Wednesday, April 27, 2011

reflection #1

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai mid semester exam siang tadi :) Em, menulis ni bukan kira nak celebrate tanda "merdeka" ke apa tapi lebih kepada nak reflect diri rasanya... inshaAllah. Lagipun tak ada apa nak di"merdeka"kan kot sebabnya finals in Juneeeee oh my Allah tak sempat nak bernafas!

Err, tumpang lalu T_T

Ceritanya macam ni. Pagi tadi sebelum exam, biasalah kan, cari confidence dalam diri untuk bersedia berdepan dengan kertas soalan tu. And... I told myself, "Okay, Nuha... inshaAllah, awak dah usaha yang terbaik. Ingat balik terjemahan surah an-Najm ayat 39 hingga 41 tu...

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya; Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. *senyum pada diri sendiri kat cermin.

Have faith in yourself, awak dah usaha, you can do it, biiznillah."

Selesai je cakap macam tu kat diri sendiri, dapat satu message daripada kakak usrah, yang bunyinya lebih kurang begini.

"Yakin dengan Allah, bukan yakin dengan usaha kita. All the best in your exam today, dik!"

Terdiam. Lama.
Lama.
Serius, saya terus terdiam macam ya Allah... apa yang aku sebut tadi...? T_T

Terasa macam ada telepathy kejap dengan kakak usrah tiba-tiba, dan Allah sangat baik pada Nuha sebab sampaikan ingatan melalui kakak usrah, huk~ :') Memang sentiasa kena tajdid niat kita sebagai manusia ni. Sebab memang akan sentiasa ada bisikan yang datang dari nafsu, dan terutamanya- syaitannirrajim.

Sepanjang jalan nak ke gam3ah tu saya fikir. Fatrah imtihan ni, always had been, and always going to be kita punya penanda aras atau kayu ukur pergantungan kita pada Allah Taala. Huuuuuu. Thankyou so much, sis for such a knock out message! Moga Allah sentiasa berikan akak, suami dan anak akak yang comel tuuuuu segala kebaikan inshaAllah ^__^

P/s: Tunggu result macam tunggu nak menikah! Excited terlebih :p

No comments: