Tuesday, November 23, 2010

syauqah wardah. teringin.

Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

Sabar, lah sayang. Tahan kan. Masa yang tinggal sudah takkan lama; sementara. Sikit saja lagi. Sikiiiiiit macam ni. Simpankan hingga tiba waktu; yang selamanya. Dan bila detik saat itu tiba, luruhkan segalanya.

Untuk dia. Dia seorang, jangan yang lain. Sembunyikan hanya untuk dia. Yang teristimewa. Awak takkan menyesal.

Kerana awak syauqah wardah yang saya sayang. *senyum*
.
.

Edisi menyelit.





Mungkin sudah sedikit terlewat untuk dikongsikan. Maaf, ya! Saya pun baru je tengok tadi ni. :) Ini untuk keluarga dan teman-teman rapat di Malaysia, juga buat kamu-kamu yang mahu melihat bagaimana suasananya merayakan Aidil Adha di perantauan.

Meriah, kan?

Monday, November 22, 2010

edisi membebel.

Berborak dengan Kak Mira, sewaktu Early Experience di Chest Department; Mostashfa El Gam'ah Mansoura, sementara nak menunggu Doctor datang.

*Isi perbualan dirahsiakan, kerana banyak bercerita tentang "masa lalu" je. Eheh.

Dipendekkan cerita, setiap yang namanya manusia, sebelum ditimpa oleh hidayah milik Tuhan, dia mesti ada "cerita" yang tersendiri dalam kamus hidupnya. Oh, betul sangat. Bukan setakat cerita, jerangkung pun ada dalam almari tu hah.

*dah monyok, dipadam. ditukar senyum, dipadam. entahkan emosi apa yang wajar ditunjukkan. Allah hai.

Yang paling diingat, kalau Kak Mira katakan; untuk kita-kita ni berada di "jalan" yang kita tengah melangkah sekarang, banyak pengorbanan kan? Awak pun mesti dah korban banyak benda... Korban perasaan, yang itu paling sakit, kan?

:')

Terima kasih, kak. Sudi mendengar budak yang seorang ni membebel macam tak ingat masa tu ada di hospital -.-" Padahal perbualan bermula dengan kak Mira meminta izin untuk membaca novel Terasing tulisan Hilal Asyraf (yang mana saya gigih angkut dari Malaysia, hehe) lebih awal daripada Sabrina.

Terus melalut entah ke mana-mana.

P/s: Dah buat 'jadual harian Nuha Muneerah sebagai Medical Student'. :) Doakan saya berjaya disiplinkan diri ikat diri di meja study, okay! Final tinggal kurang lebih dua bulan. Huh.

Friday, November 19, 2010

kata-kata yang memanah.

"Ana hendakkan akhawat yang hatinya jernih, tak pernah berisikan mana-mana ikhwah. Akhawat yang bebas dari cinta duniawi. Ana berhak dapat akhawat yang lebih baik daripada mereka yang pernah berkongsi perasaan bersama ikhwah lain, sekalipun dia sudah menyesal."

"Selama ni saya jaga hati saya daripada ada perasaan pada lelaki. Takkan lah senang-senang je jodoh saya dengan orang yang pernah bercouple, walaupun sekarang dia dah berubah. Bukan janji Allah tu, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?"

"Aku tak boleh terima kalau bakal pasangan aku orang yang pernah bercouple. Tak boleh! Tak kisah lah dah bertaubat ke tidak. Punyalah aku tahan diri tunggu jodoh sampai, tup tup dengan perempuan yang tak menjaga hati dan imannya pulak. Huh, tak boleh!"

- Dan entah berapa ratus lagi kata-kata seumpama ini kedengaran dan terbacakan.

Kalau yang gadis atau lelaki itu sudah menyesal dan bertaubat di atas masa lalunya, apa kamu masih takkan mahu menerima...? Masih takkan...?

Allah.
Terlalu mahal rupanya harga yang perlu dibayar untuk masa lalu yang kelam.

