Wednesday, January 26, 2011

cereka: kau, aku dan dia. kita. (1)

Assalamualaikum wbt. Err, apa pernah terjadi: you love someone so much that it hurts?
.
.
Selama ini kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini telah kutemui
Dengannya di sisi perjuangan ini senang diharungi
Bertambah murni kasih Ilahi.

Khaulah yang sedang tenggelam dalam buku tulisan penulis kegemarannya tersengih mendengar bait-bait lirik lagu Teman Sejati nyanyian Brothers yang sedang menampar telinganya. Serentak, dia terbayangkan dua sahabat yang ada dalam dunianya, Zinnirah dan Na'ilah. "Sungguh, aku sangat sayangkan mereka. Lillahi Taala, inshaAllah." bisik Khaulah sambil meletakkan bukunya dan mencapai telefon bimbit di sisinya.

Dia mahu menghantar message untuk mereka berdua.

To: Zinnirah habibty, Nai'lah habibty.
Teman, andai Hasan al-Banna kisah perjuangan, andai Umar Abd Aziz kisah pemerintahan, andai Bilal kisah hambaan, maka kau dan aku adalah kisah persahabatan. Andai bunga indah kerana warnanya, andai bulan indah kerana sinarnya, andai lautan indah kerana birunya, maka persahabatan kita indah kerana ingatannya. :) Ana uhibbuki fillah, ya sadiqati =) ♥

Zinnirah dan Na'ilah. Masing-masing ada kelebihan di matanya.

Entah sudah berapa banyak perkongsian air mata dan tawa. Tak terkira rahsia yang dipegang bersama. Sedari memiliki muka comot bersama, tidak ketinggalan cerita tentang lelaki yang mereka suka, membawa kepada perempuan gedik yang mereka menyampahkan, ponteng kelas bersama, namun persahabatan mereka tetap ada pasang dan surutnya.

Selepas habis SPM, mereka jadi kurang berhubung dan hilang mesra entah kerana apa. Entah bila dan bagaimana, semenjak Khaulah menjejakkan kakinya ke bumi Ireland ini, hidupnya terasa lebih bermakna, lebih terisi. Dan entah bila dan bagaimana, Zinnirah dan Na'ilah juga tanpa sedar membuat 'turning point' yang sama.

Kepada kehidupan menuju cinta yang hakiki, cinta Ilahi. Dan akhirnya persahabatan mereka diindahkan dengan ikatan akidah seerat urwatul wusko. Dengan adanya ikatan akidah antara mereka, Khaulah rasakan persahabatan mereka lebih mempunyai erti. Ukhuwah kerana Ilahi.

Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah. Mendengarkan kata-kata miliknya, akan menambahkan ilmu. Apabila terlihat gerak-gerinya, meninggikan takut kita kepada Allah. Berkawan dengannya, membuatkan kita berjuang ke jalan Allah.

"I know five languages of the world, and yet, I seems to not find the exact words to express my deepest feelings." ayat Na'ilah ini selalu membuatkan Khaulah tersenyum sendirian kerana sungguh, untuk nikmat kesedaran yang Allah hadiahkan untuk mereka bertiga, Khaulah sendiri kehilangan kata untuk memanjatkan kesyukurannya.

Telefon bimbitnya disisipkan ke bawah bantal dan dia mencapai kembali buku yang diletakkan di sisi tadi sebelum merebahkan tubuhnya ke tilam. Kali ini, dia ingin benar-benar hanyut dengan jalan cerita buku tersebut dan imaginasinya. Dia tersenyum lebar. Ya, buku selalu membuatkan Khaulah bahagia.
.
.
"Na'ilah, kenapa tulisan awak di blog tu semua macam menunjukkan awak tengah sedih? Awak ada masalah ye?" Khaulah menghantarkan message untuk Na'ilah di Yahoo Messenger. Dia perasan, sudah beberapa entri nukilah Na'ilah menggambarkan betapa sahabatnya itu diselimuti kesedihan. Bagi Khaulah, biarlah sesibuk manapun dia dengan jadual kuliahnya sebagai pelajar Fakulti Perubatan, dia tetap mahu meluangkan masa untuk sahabat-sahabatnya.

"Saya tak mahu susahkan awak la Khaulah. Tapi saya mengaku, memang saya tengah sedih sangat... Saya tak tahu nak mengadu pada siapa." balasan Na'ilah itu melukakan hati Khaulah. Dia terkilan namun perasaan itu cepat-cepat disisihkan. "Kenapa ni? Sayakan ada. Zinnirah pun ada. Allah Taala lagi sentiasa ada untuk awak. =)" jemari Khaulah menaip laju.

"Hmm. Macam ni. Saya tiba-tiba tergerak nak join kelas tafaqquh di universiti. Tak ada kena mengena dengan lamaran Fudael, inshaAllah. Saya sampaikan hasrat saya pada Shakira sebab saya masih tak boleh nak berhadapan dengan Zinnirah. Alhamdulillah, Shakira alu-alukan hasrat saya. Saya gembira sangat masa tu. Tiba-tiba saya dapat message dari Shakira...

