Tuesday, August 31, 2010

bumi yang sedang dipijak.

Aih, rindu nak menulis. *senyum.

Beberapa hari ni, yang nak menjelang sepuluh malam terakhir di bulan penuh cinta, Allah menguji tuan punya tulisan yang sedang kamu baca ni. Kesihatan badan menjunam turun macam main gelungsur!

Bersin tanpa henti, dengan batuknya, dengan perit tekaknya, dengan nafas tersekatnya, dengan demam lagi. Mujur sudah makin sihat, alhamdulillah.

Makanya tak mengizinkan aku untuk berlama-lama menghadap laptop semacam biasa. Tak, sikitpun tak mengeluh. I believe it is a blessing in disguise actually.

Sakit ni penawar dosa, kan? :)

Maka tak ada benda untuk dirungutkan dengan dugaan skala kecil yang kadang-kadang menggugat semangat untuk beribadah ni. Sepatutnya langsung tak boleh terpengaruh kan? Huhu.

Tertanya-tanya. Kalau kita cuma ingat Tuhan semasa senang, tapi tak mendekat ketika susah, bagaimana ya?
.
.

Teristimewa untuk tanah air yang buminya sedang saya pijak dan langitnya sedang saya junjung,

Selamat Hari Merdeka, sayangku!

Jujurnya kita yang sekarang ni kurang untuk mendalami erti kemerdekaan seperti mereka yang ada di zaman dulu. Mereka yang bergadai nyawa, masa dan harta untuk mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Aihh, :(

Kita yang berstatus remaja dan kanak-kanak ni, memang jauh untuk faham, kan? Tapi bila mentengok dokumentari bekas Perdana Menteri; Tun Abdul Razak tadi, terkesan juga dibuatnya.

Manusia ni, bila dah kehilangan baru akan terasa rindu. Biasanya memang macam tu, kan? Heh. That's what you'll feel once you got out from this beloved country of yours. Tak kisahlah untuk urusan apa pun.

Tapi yang lebih terasa mereka yang bergelar fisabilillah tentunya, :)

Kadang-kadang, dengan udara pun boleh jadi rindu. Sebab tu jangan pelik kalau ada yang di luar negara minta kamu sampaikan salam pada udara Malaysia. Bisikkan saja salam tu pada angin lalu. Kawan kamu tengah rindu sangat tu, hihi.

Masih teringat betapa meremangnya bulu roma bila menyanyikan lagu Negaraku pada Cultural Day di depan rakyat asing sekaliannya di universiti tak lama dulu. Suara yang selama ni nak tak nak je menyanyi masa perhimpunan, sampai nak terkeluar anak tekak menyanyi hari tu.

Memang perghh, indescribable!

Hmm, I look forward to have the same feeling I felt on that day in the near future. A feeling of proudness to be a Malaysian, just like you. *sengih.

Thursday, August 26, 2010

bidadari.

Aku juga perempuan
Punya impian
Anggun dibalut perhiasan
Hidup bergemerlapan
Bak artis pujaan.

Kuingin bermadah puisi
Bersyair dan menyanyi
Lincah menari
Menghibur dan menyeri.

Namun
Aku bukan perempuan
Gopoh mengejar kemasyhuran
Di tempat persinggahan
Tiada berkekalan.

Kuingin kemuliaan abadi
Kemasyhuran hakiki
Bukan yang tiada erti
Bukan yang dimurkai Ilahi
Bukan di dunia ini
Tapi di Taman Syurgawi
Inginku kekal sebagai bidadari.

-Fatimah Syarha.

***
Adikku,
Sesungguhnya kau umpama sekuntum bunga yang harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.

Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sembarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.

Jadilah kamu sang mawar di taman,
cantik menawan,
duri berceracakan,
Bukan sang dedap di hutan,
meskipun indah luaran,
baunya tidak tertahan.

Utusan Tuhan ada bersabda;
Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.

Apa kamu mahu menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?

Adik kakak sayang,
Ingatlah kalau ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.

Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah!

Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.

:)

Dik, hati kakak hari ni tambah remuk.

Apa saja yang sudah kau lakukan pada diri sendiri...? Ahh, tak mengapa, kakak tetap akan menunggu. Bila kamu sedar dari rebah nanti, kakak akan ada di sini, bersedia menghulur tangan menyambut penuh hati hati.

Wednesday, August 25, 2010

dua yang berbeza antara satu.

A sincere person is the one who hides his good deeds just like he hides his evil deeds. -Ya'qub al Ma'fuf.

Rupanya nak praktikkan sesuatu tu, payah ya?

Tak perlu difahami, cumanya kata-kata ini punya kaitan dengan insan yang sedang kamu baca tulisannya ini.

:)

Kalau nak dijadikan cerita.

Satu.

Satu malam, si A yang jarang-jarang ke masjid, berpeluang untuk pergi dengan lebih awal. Penghujung malam itu, terdetik di hatinya; "Wah, hebatnya aku hari ni. Pergi masjid awal, dapat saf depan pulak tu. Dah lah solat tepat pada waktunya, siap buat sunat rawatib lagi, tak macam selalu."

Dengan senyuman paling lebar, dengan hati paling berbunga. Kerana malam itu, dia telah lakukan sesuatu yang luar dari biasa. Dia bangga. Malamnya terasa indah, dan malam itu, siangnya cepat sampai.

Dua.

Malam yang sama, si B yang selama ni menjadi pengunjung tetap masjid tanpa kira waktu, dia terlewat ke masjid kerana hal yang tak dapat dielakkan. Penghujung malam itu, terdetik di hatinya; "Ya Allah, teruknya hambaMu ini Tuhan. Dahlah terlambat ke masjid, dapat saf nombor dua pulak tu."

Dengan penyesalan setinggi gunung, dengan hati paling resah. Kerana malam itu, dia jatuh lari dari kebiasaannya. Dia kesal. Malamnya dipenuhi kata-kata taubat, dan malam itu, terasa panjang sekali.

*Pesan: Bukan cerita siapa siapa.
.
.

Kadang-kadang, ukuran 'baik' bagi seseorang, boleh jadi ukuran 'hancur' untuk seseorang yang lain.

Kan?

Tuesday, August 24, 2010

For the love I have for you.

Dear kamu, (you know who you are).

Please forgive me. I am very sorry if I ever caused you a heart-ache. And I have to admit, THIS is my flaw. :(

I am not being myself at the moment for Allah knows what reason. Please bear with me for I am having quite a rough time as I am boarding a shaky boat. The storm kept hitting and I'm running out of oil. And to make things worse, the engine broke down.

Metaphorically.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. -as Syuura, 37.

I know you would understand.

And I think it's enough for you to know that I'm trying my best here to work things out. For the love of Allah Taala and His Prophet. And for the love I have for you, because of Him.

I. Am. Going. To. Survive. This. One.
Mark my words, but only if Allah wills, insyaAllah.

:)

Pray hard for me, please? I'll reach you as soon as I hit the deck.
xxx

Monday, August 23, 2010

kerlipan cinta milik Dia: sekuel.

Kamu para pencinta Ilahi, kalau dikata cagaran untuk sebuah hidayah sangat mahal, kamu percaya kan? :)

Meninggalkan cara hidup lampau yang sudah sebati sedari dulu, tiba-tiba perlu berjerih payah menghimpun kekuatan mulakan yang baru... Apa semua itu boleh berlaku kalau kita berpeluk tubuh dan diam memaku?

Pernah tahu tak kalau Allah Taala lebih sayangkan seseorang yang berubah dari zaman jahiliyahnya kepada yang lebih baik daripada yang sedia asalnya baik? Kerana bukan senang kan, untuk seseorang manusia meninggalkan sesuatu yang dia suka.

Percaya atau tidak, pengorbanan itu harga kerlipan cinta Tuhan buat kamu.

Dan tersangatlah rugi kalau hadiah indah dari al-Jalil itu dihadapkan ke muka, tapi kita memejam mata semacam tak ada apa yang berlaku.

Tak, saya tak marah.

Cumanya, al-Qudus sudah mencanangkan dari mula yang kalau kita menjual mahal pada hidayahNya, bukan sedikit azab yang menunggu untuk ditimpakan pada kita.

Malah, larinya kita dari menjawab 'panggilan' itu, takkan ada sikit pun kerugian yang berlaku padaNya. Dia yang Maha Kuasa. Dengan sekelip mata hidayah itu boleh dihadiahkan pada mereka yang lainnya.

Kadang-kadang, tanpa ada jejak, tanda cinta Ilahi itu boleh ditarik kembali, dan percaya kalau saya kata, kita akan menyesal bila Allah Taala sudah tak sudi untuk mengetuk hati kita buat kali yang kedua.

Semua tentang kita, yang ada pada diri kita, segalanya milik al-Matin. Lalu, apa yang tinggal pada kita kalau Allah sudah hempapkan kemurkaanNya? *serius, saya yang menulis terasa mahu menangis.

Apa kita mampu menanggung kenyataan itu untuk seumur hidup, kalau itu yang berlaku? Mampu?

