Friday, December 31, 2010

air mata belum tentu cukup.



Betapa, saya rasakan... dengan masa lalu yang penuh kekhilafan, saya takkan pernah layak untuk disayangi dan dikasihi sampai begini. Allah.

Betapa pada saat terakhir sebelum diangkat rohnya, Baginda melafazkan "ummati, ummati, ummati". Begitulah sesudah Baginda dibangkitkan nanti, ucapan yang asyik Baginda tanyakan; "di mana kah ummatku? di mana kah ummatku?" Allahuakbar.

Dan fikirkan sejenak. Bagaimana agaknya perasaan Baginda jikalau dapat melihat tingkah laku kita, ummatnya ni, pada ketika ini? Allah. Tak dapat saya bayangkan.

-Terima kasih, Salina. Kak Nuha hargai betul :')

Tuesday, December 28, 2010

can you feel the ibrah?

Selepas berbual dengan habibty tadi, saya jadi terperasan sesuatu. Tentang ujian yang Allah Taala turunkan, tentang fitnah yang boleh menggugah jiwa, tentang dugaan yang kadang-kadang boleh menghilangkan iman di dada.

Oh. Bahaya, bahaya.

Kenapa, ya. Kalau kita selalu ucapkan "Aku cintakan Allah, Aku rindukan Allah" dan sebagainya, tapi bila dihadapkan sedikit cubaan, kita dah mengagau mengeluh berpanjangan. Sampai terkadang, terkeluarnya kata-kata yang bukan-bukan bagi ekspresikan perasaan.

Bukan kalau kita cintakan seseorang, kita terima baik buruknya dia, seadanya dia saja kan? Biar kalau ada cacat cela, kita tetap anggap itu bukan kelemahannya dia, tapi menjadikan dia istimewa berbanding mereka yang lainnya.

Hoh. Indah, indah. Saya patut letak love. Kejap ye. ♥ Okay dah.

Lalu untuk apa semua keluhan..., kalau ujian tadi datangnya dari Dia Yang Maha Pemberi Cinta? Jujurnya rungutan tu tak perlu ada, kan? Sebab semuanya didatangkan daripada Ilahi untuk kita, tanda cintanya Dia pada kita.

Maka bergembiralah kamu yang sedang didugakan oleh Tuhan. :)

Tapi bukanlah maksudnya perlu diterima saja ujian yang dihadapkan tanpa kita mengambil ibrah ataupun memohon agar dipinjamkan pertolongan oleh Allah Taala. Berdoalah, dan yakin kalau Allah Taala mendengar setiap apa yang kita hajatkan.

Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. -ar Ra'd: 10.

Dari Anas bin Malik; telah berkata Jibrail: wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: biarkan hambaKu itu kerana Aku mencintai suaranya.

Saya perlu serap fikrah ni dalam hati saya ni. Biar lain kali, kalau diuji sampai saya tersungkur terhempap dek langit sekalipun dan mungkin takkan pernah mampu untuk berdiri, saya tetap boleh mendongak, cuba untuk merangkak, sambil tersenyum.

Walaupun senyuman saya nanti mesti sumbing habis. Tengah sakit la katakan. Tapi tak apa. Yang penting saya senyum. Kan? :)

Monday, December 27, 2010

:)

Ye, bila hati dah terikat kerana Allah... inshaAllah jalinannya takkan mudah putus, takkan cepat terlerai, dan simpulannya seerat urwatul wusko (tali yang sangat kuat dan kukuh). Moga takdir ini untuk kita, ya habibi. :')

All the best for your upcoming, exam! Kita doa dari sini, lastik pergi sana. Okay?

***
Asfour Crystal, Cairo.

Eid Milad yang terlewat untuk sepupu saya yang sebaya tapi manjanya lebih dari saya (eh iya ke?). Tak aci. Orang lain dah lama 19 tahun. Huh. Tapi kesian jugak lah, he he. Lagi lima hari, bila masuk tahun baru, awak dah 20 tahun dah :p Kiranya 19 tahun cuma untuk lima hari. Hah.

***
Alexandria. Dah rasa betul macam ninja ni dengan hitam segala.

Dah berjaya namakan rumah kitorang, hihi. Baiti, jannati bita'tunna ni dinamakan "Beyt Mahal". Terpulang nak didefinisikan bagaimana. Mumtaz Mahal yang dibinakan untuknya Taj Mahal tu ke. Di Tagalog-kan menjadi cinta ke. Ataupun mahal as in mahal. Expensive. :)

Kalau orang tanya, kenapa pilih letak Mahal... jawabnya; Ehhh, kitorang mahal plakkk. :p Mahu tak kena sekeh sorang sorang? Huk huk huk. Tapi ni serius ni. Sikitpun tak main-main.

***
Terbaca status seorang sahabat. Allah. Sekejap saya tuliskan kat sini. Baca dengan nada tenang, please? :)

mengharapkan seorang lelaki dan perempuan untuk bersahabat baik tetapi tidak melakukan maksiat kepada Allah adalah seperti meletakkan seekor monyet dan seikat pisang dalam satu kandang dan mengharapkan monyet itu tak makan pisang tersebut.

Ternganga sekejap saya membacanya. Anologi yang saya kira tepat, pedas dan mengena. Shukran, dear!

Saturday, December 25, 2010

; of berhikmah dan cinta.

Saya baru tahu semalam kalau 'berhikmah' tu sebenarnya subjektif.

Sketsa 1

Unit Hisbah: Assalamualaikum. Maaf ya. Dosa hukumnya kalau enta dengan enti makan berduaan di restoran macam ni. Boleh minta enti ke meja lain, dan nanti kami akan hantarkan enti balik ke rumah.

Yang gadis: Ehh. Enta ni kalau nak tegur tu berhikmahlah sikit! Kan Islam ajar kita kalau nak menegur ni kena berhikmah. Lepas tu, kita tak boleh mengaibkan orang di khalayak ramai...! Enta tegur macam ni, malulah ana depan semua Pak Arab ni.

Unit Hisbah: ...

Sketsa 2

Gadis A: Couple tu hukumnya haram, kan? Tak ada dakwa dakwi lagi. *senyum.

Gadis B: Ehh, tapi kan, Islam mana ada haramkan cinta.

Gadis A: Memanglah Islam tak...

Gadis B: Cintakan fitrah manusia. Jadi tak apalah kalau kita bercinta pun kan. Kan?

Gadis A: ...

Kalau dilihat, kan kan kan, rasanya ini situasi yang tengah rancak berlaku sekarang. Yang mana kalau sesetengah orang tu menggunakan Islam sebagai modal diorang untuk back-up apa je tindakan yang diorang buat.

Serius lah, menyedihkan.

Bak kata doktor (bakal, inshaAllah) yang didatangkan dari Zagazig semalam, "kebanyakan orang pada hari ni, beramal dengan sebahagian daripada al Quran, dan meninggalkan sebahagian yang lain." Allah.

Jadi katanya, jangan disempitkan skop 'berhikmah' kepada cakap lemah lembut dan sopan santun. Sebab semuanya bergantung kepada situasi. Kalau waktu tu kita rasakan dengan tangan tu berhikmah, gunakan tangan (baca: kuasa). Kalau rasa dengan kaki tu berhikmah, gunakan kaki (mungkin kaki yang sebenar-benar kaki ke doktor?).

Haha. :) Lebih kurang macam tu lah perumpamaannya.

Sebenarnya point beliau kat sini, kita yang sebagai daie; tak boleh takut atau beralasan untuk laksanakan amar makruf nahi mungkar. Hah. Belok sana belok sini, rupanya ini.

Untuk yang kedua. Ya, Islam memang tak mengharamkan cinta. Sebab cinta tu tak tertakluk pada cinta akhawat-ikhwah saja, kan? :) Tanpa cinta, dunia boleh huru hara. Tanpa cinta, jiwa boleh merana. Oke, ini sebenarnya ambil lirik lagu sikit. Hihi.

