Saturday, October 30, 2010

kali ini bila belajar,

... saya mahu belajar kerana ilmu untuk masa depan, bukan hanya sekadar bagi lulus peperiksaan. insyaAllah.

Biar ilmu terus melekat jangan tanggal-tanggal. I desperately want to know all the knowledges by heart.

:)

Kata-kata semangat hari ini: Study Lillahi Taala, semua untuk diri sendiri, umi dan abah takkan dilupa sekali-kali.

P/s: Dua hari tak online tak rasa kehilangan. Pelik. Boleh rupanya hidup tanpa internet walaupun wayarnya dicampak cuma ke tepi tingkap bilik. Ohoh. Sedang mencuri masa cover Pathology of Anemia sebenarnya. ilal liqa', biiznillah.

Assalamualaikum.

Monday, October 25, 2010

kita yang jadi segan.

Sekarang, kalau ditanya kenapa makin jarang menulis setiap hari... jawapannya saya makin sibuk dengan urusan dunia. Serius, dah makin sibuk nak mengejar masa menyiapkan urusan duniawi. Sibuk sibuk pun, tidur tetap pukul 10malam jugak -.-"

I do intend to start staying up late to revise the anatomy and tons of lectures, tapi jarum jam tak sempat nak strike 12am lagi dah mengagau mencari katil di belakang ni. So how? T__T Nasib baik bekalan Nescafe 3 in 1 untuk study week sekotak kat atas meja tu hah.

Alhamdulillah jadual kuliah untuk Semester 3 ni tak sepadat sewaktu di Semester 1 dan 2. Siap ada cuti dua hari lagi Khamis dan Jumaat *senyum lebar. So yang sibuk tu tang mana ye? You may ask.

Entahlah. Namanya pun urusan dunia... :( Cumanya, diharap urusan dunia ni dapat menjadi bekalan untuk saya di akhirat nanti, insyaAllah. Kalau tak banyak pun, sedikit pun jadi lah. Masih sedar kalau tahap kelayakan aku tu di mana. Heh.
.
.
Allah did not promise that life would be easy. But He did promise to always be by your side, in every step of your life.
:') Dia tak pernah tak bagi kita segan padaNya, kan?

Malam tadi, dengar Penawar Hati alunan Hijjaz kalau tak salah. Katanya lebih kurang begini. Anas R.A. mengkhabarkan bahawa, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah telah berfirman, maksudnya;
Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampunkan bagimu, apa yang telah terjadi daripada kamu, dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.

Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepadaKu, Aku ampunkan bagimu, dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.

Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku isi semua itu... dengan pengampunan.
Allah, Allah, Allah. :'( Sampai begini sekali sifat ar-Rahman Allah Taala, kan? :')
.
.

Oh. Rata-ratanya sekarang ni semua sedang menghidap penyakit examinitis. Betul tak? Yang di sini tak kurang juga. Err, kamu tanyakan tentang symptoms dan etiology? Hepp, ingat ini case PBL ke nak buat objektif segala?

Symptoms: Lack of sleep, migraine, depression, tend to be near books or library, tailing doctors and professors, tons of papers and notes on study table, nervousness, lack of apetite (sebahagiannya).

Etiology: Pressure from parents or oneself, determination to succeed, self-satisfaction, fear of failure, last minute of study, and etcetra.

:p Boleh pulak dibuat main, yeeee?

Okay, lah. Sengaja hilangkan tekanan sebelum kembali bergelumang dengan nota kuliah dan objective case sekaliannya. Yang beberapa minggu akan datang ni, mungkin akan lebih menyepi.

Err, tak berani nak janji sebab selalunya kata-kata memang akan memakan diri. Macam kena sumpah ke apetah. -.-" Makanya, kalau saya punya kesedaran yang amat tinggi, blog ni akan bersarang seminggu dua. Kalau ada yang betul-betul saya perlu tuliskan, maka ada lah nanti. InsyaAllah, insyaAllah.

:)

Selamat ya sesiapa yang se-batch Semester 3 ni! Bittaufiq wannajah, biiznillah. Bismillahi tawakkaltu alAllah.

