Wednesday, September 29, 2010

selamat, sayang.

Wajah-wajah ini akan ditinggalkan sementara demi mengejar yang namanya cita-cita. :') Terima kasih, Ilahi untuk kesempatan tiga bulan kembali ke tanah air, dikelilingi jasad-jasad yang aku sayangi.

Untuk Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia, terima kasih sudi membiarkan aku kembali mengumpul kekuatan dan semangat untuk dibawa berjuang di bumi Mesir.

Untuk sahabat-sahabat yang sanggup menemani hari-hari jatuh bangunnya aku di sini, hanya Allah Taala saja yang mampu membalas segala kebaikan kalian. Jazakallah ala kulli hal, ya sodiqati.

Terima kasih kerana sudi mendengar sahabatmu yang seorang ni membebel tentang perasaannya pada Ilahi. :')

Sehingga waktu yang bakal diizin Tuhan sekali lagi, salam sayang buat keluarga yang sentiasa dikasihi, buat sahabat fillah yang jarak bakal memisahkan kita, buat tahah air yang udaranya bakal aku rindu untuk menghirupnya.

:)

Moga Allag redha sepanjang tiga bulan aku berada di Malaysia.

P/s: InsyaAllah tulisan-tulisan yang akan datang, aku akan kembali menulis dari bumi Mesir, :) Moga semua urusan dipermudah Tuhan. Ameen ameen ya Rabb.

Tuesday, September 28, 2010

kerlipan cinta milik Dia 3.

Sebelum ni aku selalu butakan mata bila Allah tunjukkan aku hikmah tentang sesuatu perkara yang berlaku. Darah yang masih panas, nafsu yang masih memuncak, membuatkan aku rasa tak puas hati kalau sesuatu yang terjadi tu, tak selari dengan rancangan atau kehendak aku.

Manusia memang macam ni kan? :( Lari bila nak ditarbiyyah oleh Ilahi.

Maaf kalau tulisan kali ini mengguris hati seorang teman yang mula mengisi hidup aku. Kalau awak terasa, tolong jangan segan untuk suarakan, ya Q.

Sekarang aku dah jadi sedar. Masa tu, kalau Allah keluarkan dia dari hidup aku, kalau dia hilang pergi dan lenyap dari hati ni... kerana Allah Taala mahu hadiahkan perhubungan yang lebih indah untuk hambanya yang ini.

:)

Tiadanya dia, aku terasa makin ingin dekat dengan al-Khaliq; pemilik jasad dan keseluruhan kehidupanku. Terasa ingin serahkan pergantungan dan hasrat di hati kepada-Nya, ingin mencintai dan dicintai oleh-Nya.

Hilangnya dia, aku jadi makin rapat dengan seorang sahabat yang aku gelarkan habibi yang aku sayangkan lillahi taala. ♥

Perginya dia, aku terus mahu rapat dengan sesiapa yang sejantina denganku, atas tiket mencintai Tuhan kami yang satu. Aku dah punya sahabat, kakak dan adik-adik yang mengisi hari-hari baru. :')

Lenyapnya dia, rasa terus mahu beri kekuatan kepada sesiapa yang rebah sepertimananya aku satu masa dulu yang mungkin saja bakal rebah sekali lagi. Lebih-lebih lagi awak, Q.
.
.

Allah sangat baik, kan...? Dia tarik pergi seorang yang pernah aku sayangi, tapi Dia gantikan dengan sahabat yang jumlahnya berganda dari yang pergi. Yang Allah susunkan itu tetap paling indah dari segala apa pun.

Syukur lillah ala kulli hal, :') Untuk tarbiyyah yang manis ini, untuk perasaan yang sedang membunga ini, untuk insan-insan yang menghidupkan jiwa ini. Musyakkir awi ya Rabbi.

Sunday, September 26, 2010

hari yang manis makin manis.

Tak dapat digambarkan kemanisan hari yang bertarikh 26 September 2010 ni. *teruja. Sungguh kalau di selongkar kamus dewan, semua kata-kata yang ada takkan dapat membagikan apa-apa makna (okay terasa melebih pulak dah ni -.-").