Cumanya, kalau di Malaysia, kita dah dihadapkan kalau bercinta tu maksudnya couple pegang tangan, dating sana sini tanpa hirau hukum hakam. Tirus sangat tu. Bak kata Hilal Asyraf, jangan dikotorkan perkataan 'bercinta' dengan fikiran yang macam tu. Bayang dan ikutkan cara yang Islam ajarkan. Dan inshaAllah, :)

Laporan si tudung purple, Seminar Mentor, Markaz Banat Utubis Gadid.

Friday, December 24, 2010

tahniah untuk si hensem. ha. ha. (correction)

Oke, gambar ni saya recycle balik. Tak apa, kan?

Tahniah untuk budak yang dah reti nak menjaga badan dan takut nak makan kek, benda manis waktu malam sebab takut gemuk. Haiya kamu ni. Tak apa lah, sebab kamu ni adik kakak, kakak approve kan~

Sila jadi hensem dan macho dengan sebanyak-banyak yang boleh. Baru lah best sikit kalau berjalan tu kakak nak mintak kamu berlakon jadi pakwe slash bodyguard kakak! :D Teeheehee.

Hoh. Tahniah untuk straight A's PMR kamu, nan! Alhamdulillah, alhamdulillah, I am so proud of youuuuuuu. Bejerih (ecewah) kakak drive kereta kehulur kehilir hantarkan kamu ke tuition sampai pecah pasu rumah orang (makcik, serius saya tak sengaja T___T) masa cuti summer hari tu.

Well done! Tak sia-sia la kakak pekik-pekik kat rumah tu kan? Ha ha ha.

Oyya. Tahniah lagi sebab dengan straight A's ni, tak perlu lah adik kakak yang seorang ni ke RMC. Fuh, lega. Dah takkan berdengung telinga dengar rengekan kamu yang asyik kata; I'M TOO YOUNG TO DIEEEE, setiap kali abah bawak isu nak masukkan kamu ke RMC.

Lepas ni dah boleh lega pergi masuk SBP atau MRSM dah ;)


Hoh, baru dapat khabar dari umi tentang budak ni yang setuju pulak dengan cadangan abah nak masukkan dia ke RMC. Allah, hai. Moga semuanya selamat untuk adik saya yang seorang ni. Huk.

Tapi ingat, ini baru kejayaan kecil yang Allah pinjamkan untuk usaha Anan tau. Banyak lagi benda yang perlukan kejayaan Anan lepas ni. :) Jangan banyak main dah. Form 4 bukan honeymoon year tahuuuu. Kakak sekeh kamu nanti kalau berjoli banyak sangat! Hah.

Nota kecil: Nan, kakak love youuu~ Ngeh3.

Sunday, December 19, 2010

saya rindu umi sangat sangat!

Hari ni saya simboliknya seperti ini. Tak faham pun tak apa, :)

Saya sepatutnya dah pergi beradu sekarang.

Tapi disebabkan esok budak-budak PBL nak buat jamuan ringkas untuk akhir Semester 3 ni, kerahkan juga diri sediakan puding caramel untuk diorang :) Apalah sangat puding caramel ni kalau nak dibandingkan dengan Nasi Tomato hasil air tangan Muhaimin nanti. Teeheehee.

*Dah kecur air liur ni. Ayyok!

Dan saya rasa saya dah terlalu rindukan umi sangat sangat sampai Allah Taala beri peluang untuk umi call anaknya yang seorang ni jauh-jauh dari Malaysia hari ni. Dua kali pulak tu! Ingat senang ke, cik Nuha? Awak patut bersyukur tau!

:')

Err. Saya dah puas menangis dah tadi. Cadangnya esok petang lepas kuliah terakhir, saya nak giat membuat karipap untuk bekalan cuti belajar yang selama sebulan ni. Tup tup, masa nak mengupas kentang guna potato peeler tu, saya pergi kupas kulit jari sendiri....

*Kalau nak digambarkan luka tu, mungkin boleh kata jari saya dah tak ada rupa jari lagi. Rata. Dah tak ada lekuk. Allah. Yang tukang describe ni pun tahu ngeri.

Akibatnya, darah tak mahu berhenti mengalir sampai EMPAT JAM. Lepas mengadu pada umi (huhuhuhu, saya memang anak umi saya), terus call kakak usrah; Kak Ha, dan seret sepupu saya mintak tolong temankan ke mostashfa.

Elok elok je depan doktor, darah saya berhenti mengalir. Tak tahu nak merungut ke tak, sebab sampai je rumah...., darah mengalir deras balik. Apekaaaaah? T___T Sebenarnya terlebih dari bersyukur tak perlukan suture walaupun lukanya dalam. Kalau perlu dijahit, mungkin wassalam saya jawabnya.

Dan singgah ke farmasi, pharmacist tu suruh saya telan broad spectrum bactericidal antibiotic tablet. Ternganga la kejap. Bactericidal? Fuh, kronik juga luka saya ni rupanya... Tapi hebat mana pun ubat tu... saya payah nak menelan. Aduhai.

Umi, nua cairkan ubat tu lepas kerat empat. Hihi.

Darah, awak ni nakal macam internet saya! Depan mama hamboi kemainnnnn. Tiptop, laju habis. Tak baik tau buat saya macam niiii, :(

P/s: Esok PBL terakhir dengan mereka semua tu. Huk. Akan rindu kamu kamu kamu kamu. Err, dah tak larat nak taip perkataan kamu lagi. Semua lah saya akan rindu! Tak keterlaluan kalau kata this is the best PBL group I've had so far. Kot. ♥

Sunday, December 12, 2010

moga terusan mekar ke Firdausi.

Untuk dua bidadari hati (baca: sahabat fillah) saya, like I said on my status, thank you so much to both of you, for being born today, 19 years ago... Dan syukurLillah Allah menemu-silangkan takdir kita bertiga untuk berjumpa, berkenalan dan bersahabat.

Serius, takkan pernah jemu untuk katakan yang kita sayangkan korang, Lillahi Taala.
:')

Moga rasa kasih untuk kalian ini, indah mekarnya hingga ke pintu Firdausi... Allahuakbar, ameen ameen inshaAllah. Dan, sangatlah teringin nak hadiahkan lagu bawah ni untuk korang berdua, hihi.



I almost cried hearing this song, mengenangkan pertalian hati kerana Allah Taala antara kita bertiga. Moga Allah Taala mengasihi kalian berdua kerana menyayangi sahabat kalian yang sorang ni keranaNya.
:)

Sanah helwa, sayang sayang saya! ♥

Friday, December 10, 2010

kerdil dan indahnya menjadi hamba.

Saya lagi sedang menghukum sebenarnya. Tapi tak kuat. Dan akhirnya saya terpaksa biar melolos lagi... Tahu tak, saya memang perlu mengajar kamu ni? Mana boleh kalau kamu berjaya je saya hadiahkan segala benda, sedangkan kalau mengecewakan, dibiar tanpa balasan.

Kamu tak aci. Tak aci sangat.
Dan akhirnya, saya jadi marah dengan diri sendiri.

Okay. Bebelan yang tak terluah pada manusia, saya cakarkan di sini. Maaf untuk kamu-kamu yang jadi mangsa terpaksa membaca. Ma3lish jiddan. Tapi saya tak boleh janji untuk tak ulang kembali. Makanya, ma3lish lagi. :(
.
.

Sebenarnya mahu hadiahkan lagu ini untuk kita kita yang status hidupnya adalah hamba Ilahi.

Umi saya kata, kalau kita nak beri sesuatu pada seseorang, kita kena bagi benda yang paling kita suka, yang paling kita sayang. Makanya, sudi tak nak terima lagu yang paling indah bagi saya...? *tangan menyusun jari sepuluh, dibawa ke bibir, dan mata terkelip-kelip.

Kernanya, lagu ini tak pernah gagal untuk mentarbiyah saya setiap kali dijadikan santapan halwa telinga. Kadang-kadang tu diulang-mainkan sehingga ketiduran. Moga kamu turut rasakan betapa indahnya menjadi hamba dengan rahmat yang tak putus-putus dari Ilahi. *senyum.

