Friday, April 8, 2011

Allah lebih tahu, manis.

Salam 3alaykom.

Em. Untuk seseorang-- Allah lebih tahu, kan? Tentang kenapa kita dijauhkan. :) Rasa rindu yang dalam manisnya ada kesakitan, ini cuma satu dugaan.
.
.

Tengok video ceramah seorang ustaz yang dikongsi oleh seorang sahabat, dan jujurnya hati jadi terusik.

Terfikir. Berapa kali agaknya dulu, bila setiap kali terasa tersekat dalam satu-satu situasi, for instance when I was piled up with tons of homeworks and from my perspective, I can't finish them on time, or even when I don't score in my exams, I'll say-- DIE DIE DIE, or I'm so gonna be a dead meat, or habislah aku kali ni and etcetra.

Dan tengoklah kat mana saya sekarang-- masih lagi dipinjamkan nyawa, menulis lagi ni hah. Hanya sebab benda yang tak seberapa tu, saya dah rasa hidup saya dah sampai penamatnya. Allah, malu betul.

Cuba pejam mata dan bayangkan kejap-- the worst things that had happened to you throughout your life. Putus cinta? Gagal dalam pelajaran? Orang tersayang balik menghadap Ilahi? Bayangkan macam mana sakitnya masa tu, terseksanya saat tu.

Okay, sekarang fikirkan diri yang sekarang.

Somehow, somewhere along the way, Allah Taala tetap keluarkan kita dari semua situasi yang menyesakkan tu. Kan? :')

Wallahua'lam.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. -ash Syarh; ayat 5 & 6.

2 comments:

Adib said...

Allah lebih tahu..nice entry :)

Anonymous said...

Allah made us possible when facing obstacle. let ask Him for strength and protection :)

Alhamdulillah.

May Allah bless.


- Nil -