Friday, February 25, 2011

dari New Castle, UK.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, sekarang sedang menulis dari New Castle, United Kingdom. Tak pernah saya sangka lah perjalanan dari Kuala Lumpur ke tanah Inggeris ni mengambil masa hampir 24 jam. Hah. Memang sangat menguji segala jenis deria (?) dan tenaga. Tapi saya takkan sudi nak gantikan segala pengalaman ni dengan berapa banyak duitpun yang kamu nak tawarkan.

InshaAllah. :)

Flight delay selama 1jam 15minit di Dubai untuk ke London Heathrow Airport (LHR) walaupun dah boarding (yes, we have already board on the flight and yet...! -.-) dan buat kitorang tertinggal train ke New Castle sampai terpaksa beli tiket baru, mengajar saya yang se-'terror' mana pun perancangan manusia, ketentuan Allah Taala tu melebihi segalanya!

*Biarpun kita boleh berikhtiar dan berharap, semua akhirnya kembali terserah pada-Nya juga.

Bayangkan, kitorang sanggup berebut jadi orang yang pertama untuk get out from the flight, berlari dari arrival gate ke UK border immigration, laju menyorong troli beg untuk ke London Underground station, dah sampai King's Cross train station but apparently, we are still late to catch our train.

Yeah, we lost our train when the flight from Dubai was delayed.

Seriuuuus, perasaan ditampar angin akhir musim sejuk London adalah sangat priceless. Saya tersengih sepanjang jalan ! *Rasa macam tak betul sangat pun ada -.- You can't blame me since for the past 20 hours, badan dah lunyai duduk dalam flight okay.

Pemandangan dalam train dari King's Cross St. Pancras station ke New Castle sangat luas, subhanAllah! Dengan luas maksud saya, penuh dengan padang hijau, dan rumah-rumah Inggeris yang mendebarkan saya (I do not know why!) bila terlihatkan rekaannya. Very the English ;)

I can't simply hold myself from bangun dari tempat duduk, bergerak ke pintu gerabak, dan berdiri memandang pemandangan (sebenarnya saya duduk bukan di tepi tingkap jadinya pergilah saya mencari tingkap kan, haha) sambil memerhatikan ragam manusia yang hidupnya di bumi Inggeris ni.

*Jujurnya, saya ambil masa 5 saat untuk detect apa yang diorang cakap sebab loghatnya payah sikit. Tapi dah jadi terikut-ikut (?)
Shopping tips in UK: silalah jangan convert price tag yang ada dekat barang yang kamu nak tu kepada Ringgit Malaysia. Sememangnya kalau dibuat jugak, memang takkan membeli apa-apa. Contohnya kalau harganya GBP120. Kamu pandang terus berkenan. Dalam kepala dok mencongak 120 x 5 = RM600. *telan liur. Kalau nampak harga ni di Malaysia, awal-awal lagi saya dah pejam mata menonong tinggalkan barang tersebut.

Seriuuuus. My days in UK are lovely. Sangat.

:)

3 comments:

twinkle twinkle said...

waa nampak seronok,,semoge hajat akk tecapai :)

DrNotts said...

nuha,

dah sampai uk? singgah rumah auntie di Notts. bawaklah kawan2 sekali. tapi bagi tau auntie awal2. text auntie 07774027481. auntie tunggu!!

ふあなチン said...

part tips tu sangat betul, haha