InshaAllah, saya doakan.

Indah, kan? :')
Betapa kalau tiada maghrifah dari Tuhan,
kita mungkin saja takkan pernah dapat hidup tanpa resah di dunia,
mengenangkan timbunan dosa yang tak terampunkan
.
Allah.

Kak Ha katakan pada kami sewaktu usrah petang menjelang Maghrib tadi, sewaktu Allah Taala tanyakan siapa di antara ciptaanNya yang sanggup mentabir bumi, tiada siapa yang menyatakan persetujuan.

Tumbuhan menolak, burung menolak, bahkan gunung-ganang juga menolak. Hanya Nabi Adam a.s yang sanggup mentabir bumi. Sebab tu, kita-kita ni, digelarkan khalifah Allah di muka bumi. :)

Dan saya sukakan usrah yang sebegini. InshaAllah mahu teruskan berusrah bila balik ke Malaysia, dengan izin Tuhan.

Tuesday, December 7, 2010

gugurnya daun-daun layu.

Sepanjang petang membawa ke malam.

Banyak sangat dosa khilaf saya, makanya Allah uji sampai begini, kan? :') Mulanya mengomel dan mengaduh juga... tapi bila difikir-fikir, kalau ini permulaan gugurnya titik-titik hitam dalam hidup saya sempena permulaan tahun baru dalam Islam...

Allah, rasanya sakit yang ditanggung ini tak ada nilainya.

Apalah sangat migraine yang dah lama tak mengacah saya, tiba-tiba datang menyerang bagaikan bilahan pisau paling tajam baru diasah, menikam kejam bahagian kiri otak sampai bekerut-kerut muka dan susah nak membuka mata.

Dan saya yang sedaya upaya tetap tersenyum dan bergelak ketawa..., mendengar celoteh housemates kesayangan sekaliannya sambil memasak hidangan malam tadi.

Apalah sangat, kan? :')

Dan ketika tulisan ini saya taipkan huruf-hurufnya pun, sakitnya masih terasa..., tapi saya kena kuat. Mana boleh dimanjakan sangat tubuh ni. A professional daie to be (inshaAllah in the near future) can't be too mellow, yes?

Saya tak mahu lepaskan peluang menyambut Maal Hijrah dengan mahasiswi lain di dewan Perubatan Cawangan Mansurah, makanya dalam kesakitan saya gagahkan diri hadiri Forum sambutan Maal Hijrah bertemakan Mencari "Spirit" yang Hilang.

Dan saya tak dikecewakan. Allahuakbar!

Terima kasih sangat pada ahli panel yang banyak memberi ibrah tentang erti penghijrahan. Tentang bagaimana perlunya kita mentajdidkan niat, juga tentang apabila terhakisnya keimanan, kehidupan beragama juga akan turut terjejas.

Dan kata-kata yang paling suka, tentang bagaimana mahu tahu Allah ingat akan kita. :') Yang mana saya diberitahu, pada saat kita mengingati Allah, maka pada saat itu jualah Allah mengingati kita. ♥

Tak sia-sia saya korbankan cuti hari Selasa saya; melompat turun dari katil, berperang dengan kedinginan air paip di kala pagi, dan berjerih melawan asakan migraine yang tanpa henti pada permulaan awal Muharam ini. :')

Yang mana bagi saya, sakit ini merupakan sebaik-baik hadiah tahun baru yang pernah saya terima, tanda kasihnya Dia pada saya. Tidak ada yang lebih istimewa daripada nikmat berpeluang diuji oleh Allah Taala... demi sebuah permulaan hidup yang baru, inshaAllah.

Jangan diucapkan takziah pada saya untuk kesakitan yang sedang saya rasakan, kerana sungguh, tidak ada sakit yang lebih indah daripada ini.

:) Salam Maal Hijrah 1432H. Wallahua'lam.

Nota kecil: Umi dan abah, I have taken my Caffox for the migraine. Need not to worry, :) I'll be fine inshaAllah, and definitely won't be missing lectures. Heehee.

Sunday, December 5, 2010

kalau mahu saya mencium bumi.

