Thursday, March 3, 2011

London Eye.

27 Februari- London Eye

Assalamualaikum wbt.

Sebiru langit London, dan sesejuk itulah hati saya yang memandangnya. Dan sebeku itulah tubuh saya melawan sejuknya (?) Hah. Sungguh terketar jari menangkap gambar.

Em, pernah dengar tak kalau kita-kita ni perlu dilatih untuk berfikir secara fikrah Islamiyah? Maksudnya, tak kisahlah kita memandang apa saja yang ada di dunia ni, semuanya akan 'counter' balik pada Islam. Kiranya macam tadabbur alam etc. Contoh paling mudah, kalau kita dihadapkan musibah, dan kita melihat musibah tu sebagai tanda kasih sayang Allah.

:)

Lalu saya terfikir.

Dan sebenarnya tak kisahlah berada di mana-mana 'Eye' sekalipun, ataupun cuma seperti yang di karnival (baik sebenarnya lupa -.-) Ferris Wheel (baru lepas tanya abah ^__^), bila kita berada di atas, yang lain di bawah semuapun kelihatan kecil, kan? Macam semut comel, macam barang mainan ala-ala Lego je. *Gaah, selambayaya saya 'menyemut' dan 'meLegokan' orang -.- Huk, mintak sorry.

Lalu kamu fikir kita ni kelihatan bagaimana dari pandangan Dia yang di atas sana? Apa agaknya boleh mengelat main sembunyi dan terlepas tak dari dipandang...? Atau sebenarnya kamu memang memilih untuk tak dipandang langsung oleh Ilahi? Hingga ke akhirnya?

Jadinya nak kata, jom corakkan hidup kita supaya indah dilihat oleh Ilahi ! Siapa sudi temankan nuha? Untuk memperbaik diri tentunya, :)

Err, saya terfikir lagi.

Bila kita di atas, kita jadi seronok sebab boleh melihat banyak benda yang di bawah. Macam 'Ehhh tengok tu highway tu bentuk dia macam bunga!' atau 'Ehhh pulau tu bentuk kura-kura!' dan sebagainya. Memang teruja, tapi ingat ye, (cliche phrase and needless to say but still...) kita takkan selamanya ada di atas.

Lima minit, sepuluh minit, mungkin. Tapi bukan untuk selamanya. Samalah macam laut, ada pasang, ada surutnya. Lets hope for the best in our life, but still prepare for the worst shall we? *grinning.

P/s: Result Semester 3 dah keluar, dan apa yang saya boleh kata: Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah~ Syukuran ya Rabb. :') Dan oyya, saya dah selamat kembali ke bumi Mesir. Alhamdulillah jugak untuk yang itu. ^_^

If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely. [3:160]

Tak mau letak gambar sendiri, gambar abah pun boleh lah kan? Hihi. During our trip to Newcastle, London and Dubai, saya dah macam budak kecik tau? Like daddy's little girl once again (!) Dalam London Underground pegang sweater abah sebab tak sampai nak pegang pemegang kat atas dan train sesak (T_T) hehe.

3 comments:

hamshira said...

awak naik keee?

oh sungguh romantik

waktu akak kat sana (2002) london eye baru siap ke tengah baiki, dan tak dapat naik.


akak tak gayat oh.


ha, teringat kisah ustazah yang Allah bagai sedang "menyulam" kita untuk sesuatu yang indah yang hanya Allah yang nampak dari atas, kita cuma boleh nampak serabut benang dari bawah sulaman.


:)

syauqah wardah said...

kita tak naik la akak~ :( nak beraturnya macam ular kena palu! panjang okek, tak kuasa nuha hehe.

lagipun sejuuuuuuk. sangat T_T

skrg ni tahu dah kalau nuha tak boleh tahan sejuk~ titik lebur mudah sangat nak jumpa!

hek3.

Allah, kak. suka sangat ayat akak yang last tuuuu. ish. gigit nak? :p

Husna said...

eh nanti kita hangout dekat sini nak? hak2 :D

bila akak dengan akak nuha masing2 dah kawin,

husna masih tengah belajar insyaAllah, kita buat reunion :D

haha sungguh husna ni gila~

oh cantiknya!

husna pun pernah naik jugak!

tapi tapi eye on malaysia jek la XD