Tuesday, March 15, 2011

wanita = ombak, boleh jadi.

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih pada seorang sahabat yang gigih menampal link artikel ini di kotak soalan tapak menulis baru saya. *you always knew who you are ;) Hati tersentuh, tentunya. Tak ada makna kalau jadi perempuan tapi hati tak serupa kaca dan sehalus kapas. And that's one of the things I love for being a girl.

Tapi lagi comel ada sorang budak kecik ni kan kan kan (tulis budak kecik je of course lah dia dah sedar diri dia siapa kannn?) yang manis sangat doakan supaya untuk semester yang akan mula esok ni-- stress bukan milik saya. Allah, berjuta kali akak ameenkan doa awak tu tau!
.
.
Dulu saya pernah tulis kalau perempuan tu emosinya seperti laut-- kejap pasang, kejap surut. Tak kalah pada perumpamaan wanita ibarat ombak. Ada masa tenang menghempas pantai, ada masa menyapu segala benda yang ada di laluannya.

Saya tak terkecuali. :)

Hampir seminggu ni, habis blog kena tinggal, habis Fesbuk kena deactivate, habis twitter tak berapa bernyawa, cuma kerana saya rasa lemas dan rimas ada dalam dunia internet ni. Huk, maafkanlah. Nak salahkan iman yang turun naik ni alangkah kesian, sedangkan dah sifatnya memang macam tu. Salahkan syaitan? Oh, dah tentu!

Tapi yang paling bersalah tentunya saya yang sedang menulis ni. *senyum nipis sangat sangat. Belum cukup baik untuk jadi baik.

P/s: Mungkin bakal hilang lagi (?)
.
.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! :') Allah kurniakan nikmat, dan ye, saya kena laksanakan nazar saya ^__^ Umi saya tulis kan kan kan;

Buat anakanda, antara syarat Amanah Raya Berhad:
1. Mesti menjadi seorang doctor yang first class.
2. Mesti score atleast Jayyid Jiddan setiap semester.
3. Tak boleh kahwin sehingga tamat pengajian.
4. Mesti ucapkan terimakasih kepada ibubapa, penjamin dan pemberi pinjaman & sedia berbakti kepada ibubapa, agama, bangsa dan negara

Saya rasa nombor tiga dan empat paling comel sekali ^_^ inshaAllah inshaAllah.
.
.
Semester 4 akan bermula esok (!) dan perjuangan saya baru nak bermula ;)

P/s: Sorry for the so much of randomness -.-