Monday, February 28, 2011

kembara pulang ke Masri.

Assalamualaikum wbt.

Yang kali ini menulis dari bumi London, dan akan ada dalam kembara pulang ke Mesir esok hari. InsyaAllah, akan kembali menjejak medan saya dalam menuntut ilmu pada 1 Mac nanti, jika diperkenankan oleh Allah Taala. Err, macam biasa, kita hanya merancang, tapi semuanya akan kembali ke tangan-Nya juga. :)

Kembali ke bumi Mesir.

Maaflah (untuk ayat yang bakal saya tuliskan ini), tapi rata-rata semuanya berat untuk tinggalkan Tanah Melayu, kan? Serius saya tak menyalahkan sesiapa, Allah, sedangkan saya sendiri lebih rela berlama-lama di Malaysia. Jangan risau, saya rasa apa yang awak rasa, inshaAllah.

Kalau bukan kerana bumi Firaun tu sudah ditakdirkan oleh Dia yang di atas sana untuk menjadi tempat kita-kita menimba ilmu perubatan sekaligus mengambil ibrah daripada adanya kita di situ, belum tentu dikasi Ringgit Malaysia satu juta pun kita mahu, kan?

:)

Jujurnya, niat kita ke Mesir tu sebenarnya apa? Menuntut ilmu? Bermain? Lepak? Kebebasan? Perubahan? Ketuk hati, dan kamu muhasabah sendiri. Kalau betul untuk menuntut ilmu, jadinya kenapa drama Korea tu nampaknya lebih penting? Kenapa berbual kosong tu macam lebih seronok? Allahuakbar. Tajdidkan niat kamu tiap hari, saban malam, sayang.

*Sebenarnya lagi sedang berusaha mengetuk minda diri sendiri.

Fi sabilillah. Terlalu berat rasanya menggalas gelaran yang satu ini. Sekecil pengorbanan yang kita lakukan dengan meninggalkan keluarga di tanah air untuk menuntut ilmu di tanah asing, sudah digolongkan kita dalam berjihad oleh-Nya, subhanAllah. Jadinya rasa takut tu tak perlu ada, mungkin? :)

Kalau lah betul ditakdirkan sedari kita diciptakan untuk hilang nyawa di sana, bukan di tanah terlahirnya tangisan pertama kita, kita dalam golongan mereka yang mati syahid kerana-Nya, kan? *Mohon dibetulkan kalau ada kesalahan. Yang ini kita perlu percaya kerana apa sahaja yang kita lakukan kerana-Nya, takkan kita pernah terlepas dari rahmat-Nya, inshaAllah.

Hopefully rakan-rakan seangkatan tak terasa berat untuk pulang ke medan peperangan kita bersama. Sekali kita melangkah, moga takkan sesekali berpaling tadah. Ameen, inshaAllah.

P/s: Kalau betul nuha jadi orang pertama yang sampai di Mansurah, nuha tunggu korang semua balik ye? ^^ Serius dah rindu nak dengar kuliah sama-sama oh. Heeee. Ila liqa' fi masri, biiznillah.

Pp/s: Mohon maaf pada aunty Dr. Notts kerana tak berkesempatan untuk menjenguk aunty di Nottingham. Masa sememangnya tak mengizinkan, :( InshaAllah, kalau ditakdirkan, kita jumpa ye aunty? ♥

No comments: