Friday, January 7, 2011

sumpahan dalam tulisan.

Assalamualaikum wbt. :)

Sebenarnya mencuri waktu membaca lectures Anemia ni. Allahuakbar. Moga saya dapat memaafkan diri sendiri, kerana terasa nak menuliskan sesuatu di sini. Baik. Err, kita percaya kan, kalau setiap apa yang kita lafazkan, kita janjikan, kita tuliskan, semuanya akan diuji oleh Allah Taala. Kan?

Dan semuanya untuk melihat sejauh mana kebenaran sesuatu yang kita sebutkan, ikrarkan atau sampaikan tu. Well, you can't possibly believe someone who told you that he'll do just about everything for you, unless he can jump of the cliff to save you the moment you fell off, no? It's not gonna be THAT extreme but oh well, you get the idea.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? -Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali. -Surah al-Anbia, ayat 35.

Jadinya saya rasa sesiapa yang menulis dengan niat untuk mengajak orang ke arah kebaikan, dia mesti dah tahu, kalau setiap patah tulisannya, aturan bahasanya, dia lagi sedang diuji oleh Allah Taala. Atau boleh dikatakan di sumpah dek tulisan.

Serius, saya tak terkecuali. If I had to put it, sebenarnya saya lebih-lebih lagi. :)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. -Surah as-Saff, ayat 2, 3.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? -Surah al Baqarah, ayat 44.

Entah sudah berapa kali, elok sahaja saya selesai publish apa-apa tulisan di sini, Allah Taala hadapkan dugaanNya. Kalaunya seperti tulisan tersenyum biarpun sakit tempoh hari, yang walaupun sudah dicuba sedaya upaya, bila dihempapkan dugaan yang begitu menggugah hati, perasaan dan jiwa, air mata tetap juga jatuh.

Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik." surah al-Ankabut, ayat 10 &11.

Allahuakbar. Dan kenyataannya, senyuman tu terlampau pahit untuk disimpulkan.

Tapi tak apa. Sebabnya Allah Taala datangkan ujian untuk menguji kalau hambaNya yang ini benar-benar beriman padaNya, juga untuk menghapuskan dosa-dosa masa lalu (inshaAllah, syukurLillah), sekalian menapis kalau hambaNya ni betul-betul layak untuk ada di barisan kemenangan.

Bila kita pilih untuk berjuang dengan dan untuk Islam, ertinya kita di pihak yang menang. Sebab apa? Sebab Allah Taala dah berfirman, yang kalau suatu hari nanti, Islam tetap akan menang. :)

Jujurnya Allah cuma mahukan para hambaNya yang terbaik (akhlak, agama, budi dan lain-lain) untuk ada di jalan ini, kan? Jadinya tapisan tu sangat perlu. Allah. Saya masih jauh dan sampai sekarang, masih bertatih. Masih belum seperti apa yang saya inginkan dan yang kamu bayangkan.

Sebenarnya saya cuma nak beri pesanan pada diri saya (juga kamu sebenarnya), supaya jangan takut untuk terus menulis di sini (atas beberapa faktor yang terjadi). Jalan dakwah ni memang pahit, tapi ia bukan satu pilihan. Jalan ni satu tanggungjawab, :)

Bak kata seorang senior lelaki saya di program Love Islam For Eternity (LIFE) minggu lalu, "niatku hanya untuk mengajak sahabat-sahabatku menujuMu, ya Allah. Tapi... jika aku tak melaksanakan apa yang aku ucapkan pada hari ni ya Rabbul Izzati, hukuman yang berat menantiku lebih-lebih lagi. Takutnya aku, ya Allah... Tapi apakan dayaku, aku menerima amanah ini kerana aku juga menyayangi sahabat-sahabatku."

Allah. Cukup terusik dengan kata-katanya yang ini. Untuk Akhi N, moga Allah membalaskan kamu semua kebaikan di dunia dan akhirat, dan moga diberikanNya saya kekuatan, ameen inshaAllah. Budak Mansurah yang pergi LIFE, sila kunci mulut anda rapat rapat oke ;)

4 comments:

tepianmuara said...

salam.

memang tak nak bagi komen ke entri bawah ni?
err, degil nak komen gak.

'walaupun hanya untuk tiga bulan'

(?)

haaa. jeles sebenarnya.
tapi tak kisahla pendek panjang, yang penting bagaimana kita meletak nilai, kan?

selamat exams.

syauqah wardah said...

waalaikumsalam.

haaaahh, degil. degil. patut saya kunci jugak komen entri yang ini.

lalalalala~

*tersedak kejap* 3 bulan di Malaysia dengan 6 bulan di Mesir. mana lama? :p

Allah hai. err, hanya 3 bulan sebab rasa sangat sekejap! tapi okaaaay. kamu punya lagi sekejap la saya kira (?)

kalau tak mesti kamu tak jeles. kan kan kan?

selamat jugak untuk kamu!

aishah_conteng_je said...

akak pun nak degil macam pakcik kat atas tu la nuha...

hik hik
suka, sebab tahu ada sekali dalam list tu. gedik tak gedik tak?



ha, pasal disumpah tulisan sendiri.
kita dah 'master' dalam hal ni kan nuha? sampai dah macam:

"tumggu je lah lepas ni."

ngeee.


ada orang solat sunat dulu sebelum tulis entry tau nuha. akak belum sampai macam tu, tapi err...lebih kurang macam tu la patutnya kan?


selamat untuk kamu dik,
semoga peristiwa malam sebelum tahun baru bisa berulang dalam keadaan yang lebih indah, bersedia, tepat masa dan dalam redha Allah, umi dan ayah


:)

syauqah wardah said...

seram sejuk baca perenggan akhir kakak tu. heeeee. dah fobia la kak... :( huhu. tapi nak ameen kan jugak.

hihihihi. *sengih lebar lebar*

alaaa kak jangan lah degil macam niiii :p hahahahhhahahadoiiiiii. eh kakak mana pernah tak gedik lah ;p ngeh3, usik mengusik membawa bahagia ye kak, tumpang lalu.

ha ah sekarang ni kan nuha macam hah apa ujian yang Allah nak turunkan ni. even kalau kadang² bila rasa buat dosa, dah jadi penunggu setia balasan yang Allah nak turunkan. huhu.

eh. macam pernah dengar yang tu. tapi yang dia ni sebelum nak menulis buku. heee.