Friday, December 30, 2011

nak saya cakap pasal cinta?

Bismillah~

1. Frankly, I was moved by the sticky notes made by my usrah-mate on her desktop.

Jadi tunang yang baik.

Simply that. I smiled, knowing that for sure, she'll be the best fiance ever to her fiancee, who is an ikhwah as well. She's the first one in our batch to get engaged and will be getting married next year, inshaAllah :)

She might not know this but she inspired me in so many ways. I love you, A.

2. I love my bestfriend N, for the fact that we can be childish at times and yet, still striving with our might to be a better slave of His.

"Awak la letak."
"Awak."
"Awak ler."
"Okay fine sama sama letak."
"Satu... dua... tiga. Letak!" and we hung up.

Bie, kata rindu kita en? Cepat la cari masa datang Mansurah. Alexandria ke sini cuma tiga jam kot. Teehee. How wonderful the fate made by Allah Taala, that He even let my bestfriend since first year of high school to be study abroad in the same country as mine.

:')

Told ya Allah Taala is too sweet and kind. He knew that I can't be apart from N.

3. How bold an akhawat might be in her daawa, she is indeed, still a women. And a women, need a guy in her life, to complete her.

Jangan harap awak akan kuat dengan berkahwin dengan ikhwah!
Kerana berkahwin dengan ikhwah tu bukanlah tiket untuk menguatkan diri!


Terkesan.

Tapi kita betul tak tahu, kan? Kalau berkahwin dengan ikhwah tu lebih menguatkan kita, atau melemahkan. Kalau berkahwin dengan lelaki biasa, apa betul melambatkan perjuangan, atau kita akan saling menguatkan dan menjadikan dia seorang ikhwah.

Allah works mysteriously.

Saya tak kisah siapa jodoh saya. Ikhwah, atau lelaki biasa, tapi biar tanda iman ada padanya, supaya zuriyat saya nanti masih tersampai kalimah syahadah pada mereka. :)

x

Wednesday, December 28, 2011

a semester almost passed.

Bismillah~

1. Allah has uplifted all the burden I felt once I've stepped in as a Third Year Med Student, syukurLillah. There's no words can described how relieved I am right now and not even a whole dictionary with 360,000 words can define it. Such a drama queen ey? Hee!

Alas, those hardworks and nerve-wrecking moments paid off when the Dean of Medicine, fellow Professors and Doctors said, "Well done and this topic is really interesting." :')

Alangkah!

Tiba-tiba terfikir. Kalaulah our endless discussions, dari petang membawa ke malam, all those brain storming sessions, panicking moments dan cuma ucapan 'Well done' tu mampu buat jasad saya berbunga-bunga melayangnya...

nanti bila Allah Taala membalas usaha kita yang tak seberapa di dunia ni dengan syurga-Nya, rasanya bagaimana ya?

2. Mother. Hari ni saya rindu ummi saya lebih daripada biasa. I chanted 'Ummi... ummi... ummi...' while stalking her Fesbuk page. Hehe! And I found out that my ummi bought me the latest book of Fatimah Syarha from my future father-in-law (since he is a book publisher) :B

p/s: That is basically an inside joke between a mother and her daughter. Please don't make any wild assumptions, thank you!

3. Weeks of sleepless nights shall start by tomorrow, inshaAllah. Three weeks of study leave for finals and I hope Allah eases everything for me. Saya yakin Allah akan tolong saya.

Faiza 'azamta fatawakkal alAllah. :)

x

Impossibru.

Bismillah~

Bila disibukkan dengan hal dunia, makanya lupa hati sendiri masih perlu saya jaga. Fuh. Tapi kalau diniatkan semuanya hanya kerana dan semata untuk Dia yang Maha Kuasa, I don't think you can go wrong. Too impossible sebab Tuhan tak pernah zalim pada hambaNya.

I think it is about time.

P/s: Manchester students of Sem Five, kullu 5eir bokra, isA :)

x

Saturday, December 24, 2011

puisi terpendek untuk kamu.

Kalau saya minta untuk kamu kembali,
Apa akan kamu turutkan... dengan senang rela hati?
Atau kamu akan masih,
Mahu menangkan diri sendiri.

Kalau kali ini saya merayu,
Untuk kamu toleh ke belakang,
Menyegarkan apa yang saya sudah layu,
Apa kamu sudi untuk tak membangkang?

-kedegilan.

Friday, December 16, 2011

I pray to Allah.

Bismillah~

Mintak tolong untuk sama-sama 'ameen' kan boleh? Jazakillah :) And, its Jumuah (Friday) here in Egypt! Gotta make dzikr on Jumuah, everyone is looking for His mercy~


Jom baca surah al Kahf ;) Sama-sama kejar rahmat Tuhan, sebab saya tak nak masuk syurga sorang-sorang~

x

Bulatan Gumbira di bumi Piramid,


Bismillah~

Saya sebenarnya terlupa ramai lagi yang tak tahu. Errr, how can I compensate that with you? Tentang video di atas, maksudnya. Saya terlupa, ramai lagi yang belum dapat merasa indahnya. 'Bulatan Gumbira'. Kalau disebut 'usrah', yang lari bila mendengar mungkin masih ada.

I used to, tho. Jadi kita ni sama. :)

Tulisan kali ni pun bukan nak 'brag' kata saya masuk usrah, jadinya saya ni perempuan yang mulia. That's a big NO right there. Siapa kata perempuan yang ditarbiyyah ni perempuan mulia? Awak nak kata perempuan ditarbiyyah ni tak buat dosa? Tipu lah tak ada. Jadi, hakikatnya kita semua sama. Masih bergelar hamba~

Cuma, secepat mana kita kembali kepadaNya lepas buat dosa, haaa, yang itu Allah kira!

Tulisan kali ni nak promote usrah? Err, tak ada salahnya kan? Saya tak mau buat point form tentang kebaikan berusrah, tapi saya nak bercerita... regarding how I get tangled with 'bulatan gumbira'. Ini kisah benar tau :)
.
.

Saya orang yang penuh dengan kisah silam. If I can put that into words, I am not a ready-made muslimah. Siapa yang kenal saya in real life, would have known that for sure. Jadinya nak kata, saya pandang usrah ni sebagai satu benda yang berat.

I'm not used to this surrounding of five to six people gathered, reminding each other about Heaven and Hellfire. Senang cerita, saya tak suka orang nasihat saya. Once upon a time.

What triggers me to actually involve in this circle of everlasting happiness?

I have a cousin here, as one of my housemates and I thanked Allah for that :) Anddd as certain of you guys (who have been reading my blog for quite some time) knew, after my turning point, I started to search deeper regarding Islam. I wanted to know more. I have been very ignorance eversince I could remember and I wish that to stop.

Kaitan cousin dengan usrah, you may ask?

Cousin saya memang dah terlibat dengan usrah segala ni, so kadang-kadang tu bila balik dari usrah, dia akan cerita... about this and that. I gained my interest from her stories. :) Jadinya I told one of my friends about it and so! Puff~ Saya dah masuk usrah!

Err, not so drama ey? Opss, my bad hihi.


Bulatan Gumbira saya :) I thanked Allah for letting me to be a part of them, for letting be around them, for letting us gaining His blessings together, in every steps that we took. S, kak N, I, yourstruly, A, Q, H. Semoga ukhuwah ni tembus sampai ke syurga ya Allah.

Bagi saya, diorang ni support system saya. Tahu je lah kan bila kita jauh dari keluarga sendiri, kita perlukan tulang belakang yang boleh hulur tangan bila kita jatuh, yang tak gelakkan kita bila tergolek, yang sama-sama naik, yang nak kongsi kebaikan dengan kita, yang boleh tegur kita bila salah langkah, pimpin balik pergi jalan betul, yang sama-sama mengingatkan kalau Allah tu dekat, dekat, dekat. ♥

Orang yang belum rasa mungkin tak dapat bayang perasaan berusrah tu macam mana but trust me, once you are in it, you'll be just like an addict. Seminggu tak usrah rasa macam ikan terlompat atas darat, menggelupur.

Dan semoga, saya boleh berusrah walaupun dah berkeluarga~ inshaAllah ameen!

P/s: Perasan je yang saya ada few new followers. Allah, syukran sangat. Saya tak ada goodie bag nak serah huhu. Jadinya, saya cuma boleh mendoakan untuk kebaikan kalian. Harapnya, tulisan saya bermanfaat :/ Segan jugak ni.


x

Tuesday, December 13, 2011

I no longer wanted to...

[asal]
Bismillah~

*currently listening to Waiting For The Call by Irfan Makki and I put it on repeat*

Sambung balik tajuk kat atas, I no longer wanted to... keep putting my wife-training off, dengan izinNya. :) Mostly cooking la sebab saya paling lemas dengan memasak, jujurnya. Tapi alhamdulillah sejak jadi anak perantauan 2 years ago, I cook on daily basis so tak ada sangat masalah nak masak but I'm still lacking here and there :)

Err, especially lacking in spirits to cook in Malaysia since my ummi is the best cook everrr and I don't think I can replace her. Dah masak 9 bulan kat sini, balik Malaysia of course lah nak rasa ummi masak je kan? Heh heh heh (alasan~)

Haritu masak soto, samosa, kuah kacang, nasi lemak and I tried a few new recipes macam ayam masak paprik :)

I want to constantly changing for the better, by the day. We have to, come hell or high water if our ultimate mission in life is to see the face of Allah Taala in Jannah. Kan? :')

Tulisan ni bukan untuk 'brag' anything about my improvement of skill tapi lebih kepada nak sama-sama ajak korang untuk buat perubahan, biarlah sikit mana pun, biarlah orang lain tak nampak, tak sedar sekalipun.

Pakai tudung labuh sikiiiit dari biasa ke, berlatih pakai stokin ke, jaga ikhtilat ke, upgrade tajwid ke, tambah solat sunat ke, solat awal sikit daripada biasa ke, hafal satu surah sehari ke, banyakkan zikir istifargh ke... in my case, rajinkan diri masuk dapur dan memasak hihi.

Anything will do, selagimana perubahan tu diniatkan untuk cari redha Allah. To be a better you.

Eventually, semua ni antara kita dengan Allah je. Seeking for people's acknowledgment won't get you anywhere. Trust me. :)

P/s: Excited bila dapat tahu usrah-mate nak melabuhkan sikit lagi tudung yang dia pakai. Syukran ya Allah~ I can never thank You enough. Allah baik sangat pada saya.