Dan kosongnya aku tanpamu seperti ini.

Saya harap apa yang dicuri daripada saya dikembalikan. Tolong pulangkan...? Saya dah hampir lelah di sini. Kepenatan mencari apa yang saya kehilangan sebelum tahu bahawa saya kecurian.

Kalau mahu saya melutut menunduk mencium bumi, tanpa sedikitpun menadah pandangan ke langit, inshaAllah saya akan cuba usahakan. Cumanya, kamu perlu bersedia untuk pulangkan apa yang kamu ambil tanpa izin.

Saya dah tak kisah dengan maruah saya kalau perlu merayu pada kamu. Apa yang telah kamu ambil tanpa kerelaan saya tu, saya lebih perlukannya...

Untuk kembali.

Saya dah bukan diri saya tanpa dia. Pulangkan...? Tolong? Atau sememangnya saya perlu hukum kamu? Allah.

-Kedegilan.

Wednesday, December 1, 2010

ini untuk zuriat saya (juga kamu).

Assalamualaikum.

Dengan lafaz Basmalah, entah kenapa hari ni terasa ingin tuliskan pengisian yang saya dapat ketika berliqa' mentor Jumaat lepas dengan Naqibah sementara saya; Kak Ma supaya boleh jadi bahan bacaan untuk zuriat saya nanti. :)

Bakal-bakal zuriat mama (sebenarnya masih tak decide nak bahasakan diri bagaimana, he he),

ini tulisan pertama yang mama tuliskan, atas nama kalian. Makanya mama nak kisahkan tentang hadis pertama dari hadis 40, susunan Imam Nawawi dalam kitab karangannya yang diberi nama Matan Arba'in. Baca molek molek ya sayang.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ))

yang mana maksudnya; Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.

Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Rezeki terindah yang dikasi Tuhan (baca; anak-anak) untuk mama, niatkanlah segala apa pun yang kamu lakukan lillahi taala.

Kalau nanti datangnya waktu 'kuatnya keinginan dan usaha kamu untuk mencapai kejayaan' semata-mata kerana mahukan pujian atau hadiah dari mama dan papa, ketahuilah anakku sayang kalau semua usaha kamu tu akan jadi sia-sia.

I'll surely acknowledge and congratulate you for your success, my precious. Tapi redha Allah juga penting, kan? Maka niatkan lillahi taala :)

Kenapa tulisan mama yang pertama untuk kalian, mama tuliskan tentang niat?

Sebab bila kita berniat, kita berniat dari hati, kan? Dan hati tu satu 'centre' untuk semua tindakan kita. Kalau qalbun baik, maka baiklah seluruhnya. Kalau tidak, maka sebaliknya. Hati bukan liver ya sayang. Bukan juga jantung.

Hati yang ini, yang mama maksudkan ini, tak diketahui mana letaknya dalam diri kita.

Janganlah dikisahkan untuk dihias penampilan (pakai labuh-labuh supaya orang memuji), sedangkan hati dibiar terkontang kanting sendiri. Allah Taala tak melihat pada luaran kita, tapi pada hati.

Tempat yang Allah selalu pandang ini, mama harapkan zuriat mama dapat hiaskannya dengan seindah-indah perhiasan.


:)

Berzikirlah, bertasbihlah, bertahlillah, bertakbirlah, bertahmidlah, anak-anakku. Sesungguhnya mama akan sentiasa meredhakan kamu. Anak-anak mama, maaf ya, mama cuma sempat menulis sampai di sini. Nanti mama kongsikan lagi. Mama sayangkan kamu semua. ♥ ^_^

Nota kecil: Saya sayang adik-adik usrah saya. SyukurLillah, mereka dapat menerima. Err, maaf. Dah lama tak menulis. Saya tak mahu beralasan tapi sememangnya sedang sibuk dengan kuliah. Lagi-lagi sekarang dah masuk case 8, T___T

Alhamdulillah thesis sudah hampir siap, kalau tidak, lagilah tak bersentuh langsung blog ni. Moga Allah permudahkan urusan kita semua ye.