Thursday, October 21, 2010

Cinta di antara Benua Asia.

malam terakhir bermesra bersama, sebelum saya berangkat esoknya ke Mesir :'(

Sebenarnya nak letak 'Cinta antara Benua' saja tapi memandangkan semua pun dalam Benua Asia, maka terpaksalah jadi kurang dramatik sikit.

Yang paling kiri di Asia Tenggara (bahasa mudahnya Malaysia), yang tengah di Asia Selatan (kata lainnya India) dan yang paling kanan, di Asia Barat (kamu tahu saya di mana, hehe).

Okay sekarang semua pun tahu bila adanya tulisan ini, maknanya saya sedang merindukan dua makhluk indah ciptaan Allah Taala ni, T___T Rindu yang sudah menggunung dan tak mahu surut-surut.

Bayangkan, tiga bulan cuti di Malaysia, muka-muka ni lah yang saya mengadap saban hari. Ke mana-mana pun kalau tak berdua, mesti bertiga, ataupun beramai bersama. Salah seorang mesti ada.

Yang menculik saya keluar dari rumah pertama kali sejak balik ke tanah air pun, wajah ini juga. Yang setiap kali keluar, akan mengajak saya bersantap di Secret Recipe, wajah ini juga. Yang banyak berbual dengan saya tentang perasaan cinta pada Ilahi, wajah ini juga.

Mana mungkin hati ni tak cinta dengan mereka, :')

F, rindu kamu habibi. Seeing you smiling in those pictures of yours, I felt relieved, knowing that you're doing great. Keep that energy flowing, and I assure you that you'll be fine without us by your side.

Bila awak kata susah nak istiqamah tanpa ada kita di sebelah awak, kita rasa betul sangat sebab kita rasa yang sama. Tiba-tiba jadi payah. Mungkin sebab dah biasa ada awak ingatkan kita tentang sifat ar-Rahman Allah Taala. :')

Or maybe simply because you're my strength to survive, and one of the reasons for me to stand tall and still. I miss our chat in my room, I miss the moment when you showed me tons of video lectures by Imams & Sheikhs, I miss when we slept at Masjid Negeri; waiting to perform the Qiyamullail during Ramadhan.

I miss everything that involves you!

Q, please take good care of yourself. :) And your heart too. I don't wanna see you shattered into pieces. But if that ever happens (mintak jauhkan sangat ya Rabbi), we'll lend our shoulders and definitely our hands without hesitation, dear!

Bahibbukum ya sadiqati. ♥

P/s: You know you love me, teeheehee xxx Okay perasannya saya T___T

Tuesday, October 19, 2010

I stand tall and still.

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya sekarang aku dah boleh khabarkan pada hati-hati yang punya rasa ingin tahu tentang lamaran tempoh hari. Maaf, ya. Biar kamu menyangka sendiri sendiri :( Cumanya aku tak mahu mencanang berkompang bagai bila bendanya belum pasti.

Aku dah ditegur secara halus oleh Allah Taala yang kalau perancangan Allah tu melangkaui perancangan manusia.

Entah berapa banyak kali kan, kita mencanang kononnya hendak bertunang, menikah dan sebagainya, dipapar sana dan sini, tapi akhirnya... tak menjadi. Untuk itu, aku ambil langkah selamat. Mana lah tahu, hati yang sering dibolak balik ni berubah keinginan.

Kan haru tu.

Tapi alhamdulillah, segala pujian untuk Dia yang menciptakan segala, aku tetap dengan keputusan yang satu ni. Aih, lega bila semuanya dah bermula. InsyaAllah takkan menoleh ke belakang lagi.

Hmm, insyaAllah... gadis yang kamu sedang baca tulisannya ini akan menjadi mentor usrah buat adik-adik di tahun satu. Hee. Satu tanggungjawab yang besar, dan tak mudah, aku tahu. Tapi akan dicuba sedaya upaya. Dengan izin Dia, tentunya. :)

Aku antara orang yang sekarang ni merindukan halaqah dan mengimpikan kalau bakal jodoh dalam kalangan mereka yang menerima kasih tarbiyyah dari Ilahi. Aduh, tinggi pulak rasanya angan ni. Huk, (yang ini tiru kakak :p).

Semoga Allah redha dengan niat untuk membimbing adik-adik usrah dan dalam masa yang sama, untuk memperbaik diri sendiri. InsyaAllah insyaAllah.

Terima kasih, Tuhan. Kerana memberi hambaMu ini peluang untuk menyambung tugas Rasulku. :') insyaAllah aku takkan sia-siakan jalan yang Allah buka untuk menujuNya ni.

Doa kan? *muka berharap paling comel sampai kamu tak boleh bayangkan.

P/s: Middle semester exam tinggal kurang dari tiga minggu. Aduh. Tolong fokus untuk study ya sayang! ♥ Untuk yang kali ini, aku tak mahu lagi hempaskan harapan abah dan umi. :) If I succeed, kejayaan tu untuk abah dan umi tahuuu, he he.

Monday, October 18, 2010

Aamir El Deen.

Assalamualaikum.

Entah kenapa kali ni terasa macam nak kenalkan kamu pada seseorang, dengan spesifikasi, bukan secara rambang.

Aamir El Deen saya. Okay, bekas. Heh.
*Macam kena pangkah ‘saya’ tu tapi biarlah. Untuk kali terakhir, izinkan saya ya?

Pernah tak... kamu jadi suka pada seseorang tanpa lihat wajah dia, tanpa kenal dia luar dalam, tanpa tahu asalnya dia dari mana, perangainya semacam apa? Paling tragis, kamu jatuh suka pada dia, yang entah siapa-siapa.

Okay senang kata kamu jatuh hati secara dalam maya. Hah. Siapa pernah, pergi mengaku diam-diam dalam hati,cuma jangan tipu diri sendiri. :)

Aamir El Deen ini, aku sukakan dia kerana agama yang ada padanya. Kerana cara dia tunjukkan sekeping hati miliknya, melalui mainan tulisan kata-kata yang penuh hikmah dan fikrah Tuhan. Sungguh, dia tak perlu untuk buka mulut untuk buat para gadis menyimpan rasa.

Dan aku gelarkan dia Putera Agama. Aamir El Deen.

Dia bukan anak Pak Imam. Dia tak berkopiah, bersongkok setiap masa. Dia masih kurang di sana dan sini (seperti aku) tapi aku tahu dia sedang mencuba, sedaya upaya. Sehabis azam, tekad dan keringat.

Dan aku mendoakan dari jauh untuk dia, :)

Serius, aku tak pernah mahu untuk dia kenal siapa aku. Kalau boleh, biar jangan dia tahu langsung kalau wujud seorang gadis bernama Nuha Muneerah ini. Biar aku diam-diam saja menulis rahsia hati.

Dan aku sendiri tak mahu kenal dia lebih dalam. Tak senang. Berjerih aku menahan diri. Aku mahu dia jadi lelaki misteri yang cukup lah menemani aku dengan tulisannya. Aku tak mahu tahu macam mana rupanya, dan maklumat lainnya.

Kerana untuk pertama kali, aku jatuh suka pada seseorang kerana agamanya... *senyum simpul.

Cukuplah untuk awak tahu, kalau saya sedang mencuba untuk tak mahu kenal awak. Yang kali ini, kalau awak jodoh saya, saya serahkan pada Tuhan.

:)
Antara kata-kata yang aku pernah nukilkan untuk dia.

Kita cuma merancang dan berharap, kan? Dia akhirnya tahu kalau wujudnya gadis yang sedang menulis ini di sini. Dan kalaulah kalian tahu saat itu tahap tak tentu arah aku skala berapa... *menggigil*

Dan pada saat aku menulis ini, aku sudah tidak mengharapkan apa-apa dari Aamir El Deen tu. Sudah tak terlalu punya rasa pada dia. Dan beruntunglah kamu yang akan menetap di hatinya.

Pertamanya, aku sedar kalau aku tu seorang gadis yang takkan pernah layak untuk sesiapa. :) Kedua, dengarnya ada gadis yang hebat sedang diusahakannya. Merancang untuk menikah, barangkali. Dan aku, ikut bertepuk tangan meski hati...

*senyuman yang paling sukar untuk aku ukir.

Oh, aku tak apa-apa. :) Dia juga akan baca tulisan ini, tapi dia takkan pernah tahu kalau yang aku sedang katakan ini, tentang dia. InsyaAllah.

Aamir El Deen, saya doakan yang baik-baik untuk kamu. Teruskan berjuang, saya titipkan layangan dari tepian, kerana yang menyokong kamu dari belakang tu, ada gadis lain insyaAllah.

:)

Wednesday, October 13, 2010

penjaga pelindung kami.

Terrified. Disgusted. Pissed off.

All the feelings which I'm referring to the incident happened to me this morning. :'( Astarghfirullah hal'azim... There's nothing much to say except I have to be extra careful when stepping outside the verandah.

Or, I can simply never step outside the verandah again. Ever. Yes, that will do. And ouh, I should never hang my clothes during the day again. Everything should be done at night.

Allah. I plead Your mercy for whatever You've planned ahead of me.

And to you, the one whom flashed, seriously, I could have said YOU SHOULD HAVE NEVER BEEN BORN, but then again, I choose to disregard you.

Literally disregard you.

Untuk housemates kesayangan sekaliannya, tolong hati-hati ya. :( Takut dan risau ni. Dia tahu mana rumah kita.... Allah, cukuplah Kau sebagai pelindung kami, penjaga kami.

Kami berlindung padaMu, dari segala kejahatan di langit dan di bumi, ya Ilahi.

Tuesday, October 12, 2010

keajaiban milik Ilahi.

Tadi, selepas bersolat Maghrib, aku capai al Quran dari side table macam biasa, dan buka muka surat yang ditanda. Aih, terubat rindu pada kalam milik Ilahi, *senyum nipis. Baca dan baca, aku makin tenggelam dengan keindahannya.

Dan tiba-tiba jadi tergerak untuk membaca terjemahan ayat yang sedang aku alunkan. Entah kenapa rasa terkedu sekejap. Seolah-olah Allah sedang betul-betul menegur dengan lembut, hambaNya yang masih hina ni.

:')
.
.
(Allah) berfirman, "Maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina."

(Iblis) menjawab, "Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan."

(Allah) berfirman, "Benar, kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu."

(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."

(Allah) berfirman, "Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Sesungguhnya barangsiapa antara mereka ada yang mengikutimu, pasti akan Aku isi neraka Jahanam dengan kamu semua."

-Surah al-A'raf, ayat 13-18.

Allah.

Sesungguhnya Kau
memang Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam diri ini, kan? Jauh ke dalam. Aku tahu Kau sentiasa mengetahui, ya Khaliqi.

Aku tahu, tapi hambaMu ini tetap masih begini.
Allah.
Aku rindukan Kamu.

P/s: Maaf, aku tahu aku tak layak untuk sisipkan apa-apa.

Sunday, October 10, 2010

jawapan.

Pagi tadi, kurang lebih pukul 8. Henfon yang di atas katil berdering kuat. Jujurnya terkejut jugak. Entah siapa menelefon pagi-pagi waktu seluruh warga Mansurah sedang ligat menyiapkan diri untuk ke kuliah.

Aku lebih-lebih lagi. Dengan si Chitah di sebelah tengah menggosok (see? aku bagi nama kau selit sekali :p).

Em, si pelamar melamar lagi untuk kali kedua. Dan kali ini, dengan keyakinan yang lebih dari yang pertama kali lamaran dihulur, aku katakan "insyaAllah," dengan senyuman. Er, kira aku setuju lah dalam berkias.

:)

Sebetulnya jantung sedang berdegup laju di saat jari jemari leka menaip kata-kata yang akhirnya menjadi bacaan kamu. Allah. Redakan, redakan. Laju sangat sampai jadi sakit. :(
.
.

Rugi tak balik Egypt awal-awal tengok banyak kuliah yang kena cover semula. Kes pertama masih banyak yang tertangguh, ni dah nak habis kes kedua. Hah. Bagus lah tu. Isnin ni dah dapat kes ketiga.

Hebat sangat dah.

Dengan tuisyen malamnya, siapa lah yang sudi tawar diri jadi musyrif...? :( Allah. Mudahkan, mudahkan.
.
.

Wahai mata pinjaman Ilahi,
tolong sedar diri.
usah memandang yang namanya ajnabi.
kamu bukan apa-apa,
kalau Tuhan menarik nikmatnya nanti.

Hati yang sukar untuk dipelihara,
minta jangan terus terleka.
bantu aku bina kubu
untuk terus berjaga-jaga,
kalau taufan "rasa" datang tanpa disangka.

Allah. Pinjamkan aku kekuatan untuk terus bertahan.

:(

Tuesday, October 5, 2010

maaf sangat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf sangat kalau tulisan yang lepas mengundang tanda tanya dan kesimpulan yang bukan-bukan dari kamu. Sebetulnya lamaran tu tak ada kaitannya dengan yang bergelar lelaki. :) Sikitpun tak.

Siapalah hamba Allah yang sedang menulis ni sampai Allah nak menghadiahkan seorang peneman buat waktu dan ketika ini. Tak layak pun untuk sesiapa. *senyum sumbing. Dan masanya juga belum sampai lagi.

Jauh.
Ke depan.

Jadi umi jangan risau, ya! Pesan abah orang ingat sampai sekarang.

Emm. Bukan dah ditulis dan dihitamkan kalau lamaran itu ada kaitan dengan membantu agama Allah...? Rasanya dah boleh faham sekarang, kan? Maaf, lah. Tak boleh cakap secara jelas kerana bendanya belum pasti.

Lagipun pandangan umi dan abah belum diambil kira ni.

:)

InsyaAllah kalau diberi izin oleh Ilahi, pasti akan dicanangkan dengan senyuman nanti.

P/s: Hati, tolong jangan lari lari. Jalannya licin. Aku jadi lelah. Berjerih menarik kamu dari tergelincir ke lorong penuh asap kelabu. Aih.

Monday, October 4, 2010

lamaran.

Dilamar, petang tadi.
.
.

Err, sejujurnya memang mahu lekas-lekas berkata 'ya'. Tapi hati berbolak-balik kalau-kalau tak mampu seimbangkan antara pelajaran, dengan yang sedang dibicarakan ni. Aih aih aih.

Em, insyaAllah la ya. Sebab aku percaya, kalau kita menolong agama Allah, Dia akan membantu menongkat langkah kita kan? :)

Dah dah, tak payah risau okay sayang. Tawakal saja pada yang Maha Mengetahui. Bismillahi tawakkaltu alAllah. Moga Allah terus permudahkan laluan buat hambaNya yang seorang ini. Ameen.

Sunday, October 3, 2010

dicuri dan dibawa pergi.

Yang lelaki: Awak dah ada boyfriend?

Yang perempuan: *geleng kecil, senyum.

Yang lelaki: Pernah couple tak?

Yang perempuan: Dulu pernah, tapi takkan pernah mahu lagi.

Yang lelaki: Kenapa...? Tak teringin ada orang care lagi, hujankan awak dengan kata-kata cinta?

Yang perempuan: *tersengih. Lepas ini, orang terakhir yang saya akan izinkan untuk kisahkan saya, untuk simbahkan saya dengan madah cinta, hanya lelaki yang halal buat saya. Suami saya. Bukan lelaki yang entah siapa-siapa, yang Tuhan tetapkan laluan jodohnya bukan dengan saya.

:)

Allah yang membolak-balikkan hati, mohon dengan sangat kalau jangan dibiarkan hati dan rasa ini dicuri dan dibawa pergi sekali lagi, :( Biar sekalipun yang kali ini terusiknya hati yang sekeping kerana agama yang ada padanya.

