Thursday, July 14, 2011

kembara hati. #1

Bismillah.

Pabila bersatu, memori dan impian, moga tak berkecah.
Hajat di hati, moga tersampai,
Dengan izin Allah.

_______________________________________________________________________

"Assalamualaikum..." salam tu diucapkan Asyiqa perlahan. Al maklum, malam dah nak berarak ke pagi, dengar dek ayahanda, tak ke wassalam aku pagi 1 Ramadhan ni? "Waalaikumsalam... Em. Tak tidur lagi?" suara yang di sana bertanya. Slow jugak suara dia! Kih kih, tengah sama-sama menyorok la kita ni ye? Asyiqa tersengih. "Belum la, kalau dah mesti la tak berjawab call sayang ni."

Dan Asyiqa terdengar suara yang di sana ketawa. Haih, apesal dia ketawa pun macam note note music je rasanya? Matanya melirik pada jam di dinding. 2 pagi... Ada dua jam setengah lagi sebelum satu isi rumah ni bangun nak bersahur, fikirnya. Asyiqa tersenyum sendiri. Dia duduk di birai katil dengan lampu bilik yang dah terpadam. Kena lah pandai camouflage ye tak? Kih Kih.

"Tengah buat apa tu...?" yang di sana menyoal selepas tamat ketawanya. "Cakap dengan awak la." dan suara itu ketawa lagi tapi lebih pendek dari yang sebelumnya. "Sayang sihat? Dah ready nak start puasa ke?" kali ini Asyiqa mula bertanya. Debaran dalam dadanya sudah reda masa terdengarkan gelak merdu si dia yang di sebelah sana.

"Sihat je, Alhamdulillah. Em, puasa? Saya ready je! Tapi first day puasa, kan. Semput sikit kot." jawabnya. Asyiqa terangguk-angguk sendiri. "Ha ah kan. First day puasa hari Isnin. Awak rasa awak larat ke..." suaranya dileretkan. Sengaja mengusik lelaki itu. "Heii. Ini Zahin la. Awak jangan kata awak tak kenal saya. Saya datang rumah awak masuk meminang nanti, baru tau!" ugutan Zahin tu cuma mengundang gelak tawa nakal Asyiqa.

"Ish, saya tak nak kahwin dengan awak!" Asyiqa makin galak mengusik dan entah kenapa, talian di sebelah sana tiba-tiba jadi senyap sunyi je... Aik. Saya baru kata tak nak kahwin dengan awak, dah jadi bisu? Hatinya mengomel. Asyiqa menggaru kepalanya perlahan.

"Yen, please don't tell me you're serious about asking my hand in marriage...." Asyiqa menduganya. Dan tiba-tiba ketawa meledak dari talian yang sebelah sana. "Awak ni... Marriage? Awak? Saya? We are one thousand years early for that!" dan Zahin terus ketawa, memaksa Asyiqa untuk ikut ketawa bersamanya.

"For heaven sake, Zahin! Saya ingat awak serius tau tak! Nasib baik tak kena heart attack girlfriend awak ni!" Asyiqa merungut akhirnya, namun diselangi dengan tawa. Sudahlah bercinta baru nak masuk setahun, umur mereka pun baru nak masuk 19 tahun. Kahwin? Sekarang? Betullah cakap Zahin. We are one thousand years early for that!

Dan malam Ramadhan mereka makin rancak dengan panggilan untuk malam-malam Ramadhan yang berikutnya. Kalau tak sempat sebelum sahur, mereka bergayut selepas sahur, menginjak ke waktu Syuru'. Bulan Ramadhan terasa lebih indah macam ni, malamnya ditemani suara milik Zahin. Hi hi hi.

Lagipun, tak dosa kan? Bukannya kitorang bercakap benda bukan-bukan. Kitorang pun tak pernah berjumpa, setakat bercinta dalam sms dengan call je. InshaAllah tak membawa kepada zina, Asyiqa menyedapkan hatinya sendiri.
.
.

"Ummi dengar adik masih couple dengan Zahin...?" soalan yang ditanyakan penuh kelembutan oleh ummi tu membuatkan Asyiqa terdiam. Lehernya terasa terjerut. Pesanan-pesanan ummi sejak hampir setahun lalu- sejak hari dia mengaku pada ummi yang hatinya sekarang milik seorang lelaki- terasa bermain dalam kepalanya. Asyiqa cuma mampu mengangguk dan menunduk.

Ini semua sebab kakak lah ni! Hatinya menggerutu geram. Dia yakin kakaknya membocorkan hal itu pada ummi sebab siapa je yang kantoikan aku bergayut dengan Zahin sebelum sahur tadi? Tak pasal-pasal dapat kuliah subuh ni hah.

"Satu benda ummi cakap pun tak masuk dalam kepala adik?" lirih ummi bertanya. Tangan Asyiqa diramas perlahan oleh ummi. "Bercouple ni hukumnya haram, adik... Selagi abah belum nikahkan adik, lepaskan adik dari rumah ni, adik still bawah tanggungjawab abah. Abah ada saham dalam dosa-dosa adik. Adik tak kesian dekat abah ke?" Habis. Abah dah masuk port. Asyiqa dah terkebil-kebil, mencebik, menahan tangis. Ummi cakap aku boleh keras hati lagi. Tapi bila abah dah buka langkah, bersedialah Asyiqa, awak akan cair bila-bila masa!

Tahan Asyiqa, tahan! Mana boleh kalah dengan abah dan ummi! Tak rebel lah macam tu! Nafas ditarik panjang. Dia bersedia untuk mempertahankan dirinya.

"Adik dah besar la abah. Dah lebih 18 tahun pun... Adik mintak maaf, bukan adik nak jadi anak derhaka, tapi Zahin tak rosakkan adik pun. Ummi dengan abah tak payahlah risaukan adik. Adik boleh jaga diri sendiri. Hukum hakam ni adik pun tahu. Tapi dunia sekarang ni abah, orang tak ada boyfriend atau girlfriend ni namanya orang tak laku! Tak ada siapa yang nak. Ni Alhamdulillah lah Zahin nak adik. Takkan adik nak tolak...?" Asyiqa melontarkan hujah-hujahnya.

Asyiqa tersengih dalam hati bila ternampak ummi dan abahnya berpandangan sesama sendiri dan hanya mampu menggeleng. Mereka hilang kata-kata untuk menasihatkan Asyiqa lagi, dan bagi mereka, tak ada apa lagi yang mampu mereka lakukan. Ummi dengan abah ni tak faham ke perasaan remaja? Sana sini orang bercouple, takkan aku sorang-sorang nak single? Tak cool la macam tu! Asyiqa bermonolog dalaman.

"To have you in my life, Asyiqa, is my greatest pleasure given by Allah =)" Mesej Pesanan Ringkas dari Zahin tu dibaca tanpa jemu. Hidupnya bahagia dengan ada Zahin menemani dunianya. Lagipun macam kata Zahin tu, adanya aku ni nikmat terbesar yang Allah hadiahkan pada dia.

Eh, awak! Tak rasa melayang ke kalau ada lelaki cakap macam ni pada awak? Rasa berbunga je kan hati ni... Kembang setaman! Kalau ada orang sayang awak sampai macam ni, awak rasa nak buang dia jauh-jauh dari hidup awak ke? Mesti lah tak, kan. Asyiqa bertanya-tanya sendiri. Lagipun dia dah terbayang hidup mereka berdua hingga ke tua sampai habis nyawa. Hik.

Bagi Asyiqa, Zahin adalah dunianya...

#Bersambung, dengan izin Allah :) Wallahua'lam.