Friday, April 15, 2011

heart of a Muslim is full of sincere.

Assalamualaikum wbt.

Baru balik dari semalaman ber-mabit di rumah kakak-kakak ^_^ Alhamdulillah sangat, terasa lapang sangat dada ni bila dikelilingi oleh orang-orang yang sefikrah (inshaAllah). Pertama kali ber-mabit jadi terujanya terlebih sikit, heeee.

Antara pengisian malam tadi, tentang ikhlas. :)

Dari Abu Hurairah, ikhlas tu bagaikan semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita. -hadis riwayat Muslim.

Mendengarkan pengisian malam tadi, baru saya tahu kalau 'ikhlas' tu payahnyaaaaaa. Serius, payah. Cuma Allah yang tahu ikhlas tu macam mana dan cuma orang yang hidupnya untuk mencari mardhatillah dan wajah Allah je yang tahu kepayahannya. Allah.

Semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu. Semua orang yang berilmu itu celaka kecuali mereka yang beramal. Semua yang beramal itu celaka kecuali orang yang ikhlas. -Imam al Ghazali.

Dan orang yang ikhlas tu dibayangi oleh bahaya yang lebih besar-- Riya'.

Sahl bin Sa'd pernah ditanya, "Apakah yang paling sulit bagi jiwa?" Ia menjawab,"Ikhlas." Mengapa sulit? "Kerana ketika ikhlas, jiwa tidak memiliki bahagian sedikit pun." -Kerana apa? kerana semua yang ada telah kita serahkan pada Allah Taala.

Sekarang dah boleh nampak tak beratnya untuk ikhlas...?

What are the criterias of sincerity, you may ask;
  1. Khususkan niat kalau semuanya 'lillahi' dan 'fillahi', (because of Allah & for the sake of Allah, inshaAllah).
  2. Melupakan pandangan manusia.
  3. Tak terdetik untuk mendapatkan pandangan manusia.
Em, boleh faham kan macam mana? Kalau tak jelas boleh tanya ye inshaAllah :)

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. -surah az Zumar; ayat 2.

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. -surah al Baiyina; ayat 5.

Kisah yang diceritakan oleh Wahida malam tadi (yang lebih kurang begini, tak ingat sangat ni)-- tentang tiga orang pemuda yang bermusafir di tengah pasir dan menumpang teduh di dalam sebuah gua sebelum tiba-tiba sebiji batu besar jatuh dan menutup pintu gua. Salah seorang mencadangkan untuk mereka menyebutkan amal yang mereka buat dengan ikhlas sebagai doa supaya Allah meminjamkan pertolonganNya.

Lelaki pertama; Aku seorang pemerah susu dan aku mendahulukan kedua ibu bapaku. Aku menunggu orang tuaku bangun daripada tidur untuk memberikan mereka minum susu daripada anak-anakku yang dah merengek kelaparan. Ya Allah, sekiranya aku lakukan itu dengan niat untuk mencari redha dan wajahMu, bukakanlah kami jalan keluar. Natijah: batu terbuka sedikit.

Lelaki kedua; Ya Rabb, aku masuk meminang seorang gadis tapi ditolak lamaranku. Satu hari, si gadis kesusahan dan dia meminta bantuan daripadaku tapi aku meminta sebagai balasannya, gadis itu perlu berzina denganku. Lalu si gadis itu berkata padaku: Demi Allah, kau lepaskanlah aku. Maka aku memberikannya wang dan melepaskannya pergi. Natijah: batu terbuka sedikit lagi.

Lelaki ketiga: Ya Ilahi, aku seorang peniaga dan aku membayar semua gaji pekerja-pekerjaku kecuali seorang-- yang tidak kembali untuk mengambil gajinya. Lalu aku menggunakan wang tersebut dalam pelaburanku. Satu hari, pekerja itu datang menuntut gajinya dan aku menyerahkan semua binatang ternakanku kepadanya. Pekerja itu berkata: Adakah kau menghinaku? Aku menjawab; Tidak. Ini sememangnya hakmu. Natijah: Batu langsung terbuka.

Refleksi diri kita. Kalau kitalah, kalau kita... apa ada amal ikhlas yang boleh kita gunakan sebagai doa untuk meminta pertolongan Allah? Huuuuuuu. Kalau saya sendiri, memang payah nak cari kot.

Ada ke? Kalau ada, cukup ke? :(

Tapi kalau kita tahu payah, tak bermaksud tak perlu usaha untuk buat jugak. Result kurang dengan usaha kurang-- definitely a different story! :) Setiap langkah yang kita ambil untuk menuju padaNya, inshaAllah, Allah tetap akan kira dan permudahkan jalan tu untuk kita. ^_^

Barangsiapa yang ikhlas kepada Allah selama empat puluh hari, niscaya akan terpancar hikmah dari hatinya melalui lisannya. -dihikayatkan dari Abu Hamid Al-Ghazali.

Tapi janganlah sebab semata-mata hendakkan 'hikmah' tu, kita ikhtiarkan diri untuk ikhlas. Rujuk balik hadis pertama dari hadis arba3een. :) InshaAllah, saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri dalam setiap perkara, dengan izin Allah. Payah, berat, susah, tapi kalau tersasar, mungkin dalam perjalanan untuk patah balik, kat situ letaknya ikhlas, kita takkan tahu kan? ;)

Moga perkongsian ni bermanfaat, wallahua'lam.

P/s: Sesuatu yang kita buat dengan ikhlas, Allah akan campakkan satu 'rasa'. -Fatimah Syarha :)

2 comments:

W M Najib said...

nice one!

just wanna ask, regarding the story about 3 guys tuu.

boleh share tak source asal cerita tu? hadith ke?

syauqah wardah said...

walla yehemmak :)

emmm. sorry ye najib but i don't exactly quite sure but the story was read from Amr Khaled's book. i'll ask around ye.

kalau tk pun, if u happens to knw anything, do let me know, pls? ^_^