Pertamanya, selamat hari lahir untuk emak tercinta; Nurulhana Hussain. This eldest daughter of yours wishes you a barakah 42nd birthday, mother! Once again, words can never be enough to imply all the priceless things you've done for our family. :')

I'm uberly content to have you as the queen of my heart, hihi. Lots of love, dari anak-perempuanmu-yang-nak-merantau-dalam-masa-tiga-hari-lagi T____T.

Yang kedua, Allah beri saat manis untuk dikenang sampai bila-bila. Allah, indahnya! Alhamdulillah Tuhan beri izin dan kesempatan untuk bertemu dengan seorang sahabat yang tak pernah langsung berjumpa, tapi membebel berdua di alam maya dengan rancaknya.

Haha.
Syukur pada Illah juga sebab bila berjumpa tak ada rasa kekok segala, Tuhan permudahkan semuanya :'D Dia yang saya dan habibi kenali di alam maya; si ayu bertudung biru, hihi. Farhaana Ishak yang sanggup datang dari Keramat ke Shah Alam semata-mata untuk berjumpa.

Terharuuuu dan sangatlah berbesar hati akhirnya dapat jumpa dengan Fna! xD Seronokkk, alhamdulillah. Sekarang dah betul-betul rasa nikmat berkawan kerana Allah Taala. Rasa ni pelik sikit, tapi manis. Sekali berjumpa pasti nak lagi ;p

Ketiganya, hari ni dah dapat stethoscope idaman kalbu, hihi. Terima kasih, cik Uda. Dah merata jantung orang dalam rumah ni yang aku tekapkan untuk dengarkan degupan. Alhamdulillah, one step closer to become a doctor, insyaAllah. ;)

Sebenarnya entah apa-apa entah beli stethoscope je dah hampir nak jadi doktor tapi disebabkan saya tengah dalam mood kemanisan, silalah layankan saja -.-" hihi.

Keempat. Err, rasa serba salah sebenarnya tapi terima kasih saudara KR. Sekali lagi awak buat saya senyum (lebih kepada ketawa sebenarnya) bila berbalas kata-kata berdua, :) Semoga awak sentiasa dilindungi Ilahi, insyaAllah. Ingat tau, sila skor exam dengan hebatnya lepas niiii.

Kelimanya. Kakak usrah kesayangan, Kak Azyy dah jumpa jalan penyelesaian untuk masalah aku yang nantinya nak balik dari Cairo ke Mansurah. Aihh, ni yang makin sayang sangat dengan kak Azyy tauuu! xD

Akak ada kat Malaysia pun sanggup susah payah contact kan mereka yang di Mesir untuk tolong Nuha. Terharuuuu, :') Lagi terharu dengan Imran yang sanggup volunteer untuk ambil Nuha dekat airport pagi-pagi buta lepas Subuh T________T Ya Allah hai, Tuhan je dapat balas jasa korang semua.

Keenam. Dapat kenal dengan Kak Fiza, senior di Mansurah di YM petang tadi :D Seronok sangat dapat kenal dengan kakak! Dahlah nanti rumah kita berdua dalam syari' yang sama, hihi. Bersyukurnya ya Allah.

*Terasa nak menangis sesungai dua, hukhuk.

Terima kasih, Ilahi. Untuk kurniaan kemanisan pada hari ni, dan setiap waktu ketikanya yang ada dalam hari ini. Allah baik sangat pada saya, ♥ :')

Saturday, September 25, 2010

from a patient to future doctors.

Kata-kata ni aku temukan waktu membaca blog dari link pemberian seorang rakan di Facebook. Baca punya baca, terjumpa blog seorang kakak yang tujukan kata-kata indah untuk bakal doktor, tak kira di mana juga kamu berada. :)

Sekali lagi, sengaja ingin kongsikan dengan kalian.
.
.

To all medical student out there, wherever you are, thank you...

  • for choosing medic, staying there, and struggled all the way till your graduation which i hope most of you could come back and serve the country after working there for a few years hopefully.

  • for fighting your ‘homesick’ for 5 or 6 years later just because you couldn’t have the Malaysian food for a few month but no worries Summer will be coming ;)

  • for studying every chance you have but still have time to go here and there without doing that too much and not just purely a vacation but made it educational such as visiting Andalusia, Turkey etc where the path of Islam was once and still there..hey Doctor’s deserves a vacation too!!

  • for tighting your budget every month, paying that freaking high rent (1000-2000euro per month…?? ) which that does not includes the bills, heater etc hey MARA/JPA, tmbh la bnyk sket ;P

  • for being one of the top students in your university ( i know most of you are just too humble to let me know until I know about it by chance),

  • for really listening, understanding despite all the whines about your GP (General Practitioner),

  • for ‘teaching’ me all that medical terms though its kinda frustrating to be left out by the medical jokes that i could not digest,

  • for helping people in need even though your own pocket money is not so stable where you always giving though you could not be giving too much,

  • for staying pretty,witty,angel (bukan you sorang ja macam tu hoho) that sometimes i wonder why they want to be a doctor when they could choose other profession with that kind of personality … and not just a nerd but actually get yourself a life ;P

  • for failing several papers at the beginning but thats all right because you probably in the process of adapting & getting used to the systems there, as long as you managed to get over with it and improve yourself afterwards, that was brave of you to still continue your studies ;)

  • for going to the hospital everyday and some actually had to be operated in the hospital but still manage to continue back your studies despite all

  • for not giving up when you really feel like giving up when the pressure is on, esp when you feel you have failed, pressure & failure is good sometimes because it brings out the best in you so that you’ll learn from your mistakes and help you find your way out from the tangled line along the way,

  • for EVERYTHING…!!!!

Allah. Terasa betul-betul dihargai. :') Walaupun "belum betul-betul masuk" dunia medikal, in terms with interactions with patients and stuff, dah rasa makin bersemangat nak terus "berdiri" di jalan medikal ni.

Terima kasih sangat untuk kata-kata indah ni, kak. Jazakallahu khairan kathira! May Allah always bless you, insyaAllah.

P/s: Entry penuh baca di sini.

Friday, September 24, 2010

teman berqiamullail di akhir Ramadhan.

Assalamualaikum, sayang saya. :)
Terima kasih untuk kata-kata yang manis.
Tahu tak...?
Indahnya ukhuwah tu bila selalu bertemu takkan terasa jemu.
Makanya silalah tahu berapa banyak kali kita berjumpa pun kerinduan saya pada kehadiran awak tak pernah padam. *segan sekejap.
.
.
Kita sama-sama bertuah kerna ada masing-masing okay?
Selepas ni kita berdua akan kembali jauh, demi mengejar cita-cita, demi menggapai impian mendidik jiwa jasad yang kesakitan, dan demi menuntut ilmu milik Ilahi.
Saya doakan sayang saya sentiasa ada dalam lingkungan keredhaan-Nya.

Terasa rindu nak berqiam bersama di Masjid Negeri lagi.
Apa awak juga rasakan yang sama?
Moga kita diberi kesempatan lagi untuk berdua, biiznillah.

Aku mencintai kamu kerana Allah, juga kerana rasa cintamu kepada Ilahi. Jika dihilangkan rasa itu, mungkin akan hilang juga rasa cintaku untuk dirimu.
:')

P/s: Err, maaf ya. Tak ada niat nak mengugut pun :( InsyaAllah, jatuh bangun awak saya tetap akan ada di sini, menemani.

Thursday, September 23, 2010

munajat Rabi'ah al Adawiyah

Entah kenapa semalam terfikirkan tentang Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah, wanita sufi yang hidupnya hanya untuk mencari keredhaan Allah Taala. Bila terbacakan munajat beliau pada Ilahi dalam kesunyian pekat malam...

Allah. *terdiam.

Makanya, sengaja nak kongsikan ucapan-ucapan Rabi'ah dengan kalian di sini. May Allah bless, insyaAllah. :')

Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.

Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu

Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.

P/s: kita kita ni masih jauh, kan? :(

Wednesday, September 22, 2010

yang tujuh hari lagi ini.

Anak saudara yang keletahnya bukan main; Iris Sabrina.

Tinggal betul-betul seminggu nak berpergian. Tinggal betul-betul seminggu untuk kembali ke pangkuan bumi mesir (ececeh mesti tanah mesir dah kembang kembang sekarang). Dan masih ramai yang suka tanyakan tentang perasaan nak meninggalkan. Hmm.

Jujurnya, yang kali ini perasaannya lebih reda dari tahun yang lepas. Mungkin sebab dah tahu apa yang nak dijangkakan. :)

Tapi kalau nak kata teruja sangat macam agak melampau la pulak kan, -.-" hihi. Rasa bersemangat tu ada sebab tak sabar nak kembali penuhkan otak dengan ilmu istilah perubatan dan insyaAllah, akan teruskan misi memburu gelaran Mumtazah.

