Monday, February 14, 2011

antara saya dan 14 Februari.

Valentine's Day.

Dua puluh tahun saya dipinjamkan nyawa oleh Allah Taala, jujurnya saya tak pernah sambut hari yang kononnya meraikan pasangan kekasih ni (astarghfirullah hal'azim, moga ini bukan satu riya') biarpun ________. *yang membaca tulisan saya sedari dulu, kamu tahu apa yang terisi di ruang kosong ini, kan?

Heh.

Kalau dulu, zaman jerangkung masih banyak di dalam almari, kalau kamu tanyakan pada saya...
mungkin dalam nada sedih, saya akan menjawab, "Hahahahhaha, aku tak pernah sambut Valentine pun" dengan bibir yang dibiar melengkung ke bawah. Mungkin tak saya hadapkan jawapan ini terus ke wajah kamu, tapi itu yang lahir dari hati saya.

Yang sekarang ini, kalau difikir-fikir, betapa Allah Taala dah pelihara fikiran saya dari meraikan hari yang saya rasakan paling banyak mengundang kekhilafan di dunia ni biarpun ______ (sama seperti yang di atas). Dan cuma saya yang tak sedar-sedar... *terdiam.

Allahuakbar, kenapa terasa begitu salah ayat dalam perenggan yang ini...?

Saya mohon dengan sangat pada Ilahi, biar dijauhkan kita semua (yang sungguh-sungguh mahukan budaya menyambut Valentine's ni lenyap dari kebiasaan) daripada diuji dengan setiap patah kata yang kita lemparkan. Ameen, inshaAllah.

*Setuju dengan pandangan seorang sahabat. Kemudharatan yang menjadi kebiasaan tu paling payah untuk dikikiskan, dan untuk sesuatu kebaikan yang dirasakan asing menjadi kebiasaan, itu paling perit untuk dikerjakan.

Allah.
Sememangnya untuk thabat dalam perjuangan bukan kerja mudah, kan? We have driven thousands of miles, to deliver a vertical smile.

Serius kalau boleh saya tak mahu langsung news feed fesbuk saya sesak dengan hujan 'lumpur'. Maaf, but I had enough with all these crap. Sudah-sudah lah tu, sayang. Hari-hari pun hari untuk kita berkasih bersayang. Jadinya tak ada sebab untuk 14 Februari ni menjadi hari yang lebih sikit istimewanya berbanding hari yang lain, kan? :)

Atau memang kita-kita ni dah menjadi hamba pada budaya...? Nauzzubillah, benar-benar mintak simpang.

*Kak Nuha suka status fesbuk Husna! ^___^ Jom kita mohon sama-sama, biar di hujung tahun 2011 ni, takkan ada meliarnya kisah bayi dibuang merata-- berlantaikan tanah berbumbungkan langit --hanya kerana tarikh 14 Februari yang "keramat" ni. Biiznillah, moga-moga. :)

*Status fesbuk Azhari buat saya tersenyum sendiri. Dia tulis begini; "sumpah kena petir lah sesiapa yang dapat cuti maulidur rasul lepastu dia pergi sambut belated valentine". Hoh, genius kau tak pernah berubahlah ayie!

*Jom join misi Raudhatus Sakinah untuk banteras zina! ^___^

*Happy advanced birthday, Prophet Muhammad SAW. You are dearly missed, :') ♥

4 comments:

Husna said...

Akak, sama la kite akak. Yang dulunya kalau di sekolah orang berbangga dengan valentine's =.='

tapi takpe lah. semoga kita akan terus terpelihara oleh Ilahi.

InsyaAllah :)

Mauludddddd Nabi <3

aliaaroslan said...

rindu pada dia juga.

Anonymous said...

moga kita dilindungi dari perkara yang memesongkan akidah.

- nil -

syauqah wardah said...

husnaaa

kannnn? kalau valentine's tu kat skolah siap ada jual bunga la ape la (bkn skola akak la tapi hehe)

yesss, ameen inshaAllah. moga kita terus terpelihara ^__^

alia roslan

^____^

nil

ameen, inshaAllah.

:)