Tuesday, February 8, 2011

self-evacuation plan.

Assalamualaikum wbt.

Er, waktu tulisan saya ni menjadi bacaan mata kamu, Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai di Malaysia. :') It has been such a long and a very tiring journey indeed. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk dijadikan kenangan biar diceritakan pada anak-anak (?) nanti, haha.

Siapa yang boleh sangka perjalanan kami berlima (yours truly, Naim, Syifa, Chitah dan Kak Ainatis) ditakdirkan sampai macam ni...? Hanya Dia, kan? *senyum nipis.

Surely semua pun tahu krisis di Mesir tu macam mana, jadi tak perlu kot (?) untuk saya ulaskan apa yang terjadi. Cumanya, kadang-kadang apa yang tertulis di surat khabar tu tak lebih daripada retorik je. Eventhough kes letupkan bank, bakar hypermarket, dan lebih 6000 banduan terlepas di Mansurah tu betul belaka.

And let me get this right. Semua kekacauan ni bukan berpunca dari protestors yang nakkan presiden diorang tu turun tapi dari samseng yang ambil kesempatan dari situasi ni. Yang banduan tu pun sengaja dilepaskan oleh presiden tu supaya protestors berkurung dalam rumah. >:(

Anyways, self-evacuation kami bermula bila kerajaan dah buat keputusan untuk evacuate Malaysian students yang ada di Mesir ni, dan ayahanda saya terus book flight tickets online untuk anak gadisnya yang seorang ni dan empat yang lain pulang ke Tanah Melayu. *sengih. Dan lebih senang kalau saya senaraikan kronologinya kot daripada bercerita. Heh.

  • Flight kami ke Amman, Jordan pada hari Jumaat, 4 Feb, 12.10 tengah hari. Tapi dengan curfew, kitorang terpaksa bertolak ke airport sehari lebih awal, 10 pagi hari Khamis dan sampai di Borg El Arab International Airport pada jam 1 petang.

  • Melangut di airport selama 24 jam- boleh online Alhamdulillah ada free internet wireless, makan bekalan yang dibawak (karipap, nasi goreng, nasi impit kuah kacang), borak-borak, solat, tidur bertilamkan kerusi cafe yang dicantum tiga. Memang feeling pelarian, I tell you.

  • Tanpa rancang, jumpa dengan satu lagi group of Malaysians students yang dari Tanta untuk balik Malaysia sama flight dengan kitorang. 11 orang semuanya; 8 lelaki dan 3 perempuan. So that make us 16 all together.

  • 10 pagi esoknya, kena tahan daripada check-in disebabkan semua pun book tiket online sedangkan Royal Jordanian people nak the actual card holder to be present. Ternganga la semua orang. Dan buat pertama kali, kami 16 orang ni bersatu brain storming apa yang perlu dibuat. The situation was hectic, we waited more than one hour untuk diorang selesaikan masalah kitorang.

  • Alhamdulillah akhirnya diorang bagi lepas tapi cuma untuk dari Alexandria ke Amman, Jordan. Dari Amman ke Bangkok, kitorang kena selesaikan sendiri di Amman. We was like ya Allah bersyukurrrrrnyaaa :')

  • Alhamdulillah lagi sekali, sampai je di Amman, Uncle Isa (from embassy in Jordan) dah tunggu di luar gate arrival tu untuk bantu kitorang selesaikan the tickets problem. Actually, semua ni terima kasih pada uncle saya yang keluarkan arahan pada Sarjan Zaimi untuk tolong ambil kami di Queen Alia Airport. Thanks, uncle Adi~ Lagi terharu bila Colonel Adnan call saya di Mesir untuk tanyakan keadaan saya. :) Such an amazing people they are!