Mohon dilayangkan doa selalu ye? Jazakillah.

Barang untuk dibeli alhamdulillah 85% dah selesai. Tuhan yang mudahkan. :) Cumanya yang dah dikemas masuk beg baru 65% je huh huh. Tapi insyaAllah, beg akan makin berisi hari demi hari, ha ha. Harapnya jangan exceed 40kgs sudah.

Akan rindu suasana Tanah Melayu lagi. Akan rindu nak mentengok wajah Malaysians bersepah di sana sini (erk). Akan kembali berkirim salam pada udara Malaysia pada sesiapa yang pulang bercuti. Akan kembali memegang status anak perantau.

Err, akan kembali mengalirkan air mata setiap kali teringatkan keluarga mungkin? Heh. Yang kali ini, semoga Allah mudahkan macam selalu, redhakan macam selalu. InsyaAllah, :)

Salah satu daripada sembilan ekor kucing di rumah. Gapodio nama diberi, jangan ditanya kenapa sebab kami ni tak ada pun susur galur Kelantan di mana-mana. Err, sesiapa yang dah terbacakan status saya berkenaan si manja ni di Facebook tadi, mintak tolong layangkan doa kamu ya?

Tolong...? *mencebik*

P/s: Alhamdulillah. Terima kasih, Tuhan. Tak sangka boleh berbual dengan dia tanpa rasa sakit di hati. Indahnya perancangan Ilahi, :)

Monday, September 20, 2010

wajah kesayangan hamba.

With most of my beloved friends. Yang lelaki terkecuali, maaf ye. Tapi kawan tetap kawan, insyaAllah. :) Terima kasih kerana sudi menemani kami yang gadis gadis ni jalan beraya; Ezir dan Shahrul. Jasa kalian dikenang dan harapnya tak serik lah dengan karenah kami ni.

Wajah wajah kesayangan saya. Ada yang saya kenal sejak di sekolah rendah, yang selebihnya di sekolah menengah. Rakan-rakan yang buat saya jadi diri sendiri tanpa perlu nak kawal segala. Dan betapa bersyukurnya ada mereka semua ni. :')

Koranggg, terima kasih sangat! May Allah bless our friendship, insyaAllah.

Untuk lima tahun yang mendatang ni, akan jumpa wajah masing-masing setahun sekali (itupun kalau balik ke pangkuan tanah air la kan). Aih, :(

Jumpa lagi tahun depan, biiznillah. ♥ Masing-masing jaga diri okay? Yang cik bie takpe kat Mesir boleh jumpa lagi insyaAllah, nanti kita cuba datang Alexandria pulak, he he. :D

Friday, September 17, 2010

percaya pada "forever"...?

Bila kita punya perasaan pada seseorang, boleh jadi sampai satu tahap, kadang-kadang kita rasa macam kita dah jumpa "the one". The one whom we want to spend our life with. Get married, raising kids together, susah senang bersama, hidup ke akhir usia berdua.

Pernah rasa macam tu tak?
Like you can see your future with him or her in it. And we tend to think that the relationship will lasts forever. Happily ever after.

Ada tak yang tak percaya pada "selamanya"...? Pada aku, kalau yang namanya bukan akhirat dan tak ada kaitan dengan Allah Taala, "selamanya" tak pernah wujud. Dari celah apa pun.

:)

Sesetengah orang bercinta, tapi tak dapat nak membayangkan masa depan mereka berdua macam mana. Ada jugak yang bercinta bagai nak rak, siap dah namakan anak segala, tapi putus tengah jalan tanpa tanda. Ada je yang bercinta dengan si A, tapi tup tup bila diajak menikah tak mahu tapi berkahwin pula dengan si B.

Too much for the cliche is it...?

My point is, I've been there, pada saat yang kalau kita rasakan orang yang kita simpankan perasaan padanya tu mewakili "segalanya", dialah "dunia", dialah "syurga". Malah kadang-kadang melebihi kegebuan rasa pada diri sendiri.

Kalau ditanya pada aku sekarang; jawabnya, "Sudah sudah lah tu sayang". *senyum nipis.

Lelaki atau perempuan semacam apakah kamu yang rela menghumban orang yang kamu sayangi sepenuh hati dan berikrar mahu sehidup semati tu ke lembah neraka...? Hanya semata-mata kerana indahnya rasa dilamun cinta dan berkasih berdua?

Sekali lagi izinkan saya untuk katakan, "Sudah sudah lah tu sayang". *senyum lagi.

Ketahuilah, betapakah banyak hati-hati yang mekar dengan perasaan cinta yang amat berat dan sarat, dan kerana merasakan itulah tanda cinta Ilahi, lantas dipelihara hati itu sedaya upaya.

Ditahankan perasaan yang membara di dada, ditangisi waktu-waktu sukar tatkala cinta itu benar-benar menggegar jiwa dan membungakan rindu yang nyata. Namun kerana besarnya cita-cita untuk meraih redha-Nya, lantas dihadapi semuanya dengan penuh kesabaran yang mulia.

:)

P/s: Terasa rindu dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah untuk diri ni. Errr, siapa pun awak, jaga diri jaga hati dan jaga iman ya. *senyum manis.

Friday, September 10, 2010

syawal pertama.

Si kecik comel ni buatkan saya berpangkat jadi makcik saudara. Terima kasih banyak banyak ye Iris Sabrina!

Aunty sayang awak, tahuuuuu. ♥

Iris yang selama ni jadi anak saudara yang paling susah nak didekati tiba-tiba jadi terlebih ramah. Alhamdulillah, shukran ya Rabb. :)

Bukan setakat merapatkan diri pada aunty dia ni, siap boleh peluk lagi (Iris peluk aunty kuat sangat sampai aunty jatuh terduduk atas lantai sebab hilang imbangan T___T). Tapi tak apa demi anak buah yang seorang ni, semua pun tak apa.

Am not being bias at all, thank you. Semua anak saudara pun aunty sayang, hihi.
.
.

Ke kubur arwah atuk dan moyang lelaki; ternampak seorang sahabat yang saya pernah rapat satu masa dulu. Ah, serius rindu masa lalu. Awak baik-baik saja kan...? You've gone through a lot.

Kita doa dari jauh, insyaAllah biar semua pun Allah mudahkan untuk awak. :)

Ke kedai mengambil gambar keluarga, terserempak dengan kawan sepengawas dulu, H. Mulanya nak dibuat macam tak nampak dan sekadar berbalas senyum tanda acknowledge each other saja.

Tapi awak tegur saya. Terima kasih sebab sudi bertanya khabar dan bertukar cerita. If you happen to read this, err, maaf kalau nampak macam saya layan awak acuh tak acuh lepas tu pergi macam tu je tanpa kata "mintak diri dulu ye" padahal awak sentiasa baik dengan saya dulu.

Cuma saya dah makin tak biasa dengan yang namanya lelaki. Maaf sekali lagi kalau awak terasa. Dahlah pagi raya pulak tu. Maaf, ya!

Thursday, September 9, 2010

Fitrah kita, manusia.

Selamat kembali kepada fitrah!

Dengan rendah hati, saya nak mintak maaf zahir dan batin pada kamu kamu yang sedang membaca, kalau ada entri yang saya tuliskan di dalam blog ni macam tak sesuai untuk dijadikan patahan kata-kata.

Maaf juga kalau selama ni blog saya melalaikan kamu tentang hal keduniaan dan tak membawa faedah untuk dibacakan. Lagi-lagi zaman awal blog ni dituliskan. Kalau baca semula semuanya memang rasa nak hentak kepala ke dinding je dibuatnya, hukhuk.

:(

Sungguh aku berharap blog yang berwajah baru ni boleh beri manfaat untuk kita bersama. Untuk saya juga untuk kamu. (Err, jangan tanya kenapa warna merah jambu yang jadi pilihan sungguh tak ada jawapan).

May Allah bless, insyaAllah. Hee, :)

Sejujurnya lah, kalau sekarang ni ramai yang tengah sakan menunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja isytiharkan esok Hari Raya, aku yang di sini tengah kerisauan. Musuh yang nyata bakal dilepaskan sikit masa lagi.

Sikit lagi. Sekejap lagi.

Harap diri terus kuat
untuk bertahan
di lorong jalan curam
walau digoncang
sampai hampir goyah.
-30 Ramadhan.

Wednesday, September 8, 2010

Cinta saya nak pergi.

