Tuesday, February 22, 2011

:)

Assalamualaikum wbt.

Err, ini tulisan terakhir dari bumi Tanah Melayu (yang buminya sedang saya pijak, langitnya saya lagi sedang junjung) mungkin? *angkat bahu. Macam biasa, bila nak meninggalkan tanah air ni, dia ada satu perasaan lain macam sikit. Huuuuuu *sedang mententeramkan diri, tumpang lalu.

Perasaan yang perlukan saya untuk kuat kalau tak mahu rebah di tengah jalan.

Jujurnya, saya masih seorang remaja (with a lil drop of childish here and there, still) walaupun dah nak jejak 20 tahun, makanya maafkanlah saya yang tak reti nak matang ni, ye. *buat muka comel sambil kelip-kelip mata.
.
.

Ramai yang bertanya, dan ramai yang persoalkan kenapa saya nekad sangat nak balik sebelum kelas bermula walaupun belum dapat official green light dari KPT atau KMN atau kerajaan Malaysia. I don't feel annoyed at all with all those questions, korang. :) I'm happy to answer it biarlah berpuluh kali orang tanya soalan yang sama pun.

But I'll stick with my answer. I seriously can't afford to miss my classes. Quoted from my daddy; medicine isn't supposed to be easy. It comes with packages of difficulties. :)

Macam ni lah ye. Saya ke Mesir sebagai fi sabilillah untuk belajar perubatan, sekaligus berjihad untuk menuntut ilmu Allah Taala. Dan kalau memang (kan saya bilang kalau), dah ditakdirkan oleh Allah untuk hilang nyawa di bumi Anbiya' tu, inshaAllah kita mati syahid, kan? Selebihnya wallahua'lam, :)

Kalau nak ditunggu 'green light' tu entahkan bila. Dan serius, kamu rasa universiti di Mesir akan tangguh satu semester untuk kita (malaysian students) ni? Hanya sebab kita? Seriuuuuus kamu fikir macamtu? Istimewa sangat ke kita ni? Err, ini saya tanya, bukan provok ye. ^^
.
.

Doakan hati saya kuat untuk jauh dari keluarga dan Malaysia please? Hati, saya tak mintak banyak, cukuplah untuk kamu jadi pegun. Apa sukar sangat untuk ditunaikan? *mencebik.

Siapa kenal perasaan bila kamu ada dalam kereta yang dipandu laju yang bersedia untuk membelok dan tiba-tiba satu kereta bagi lampu signal untuk menyelit, lalu kereta di-break secara mengejut.

Hati kamu tersentak, kan? Dan iramanya ambil masa untuk menjadi normal. Aduhai hati, bertahanlah sayang!

*tak ada kena mengena dengan lelaki pun (malas -.-). Ini hati saya yang berdebar nak ke London dan balik ke Mesir. Allahuakbar.

P/s: Kalau boleh online dari New Castle nanti, saya online ye? ^^ Iris Sabrina, tunggu aunty nuha please, hihi.