga perasaannya. Dia je yang layan lelaki tu sambil lewa... Dia je yang ‘rajin’ menduga kesabaran Zahin... Dia je yang selalu biarkan lelaki tu menjeruk perasaan sendiri. Sedangkan lelaki tu tak pernah ambil hati dengan tingkahnya. Ayat favourite Zahin bila aku meminta maaf: “Anything for you, sayang. Anything for you.

Sungguh, Asyiqa mula membencikan dirinya yang sekarang ni. Asyiqa yang cepat terasa, Asyiqa yang sensitif, Asyiqa yang hampir nak hilang rasa pada Zahin, Asyiqa yang rasa Hazlyn tu biadap pada agama dan orang tuanya... Sungguh, dia takut! Ni musim pertukaran watak ke? Apa aku tengah nak bersalin kulit macam ular tu?

Tapi jauh di sudut hati, Asyiqa tahu... dia rindu untuk kembali pada fitrahnya!

#Bersambung, dengan izin Allah :)