Monday, December 12, 2011

of fitnah and al-Maududiyy.

Bismillah~

Few days ni aku tak berada dalam zon selesa sendiri and I love that, sebab macam it makes me nervous thinking of how things will work out for me, ikut perancangan yang penuh cinta dari Allah Taala :) So here I am, alhamdulillah, survived! Let alone alive.

I made new circle of friends throughout this period and I'm glad. Aku memang jenis yang suka buat kawan baru, with a lil bit of awkwardness here and there tapi kalau orang tu okay, aku pun okay jugak inshaAllah. Thankfully, diorang memang jenis yang boleh ngam la kiranya untuk borak tentang apa je.

Dan kat sini sebenarnya aku jumpa satu realiti yang sedih.
.
.
.

"I went to kelas al Quran, and they were saying 'Eh, kau baca Quran?'. I was like huh? I khatam Quran 3 kali kot. I stopped the class right after that."

Kenapa? Kenapa korang buat dia macam tu? *sebak* Serius aku tak faham.

Just because dia tak pakai tudung, having a character like a social butterfly, jadinya dia tak boleh reti baca Quran? Apa jenis mentaliti tu? Kata nak mengajak orang lebih mengenal Tuhan. Astarghfirullah. *tenangkan hati sendiri*

"No offense la Nuha but I have a bad impression towards orang yang pakai tudung labuh ni. There's this one sister, pakai jubah, tudung labuh, pakai niqab, went up to me and suddenly said, 'Eh awak reti solat eh?' I went home, called my mom and cried my heart out."

*mengucap panjang* Apa sebenarnya hak kita eh, untuk judge orang sampai macam tu sekali? She said no offense due to the fact that me, myself, pakai tudung labuh (moga dijauhkan Allah dari riak).

Aku serius terasa.

Terasa bukan sebab kata-kata dia tapi sebab kenapa... kenapa orang yang indah menutup aurat mengikut syariat Tuhan, boleh jadi fitnah untuk agama kita sendiri? Allah. Kenapa? Kenapa buat dia macam tu? (baca dengan nada penegasan)
.
.
.

Tulisan ni bukan untuk aku condemn setiap yang bertudung labuh, tapi kita muhasabah balik please. Hanya sebab Allah gerakkan hati kita kita ni untuk lebih sedikit sempurnanya dalam menutup aurat, tak bermakna kita ada lesen untuk menghukum mereka yang lain.

Jangan sampai kita jadi fitnah untuk agama. Berat tu. Aku rasa macam dah banyak kali tulis kat sini dah. Jangan judge. Jangan judge. Jangan judge.
.
.

Dan tiba tiba jadi teringat kisah Imam al-Maududiyy yang menjemput semua rakyat India, yang Muslim atau tidak, menghadiri kelas agamanya untuk membincangkan tentang Syahadatul Haq. Tapi sayang, hanya yang Muslim yang datang dan rupanya bila diselidik...

Islam dulu memerintah India selama lebih 500 tahun (boleh betulkan kalau ada yang rasa saya tersalah fakta) dan mereka buat apa? Diorang tak tunjuk contoh yang baik sebagai pemerintah, menindas rakyat India sampailah British datang 'membebaskan' diorang.

Diorang pandang serong pada Islam. Huuuh.

So please my dear sisters and brothers in Deen, cut that typical thinking of judging people already! Sudah sudah lah tu. Belajar untuk husnu dzon inshaAllah. :)

P/s: Don't judge book by its cover. Tapi ingat, iman tu ada tandanya.

Sunday, December 11, 2011

Penyaksian atas kebenaran.

Bismillah~


Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar wa lillahilhamd. Besar rasanya rasa syukur saya pada Allah Taala, untuk nikmat tahu apa sebenarnya Syahadatul Haq tu. :)

Rasa macam dah tak boleh duduk diam dah, tak boleh nak berpeluk tubuh sebab saya dah tahu! Saya dah tahu... pentingnya kalimah syahadah tu untuk kita pikul. Dan jugak pentingnya untuk menyampaikan apa yang saya tahu supaya kamu, kamu dan kamu...

...Tak ada alasan untuk berdiri di depan Allah Taala nanti dan kata; "Ya Allah, sesungguhnya saya tidak tahu dan tidak diberitahu tentang hal ini."

InshaAllah, saya akan terus bergerak, bergerak dan bergerak! Saya dah tak nak kisah dengan apa yang orang lain kata tentang saya. Katakanlah, apa je. Sedangkan Rasulullah sendiri tak putus asa untuk berdakwah walaupun orang arab masa tu tak nak dengar hujahan Baginda.

Menyebarkan kebaikan dan kebenaran, tak boleh tunggu sampai kita jadi sempurna! Tak boleh tunggu sampai kita settle diri sendiri tapi ingat, kita perlu berubah jadi lebih baik.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" -Imam Hasan al Basri.

Malaikat Maut takkan tunggu sampai kita bersedia untuk mati kan?
.
.

Question asked: "Sekarang ni dah akhir zaman, tanda-tanda kecil kiamat dah banyak sangat. Tapi kalau untuk Islam tu menjadi Ustaziyatul Alam (world order) ambil masa yang lama, maknanya kiamat lama lagi ke?"

Answer given: "Wallahu a'lam, itu semua urusan Tuhan. Kena ingat satu je, kebangkitan Islam tu lebih pasti dari terbitnya matahari pada hari esok. Biar kita tak melihat hari kebangkitan Islam tu (walaupun jauh di sudut hati sangat teringin tengok dengan mata sendiri) tapi kita bekerja untuk menyebarkan kebenaran untuk tibanya hari tu."

:) x

Thursday, December 8, 2011

of almost everything that happens.

Bismillah.

1- Saya rindu kampung
.

Sesi taaruf: Saya berasal dari ummi dan abah, dan kampung saya di syurga. :)

Kalau diizin Tuhan, saya teringin untuk kembali ke sana. Huuu tinggi angan. Tapi kenyataan hari ni kan mimpi hari kelmarin? Jadinya tak mustahil untuk impian hari ni menjadi kenyataan esok hari~ Doa, doa, doa dan doa!

Okay sebenarnya saya rindu masa-masa saya di kampung, Kajang. Not so rural eh? But then my grandmother do recides there so Kajang is basically my hometown and I'm proud of it. Summer holiday haritu sempat tidur beberapa malam temankan nenek and I must say, I felt so blissed, alhamdulillah :')

In the morning I would walk with nenek (she's on wheelchair by the way) around the village, buying roti canai, nasi lemak, kuih muih and after few rounds, went back to the house and eat our breakfast peacefully while reading the newspaper.

Along the noon, I sat by myself in one corner and had my headphone on as nenek was watching televisyen and I prefer to watch Nouman Ali Khan's vids to gain more Islamic knowledges. THIS. I miss the fact that I had time to actually scribble everything what Brother Nouman says, on my book. As for now, I seems to be sooo occupied that I can barely streaming his video :(

Itu je main point sebenarnya tapi rindu jugak tengok cousin saya punya suami layan anak dia petang-petang main basikal keliling rumah. I, too, would love to see that view if I were destined to be married and have kids later on, inshaAllah.

2- Investing in the Hereafter

Memandangkan sekarang ni takde masa sangat nak fikir benda lain selain belajar, belajar, belajar..., (finals in January, yo!) apa yang saya boleh harap, supaya usaha saya dalam belajar tu Allah redhakan, dikira sebagai ibadah, ameen ameen!

Semuanya bergantung pada niat kan? :)

3- Pilihanraya Mansurah

Hangat bumi Mansurah ni dengan kempen pilihanraya untuk sesi 2011/2012. Saya? Err, tentulah turun mengundi tapi siapa yang saya pilih untuk menjadi pemimpin saya, biarlah saya rahsiakan~ Tak berniat untuk berkempen untuk sesiapa pun.

Cumanya, semoga yang dinaikkan nanti dapat membawa banyak lagi perubahan yang baik untuk Mansurah! InshaAllah~

x

Wednesday, December 7, 2011

freezing.

Sketsa pada Sambutan Hari Raya Haji 1432H.

I pray for the feelings we had on that day, to be freeze, and to never gets old let alone tiring us. Biiznillah~ :')

Saturday, November 26, 2011

taking things for granted.

Bismillah.

As a human, we must have that one phase, yang bila Allah timpakan ujian, kita jatuh dan terus biar diri berlama-lamaan ada di bawah. Apa nak jadi, jadi lah. For the first two days, Allah might ticked your heart out of guiltiness, but when you let that feeling passes you, buat dosa pun kadang-kadang kita boleh ketawa.

But at certain time, one certain circumstances, if you are lucky enough, He’ll ticked your heart again. As if He is saying, “That’s enough. Come back to me.” *sebak* That’s just how ar-Rahim Allah can be. He won’t let us going too far from Him.
.
.

We are created for a purpose. To be a slave, a caliph, and to obey what Allah had laid for us.

Try to close your eyes for a minute and think. Think. Duduk beriman sekejap. How many times have we violated our purposes in this world? Just how many times? But did Allah instantly punishes you for that? For instance if you lied, did your tongue just fall off? If you steal, did your hand just fall off?

Allah let it slide. He let it slide. That’s how ar-Rahman Allah can be.
.
.

But us being humans, we tend to take this side of "forgiving" in Allah for granted. Macam oh tak apa, aku buat dosa harini inshaAllah esok sempat bertaubat. Allah kan Maha Pemaaf dan Maha Pengasih? It's obviously a good thing to think that way to let us not being ashamed of seeking forgiveness from Him.

But there's a 'major BUT' here.

Saya rasa lah... kita, terlalu fikir Allah tu Maha Penyayang, sampai kita lupa. Kita lupa Allah akan marah. Kita lupa Dia akan marah. Kita lupa akan sampai satu hari, Allah melepaskan kemarahan Dia tanpa tertahan-tahan.

Dan hari tu, hari Kiamat.

x

Wednesday, November 23, 2011

To whom should I seek comfort to?

Bismillah.



I cried, although I thought I can simply overcome this and I cried regardless, despite the reason for the tears were not that solid. I know the decision has been made and it is for my best from their view but I can't help to feel saddened by the fact that I can't be a part of this.

And... unknowingly I cried to my sleep. Not that I wanted to, since I don't even feel slightest bit of protesting because I knew by not going, I am actually obeying their order and fullfilling Allah's command on me... but the tears kept coming.

"Ini yang terbaik," I chanted that throughout the night, seeking strength from Allah Taala.
"Sakitnya ujian ni ya Allah," I chanted that while biting my lips and tears rolling down my cheek.

I literally died a little inside.
"Ini yang terbaik untuk mencapai redha Allah, by not going." I chanted that again, and again.

"Kalau ini yang terbaik, yang kau aturkan dengan penuh cinta, lenyapkan rasa nak pergi tu ya Allah..." I prayed silently during my sujud and I cried, helplessly.

He knows best, He always do. And I believe that.
He's the creator of the land, sky and sea.
And He's the creator of you and me.
How can we ever compete with that?

P/s: I asked myself, to whom should I seek for comfort? And then I found As-Syura, verse 9.

Atau mereka mengambil pelindung-pelindung selian Dia? Padahal Allah, Dialah pelindung yang sebenarnya.

Friday, November 18, 2011

This too, shall pass.

Bismillah.

When a believer is suddenly affected with fever, his sins fall off like the leaves of a tree. If he laments in his bed, his lamentations are as Subhanallah (Glory be to Allah) and his cry is la ilaha illal lah (There is no God but Allah), his moving in bed is as if he is fighting for the cause of Allah. If he lives on and serves God, he will be forgiven. Happy is such a person!

Subhanallah! ♥

Saya tak ada lah sampai jatuh demam tapi mungkin sebab perubahan cuaca yang mendadak (tiba-tiba dah fully winter) so I'm currently down with tonsillitis. Perit jugaklah nak menelan makanan tapi inshaAllah okay je :D

Dugaan nak exam ni memang skala dia upgrade sikit. I noticed that for quite some time already. Masa tu lah sakit, masa tu lah ada problem dengan kawan, masa tu lah __________ pulak. Heeee~ Tapi alright je~ Allah wont give me such test if He thinks I can't face those obstacles. Kan?

Without me knowing, this too, shall pass ;)

P/s: Doakan saya pls?

x

Monday, November 14, 2011

judging by your looks,

Bismillah.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni saya reward diri saya dengan beli tilam baru sebab tilam yang lama mama (baca: tuan rumah) sediakan, dah tak berapa nak elok untuk tulang belakang :) Reward sebab hari ni kelas dua jam straight saya boleh fokus (syukurLillah) walaupun lapar teramat.

Saya kira lapar tu nikmat mungkin, sebab otak tersalur lebih oksigen daripada untuk digestion.

:)

Menulis sebab tiba-tiba teringat usrah terakhir saya sebelum cuti Aidil Adha bermula hari tu. Kak Nisa' sentuh pasal kita semua, being too judgmental towards others. Dan saya suka bercakap pasal benda judging ni sebab kita semua buat kan? Dalam sedar atau tak. Terzahir atau tak.

Kita semua ada akal untuk berfikir, jadinya kita masing-masing ada persepsi sendiri.

Dia pakai tudung labuh, wah, kagum! Mesti baik budak ni.
Dia pakai tudung labuh tapi pemalas. Entah pape entah.
Dia pakai tudung tapi tak labuh ke dada, tak reti pakai tudung ke kak?
Orang nak masuk neraka je yang duk tayang rambut! Bila entah nak berubah!

Seriously people? Seriously? I am asking do we really need to label that certain person like that? Do we really need to go that far? And those words were for what? Critism? Sarcasm? Satisfaction? Or we might as well fill in the blank ourselves.

I mentioned 'we' due to the fact that on certain circumstances, I might be among that kind of person, regretfully, judging people by their words, appearances, acts and etcetra.

Kak Nisa' said; Don't you ever, ever, judge people from what you see and by what you think of them. (lebih kurang begini la ayat dia I am not that sure myself)

Do you know for yourself, yang diorang ni tak berusaha untuk jadi hamba Allah yang lebih baik...? Are you sure? If yes, how sure is your sure?
.
.

Awak tahu ke?

Kalau diorang tengah berusaha ke arah yang lebih baik, taking baby steps with them for they are too afraid to fall backwards. Awak tahu? Awak tahu ke yang dia walaupun dah bertudung labuh, masih tengah struggle upgrade tajwid bacaan al Quran dia? Tengah usaha bangun tiap malam tahajjud, upgrade solat sunat dia?

Awak tahu ke orang yang awak mengumpat tu sebenarnya tengah dalam fasa melabuhkan tudung sikit demi sikit? Awak tahu? Awak tahu ke walaupun dia free hair, dia dah pasang niat untuk bertudung?

Awak tahu ke? Awak tahu ke? Awak tahu ke? #Annoying :B
Tak, kan?
Sebab takkan diorang nak canang merata yang Allah campakkan diorang 'rasa' tu.

This was actually a head shot for me too! Because you'll never know what kind of transformation phase those people are in. Sebenarnya nak cakap semua orang dalam 'fasa berubah' masing-masing :)

Tu je.

x

Friday, November 11, 2011

I wish for a gentleman.

Bismillah.

Be a gentleman. Don't approach her, approach her wali.

I think this phrase is well encountered on Facebook, yes? I would love that to happen to every akhawat I knew. :) I wish for the man to be a coward to not come to me but instead, be brave enough to seek my wali, or preferrably my dad.

I am not perfect in every angle you might seek, neither do I think I deserve such man or even worthy to him... but at least, I wanted my future husband to ask for my hand in marriage in a proper way. For I am a girl, and I have such a delicate heart to deal with.

:)

Every akhawat should wish for the same too!

P/s: And this would happened to me in six years from now, perhaps?

Another P/s: How do you expect a building to last if the base is unstable? Don't you afraid that it might fall?

x

Just a matter of time.

Bismillah.

Assalamualaikum. Kejap, kekok pulak bila menulis balik ni. :) Mulanya, saya nak mohon maaf pada antunna, maaf, dah lama tak tunaikan hak kalian sebagai pembaca. Dua bulan menyepi, dan saya tak dapat nak berjanji untuk kembali menulis seghairah dulu.

I had a few reasons in my mind but I won't make them as an excuse to ask for forgiveness. Macam biasa, Allah lebih tahu :) Kepada yang bertanya ke mana saya mengilang, (few people really did ask me why I dared to stop writing) terima kasih kerana sudi ambil kisah. You know who you are. Kamu yang bertanya di Fesbuk, yang bertanya di YM, sungguh saya terharu.

Anyways.

Banyak benda berlaku, banyak benda yang terjadi, banyak benda yang saya alami. Kembara saya sebagai hamba Tuhan belum berhenti. The same goes to you! Selagi roh dan jasad masih bersatu, selagi tu kita bergelar khalifah di muka bumi.

Dah macam nursery rhymes dah heheh.

Saya masih dalam fatrah bercuti untuk Raya Aidil Adha tapi dah nak kepenghujung. Lusa dah mula kuliah, jadinya saya mencuri masa :) InshaAllah kalau ada kelapangan, saya akan menulis. Kalau tak ada, mungkin Allah belum kasi ilham untuk dijadikan tatapan kalian.

P/s: Jujurnya saya terluka.

X

Thursday, September 22, 2011

seeds to harvest.

I plan to start afresh for my third year of medicine school. #hopeful. I plan to study harder than ever before, spending most of time in library, revising earnestly, inshaAllah. This seed of planning, I'm hoping that I can I harvest it by the time I lay my foot on Egypt.

x


Wednesday, September 21, 2011

She is such a pitiful girl.

I suddenly missed blogging everything regarding my thoughts. #likeaboss.

Looking back at how I started blogging in the year of 2007, I treated blogging as a platform for me to unleash my anger towards anyone whom I find annoyance with. I was THAT brave due to the fact that I know my blog won't be read by anyone I knew, except for Kartini Izreen (rindu please) since we came up with the idea of creating our blogs together :)

I missed writing anything my mind came up with and feeling satisfied for it.

I might actually missed the old me. Allah forbid, please. I don't want to remember anything regarding 2007 nor I want to have any memories from that year. 2007 was such a bloody year, to the point that I think I literally lost myself along the way and I find it hard to recognize who I was at that time. Pitiful, I know that.

And if I'm not strong enough, I'm afraid that I may lose myself for once and for all this time.

Friday, September 9, 2011

Just because.

These days whenever I clicked the 'New Post' button, I would either [1] staring the white box hopelessly hoping for something to came up so that I can ACTUALLY write something benificial for my investment in the Hereafter or [2] end up writing something half way, hit the 'Save Now' button and don't have the urge to continue writing it again anytime soon or worse, [3] typing all the things I had in mind and pitifully erase all the words later on. Blergh.

SO THE SUMMER HOLIDAYS ALMOST COME TO THEIR END.

I am trying hard here to plant (?) a feeling of missing Egypt at least for a slightest bit that I dreamt I went back to Egypt without any of my suitcases :O Oh my Allah, THAT was such a horror thing to happened! My heart even races in my sleep!
.
.

Untuk kamu yang saya dah anggap macam my other half (THIS IS NOT REFERRING TO A GUY).

Duhai hati yang futur,
Kembalilah pada Tuhanmu,
Demi nyawamu yang ada dalam genggaman-Nya.
Kembalilah.
Kembali.
Sebelum kamu dikembalikan pada Ilahi.

P/s: Semua orang mencari esok yang pasti ada, tapi belum tentu punya kamu di dalamnya.

P/s part 2: Kita selalu fikir Allah Maha Pemurah... tapi kita lupa Dia juga akan marah. Hari yang Dia akan memalingkan wajahnya pada yang kufur adalah Hari Akhirat dan hari tu tak akan lama datangnya.

P/s part 3: Wanted to go to Ayie's place tonight for a get together with fellow ex-schoolmates but I am so darn afraid that I'll fall out of place. Just because.

Thursday, September 8, 2011

once in a blue moon.


Everyone have their very own circle of friends that can make you truly be yourself and still accept you for who you are :') The kind of friends that even if you are married and blessed with dozens of kids, you would still see each other once in a blue moon~

Who would have known being in the same class for two years consecutively in 2005-2006, made a study group for PMR, stayed back together doing exercises at the canteen everyday, and they are the ones I considered as friends for life and THIS IS FOR KEEPS! :')

Dalam saling mengejar cita-cita,
Moga ukhuwah tetap terasa~
Biar jasad ditelan usia!

Sayang antunna lillahi taala.

BieAnisAmaniRabieSyafaNuhaAinYatZahidah. ♥ Yang ini, biar tembus sampai syurga! InshaAllah.

Wednesday, September 7, 2011

this is somewhat random.

I am kinda longing for a mojo to write but somewhat hesitates for some reason :) Pardon me for abandoning you maybe (?) I am not trying to make an excuse or reasoning just because I don't think I have one. Allah tarik nikmat untuk menulis agaknya :)

Raya yang hilang rasa, Aidil yang hilang seri, Fitri yang hilang jiwa.
Semua dah tak sama.

Mungkin Ramadhan saya ada terlalu banyak yang kurang di mana-mana. Mungkin.
.
.

I am trying to be plain here. Simply a plain girl yang orang lain tak ambil kisah atau tak ada rasa nak tahu apa-apa tentang dia. Invisible to anyone's eyes. I wanted to be that kind of girl. So help me please with a cherry on top? Ke kamu nak kepingan strawberry? :)
.
.

Takyah fikir sangat. Jangan fikir sangat. Biar lah awak terseksa asalkan orang tu bahagia :) Mereka tak faham dan kalau kamu pun tak ada kudrat nak kasi mereka faham kerana rasa hormat dan sayang yang masih bersisa, ikutkan saja :) Ikutkan.

You wouldn't lose a thing, I promise. Dengan izin Allah~
.
.

Hello Semester 5! Hello dunia medikal tahun tiga! :)

P/s: I have so many things in my mind that I had to combine them into bits and pieces. Tak faham tak apa~ May Allah Taala bless youuuuu. Yes YOU! :)

Saturday, August 27, 2011

bebelan cinta pagi 27 Ramadhan.

Bismillah.

Alhamdulillah, untuk nikmat beriktikaf dan berqiyam di Masjid Biru dengan sahabat dunia akhirat saya (inshaAllah). Malam yang ke-27, kalau diikutkan tahun lepas, pada malam yang sama, bilangan mereka yang mengimarahkan masjid cuma sampai lima enam baris.

Entah kenapa, sejak Solat Tarawikh lagi saya dah terasa lainnya. Aura dia semacam. Majlis Katam al Quran pun jemaah masih lagi ramai, tak macam tahun lepas. Tahun ni, tempat ruang tidur wanita di dalam dewan kalau nak dibandingkan tahun lepas cuma di kelas kelas. Alhamdulillah, lagi selesa :)

Dan rasanya ramai yang setuju malam tadi Masjid Biru lebih penuh daripada biasa, subhanallah! Kereta sampai dah tak ada tempat untuk parking, bilik air sesak berlapis lapis, jemaah barisannya dari dinding ke dinding sampai ke pintu belakang. Allahuakbar! Sampai masa untuk Kuliah Subuh pun jemaah masih lagi ramaaaaai.

Alhamdulillah Alhamdulillah walillahilhamd.

Semoga semua yang datang untuk menghidupkan malam 27 Ramadhan ini, terlepas dari bencana yang Allah Taala sudah takdirkan untuk mereka dan semoga mereka sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya inshaAllah. :)
.
.

Have you encounter a feeling when you find out you love certain things for instance a novel that you read or a movie you have just watched, and you eagerly promoted them and wanted everyone around you to read and watch it? That feeling of wanted to share those particular things...

Isn't it the same with Islam? For people who has become engrossed and having Islam as their way of life, don't you think they would also wanted you to experience the same feeling they felt?

I was once being asked about this my kakak naqibah :)
.
.

Seorang sahabat yang saya kenal sejak bersekolah rendah dah menikah 30 Julai haritu. Barakallahuma, semoga kalian bercinta sampai ke syurga! :')

So haritu mentengok Madrasah al-Hijrah di channel 114 Astro, tentang Syariah. Ustaz tu kata, kita selalu ucapkan selamat untuk pengantin macam ni kan? Semoga kekal sampai ke anak cucu! Sebab tu lah banyaknya kes perceraian. Dah didoanya sampai ke cucu aja. Sepatutnya didoakan biar tembus sampai ke syurga! *terasa meremang bulu roma. Hah~

P/s: Memang suka tengok yang Syariah je sebab ustaz dia pandai berlawak! Hehe!
.
.

Jika denganmu aku kabur, aku tak mahu yang jelas.
Jika denganmu aku hanyut, biarkan aku lemas.
Jika denganmu salah, aku tak mahu yang benar.
Jika denganmu rebah, biarlah aku tercalar.
Aku sanggup kerna aku mampu,
Kita berdua bersatu.


Serius, lirik ni macam fikiran orang tak ada kurang iman. Jadinya tak apa lah kalau sudahnya masuk neraka, asalkan di dunia boleh bersama berdua? Macam tu? Heh.

Friday, August 26, 2011

catatan summer holidays #5

*Hilang perkataan untuk menggambarkan perasaan*

Menjenguk dinding Fesbuk seorang teman, dan terbaca contengan seorang kekasih untuk kekasihnya. Mohon halal untuk saya 'attach' kan di sini?

Sebelum tidur baca selawat dulu okay sayang? inshaAllah ***** doakan yang terbaik untuk sayang.

Teringat pesan ummi berkali-kali dulu. Sebelum nikah, sebelum sah si lelaki menjadi suami, jangan murah sangat panggil lelaki tu 'sayang'. Belum halal, tak ada hak. Nanti suami awak nak panggil 'sayang' jugak? Sangat lah tak special macam tu.

Tapi... saya kan degil. Heh.

Saya bukan nak condemn sesiapa pun, malah tak bercadang nak canang pekung di dada :) Cuma nak kata saya tersenyum membaca part diingatkan berselawat sebelum tidur tu. Hati saya bagaikan diketuk dengan satu perasaan-- yang entah apa. Haha, gedik lah awak Nuha!

P/s: Tak ada cinta Islamik. Sekali kita yang perempuan ni mendekati lelaki dengan niat untuk berkenalan, itu jemputan ke neraka untuk si lelaki. Cuba fikir pakai logik sikit. Rasanya ada ke orang di dunia ni yang suka nak tengok orang yang dia sayang masuk neraka?

P/s dua: Saya tahu awak lelaki yang baik.

P/s tiga: Siapa yang rasa dia couple tapi masih boleh kata "Tengok, saya couple tapi result saya tetap gempak.", bak kata Dr. Abdul Latiff, "Awak jangan yakin sangat. Allah kalau nak tunjuk, sekelip mata je. Kalau tak sekarang, Allah balas masa awak dah jadi doktor nanti. Patient meninggal, sebab salah awak masa silam dulu."

Menggeletar tangan.

Wednesday, August 24, 2011

Jawab kan please?

Q: Which one would you like to be?

Seorang pendosa tegar tapi hari-harinya penuh penyesalan dengan dosa yang dilakukan tiap hari namun tetap menangguh taubatnya, atau seorang abid yang tak pernah rehat dari beribadah kepada Penciptanya tapi terasa dirinya hebat dan sudah cukup bekalan untuk tampung timbangan mizannya.

Monday, August 22, 2011

pecutan terakhir,

Bismillah~

Q: Kenapa walaupun tengah bulan Ramadhan, syaitan dah kena ikat, tapi saya still rasa macam nak buat dosa ye kak?

A: Allahu Allah~ Walaupun syaitan tak ada, dan pintu neraka tertutup untuk kita, yang di dalam diri ni, kita masih ada yang namanya nafsu-- yang kalau tak dikawal dia akan mengawal kita. Dan jujurnya sayang, benih yang syaitan tanam dalam hati kita selama 11 bulan kehadirannya tu pasti akan bercambah walaupun tanpa adanya dia di tepi, membisik menggoda.

Rahmat Tuhan tu luas, maka jangan pernah putus asa untuk keluar dari ditawan nafsu, dan biarlah benih syaitan menjadi layu. Kita kan belum terlambat untuk berubah selagi nyawa belum bercerai daripada badan? :)

*It may actual be that you feel yourself as a hypocrite for living a double life and assuming that you can't stand before Allah and pra after doing shameful, sinful things but didn't you know? He is Allah and one of His names are the Most Merciful? :)

Wednesday, August 10, 2011

JOM! On Call '11.

Bismillah~

Baru satu hari di Masjid Besi Putrajaya, saya dah rindukan Masjid Biru Shah Alam~ Sangatlah tak dapat nak nafikan rekaan Masjid Tuanku Zainal Abidin sangat mengagumkan tapi takkan dapat lawan perasaan berada di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah perhaps? ;)

Tambah lagi Allah Taala dah menguji saya dekat atas highway on the way nak ke Putrajaya tu lagi. Allahuakbar~ Sampai saya rasa nak berpurdah masa tu juga! Tapi lepas dapat sokongan beberapa orang teman, saya gigihkan jugak diri ni bercakap. Huuuu.

Tapinya kalau nak dibandingkan ujian yang tak seberapa tu dengan nikmat berkenalan dengan adik-adik yang inshaAllah, ukhuwahnya kerana Allah Taala, rasanya tak ternilai. :') Apatah lagi dengan nikmat mendengar perihal sejarah, teori berumah tangga dan kesedaran berjuang untuk Palestin daripada Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor. Lepas tu dengan motivasi untuk menjadi seorang bakal doktor daripada Dr. Abdul Latiff, rasanya... Allahu Allah!

Dan hari Isnin 8hb Ogos tu, saya mengaku saya dah jatuh hati pada seorang lelaki...
.
.
.

Sultan Muhammad al Fateh. *berdebar-debar. Kali terakhir saya terasa berdebar begini, bila saya jatuh suka pada Khalifah Umar al Khattab :') Entahlah rasanya tak perlu saya ceritakan lagi tentang beliau tapi saya terasa ingin menyerap semua keberanian, keazaman, ketokohan lelaki ni. *menjerit dalam hati.

Faris 'Audah. Jujurnya mengalir air mata saya petang tu untuk remaja lelaki Palestin yang hanya berumur 14 tahun ketika syahid ni. Masa melihat video jenazah arwah diusung, terasa meremang bulu roma. Beliau yang hari-hari jadi frontliner melontar batu ke tank (kereta kebal) tentera Israel, alih-alih kita yang hidup dengan aman, makan sedap-sedap ni, boleh tanya: "Berapa lama kita kena berdoa untuk Palestin lagi ni? Penat lah".

AMBOI. Diorang yang kat sana berjerih berperang menyelamatkan diri, awak yang penat? Biar betul awak ni?! Did I just forget to laugh or what?

Yes, I had to admit that I used to be ignorance. Sebab apa? Sebab Malaysia dan Palestin dipisahkan dengan garisan di atas peta. Dulu saya tak nampak signifikan untuk saya kisah tentang Palestin yang berada di bawah kuasa Israel. Malangnya. Syukran ya Allah, sebab hantar Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Nor. :')

Tahukah anda? [suka dah buat trivia macam ni kat blog sendiri~ hehe!]

Masa wafatnya Rasulullah saw dulu, para sahabat semua berbalah di mana untuk dimakamkan Rasulullah. Ada yang menyuruh untuk tanam di Makkah-- tempat kelahiran Baginda, ada yang cadangkan di Madinah-- tempat kewafatan Baginda, dan ada yang cadangkan di Palestin-- kerana ramainya saudara-saudara Nabi Muhammad seperti Nabi Ibrahim yang ditanam di sana.

Bak kata Prof. Madya Dr. Hafidzi, we don't feel anything tentang Palestin sebab kat situ tak tertanamnya makam Nabi Muhammad. Cuma ada siapa? Nabi Ibrahim dan yang lainnya. Kita tak rasa apa-apa bila tak dapat nak solat di Aqsa, tak rasa apa-apa tak dapat nak melawat makam Nabi Ibrahim... Headshot!
.
.

Adik-adik Kak Nuha yang Kak Nuha dah sayang macam adik sendiri walaupun baru pertama kali jumpa, Yasmin, Hidaya, Hurun Ain, Amalia, Aqyla, Najiah, Harzuin, terima kasih sangat jadi adik-adik group Kak Nuha~ Terima kasih sudi bagi kerjasama pada Kak Nuha yang rasanya banyak sangat kekurangan ni. Huk3~ Korang memang terbaik! Uhibbukum fillah.

Semoga ikatan yang dah terbinanya eratnya sekuat simpulan urwatul wusko, inshaAllah. BECA (as in the vehicle yang ada kat Melaka tuuuu) FOREVER, biiznillah!

Thursday, August 4, 2011

Journey of Medichood.

Bismillah~

InshaAllah, diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menjadi fasilitator dalam program ni nanti. Semoga semuanya dalam redha Allah dan dipermudah Tuhan :) Tak sabar nak membina ukhuwah!

Err, dan semoga saya boleh laksanakan taklifan yang diberi sebaik mungkin!

Tuesday, August 2, 2011

catatan summer holidays #4

Bismillah~

Alhamdulillah untuk nikmat 'ni' lepas puas berlawan dengan air mata sendiri malam tadi. Haiya! Tak mintak difahami :) Eheh! Sebenarnya kali ni nak mengimbau kenangan saya bersolat tarawikh. Segan, tapi... tak apa! :)

Ini semuanya gara-gara tertengok beberapa budak remaja yang tak lekang dengan henfon kat tangan biarpun tengah berjalan menuju masuk ke rumah Tuhan. Moga ini bukan riak tapi saya sengih aje tengok diorang sebab teringat diri sendiri~ Yes, I was one of them during my ignorance. Ni zaman tingkatan-tingkatan la ni.

Hey, siapa konon jari dia ligat tekan keyboard henfon sambil jalan tu paling cool tau! *Ini saya yang cakap. Ada masalah ke? :) Kalau ada kenduri kendara tu, mesti berkepit dengan henfon taknak lepas. Masa orang baca doa majlis kesyukuran, dengan henfon tu sekali angkat celah tapak tangan yang dicantumkan. Serius, takde benda penting pun tapi sibuklah search contact yang boleh diajak bermesej sepanjang majlis berlangsung.

Dengan niat nak ada sedara mara yang tegur EH SIBUK BETUL CIK KAK NI. DAH ADA BOYFRIEND EH? Lepas tu sengih sengih malu cover balas Eh Tak de lah auntie. Kawan je ni -_____- Allahuakbar~ Life macam tak ada purpose, kan? Time kenduri kendara ni patutnya peluang rapatkan silaturrahim dengan family :) Kalau tak tu jumpa setahun sekali bila raya je.

Ingat lagi bila habis je solat tarawikh, akan bersidai tepi tangga tempat budak-budak lelaki turun sambil tangan belek-belek henfon. Sebenarnya takde mesej masuk pun, mana ada orang nak call pun semua tengah sibuk solat, dan takde benda nak tengok pun, tapi gigih ni, lajukan jari tekan sana tekan sini.

I was such an attention seeker am I? Astarghfirullah~

I can't remember what I read at a signboard when I performed my solah in Suvarnabhumi Airport, Thailand, awal tahun ni tapi ayatnya memang buatkan saya terusik. Lebih kurang macam ni kot (memang tak ingat sungguh ni).

Disconnect yourself from the worldly life for a bit so that you can get connected with Allah Taala.

Hah. Hebat tak hebat?
.
.

Dan masih segar dalam ingatan rasanya zaman sekolah rendah dan awal sekolah menengah dulu, solat tarawikh tu medan untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Memang paling heaven rasanya sebab kanak-kanak ada bilik khas dan apa terjadi dalam bilik tu takde orang dewasa yang tahu. Hah~

Mula je solat tarawikh, kitorang semua akan laju-laju solat sampai lapan rakaat. Sudahnya, imam baru tahyat akhir dua rakaat pertama, kami ni dah habis lapan rakaat! Express ni. Al maklum, ada parents yang lapan rakaat je nak balik, makanya masa kitorang nak berbual terbatas!

Selesai je lapan rakaat yang aci tangkap tonggang terbalik tu, semua kumpul kat belakang, keluarkan kad Uno, keluarkan batu seremban, berentap la kami kat situ. Lagi tambah perisa sambil tu cerita pasal lelaki yang kita minat dalam diam kat sekolah ataupun satu taman perumahan -__-

Memang hidup berciri remaja-- ringkas betul pemikiran :'|
.
.

Sangat berharap kita (lebih-lebih lagi saya saya saya) tak sia-siakan peluang ber-Ramadhan. Cukuplah, cukuplah... Stop being ignorance towards the truth. It may actual be that you don't want to seek for the truth because you are scared when you have the truth laid in front of you, you'll have to change and disregard you desires.

Memang tak senang. Siapa cakap nak tinggalkan keinginan untuk 'sesuatu-yang-kita-tak-nampak' tu senang? To sacrifice that wordly pleasure for the sake of Allah, awak ingat Allah Taala akan sia-siakan pengorbanan awak tu? Thiqatan billah~

Jalannya bersimpang-siur macam ular kena palu! Alaa, macam jalan nak pergi Cameron dengan Genting Highlands tu. Silap makan memang boleh termuntah tengah jalan, kan? Tapi bukan ke lepas tu awak tetap teruskan perjalanan? Sebab apa? Sebab destinasi awak memang kat tempat tanah tinggi tu! Sangatlah berbaloi muntah-muntah pening bagai tu semua kalau nak dibandingkan dengan apa yang tunggu kita kat tanah tinggi tu kan awak kan?

:)

Wallahua'lam. Assalamualaikum!

Sunday, July 31, 2011

1 Ramadhan 1432H.

Bismillah~

Alhamdulillah wa syukurlillah, kita masih dipinjamkan jasad, roh dan nyawa untuk menghadapi malam ni :') You know, the past few weeks before Ramadhan, news feed di Fesbuk saya beratur dengan ucapan takziah dan al-Fatihah untuk insan-insan yang lebih dulu dipanggil menghadap Ilahi-- insan-insan yang tak lagi diberikan peluang untuk berada dalam rangkulan nikmatnya ber-Ramadhan... Allah.

Dan sedari tadi saya mencari tulisan-tulisan saya yang lama- yang bertarikhkan 1 Ramadhan 1429H, 1430H dan 1431H. Jujurnya saya segan bila membaca~ Terasa nak hentak kepala sendiri apalah begitu senget sekali rasanya sampai tulisan untuk 1 Ramadhan pun macam tu sekali isinya. Hah.

*terdiam kejap.

Tapi tulisan pada tahun 1430H tu walaupun isinya terasa senget dan sengal sengal ubi, ada sesuatu yang buat saya terusik. Azam yang saya sisipkan bersama Ramadhan pada tahun tu terasa nak di-copy-paste kat sini [NAK LETAK SATU JE DARIPADA LIMA]. Tunggu sat.

Okay.

Melancarkan OPS Malas Sifar ke atas diri sendiri untuk bersolat tarawikh~ [maknanya sangat berharapan bahawa tahun tu tak ada dah malas malas nak berebut rahmat Tuhan dengan mereka yang lainnya. Bukankah kalau sudah ponteng satu malam akan berasa macam hendak ponteng bermalam-malam? Hah!]

Jadinya alang-alang dah letak azam dua tahun lalu, saya nak tajdid azam pulak untuk tahun ni. Tahukah Anda? [ini blog kah atau majalah?] Tajdid niat tu juga satu ibadah ^_^

Teringin untuk khatam 30 juzu' untuk 30 hari yang penuh cinta ni (dengan izin Allah dan moga saya diberi kekuatan! *perkataan akhir tu kena diberi penegasan sikit)

Seperti tahun lepas, berqiyam di masjid biru dengan cinta hati [baca: sahabat fillah saya] untuk 10 malam terakhir Ramadhan :') Moga kali ini Tuhan masih izinkan Allah Allah Allah.

Merajinkan diri. Merajinkan diri. Merajinkan diri. *ini perlu diucap tanpa henti.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk mendapat kejayaan dalam School of Tarbiyyah kali ini, inshaAllah!
Dan semoga kita jadi tetamu Ramadhan yang paling dikasihi~ Hiii.

P/s: Shout out untuk cinta hati saya yang kini masih ada di Iskandariah, Mesir! Bie, cepat balik sini please please! I'm in need of your presence here :'( Bogoshipossoe!

Wednesday, July 27, 2011

al fatihah.

Bismillah.

That feeling when you woke up in the morning, while saying; Alhamdulillaahilladzii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaihinnusyuur, and smiled. That wonderful feeling *smiling. A declaration made stating that you praised Allah for giving you another day to live a life and acknowledge His power. Subhanallah~

Do I really have all the time in the world? Well, I know that I could be dying anytime soon, regardless how my health conditions are, regardless how old I am this year. For He knows best how and when. :') And I know that you knew too!

Did you know that every single day, with or without you notice:
1. You praised Allah Taala?
2. You actually acknowledge His merciful towards you?
3. You also acknowledge that there is a Day of Judgment?
4. You worshipped Allah and you asked for His guidance?
5. You actually asked Him to guide you to a straight path? Or led you to a pious man that will bring you closer to Him?
6. A path that many people has succeed before you and not the people who have been given guidance but went astray?

Did you notice or you did not?
All the questions I asked above is basically already written as the first surah of al Quran al Kareem. ;)

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَ‌اطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَ‌اطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ‌ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧


The first time I heard about this I find it very stunning and I am stunned! ^_^

Kembara Hati #3

Bismillah~

Assalamualaikum sayang...” ucapan salam itu tak pernah tak membuahkan senyuman dari bibirnya. Asyiqa segera turun daripada kereta dengan bertelekung dan berlari menuju ke gazebo di taman. Sempat dia menjeling melihat reaksi abahnya... abah tersenyum kelat sebelum memandu kereta meninggalkan kawasan rumah untuk bersolat tarawikh di masjid berhampiran bersama ummi dan kakaknya.

Waalaikumsalam... Aww..” Asyiqa menjawab dan mahu menyambung bicaranya tapi Zahin lagi lekas memotong. “Sayanggg, rinduulah! Haish. Jampi apa sayang letak kat Yen ni hah sampai dah setahun kita couple pun Yen still ada perasaan macam first day kita declare dulu?” suaranya yang sengaja dileretkan tu seperti biasa, mengundang debar di dalam dada Asyiqa.

Haih, cakap orang kau tu apa kurangnya! Entah serapah apa kau hembus kat aku entah! Gerutu Asyiqa geram. Geram? Kenapa menggelegak aje rasanya badan ni? Nak kata aku hidup dalam cerek tak ada lah pulak. Oh dah tentu, kata-kata tu hanya berlegar di fikirannya. Akalnya masih mampu menapis.

Mana ada Syiqa jampi apa-apa... Sayang tu penyakit angau overdose~” Suaranya cuba dilunakkan untuk menjadi ‘santapan’ telinga Zahin. Gelak tawa lelaki itu berderai. “Overdose? Apa sayang ingat angau tu macam heroin, morphine, ke? Ada pulak overdose bagai...” tawa Zahin masih bersisa di hujung ayatnya.

Sayang tengah buat apa? Tak pergi solat tarawikh...? Kenyang sangat ek?” Berhati-hati dia menukar topik perbualan dan menyoal soalan itu pada Zahin, takut buah hatinya terasa. Rajuk Zahin boleh tahan juga kPi-nya.

Ha ah Yen kenyang sangat makan banyak tadi. Lagipun malas la baby. Mama beli macam-macam kat bazar tu. Yen dengan papa kena habiskan semua. Tahu je lah mama dengan Melisa tu. Diet, jaga badan aje semedang! Papa dengan Yen dibaginya jadi tong dram.” Rungutan yang pasti disertai dengan muncung yang dibuat dengan mulut comelnya dapat Asyiqa bayangkan. Dia ketawa kecil, membayangkan badan Zahin menjadi seperti tong dram. Hahaahahadoii.

Cakap pasal solat tarawikh, benda ni sunat la sayang. I don’t think it’s a big deal kalau tak pergi. Memanglah rugi tapi kalau mama dengan papa Yen pun tak pergi tarawikh tu, takkan lah Yen nak pergi. Apa pulak kata diorang nanti. Kot-kot dikatanya Yen buang tebiat atau anak derhaka pulak...” ada nada gurauan dihujung kata-katanya.

Em... ohh.” Tawa Asyiqa yang kedengaran sejak tadi tiba-tiba mati! Dia memejamkan mata sebelum membukanya perlahan-lahan. Hanya itu yang mampu dibuat menjadi reaksinya. Dia tak tahu harus dikomen apa untuk ‘maklumat’ yang baru diterima tu. Otaknya gagal untuk proses! Aik, kenyang sangat ke sampai otak pun dah tak cerdas ni?

Sayang kenapa ni? Bad mood eh? Tak boleh puasa la tuuuu...” nada usikan Zahin itu tak mampu menggeletek hati Asyiqa seperti selalu. Dia rasa rimas. Tiba-tiba dah tak selesa melayan Zahin macam dulu.

Tak ada lah. Memandai je awak ni. Err, saya letak phone dulu lah. Bye.” Dan punat merah lekas-lekas ditekan sebelum menjauhkan telefon bimbit tersebut daripada dirinya. Mata Asyiqa merenung lama telefon bimbit yang kembali berdering. Talian akhirnya mati sendiri sebelum kembali berdering.

Kenapa perasaan aku pada Zahin dah lain...? Asyiqa tertanya-tanya sendiri, dan akhirnya dia tertidur di gazebo tersebut bersalutkan telekung di kepalanya.
.
.

Asyiqa terasa sengal di bahagian tengkuknya. Dikesat kelopak matanya dengan belakang tangan. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling. Heh? Aku tidur kat sini? Kepalanya didongakkan dan dia terpandangkan wajah yang sedang nyenyak tidur. Abah? Asyiqa menelan liur. Tidurnya di gazebo ni berbantalkan peha abah?

Berhati-hati dia mengangkat kepalanya supaya tidur abah tak terganggu. Telefon bimbitnya dicapai untuk melihat jam yang tertera pada skrin. 1.45 pagi. Mesej yang masuk sampai 10 tu dipandang sekilas. Asyiqa mengeluh melihatkan abahnya yang sanggup bermalam di luar dan tidur duduk demi menemaninya. Tangan abahnya dicapai, disalami dan diciumi sambil berbisik “Maafkan adik, abah...” sebelum tangan itu dilepaskan kembali.

Asyiqa tahu, dosanya terlalu menggunung pada abahnya tapi dia tak rasa ada yang dapat dilakukan untuk mengubah sikapnya. Bukan ke Allah dah takdirkan perjalanan aku sejak azali lagi? Jadi kiranya apa yang sedang berlaku pada aku ni pun dah termaktub dalam pengetahuan Allah Taala kan? So tak payahlah aku susahkan diri nak mengubahnya pulak. Dah takdir... nak buat macam mana ye tak?

Asyiqa akhirnya bergerak meninggalkan gazebo dan menuju ke biliknya. Telekungnya dibuka dan dilempar ke ampaian sebelum badannya direbahkan ke katil. Matanya ditutup dan dia cuba untuk kembali lena tapi tak berjaya. Aku belum solat Isya’ lagi... hati Asyiqa tiba-tiba terdetik akan perkara itu.

Oh, so you are gonna pray now? After all the hideous things you’ve done, and you call yourself a Muslim? You’re gonna go back and pray to Allah now, you hypocrite? You should be ashamed of yourself! What kind of double life are you living? Bisikan yang datang entah dari mana.

Asyiqa menggaru kepalanya yang tak gatal. Serabut! Badannya bergolek ke kanan dan kiri. Malam ni dia gelisah! Kenapa dengan malam ni? Selama ni nyenyak je aku tidur like it was nobody’s bussiness! Akhirnya dia bangun dan duduk di birai katilnya. “Yeah, I am a total hypocrite. I can’t stand before Allah and pray now...” Asyiqa menggumam perlahan.

Telefon bimbitnya dicapai dan dia mula membaca satu demi satu mesej yang pastinya dihantar oleh Zahin. Debaran di dadanya datang lagi.

Did I say something wrong syg? Or was it something I did? If I offended you in any ways, maafkan Yen syg? Tolong?

Syg, knpa ni? Yen call tk jawab. Pick up the call syg pls... Syg buat Yen risau.

Syg, klau marah Yen skalipun, jgn fikir bnyak sgt k? Nnti syg sakit. Awk tu bukan bole sgt stress. Migraine lg karang. I already misses you...

Tiba-tiba timbul rasa kasihan pada kekasihnya tu. Tak sanggup dia membaca baki 7 lagi mesej yang dihantar lelaki tersebut. Awak ni Zahin, kalau saya tak cukup kenal awak, mesti dah buruk sangka awal-awal yang awak ni kasanova nombor satu! Asyiqa tersengih sumbing. Dia perlu meminta maaf daripada lelaki ini nanti.

Seingat Asyiqa, sepanjang hubungan mereka yang setahun ni pun, lelaki itu tak pernah tak menjaga perasaannya. Dia je yang layan lelaki tu sambil lewa... Dia je yang ‘rajin’ menduga kesabaran Zahin... Dia je yang selalu biarkan lelaki tu menjeruk perasaan sendiri. Sedangkan lelaki tu tak pernah ambil hati dengan tingkahnya. Ayat favourite Zahin bila aku meminta maaf: “Anything for you, sayang. Anything for you.

Sungguh, Asyiqa mula membencikan dirinya yang sekarang ni. Asyiqa yang cepat terasa, Asyiqa yang sensitif, Asyiqa yang hampir nak hilang rasa pada Zahin, Asyiqa yang rasa Hazlyn tu biadap pada agama dan orang tuanya... Sungguh, dia takut! Ni musim pertukaran watak ke? Apa aku tengah nak bersalin kulit macam ular tu?

Tapi jauh di sudut hati, Asyiqa tahu... dia rindu untuk kembali pada fitrahnya!

#Bersambung, dengan izin Allah :)

Tuesday, July 26, 2011

mabuk dalam cinta Allah.

Bismillah.

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t.,

Maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad saw telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

P/s: Entri dipinjam daripada sini :)

Monday, July 25, 2011

25 Julai.

Bismillah.

Dua puluh tahun yang lepas, pada tarikh hari ni, saya dilahirkan :') Masa tu hari Khamis, jam 7.10 malam. Okay tak tahu apsal nak kena mention ini semua tapi lantak tepi. Saya yang berumur dua puluh tahun ni tahu saya dah besar panjang. Dah tahu cara nak berkuak lentang. Haha okay tak lawak.

Dan sebenarnya saya dah tak tahu cara nak berkuak lentang. Apatah lagi nak berenang (sebenarnya dah lupa -__-)... The truth hurts, I know. Tsk.

I don't really anticipate my birth date like I used to :) Dah perasan diri tu tua. Mungkin, hehe~

Kalau sepanjang sembilan belas tahun lepas ummi yang sibuk-sibuk kat dapur kelatang keletung masak setiap kali untuk birthday saya, ni bila dah masuk dua puluh, kena turn the table la pulak kan. So I woke up this morning with missions in my head. Wah!

Balik hantar adik-adik daripada sekolah je, saya sinsing lengan (mengacah sangat) dan mula bekerja keras di dapur untuk masak Soto Ayam dan Kek Batik. Masuk dapur pukul 8 pagi, keluar dapur pukul 4 petang. Ohoh saya tidak menyangka akan macam tu punya bersatu (konon) dengan dapur~ Pertama kali nak memasak soto, entah apakah rasanya. Rasa berdebar lah! Lagi-lagi nak membagi ummi dengan abah makan~ Selalu tu masak memang untuk diri sendiri dengan housemates je.

Okay sekarang dah petang ni of course lah semua pun dah siap, alhamdulillah~ Tinggal tunggu nak melantak je kejap lagi ni hihi. *Tak sabar nak merasa air tangan sendiri. Kat Mesir selalu la masak Mee Kari, Nasi Lemak bagai tapi feel memasak dia lain bila kat Malaysia ;)
.
.

Dua puluh tahun. I don't feel like terrifying that number like most people do. Ada apa dengan dua puluh? Besar angka tu, dan akan makin besar tanggungjawab saya dalam dunia ni :) Huuu. Sebenarnya saya menaruh harapan pada diri sendiri. Janji dan impian yang ini, biar saya simpan sendiri ya?

Rasa tak terkata dengan nikmat yang Allah Taala dah pinjamkan~ Allahu Allah~ Kalau nak disenaraikan macam tak cukup titisan air di lautan (kalau nak dibandingkan la). Allah dah terlalu baik pada saya~ Untuk nyawa ini, untuk setiap tarikan nafas ni, untuk distal muscles (jari maksudnya) yang boleh bergerak molek ni, untuk organ dalaman yang sihat inshaAllah, untuk setiap kerlipan kelopak mata ni, untuk akal yang masih boleh berfikir, untuk nikmat iman dan Islam yang mengalir sebagai takdir saya~ Shukran jiddan ya Rabb. :')

Entahlah kamu ni bila nak sedar~

Untuk rakan-rakan yang berjerih membawa jari menekan keyboard untuk mengucapkan selamat hari lahir, terima kasih banyak banyak! Terharu ni terharu :') *lap air mata guna lengan baju.

Assalamualaikum wbt.

Friday, July 22, 2011

Kembara Hati #2

Bismillah.

6 Ramadhan 1432H

Riuh rendah di tingkat bawah rumahnya membuatkan Asyiqa hilang fokus dari pembacaannya. Berfikir, mahu menjenguk atau tidak. Akhirnya buku Twilight Saga: Breaking Dawn di tangannya diletakkan ke tepi dan dia bergerak turun dari katilnya, membuka pintu bilik dan menuju ke tangga.

‘Ramainya orang. Ada apa ni?’ bisik Asyiqa perlahan. Rata-rata tetamu pada pagi tu umurnya lebih kurang sebaya abah dan umminya; 50-an. Tumpuan para tetamu terkunci pada seorang lelaki. Asyiqa menundukkan kepalanya di celah-celah anak tangga, mengintai. Macam pernah nampak kat televisyen...?

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian, da’wah can be very unpleasant and uninteresting process at all. This, what I am doing, is not da’wah at all, because we all have the same fikrah, alhamdulillah. Our primary da’wah will be towards our own family. There might be a person, a person in your family that is in the other pole from you, in the other spectrum from you, and you probably won’t even want to be friends with that person and the only thing that made you talk to them is because you’re a family with them.” Lelaki itu berkata dan Asyiqa hanya berdiam diri, mendengar.

But you know what the amazing thing is? Allah Taala made you to be together as a family with that person! Subhanallah! So that a person can give da’wah to them and that person is you! Let me tell you this. The closest ones are always the toughest. You know, I sometimes bring my sister to a programme like this and she always have the finest sleep during my lecture. And so they say the easiest person to ignore is your famiy. It has always been like that, and to claim that I am suffering from her actions are just too much because the Messenger had suffer far more worse. I think you’ve known by now the story of Abu Lahab, yes?” kata-kata terakhir itu dijawab dengan anggukan oleh semua tetamu termasuk ummi dan abah.

Asyiqa merenung lelaki yang sedari tadi memberi syarahan. Tenang air wajahnya, dan kata-katanya terasa tembus. Dan entah kenapa mata Asyiqa terasa basah. Lekas Asyiqa menyeka dengan belakang tapak tangannya. Haish, aku ni kenapa?

As a parents, what can we do to convey da’wah to our children ya brother?” Asyiqa tersentak mendengarkan suara yang bertanyakan soalan tu. Abah!

Good question ya brother! First thing to do, have an exercise in remembering Allah at home. Imam nor khatib, neither do I can come to your house and do this. You must start it by yourself. Perform the solah together, recite the al Quran together... Surah at-Tahrim, the sixth ayah.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Be extra patience with your own family and learn to presevere. If you approach them and you get nasty comments, get back to the ayah!

Api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

If you approach them again and you get more nasty comments, get back to the ayah!

Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

You surely don’t want your family to be tortured in the Hellfire do you?” Segera soalan itu dibalas dengan gelengan laju semua tetamu yang hadir. Asyiqa sendiri turut menggelengkan kepalanya tanpa sedar.

If our home has become the place where music is blasted, movie is being watched, ma’siat is being done, except for the remembrance of Allah, we have to seek forgiveness from Allah ya brothers and sisters because we are doing harm to our family. And if that’s the case, you’ll become enemy to your family, and they will become enemy to you because you became fitnah to each other for letting all these things to happen. May Allah showered our family with His blessings and La haula wala quwwata illa billah... There is no might nor power except with Allah. Wallahua’lam. I thank you for your time.” Dan entah kenapa, air mata Asyiqa makin galak mengalir melihatkan abah dan ummi yang sudah terhinjut-hinjut bahunya bersama esak tangis sebahagian daripada para tetamu.
.
.

Lyn, aku tak tahu kenapa aku tak boleh berhenti menangis.” Jelas Asyiqa di dalam talian. Tadi selesai saja kuliah ramadhan atau apa-apa je lah namanya tadi tu, Asyiqa cepat-cepat mengukur anak tangga dan kembali ke biliknya. Tidak mahu kehadirannya disedari ummi dan abah. Nanti egonya tercalar!

Aku... aku rasa ada something yang kosong dalam jiwa ni bila dengar lelaki tu bercakap tadi. Something yang selama ni aku deny. Dan bila dengar dia bercakap aku rasa tenang, Lyn. Ketenangan yang selama ni aku tak pernah tahu pun wujud. Perasaan apa ni Lyn?” Asyiqa meluahkan lagi. Dia duduk di kerusi yang menghadap tingkap biliknya yang terbuka luas. Air matanya tak mahu berhenti walaupun entah berapa kali dikesat. Aku ni dah kenapa?

Kau merepek apa ni Syiqa? Bila kau cakap macam ni, kau dah jadi macam another Asyiqa yang aku langsung tak kenal! Come on la, parents kau sengaja je panggil lelaki tu bagi ceramah kat rumah kau supaya kau jadi macam ni la! Merepek entah pape. Takkan kau nak ikut jadi kuno macam parents kau yang tiap waktu solat kat masjid tu? We have other things to do! Dakwah, tarbiyyah, and whatnots semua tu, untuk orang Islam yang extremist je! Kita-kita ni, kita bukan orang macam tu Syiqa. We are not designated for that. Babe, kau dengan aku baru umur berapa? 19. Islam takkan bebankan kita dengan dakwah waktu umur-umur macam aku kau ni. Realistik la sikit.” Hujahan panjar lebar Hazlyn tu berjaya membuatkan tangisan Asyiqa berhenti. Dia terdiam, lama.

"Kau tak suka aku nak berubah jadi baik ke?" tiba-tiba soalan itu muncul dari mulut Asyiqa tanpa dapat ditapis. Dia ingin tahu sebenarnya.

Haih. Macam ni la senang cakap. Islam tu kan mudah? Kita ada banyak masa lagi. We have all the time in the world. Lagipun orang selalu cakap life’s begin at forty. Nabi Muhammad sendiri terima wahyu waktu umur dia 40 tahun. Kau nak risau apa? Kalau kau rasa apa yang aku cakap ni salah, aku tak kisah, tapi tolong jangan cakap pasal benda ni lagi kalau kau nak berlagak konon nak jadi malaikat depan aku. Okay?” dan serentak itu talian dimatikan. Asyiqa memandang telefon bimbit di tangannya.

Kenapa bicara Hazlyn kedengaran kasar dan biadap pada telinganya? Bukan ke selama ni Hazlyn bercakap memang macam ni...? Habis tu, kenapa aku dah jadi tak biasa ni? Asyiqa mengeluh, Astarghfirullah hal’azim. Dia mengucap perlahan. Asyiqa tiba-tiba membuntangkan matanya. Dia menyentuh bibir sendiri. Apa bibir ini yang beristifargh sekejap tadi?

#Bersambung, dengan izin Allah :)

*rujukan dari video kuliah agama Nouman Ali Khan.

Friday, July 15, 2011

catatan summer holidays #3

Bismillah.

Almost three weeks of my existence (why does it sounds like I am just three weeks old? Heh) in Malaysia and I am currently down with sore throat and headache. Hari yang entah bila, I tried to rolled my body down from the sofa to the carpet below... but to no avail -__- Apakah badanku ini, nak menggolekkan diri sendiri pun tak ada terlarat. Kasihan, tapi saya tak sedih!

:)

Badan ni kan bukan milik saya...?

_____________________________________________________________________

Alhamdulillah, pagi tadi selesai je tugas menghantar adik-adik ke sekolah, hujan rahmat turun di pagi Jumaat :) Rasa macam titis hujan tu mengiringi setiap perasaan saya yang berbunga untuk berjumpa dengan seorang sahabat seuniversiti petang tadi.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda yang bermaksud: Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat. -Riwayat al Tirmizi dan al Hakim.