*sebak*

Apa kamu pernah terfikir, kalau frasa 'Lelaki baik untuk perempuan baik (dan sebaliknya)' itu, terjadi sesudah kamu melafazkan atau terikat dengan akad? Betapa berubahnya pasangan kamu itu, sesudah kamu diijab kabulkan.

Allah.

Jangan pernah kamu sisih atau hinakan mereka yang ilmu agamanya jauh bawah dari kamu. Kerana kamu tak pernah akan tahu kan, bilamana mereka akan berubah, sekali melepasi tahap keimanan yang kamu banggakan.

Menyelit: Dah terbukti. Saya memang takkan pernah layak untuk sesiapa. :) Sekian, terima kasih.

Thursday, November 18, 2010

Diari Korban.

Jujurnya, yang sedang menulis ni masih jauh untuk kenal erti pengorbanan yang sebetulnya. Apa belajar jauh dari Tanah Melayu ini, berjauhan dengan keluarga dan sahabat tersayang ini; namanya pengorbanan?

Pengorbanan rasa, pengorbanan tenaga, pengorbanan kewangan. Semua semua ini. Apa makin dekat atau makin jauh dari 'pengorbanan' yang dulu kala?
.
.

Raya Aidil Adha kedua tanpa keluarga yang menemani bersolat sunat raya berjemaah. Takbir raya tanpa alunan lagu seperti di Malaysia, entah kenapa hati jadi kurang sayu. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Abang Mu'az (yang juga ketua segala musyrif) beraksi.

Melihatkan lelaki-lelaki yang lincah 'menundukkan' binatang yang bakal dikorbankan, kami yang gadis-gadis ni jadi terfikir sesuatu.

Lelaki; yang pakaiannya tak terkena darah hasil sembelihan atau paling kurang tangannya tak memerah dek darah, dia bukan 'lelaki'.

Hah.

Sambutan Aidil Adha di Istad Gam'ah tadi... yang pentingnya makan hidangan dan bergambar. Alhamdulillah, mission accomplished! ;) Notice: Pictures were blurred on purpose yea.

Bersama adik-adik usrah saya, yang kiri Ada dan yang kanan Fida. ♥

Ukhuwwah fillah abadan abada, inshaAllah. ♥ Biiznillah, tentunya.

Menyelit: Err, kamu yang berjubah biru. Jangan bagi mata kita bertemu lagi, jangan cari saya dalam ramai walau sekali. Tolong? :( Hati saya boleh berderai kalau terusan begini.

Wednesday, November 17, 2010

Iskandariah.

Alhamdulillah, selamat be-rehlah di tanah Iskandariah untuk satu malam. Buat sahabat yang malar hijau di jiwa dan mata (hah, mesti awak kembang semacam di rumah tu kan?), terima kasih banyak sudi menerima kehadiran kami yang berempat ni.

Jazakallahu khairan jaza'. Hanya Allah yang dapat balas budi baik awak dan teman serumah sekaliannya. Sila terima kasih sayang kawan awak yang melimpah ruah ni, haha.

Kalau nak dikisahkan, perjalanan ke Alexandria yang tanpa bertemankan musyrif dari Mansoura ni memang ada berunsurkan thriller. Memang meningkatkan kandungan adrenalin dalam darah tanpa sengaja!

Dan, kandungan jaulahnya begini.
  • Korbankan tidur malam demi perjalanan seawal selesai Subuh.

  • Kenderaan yang terus hilang dari pandangan tanpa jejak didalangi kabus tebal.

  • Gadis yang ketinggalan keretapi; yang entah sejak bila meninggalkan landasan awal daripada biasa.

  • Menemukan alternatif lain untuk ke Alexandria; Peugeot, dan lelap sepanjang perjalanan tanpa menghayati pemandangan.

  • Ditipu hidup-hidup dengan pemandu teksi (berulang kali) bila sendirian, bertemankan musyrif jadi selamat.

  • Melawat King Farouq dengan tremco bertemankan dua lelaki; Ujai dan Mirwan. Terima kasih banyak untuk jasa kalian menangkap gambar kami dan juga membayar segala macam tambang tremco, teksi, tiket ke sana ke mari. Allah, jadi segan.

