Friday, March 4, 2011

of-- yang belum solehah.

minit-minit terakhir di Newcastle sebelum ke London- Iris was being cheeky as always, hee

Assalamualaikum wbt.

Jazakillah pada seorang sahabat yang bantu untuk menyedarkan, *S, awak tahu awak siapa :) Jujurnya perkara yang satu tu memang menjadi titik kelemahan saya. Dan betapalah... 'turasan jahiliyah' perlu saya lakukan untuk menapis saki-baki sifat jahiliyah yang masih ada.
.
.

Memerlukan kekuatan yang bukan sedikit.
But here's what I have to say to myself: kekuatan tu perlu dicari, bukan ditunggu!
Allah.
Betapa luasnya rahmat cintaNya, kerana menghadiahkan awak pada saya hari ni.
*senyum kecil.

Terkenangkan laptop saya ni yang masih belum cukup solehahnya, buat saya jadi takut. Hard disk yang sedang diguna abah tu, masih tersangat jauh jalannya untuk menjadi solehah... Betapa mungkin, handphone milik saya itu pun belum solehah penggunaannya. Nintendo DS saya tu, lebih jelas tidak solehahnya. Dan selama ni saya ingatkan yang perlu solehah tu, cuma iPod saya! Allah.

Firman Allah Taala: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata." -surah al Baqarah, ayat 208.

Secara seluruhnya, dan manakan boleh kalau kita nak separuh-separuh Solehah ye tak?

Sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekelian alam ini- terjemahan Doa Iftitah.

Ayat yang paling kurang kita bacakan lima kali sehari, ayat yang bagaikan satu ikrar kalau segala yang ada pada kita, adalah milik-Nya. Tanpa kita sedar :')

Adakah kamu terbayang MUJAHID itu seorang yang tidur sebanyak-banyaknya, makan sekenyang-kenyangnya, ketawa semahu-mahunya? Atau seorang MUJAHID itu berhempas pulas bermati-matian bagi menegakkan cita-citanya? ~ Imam Hassan al-Banna

Huk, biasanya terasa sampai ke ulu hati dan urat saraf! Sekarang saya tahu, kekuatan untuk menapis 'tu' bukan saja untuk bolehkan saya dapat result cemerlang dalam finals (ameen, inshaAllah ^^) tapi sekaligus untuk meninggalkan diri saya versi yang lalai, versi yang terlalu banyak membazir waktu untuk 'itu'.

Syukran jiddan, S. ♥ Awak pun tahu payahnya bagaimana, kan? :') Jadi doakan nuha kuat please?

Maafkanlah.
Maafkanlah.
Maafkanlah.
Saya yang sedang membaiki diri.
Saya yang masih terkial-kial untuk menjadi solehah.
Maafkan,
saya yang terasa berterusan hinanya~