Hah. Awak yang kita maksudkan ni, jangan kembang-kembang hidung kat situ :p

Saya rasa kan... bila kita niatkan sesuatu aktiviti tu supaya boleh menambahkan keimanan, atau paling kurang kita kata "I wanna get something benificial from this", inshaAllah kita akan dapat apa yang kita nakkan tu. Kalau awak pergi majlis agama untuk meliarkan mata mencari calon suami, hah, inshaAllah jumpa lah tu (iye ye je awak ni Nuha -__- err, itu kerja Allah, tumpang lalu). Perlambangannya macam tu lah, tapi Allah lebih tahu :)

Alhamdulillah, dapat apa yang saya niatkan bila keluar berdua dengan sahabat saya tadi ^_^ Dan lebih alhamdulillah sebab dapat tambah kenalan! ♥

Masa kami tengah bertapa di MPH Bookstore tu, saya yang tengah bersemangat ni, recommend novel Hero tulisan Hilal Asyraf siap dengan sinopsis lagi pada sahabat saya tu menyuruh dia membeli untuk rasa apa yang saya rasa bila baca Hero tu, ada seorang gadis tanyakan tentang novel Ayat-Ayat Cinta tapi malangnya bila tanya kaunter pertanyaan, it was out of stock :(

Farah dan Fazlin, salah ukhuwah dari Kak Nuha untuk kalian! ^_^

Jadinya selaku pencinta buku yang tegar, apalagi, saya dan sahabat mengheret budak berdua tu keliling MPH, recommendkan buku-buku yang inshaAllah, akan memberi kebaikan dan manfaat untuk orang yang membacanya. Err, kalau keluar dengan saya, a bookstore is a must, and I won't go out without having at least 5 or 6 books in my hand. Hik.

Biasanya orang yang tak biasa keluar dengan saya memang akan berasa kelakuan saya begitu pelik (macam awak yang keluar dengan kita tadi tu :p Hee!) tapi... sejak dah pandai pegang duit dalam tangan, (I don't remember since when) memang akan kumpul duit untuk beli buku hihi. Oyya untuk adik berdua tu, kalau datang Shah Alam lagi jangan segan bagitau akak k! ;) Nak mintak recommend buku-buku lagi pun inshaAllah akak usahakan :)

Thursday, July 14, 2011

kembara hati. #1

Bismillah.

Pabila bersatu, memori dan impian, moga tak berkecah.
Hajat di hati, moga tersampai,
Dengan izin Allah.

_______________________________________________________________________

"Assalamualaikum..." salam tu diucapkan Asyiqa perlahan. Al maklum, malam dah nak berarak ke pagi, dengar dek ayahanda, tak ke wassalam aku pagi 1 Ramadhan ni? "Waalaikumsalam... Em. Tak tidur lagi?" suara yang di sana bertanya. Slow jugak suara dia! Kih kih, tengah sama-sama menyorok la kita ni ye? Asyiqa tersengih. "Belum la, kalau dah mesti la tak berjawab call sayang ni."

Dan Asyiqa terdengar suara yang di sana ketawa. Haih, apesal dia ketawa pun macam note note music je rasanya? Matanya melirik pada jam di dinding. 2 pagi... Ada dua jam setengah lagi sebelum satu isi rumah ni bangun nak bersahur, fikirnya. Asyiqa tersenyum sendiri. Dia duduk di birai katil dengan lampu bilik yang dah terpadam. Kena lah pandai camouflage ye tak? Kih Kih.

"Tengah buat apa tu...?" yang di sana menyoal selepas tamat ketawanya. "Cakap dengan awak la." dan suara itu ketawa lagi tapi lebih pendek dari yang sebelumnya. "Sayang sihat? Dah ready nak start puasa ke?" kali ini Asyiqa mula bertanya. Debaran dalam dadanya sudah reda masa terdengarkan gelak merdu si dia yang di sebelah sana.

"Sihat je, Alhamdulillah. Em, puasa? Saya ready je! Tapi first day puasa, kan. Semput sikit kot." jawabnya. Asyiqa terangguk-angguk sendiri. "Ha ah kan. First day puasa hari Isnin. Awak rasa awak larat ke..." suaranya dileretkan. Sengaja mengusik lelaki itu. "Heii. Ini Zahin la. Awak jangan kata awak tak kenal saya. Saya datang rumah awak masuk meminang nanti, baru tau!" ugutan Zahin tu cuma mengundang gelak tawa nakal Asyiqa.

"Ish, saya tak nak kahwin dengan awak!" Asyiqa makin galak mengusik dan entah kenapa, talian di sebelah sana tiba-tiba jadi senyap sunyi je... Aik. Saya baru kata tak nak kahwin dengan awak, dah jadi bisu? Hatinya mengomel. Asyiqa menggaru kepalanya perlahan.

"Yen, please don't tell me you're serious about asking my hand in marriage...." Asyiqa menduganya. Dan tiba-tiba ketawa meledak dari talian yang sebelah sana. "Awak ni... Marriage? Awak? Saya? We are one thousand years early for that!" dan Zahin terus ketawa, memaksa Asyiqa untuk ikut ketawa bersamanya.

"For heaven sake, Zahin! Saya ingat awak serius tau tak! Nasib baik tak kena heart attack girlfriend awak ni!" Asyiqa merungut akhirnya, namun diselangi dengan tawa. Sudahlah bercinta baru nak masuk setahun, umur mereka pun baru nak masuk 19 tahun. Kahwin? Sekarang? Betullah cakap Zahin. We are one thousand years early for that!

Dan malam Ramadhan mereka makin rancak dengan panggilan untuk malam-malam Ramadhan yang berikutnya. Kalau tak sempat sebelum sahur, mereka bergayut selepas sahur, menginjak ke waktu Syuru'. Bulan Ramadhan terasa lebih indah macam ni, malamnya ditemani suara milik Zahin. Hi hi hi.

Lagipun, tak dosa kan? Bukannya kitorang bercakap benda bukan-bukan. Kitorang pun tak pernah berjumpa, setakat bercinta dalam sms dengan call je. InshaAllah tak membawa kepada zina, Asyiqa menyedapkan hatinya sendiri.
.
.

"Ummi dengar adik masih couple dengan Zahin...?" soalan yang ditanyakan penuh kelembutan oleh ummi tu membuatkan Asyiqa terdiam. Lehernya terasa terjerut. Pesanan-pesanan ummi sejak hampir setahun lalu- sejak hari dia mengaku pada ummi yang hatinya sekarang milik seorang lelaki- terasa bermain dalam kepalanya. Asyiqa cuma mampu mengangguk dan menunduk.

Ini semua sebab kakak lah ni! Hatinya menggerutu geram. Dia yakin kakaknya membocorkan hal itu pada ummi sebab siapa je yang kantoikan aku bergayut dengan Zahin sebelum sahur tadi? Tak pasal-pasal dapat kuliah subuh ni hah.

"Satu benda ummi cakap pun tak masuk dalam kepala adik?" lirih ummi bertanya. Tangan Asyiqa diramas perlahan oleh ummi. "Bercouple ni hukumnya haram, adik... Selagi abah belum nikahkan adik, lepaskan adik dari rumah ni, adik still bawah tanggungjawab abah. Abah ada saham dalam dosa-dosa adik. Adik tak kesian dekat abah ke?" Habis. Abah dah masuk port. Asyiqa dah terkebil-kebil, mencebik, menahan tangis. Ummi cakap aku boleh keras hati lagi. Tapi bila abah dah buka langkah, bersedialah Asyiqa, awak akan cair bila-bila masa!

Tahan Asyiqa, tahan! Mana boleh kalah dengan abah dan ummi! Tak rebel lah macam tu! Nafas ditarik panjang. Dia bersedia untuk mempertahankan dirinya.

"Adik dah besar la abah. Dah lebih 18 tahun pun... Adik mintak maaf, bukan adik nak jadi anak derhaka, tapi Zahin tak rosakkan adik pun. Ummi dengan abah tak payahlah risaukan adik. Adik boleh jaga diri sendiri. Hukum hakam ni adik pun tahu. Tapi dunia sekarang ni abah, orang tak ada boyfriend atau girlfriend ni namanya orang tak laku! Tak ada siapa yang nak. Ni Alhamdulillah lah Zahin nak adik. Takkan adik nak tolak...?" Asyiqa melontarkan hujah-hujahnya.

Asyiqa tersengih dalam hati bila ternampak ummi dan abahnya berpandangan sesama sendiri dan hanya mampu menggeleng. Mereka hilang kata-kata untuk menasihatkan Asyiqa lagi, dan bagi mereka, tak ada apa lagi yang mampu mereka lakukan. Ummi dengan abah ni tak faham ke perasaan remaja? Sana sini orang bercouple, takkan aku sorang-sorang nak single? Tak cool la macam tu! Asyiqa bermonolog dalaman.

"To have you in my life, Asyiqa, is my greatest pleasure given by Allah =)" Mesej Pesanan Ringkas dari Zahin tu dibaca tanpa jemu. Hidupnya bahagia dengan ada Zahin menemani dunianya. Lagipun macam kata Zahin tu, adanya aku ni nikmat terbesar yang Allah hadiahkan pada dia.

Eh, awak! Tak rasa melayang ke kalau ada lelaki cakap macam ni pada awak? Rasa berbunga je kan hati ni... Kembang setaman! Kalau ada orang sayang awak sampai macam ni, awak rasa nak buang dia jauh-jauh dari hidup awak ke? Mesti lah tak, kan. Asyiqa bertanya-tanya sendiri. Lagipun dia dah terbayang hidup mereka berdua hingga ke tua sampai habis nyawa. Hik.

Bagi Asyiqa, Zahin adalah dunianya...

#Bersambung, dengan izin Allah :) Wallahua'lam.

Thursday, July 7, 2011

#teringin.

Bismillah.

Eighteen days before reaching twenty, and my love, I think you need to grow up.

Masa-- makhluk Tuhan yang bergerak tanpa menunggu manusia. Cuma kita yang sentiasa berharap masa berlengah demi kita. Sedangkan Allah Taala sendiri bersumpah 'Demi masa' di dalam ayat al Quran bahawasanya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Lalu mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran~ [al 'asr; ayat 1-3]

Satu soalan. Kamu nak di takuk yang lama sampai bila?

______________________________________________________________

Berhajat mahu ke Turki, dengan izin Allah. Mungkin sendiri, mungkin berteman (dah ada calon peneman dalam kepala tapi Allah lebih tahu *senyum). Teringin menyaksikan kesan tamadun Islam kat sana, mengambil ibrah tentunya.

Moga Tuhan perkenankan hajat yang tak seberapa ni, ameen inshaAllah.

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). -surah al Mulk; ayat 15

P/s: Rindu mahukan alam mentarbiyah saya~ :)