  • Makan tengah hari berenam, dan pulang ke rumah sahabat kesayangan untuk bersolat jama' zuhur dan asar sebelum keluar untuk ke perpustakaan Iskandariah yang terkenal dan tertua. *Jaw-dropping berlaku.

  • Akhirnya menghabiskan masa dari Maghrib membawa ke hampir tengah malam di Carrefour, menyusuri deretan kedai mewah yang melenguhkan kaki, tapi menyeronokkan hati.

  • Esok harinya, berjalan berdua menaiki tram bersama sahabat kesayangan, mereka yang lain berjalan lagi ke sana ke mari mencari barangan.

  • Tak pernah jumpa penjual tudung yang lebih 'majnun' dari budak di kedai tu, dan tak pernah ketemu pemandu teksi yang lebih biadap dari lelaki tu. Huh.

Lain waktu mungkin bakal diceritakan segala, sekarang masih sedang dalam mood berhari raya! ;D Kollu sana7 wentum b5eir, inshAllah.

Saturday, November 13, 2010

ketika dinihari.

Terbaca entah di mana... yang kalau di musim sejuk (yang bakal hampir) untuk yang di balik dunia ini, bagaikan musim bunga yang indah mekar bagi hamba Allah yang mu'min.

*tersenyum* Kerana apa?

Panjangnya malam musim sejuk, maka dia bangun dari lena yang memutuskan hubungan roh dari jasad, lalu mendirikan qiyamullail; tanda kerinduannya bermunajat pada Ilahi.

Singkatnya siang musim sejuk, maka dia menahan nafsu dari waktu pamernya matahari yang sekejap cuma, lalu berpuasa; tanda kecintaannya pada sunnah nabi.

:) Allah, terasa terngiang-ngiang bait kata-kata ini.

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunan-Mu

:')

Wednesday, November 10, 2010

maaf, lah. masih membebel.


Rasminya, cuti untuk Hari Raya Aidil Adha bermula hari ini selama seminggu. I could simply treat this holidays as an escapade for the preparation of 'mental war' of mid sem exam last Sunday. Walaupun lepas habis exam je semedang satu hari menghadap internet -.-"

Cadangnya cuti yang seminggu ni mahu dihabiskan dengan berjaulah ke tanah Iskandariah. *teruja. InsyaAllah, akan berjumpa dengan sahabat yang dah berkawan dengannya sejak dari darjah 4 lagi membawa ke saat ini, antara sahabat yang paling banyak pegang rahsia tentang hati saya. :')

Bie, do wait for me oke? insyaAllah tak ada aral tiba lah kami nanti. Can't wait to see you after one month we both arrived here in Egypt! ♥

Oyya, tak sempat nak bercuakan sesama rakan berdebar memikirkan apakah result yang bakal diterima, Isnin dah tertampal resultnya berdekatan dengan Syu'un Tullab. Pergh, dah maju hangpa (egyptian) semua naa? Heh.

Tuhan, takdirMu kali ini aku terima dengan berlapang dada.
.
.
Jadi terfikir tiba-tiba. Kenapa, kadang-kadang, orang yang paling kita sayang, adalah orang yang paling susah untuk disayang?

Apa mungkin kerana dia tahu kita sayangkan dia, makanya dia tak perlu khuatir untuk lakukan apa-apa? Kerana dia tahu kalau adanya kesalahan dia, walau seteruk mana, walau sehebat mana, kita tetap akan memaafkan? Hanya kerana dia tahu kita teramat sayangkan dia? Begitu?

Aku jadi hampir hilang bahasa mahu 'membahasakan' makhluk Tuhan yang seorang ini.
.
.
Sebetulnya, bila seseorang itu dah terkena, dia akan belajar dari kesilapan lalu, kan? Kalau seseorang itu tergelincir teruk di lantai yang licin, lain kalinya, bila ternampak sisaan air di lantai, dia akan lebih berhati-hati untuk memijak, kan? Bilamana seseorang itu ditipu dengan hebatnya, lain waktu, dia tidak akan bulat-bulat terus percaya, kan?