Mohon dengan sangat jangan dibiarkan, cukuplah yang berkali-kali pernah terjadi dulu. Yang kali ini, hambaMu ini takkan pernah merelakan.

Saturday, October 2, 2010

terasa hendak menangis.

Tak tahu nak mulakan dari mana. Sekejap ya.
.
.

Okay dah. Kamu tak salah baca title tu. Memang terasa hendak menitiskan air mata sesungai dua. Tiga empat pun boleh, pun boleh. Selaut...? Err, nanti fikir dulu.

Allah. Allah. Allah. Allah yang sangat baik pada Nuha. :')

Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke tanah Mansoura semalam, pukul 10.30pagi waktu tempatan yang kalau di convert menjadi pukul 3.30petang waktu Malaysia. Dan sehingga ke saat ini, tuan punya badan sihat-sihat saja malah sedang bersenang hati kat sini, hihi.

Sungguh, semuanya yang berlaku pada tarikh 29hb sept dan 30hb sept tu semuanya, segalanya Allah yang permudahkan. Allah mudahkan sangat. :')

  • Kak Aishah singgah ke rumah lewat petang, sebelum saya berangkat pada malamnya. Allah. Perasaan melihat Kak Aishah untuk pertama kalinya... takkan dapat pernah lupa sampai bila-bila insyaAllah. Terima kasih, kakak sayang. Nuha sayang kakak sangat! ♥ :')

  • Ke KLIA bertiga, bersama umi dan abah tanpa adik-adik kerana esoknya mereka perlu bersekolah. Aih, lepas solat Maghrib dada dah rasa sesak sikit. Sebak! Masa ni dah terbayang akan menitiskan air mata bergelen-gelen di lapangan terbang.

    Entah kekuatan apa yang Tuhan pinjamkan, aku melangkah meninggalkan umi dan abah sambil melambai dengan senyuman. Mungkin berkat surah Ar-Rahman yang dibaca sebelum bertolak walaupun mulanya ada kupu-kupu dalam perut. :')

  • Mulanya memang sangka akan ke terminal Gate C sendirian melilau tanpa teman. Tapi alhamdulillah, Allah hantarkan seorang kakak tahun lima Mansoura yang aku tak pernah kenal tapi terus mesra bila berbual berdua di aerotrain; Kak Mazliana.

    Apalagi, ke mana-mana pun berkepit saja berdua dengan Kak Maz. Terima kasih, kak. Layan bebelan Nuha yang semacam tak boleh berhenti, hihi.

  • Bila dah masuk dalam kapal terbang, kerusi di sebelah yang aku memang risau kepunyaan entah siapa, menjadi hilang bila kerusi yang sepatutnya jadi milik seorang lelaki Mesir, ditukar dengan Kak Naquia, senior tahun empat Mansurah.

    Semuanya kerana yang lelaki Mesir tu mahu duduk sekali dengan kawannya. Dan akhirnya, kak Quia yang selama ni aku hanya mampu pandang dari jauh bila bertembung di universiti, jadi teman berbual sepanjang 10 jam perjalanan, :')

  • Kerisauan paling utama, setibanya di Cairo Airport, menunggu musyrif yang kakak usrah carikan. Punya lah berdebar memikirkan kena balik bertiga dengan musyrif yang bawa lagi seorang rakan dia yang entah siapa. Dengan rasa segannya, malunya. Aihh.

    Entah macam mana, Allah permudahkan lagi bila musyrif yang ambil Kak Mazliana untuk ke Mansoura rupa-rupanya musyrif yang sama dengan yang kakak usrah carikan. Ya Allah haiii, tak tahulah nak gambarkan rasa lega tu macam mana. :')
Rasanya kalau nak disenaraikan semua macam akan bertukar jadi senarai kesyukuran sekali lagi. Maka cukuplah kalau aku katakan syukur lillah ala kulli hal. Terasa tak berpijak di tanah dengan semua kebaikan yang Allah bagikan.

:')