Thursday, January 20, 2011

yet the battle has not ended.

Assalamualaikum wbt, :)

Alhamdulillah, syukurLillah akhirnya dah selesai fatrah imtihan untuk Semester 3 saya sebagai medical student. And indeed, semester kali ni sangaaaaat (sila perasan betapa banyak huruf 'a' kat situ ye) mencabar. First year dulu masih boleh sengih sengih waktu study leave, tapi kali ni... *speechless*

Ih, kalau musim exam je bilik memang tak ada serupa bilik dah ek? T___T

Bye bye timbunan fail case yang mensengsarakan jiwa. Bye bye kertas kertas yang buat bilik saya macam kedai fotostat lagaknya. Bye bye buku buku tebal yang meminarkan mata. Bye bye bilik bersepah, bye bye lantai berkecah.

Kronologi Imtihan Semester 3.

Dua malam sebelum paper pertama, yang mana stress ada di tahap yang kritikal. At peak, buku kata. Istimewanya malam tu, seorang sahabat yang ada di Cairo hadiahkan ini: terjemahan surah anNajm; ayat 39-41.

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan; Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Dan saya terus senyum tanpa henti sepanjang hari please. Hihi. Yess, malam tu Allah hantarkan semangat pada saya melalui awak. Hik. ♥ Saya sayang awak, F! ;)

Malam sebelum paper pertama
. Sepanjang sebulan ni tidur tak menentu, stay up sampai Subuh, biological clock memang ranap habis hilang entah ke mana, tapi malam tu, saya cuba untuk tidur awal dalam pukul 11 lebih kurang. Golek sana, golek sini, pukul 12 malam mata terjaga. Cuba tidur lagi, pukul 1 saya terjaga. Golek lagi, pukul 1.30 terjaga dan akhirnya saya kalah.

Pukul 2 bangun, sambung study. T_____T

As expected, masa MCQ badan memang lunyai habis, otak hampir jammed menjawab 200 soalan sekaligus, mata kuyu tak cukup tidur, ya Allah hai, serius tak ada hari exam yang lebih teruk daripada hari tu. Habis 3jam, saya pandang Kak Wahida, Kak Wahida pandang saya, masing masing sengih, "Okay kita takyah cakap pape." Masing masing faham sendiri betapa "killer"nya 200 soalan tu.

Malam sebelum Short Essay. Ranap. Habis Essay, menghadap laptop release tension. Penangan Essay, perghhhhhh. 15 soalan, setiap satu 10 markah. -.-"

Malam sebelum OSCE
. Berperang dengan YouTube demi video cara nak kenal pasti Chest X-Ray. Tengah exam OSCE, terkebil-kebil nak identify X-Ray Tension Pneumothorax. Apekaaaa? 50 soalan dalam masa 40 minit. Mengagau tekan arrow kiri kanan demi nak mengejar masa sambil berfikir.

Habis OSCE, niatnya nak shopping tapi kedai banyak belum bukak, nak makan KFC, belum bukak. Pergi Panda, belum bukak. Akhirnya pergi Ridz beli Nasi Lemak. Heavennnn. Hiiiihiii.

Tentang result, saya tak mahu comment apa-apa, inshaAllah saya dah usahakan yang terbaik, natijahnya saya serahkan pada Allah Taala untuk menentukan. Kalau kejayaan tu milik saya, alhamdulillah sangaaaaat (nikmat yang terkata), tapi kalau yang 'bukan-kejayaan' tu lebih baik untuk saya, (Allah lebih Tahu, kan?) doakan lah hati saya damai untuk menerima ketentuanNya.

Saya mohon dengan sangat untuk didoakan. Please with a lil bit of strawberry on top? *kelip kelip mata banyak kali.

Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan.
Kegagalan dengan usaha satu ujian.
Kejayaan dengan usaha satu kepuasan.
Kegagalan tanpa usaha satu pembalasan.

Winter break selama sebulan dah mulaaaaaaa, ♥ InshaAllah masa akan terisi dengan sangatnya. :) Untuk yang nak ke Ireland, United Kingdom, Spain, Makkah, balik Malaysia, selamat lah ye! Jaga diri please.

P/s: Ermaaaaa, apasal papa awak kata Malaysia-Egypt macam KL-Shah Alam...? T___T Untuk kita, Malaysia-Egypt tu macam Malaysia-Egypt la oke. T____T

1 comment:

munira said...

pedih bila nampak ayat "do you want the past to repeat itself" tu.
T__T
oke,nak pegi study.