  • Kami berlima kemudiannya diangkut oleh Sarjan Zaimi untuk ke rumah beliau tapi sebelum tu kitorang sempat ke Sweileh untuk hantar uncle Isa balik. If only Sweileh was having snow on that day... T__T

  • Rumah Sarjan Zaimi lawanya ya Allah! And he has a very kind wife; auntie Shima and two adorable sons; Zairul and Zaqwan. Zaqwan comeeeeeeel ^___^ At first dia malu-malu but then when I became talkative to him, I got to kiss on the cheek! ^___^ And he even lentok kat bahu saya, peluk saya dari belakang oh ya Allah he's such a love~

  • Serius auntie Shima baik sangat, masakkan ayam masak merah + kari daging + papadom, kek batik, kek pisang... pergh. Sarjan Zaimi ajak datang rumah dia lagi berulang kali~ Auntieee, nanti nak datang cuti Jordan lagi yeeee! :) Baby, tunggu kak Nuha okay? ;)

  • Journey dari Amman ke Bangkok lancar, alhamdulillah. I just love Royal Jordanian's flight. Friendly flight attendances, smooth landing, cool aircraft, he he. I'm looking forward to board RJ's flight anytime soon, inshaAllah.

  • Jejak je Bangkok, ayahanda saya dah menunggu di gate arrival ^__^ So glad to see familiar face greeted me, hihi. Lima jam transit di Bangkok kitorang habiskan di airport untuk solat, makan, berehat sebelum boarding flight Air Asia untuk balik ke Malaysia.

Anddd tadaaa~ Here I am, in Malaysia, for only-Allah-knows how long :) Definitely, walaupun plan winter break saya untuk berkhemah di padang pasir dan hadiri seminar perubatan terpaksa dibatalkan sebab rusuhan, rasanya pengalaman yang ini lagi berharga, hihi.

P/s: By the way, orang yang tak ada kat Mesir ni tok sah nak dok kalut la politikkan situasi kitorang... I mean like seriouslyyyy, nak bising pasal yang ni di-anaktirikan la, yang tu diketepikan la, lambat sangat la, ape la. Come on, kerajaan dah buat yang terbaik untuk evacuate 11 ribu lebih pelajar kat Mesir ni hah. 11 ribu bukan macam guli buat main congkak tau!

Ada pulak "certain people" yang kata situasi tak bahaya la (merujuk pada entri sebuah blog), manja sangat la... Hello encik, mai datang Mesir la tengok trauma tak trauma bila dengar kereta kebal ada atas jalan raya, bank kena bakar, riots all over the country, & at the same time internet connection tak ada, and the ONLY source untuk dapat maklumat cuma bila parents call dari Malaysia atau ada yang sanggup korban kredit untuk call bagitau apa yang tengah berlaku.

Seriouslyyyyy, try to imagine yourself in our shoes. :)

8 comments:

Miss Hani Zain said...

alhamdulillah, syukur pada Allah.

lega hati bila dapat tau akak selamat sampai malaysia. :)

fawani said...

Alhamdulillah nuha dah selamat sampai Malaysia.. :) Kitorang yang kat uk ni pun risau dengan kawan2 kat egypt..alhamdulillah semua dah sampai :)

Pengalaman yg nuha rasa ni x semua orang boleh rasa, walaupun agak terseksa, it's still priceless! :)

Btw enjoy your 'holiday'! ;)

Farah said...

Alhamdulillah , kak Nuha dah selamat sampai :)

hafiza suraya said...

salam...
alhamdulilah sahabat selamat pulang ke bumi malaysia...serius sy tertunggu2 post terbaru awak dah balik sini..

aishah_conteng_je said...

kalau kak aishah jadi nuha entahkan nak keluar ke airport pun takut2 (?)

mampu senyum je bila dapat berita nuha selamat
Alhamdulillah~

Att Ashburn said...

alhamdulillah selamat sampai. syukur...

syauqah wardah said...

hani

terima kasih sangat haniiii. alhamdulillah sangat kan? :')

fawani

heeee. tu lah, thankyou sangat sudi risaukan ktorg huhu terharuuu :')

yesss, sangat priceless! tak ada yg boleh ganti kot. hihi.

farah

terima kasih, dik ;)

syauqah wardah said...

hafiza

Allah, terima kasih sangat sudi kisahkan ktorg. :) alhamdulillah semuanya selamat.

kak aishah!!!

serius takut jugaaaaak nak keluar pergi airport tu tp alhamdulillah sangat journey very smooth! :')

kak att

:) hee thankyou sis!