Monday, July 4, 2011

aku cuma ingin menulis #6

Bismillah.

Jantung berdebar semasa memikirkan untuk menulis apa yang ada dalam fikiran saya di sini. Nak disimpan terasa sesak, jadinya saya cuma mampu menulis. Maafkan kalau bukan ini yang kamu mahu baca, cuma jujurnya saya tak pernah memaksa sesiapa meminjamkan mata :)

Sebelum berangan nak baitul muslim, individu muslim kena kasi langsai dulu.

Ayat tu, seperti pertama kali mendengarnya dulu, menyentak hati dan kembali berlegar dalam fikiran. Saya menyendiri dan berfikir, berfikir, berfikir. Dan akhirnya tersengih pada diri sendiri. Untuk apa rasa sakit tu, Nuha...? Untuk apa rasa takut tu...? Untuk apa rasa sedih tu...? Untuk apa rasa kehilangan tu...?

Kalau semuanya sudah ada dalam tangan Allah Taala.
Dan apa awak ingin terus sakit, takut, sedih, dan kehilangan?
Tentang masa depan yang tak ketahuan?
Saya tanya.

Jujurnya sedikit pun saya tak ada rasa tercabar (seperti dakwaan seorang sahabat). InshaAllah takkan pernah rasa tercabar untuk hal yang semacam ni. Hal yang sudah tercatat di luh mahfuz sebelum lahirnya saya ke dunia. Maka siapalah saya ni, untuk memanjang rajuk... kan?

Sengihan tadi. Sebenarnya saya mentertawakan diri sendiri. Hah.

Kita ada dua jalan. Pertama, bersihkan hati dulu, dan mantapkan keimanan kalau itu sesuatu yang mudah. Kedua, kemaskan lahiriah dulu kalau itu yang mudah. Langkah pertama tu perlu dibuat. Bukan cuma memasang angan-angan.

Dan saya memilih yang kedua, :) Pada saat saya rasa I have everything I ever wanted for in life, dalam ni... *tangan kanan ditekap ke Pectoralis Major muscle belah kiri* I still felt something hollow. And that feelings knocked me on the door every now and then.

Makanya saya sedar. Saya masih tempang di sana sini, masing berseret jalannya... dan perasaan sakit takut sedih kehilangan tu cuma satu ujian yang Allah hadiahkan. Hah, lemah sangat awak ni. Boleh jatuh ditimpakan perasaan. Cuba kalau langit jatuh menghempap ke wajah...?

Kalau Allah sayangkan seseorang, Dia akan hadiahkan bermacam ujian, untuk kita kembali ke pangkuan-Nya.

Cuba bayangkan, kalau kita ditampar di dalam gelap. Terkejut, kan? Sakit hati, kan? Mesti masa tu rasa nak bukak lampu dan tampar balik orang yang tampar kita tadi tu. Tapi cuba... cuba kalau yang menampar tu rupa-rupanya kekasih hati pengarang jantung kita. Apa kita akan marah, atau tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal tu?

Terdiam.
*saya menelan liur sendiri*

Hamba-Mu yang ini masih rapuh, ya Allah. Sedangkan di bawah langit-Mu, bersujud semua memuji memuja asma-Mu. Sedangkan di bawah langit-Mu, bertasbih semua makhluk-Mu, tunduk, mengharapkan cinta dan kasih-Mu.

Lalu kalau nak dibandingkan, saya yang masih bolong di sana sini... Allahu Rabbi~ Tak bernafas rasanya bila memikirkan. Bila saya terfikirkan semua ni, saya jadi tersenyum. Memang tak perlu nak rasa sedih takut sakit kehilangan semua tu, Nuha. Tak perlu :)

Terima kasih pada sahabat yang mengingatkan di twitter tadi. You know who you are ;) Walaupun rasanya mesti dia tak tahu dia dah buka ruang untuk saya berfikir dari sudut yang berbeza hanya dengan beberapa patah kata dia tu.

Kemaskan diri awak, luruskan jalan awak, bersihkan niat awak.
Bukan kah Allah tu bersama-sama orang yang sabar...?
Ya :)

Benih yang baru nak bangkit disiram dengan air dan baja. Kalau hati yang nak bangkit, perlu disiram dengan apa?

Assalamualaikum.