Zinnirah!!!!! Nai'lah nak join kelas tafaqquh kitaaaaa. Aku tak nakkkkk!! Aku tak suka!!!! Ishhhhh :(

Allahuakbar. Berhenti jantung saya masa tu, awak... Serius, saya jadi speechless sangat. Terus saya delete message tu.
" luahan Na'ilah itu membuntangkan mata Khaulah yang membacanya. Ya Allah, kasihannya sahabatku! Khaulah jadi sebak. Hebatnya dugaanmu, sayangku.

"Astarghfirullah... hmm. Awak nampak tak Na'ilah? Betapa Allah Taala sayangkan awak? Shakira nak hantar message tu pada Zinnirah tapi terhantar pada awak... Saya tahu awak mesti kecewa sangat tapi cuba fikir, apa yang Allah Taala nak tunjukkan pada awak sebenarnya? Allah nak awak tahu apa yang tengah terjadi supaya awak tak terlalu gembira, sayang. =)" Khaulah menaip berhati-hati. Dia tak mahu Na'ilah terasa dengan kata-katanya namun dia juga mahu gadis itu berfikir.

"Tapi kenapa dia tak suka saya nak pergi kelas Tafaqquh tuuuu? Saya tahu lah saya tak sebaik Zinnirah..." balas Na'ilah dua puluh saat kemudiannya. Na'ilah memang cukup terasa hati dengan Shakira. Baginya, jika dia hilang Shakira sebagai kawan pun tak mengapa.

"Wallahua'lam untuk niat Shakira tu. Saya pun tak tahu, awak... Tapi dalam dunia ni, masih ada orang yang tak suka melihat orang lain berubah ke arah kebaikan. Saya bukan mahu menuduh. Tapi ini realiti. Cuma pesan saya, awak jangan mengalah dengan kata-kata Shakira tu. Awak kena kuat. Untuk berubah, jalannya tak senang. Tapi sebab susahlah, natijahnya jadi manis." Khaulah cuba mententeramkan hati sahabatnya.

It is hard to see the changes that your friend makes, but it is harder to remember how they used to be.

"Ok, saya faham... InshaAllah saya akan pergi jugak kelas Tafaqquh tu. Cuma, saya tak tahu macam mana nak confront dengan Shakira. Serius, saya rasa nak avoid je dengan dia. Tak sanggup saya ada sahabat yang macam dia ni." luah Na'ilah lagi.

"Na'ilah..., ukhuwah tak boleh terputus macam tu je tau. =) Pernah baca tak, hadis nabi yang ini?

Bersabda Nabi saw: “Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kita ada di jalan ni untuk menyempurnakan iman kita, kan? Tapi bila awak dah tak suka Shakira macam ni, awak rasa macam mana?" sekali lagi, Khaulah mengajak Na'ilah untuk berfikir. Untuk memberi nasihat, kadang-kadang kita tak boleh terlalu straigt forward, bisik Khaulah.

"Allahuakbar. When you laid it out like that, saya jadi terfikir... Hmm, awak betul. Ukhuwah tak boleh terputus macam tu je. Saya yang kena banyak bersabar, kan? Tak boleh berhati kaca sangat." balasan Na'ilah kali ini membuahkan senyuman pada wajah Khaulah. Alhamdulillah, Allah mengurniakan awak nikmat fikrah Islamiyyah.

"Yuppp. Saya tak mahu awak putuskan persahabatan awak dengan Shakira. Lagi-lagi dengan Zinnirah. Ada hikmah semua ni sayang. Awak kena percaya tu. Kita akan lebih hargai jalan ni dengan adanya ujian. Kan? Awak cuba fikir, perempuan yang jual mahal dan perempuan yang senang dapat. Mana yang lelaki akan lebih hargai? ;)" Khaulah memberikan kata-kata terakhirnya. Dia mahu Na'ilah sedar kalau syaitan itu terlalu kreatif dalam hasutannya.

Forgive and forget. That's what they say. Without forgiveness, old wounds will never settle, it will never heals. We just have to pray that if we are lucky enough, we will be able to forget them. :) Kadang-kadang manusia memang begini, kan?

Cereka ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Moga bermanfaat, inshaAllah. Wallahua'lam.

8.11am,
sendirian di bilik,
Mansoura.

2 comments:

aat @ paat said...

nuha ko mmg kne tulis novel le...
canieh... dlm thun nie gak plg x mase awal cuti summer nnti ko da siap skrip ko da... n bg ak nnti ak tgk then ak anta kt sorg pnulis nie utk review.. ok x??
kalo bole biar novel cinta Islamik le..

syauqah wardah said...

alamak paat. aku tulis ni pun sebab ada kaitan dengan hidup aku, tu je. :) aku serius tak boleh janji tapi aku cuba.

cuma jangan letak harapan sangat tau. ilham tak datang bergolek, huhu.

thanks sangat sudi offer aku. :)