Siapa saja yang membiarkan sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya dua kali...? Makanya, saya mohon pada kamu, jantung hati saya; bacakan ini berulang kali dan moga Allah lindungi kita semua dari yang namanya putus asa dan alpa.

Monday, November 8, 2010

melepaskan yang terbeban. (membebel)

Sedang cuba untuk 'bernafas'. :)

Seminggu yang menyesakkan dada. Seminggu terperap dalam rumah tak melihat cahaya kecuali dari lampu kalimantang (?), dan seminggu berhadapan dengan nota-nota kuliah sepenuh masa. Serius study sampai sesak nafas, lemas dan rasa nak throw up. Literally.

Patutlah bila bagi nota je senior kata: Hah, belajarlah sampai muntah. I never thought that the feeling would somehow happened to be true T____T

Seminggu study leave diberi, semata untuk midsem exam yang masanya cuma 1 jam, 1 kertas. Hoh, memang terbaik. Dan natijahnya, saya serahkan pada Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya yang seorang ini.

Makanya, kalau ditakdirkan keputusan tak sebaik yang diharapkan (nauzzubillah minzalik), saya perlu redha dengan takdir Tuhan, kan? Sedang saya tahu sejauh mana cintanya Allah Taala kepada hamba-hambaNya.

Tuhan tak sekali-kali menciptakan manusia untuk diazab, tetapi Dia menciptakan kita dengan tanganNya, kemudian memuliakan kita di atas seluruh makhluk dengan memasukkan kita ke dalam syurga; negeri yang abadi.

Apatah lagi setiap takdir yang diatur Tuhan merupakan langkah yang dipersiapkanNya untuk kita menuju ke sana.

Makanya, kalau adanya terjadi takdir yang menyakitkan dan musibah yang melanda, ketahuilah kalau semua itu hanya 'alat' yang Allah gunakan untuk memperingat para hambaNya akan hakikat adanya mereka di dunia; yang kalau dunia ini bukanlah tempat tinggal kita.

Dunia adalah negeri ujian. Segeralah kembali kepadaNya, sebelum kita hilang kesempatan... Bukankah Allah Taala telah berfirman;

"...Dan Kami timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)." -Surah az-Zukhruf: 48.

"Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." -Surah as-Sajdah: 21.

Moga kalau saya 'hilang' daripada jalan menuju Cinta, saya akan bersegera untuk kembali padaNya. Tanpa henti.

Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin. ilalliqa', insyaAllah. :)

Sisipan kecil: Duhai hati yang seringkali berbolak balik, janganlah adanya kamu terkorban dengan dunia. Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

Friday, November 5, 2010

Ini untuk kita.

Yang jiwanya sedang lagi kacau, yang rasanya sedang ranap, yang hatinya lagi sedang berantakan. Ya, ini untuk kita. Moga kamu turut dapat merasa, betapa 'runtuh'nya gadis ini untuk terus berlari di sini.


Oraklah senyuman,
Biar betapa lelah longlai jasad terasa,
Biar betapa jemari menggigil kencang,
Biar betapa nafas menderu sesak mengah,
Biar betapa hati jadi jerih dalam pedih,
Biar betapa mata lemah deras berkaca.
Tetaplah kau ukirkan,
Seadanya apa senyuman,
Agar sembunyi seketika segala gundah resah,
Di kala dada terasa bagai mahu pecah.


" Kuat, lah sayang. Bertahan. "

" Walau betapa keruh air di hulu, mungkin juga akan jernih di muara. "

" If you can't run, walk. If you can't walk, crawl. You glide, you hop, you roll, whatever it takes. You can't stop. By all means, you just have to keep moving! "

*lagi sedang memujuk*

Baik. Baik. Sedang gigih menampal luka-luka lah ni. Saya takkan putus harapan biarpun terpadam semua lilin cinta, iman dan damai dalam dunia. Lilin yang satu ini, saya akan jaga sehabis nyawa.