Awak... tolong jangan pergi, jangan tinggalkan saya sendiri. Sungguh, saya mahu awak berdiam di sisi, setia menemani seperti yang sekarang ini.

*terdiam.

Maaf, kalau selama awak di sini, ada waktunya tanpa sedar saya melayan macam awak tak ada kepentingan di hati. Salah saya, silap saya. Saya patut lebih tahu untuk menghargai.

Maaf sekali lagi. :(

Tapi walau saya rayu dengan air mata darah menurun di pipi, awak tetap juga akan pergi kan? Dan entah siapa saja di dunia ini yang tahu, apa awak akan hadir lagi, mengiringi hari-hari yang kekhilafan meraja di sana sini.

Awak; bulan Ramadhan yang dinanti oleh para pencinta Ilahi, saya harap kita boleh bertemu lagi. Walaupun datangnya awak cuma berjumlah 30 malam, kekuatan untuk bertahan di jalan ni dah macam terus bertambah hari demi hari.

Alhamdulillah dan untuk itu, terima kasih Tuhanku kerana menghadiahkan hamba-hambaMu bulan yang penuh dengan kecintaan dan rahmatMu ini.

:)

Hari kembali kepada fitrah dah mendekat.

Ah, kenapa di hati ada rasa sikit gentar untuk menghadapi? Apa kerana Iman mungkin bakal goyah lagi? Atau kerana selain nafsu, musuh yang nyata bakal bermaharajalela sekali lagi?

-29 Ramadhan.

Sunday, September 5, 2010

Ini rasa yang paling dalam.

Rasa ini aku tukarkan menjadi patahan kata-kata supaya aku takkan lupa untuk hamparkan pada bakal suami nanti, insyaAllah. Dan ya, ini rasa yang paling jauh, paling dalam.

Jangan cuba untuk terlalu faham sebab kamu mungkin saja akan tenggelam.
.
.
.

Somehow, deep inside, I am hoping hard that if I happens to be married in the future, my children won’t experience what I have been through. Enough is enough.

Untuk tengok anak sendiri rasa apa yang saya pernah rasa, I don’t think I can even tolerate with that fact.

Jadi saya merayu pada awak, bakal suami saya (biar siapa pun awak itu kerja Tuhan)... tolong sayang dan kasihkan bakal zuriat kita berdua sama taranya dengan nyawa awak.

Jangan biar ada sikit ruang bolong yang boleh buat mereka fikir atau rasa kalau awak; seorang ayah yang tak kisahkan anaknya.

Layankan mereka penuh sabar, jangan dimanja sehingga mengada, jangan ditinggikan suara tanpa sebab, jangan disergah dengan kata hinaan, jangan ditangankan mengikut amarah dan hukumlah mereka dalam hikmah kalau mereka membuat salah.

:)

Saya perlukan awak untuk mengimamkan solat kami. Saya perlukan awak untuk jadi teman bermain putera-putera kita berdua. Saya perlukan awak untuk jadi lelaki idaman puteri-puteri kita supaya mereka letakkan piawaian yang tinggi dalam memilih bakal suami.

Saya perlukan awak untuk jadi idola mereka sepanjang hayat. Bukan entah pelakon lelaki Korea kacak mana, bukan entah artis wanita Inggeris glamor mana.

Tapi awak; bakal suami saya, bakal ayah mereka. :)

Kerana saya sungguh-sungguh tak nak mereka rasa apa yang saya rasa. It is not a trait on chromosomes that can be inherited, and I am pretty sure about that.

Oyya, saya juga perlukan awak untuk membiasakan putera puteri kita dengan budaya mengimarahkan masjid setiap kali masuk waktu solat fardhu, lebih lebih lagi ketika Subuh.

You have no idea macam mana tersentuhnya hati saya bila nampak anak-anak kecil berbaju melayu bersongkok bertelekung bersolat Subuh di masjid selepas Qiyamullail di masjid negeri semalam.

They were too adorable and cute for words, sayang. :’) Apa awak boleh cuba usahakan yang ini untuk saya...?

Saya cuma mahu pastikan tak ada rasa risau yang timbul dalam hati ni untuk tinggalkan zuriat kita pada awak, kalau-kalau saya dijemput pergi oleh Ilahi terlebih dulu.

:) Itu saja.