P/s: Dik, kakak tunggu kamu. Kakak takkan pergi mana-mana. Cuma tolong jangan pergi jauh. Takut kakak tak terjaga.

Saturday, August 21, 2010

A Call for Jannatullah (rewrite).

11 Ramadhan yang penuh cinta.

Malam ini, hingga ke pagi, saya benar-benar harap kalau Allah mengizin dan meredhakan niat kami bertiga untuk menyucikan diri dalam rumahNya.

Rasulullah saw bersabda; Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat: seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.

Dan beruntunglah mata-mata yang menangis keranaMu, Ilahi.

Akan mengadu dan bermanja pada al-Khaliq di Masjid Biru dengan kesayangan sekaliannya lewat malam ini, insyaAllah. Mohon dengan sangat Tuhan perkenankan niat yang kali ini. Biiznillah.

Ameen ameen ya Rabb.

:)

P/s: Kesayangan saya, Nurfathin Farhana dan Nabihah Mohd Hashim, kita jumpa malam ini di bawah kasih sayangNya, insyaAllah. Semoga Allah masih sudi berikan kesempatan untuk kita bertiga. ♥


Hmm, anggap saja Tuhan belum beri izin. :) Atau mungkin... niat saya yang belum cukup ikhlas. :)

Kesayangan, kita sama-sama redha boleh kan? Walaupun terpaksa mengaku kalau hati saya sedikit terhiris. *senyum lirih. Apa-apa pun, sejak mula kita dah serahkan semuanya pada Yang Mengetahui. :)

Tak ada lain yang saya harapkan melainkan Ilahi sentiasa sudi berikan kesempatan untuk kita bertiga, insyaAllah. ♥

:)

Friday, August 20, 2010

Review: Tautan Hati.

Ini novel tulisan Fatimah Syarha yang kedua aku baca, lepas habiskan Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul tak lama hari tu. Err, sebetulnya belum habis baca Tautan Hati ni he he.

For me, the novel has a great story line and has a wonderful hidden message to let out to the readers, mereka yang cintakan sesuatu yang Islamik terutamanya. :)

Cuma, untuk gadis berumur 19 tahun macam aku, cerita ni boleh tahan berat. The issues presented, I mean. Tentang Imtisal yang terlalu nak fikirkan tentang zat Allah Taala sedangkan perkara tu takkan boleh tercapai dek akal kita.

Zat Tuhan adalah sesuatu yang terhijab dari akal manusia.

Sedangkan Rasulullah sendiri mengingatkan supaya umatnya berfikir tentang ciptaan Allah Taala untuk menghindarkan kita terpesong akidah kalau terlampau fikirkan tentang zat al Khaliq.

Dan mungkin untuk kamu kamu yang semata-mata nak menjadikan Tautan Hati sebagai bacaan masa lapang, akan terasa sikit goyah dengan watak Imtisal.

I experienced it myself. Alhamdulillah, mujur ada watak lain yang seimbangkan watak Imtisal, yang menebarkan kebenaran.

Contohnya, kita sedia tahu kalau setiap apa yang ada di dunia, pokok, haiwan, manusia, alam, semuanya ada pencipta. Dan pencipta itu yang Maha Menciptakan. Bisikan syaitan pada Imtisal menyuruh dia untuk berfikir, kalau betul semua di dunia mempunyai pencipta, siapa yang mencipta Allah Taala?

Astarghfirullah hal'azim.

Tuu kan. Kalau memang membaca naskah ini tanpa ada ilmu di dada, tak mustahil untuk kita terus hanyut dalam memikirkan persoalan yang itu.

Aku percaya, semua orang takkan lari dari fikirkan tentang Zat Allah. Kalau tak selalu, mesti pernah sekali. Terfikirkan rupa Allah Taala, yang Maha Suci itu bagaimana. Kan?

Hmm, maaf tapi aku bukan pelajar aliran agama yang boleh pandai-pandai nak tunjuk ajarkan cara-caranya semacam apa. Maaf sangat sangat. Ini pun masih merangkak mencari ilmu.

Cuma satu saja, dekatkan diri dengan al Quran untuk kembali dapatkan kekuatan, dan cepat usirkan bayangan kerana semua tu tak lebih dari gangguan syaitan. Oyya, jangan pernah lupa untuk beristifargh kalau terlintas, ya. :)

May Allah bless, insyaAllah.

Thursday, August 19, 2010

don't ever lose your hope please?

Aku sanggup merayu
Kalau perlu
Dengan tanpa henti
Pada kamu
Cahaya milik aku
Kalau jatuh
Minta jangan terus hanyut
Kalau rapuh
Harap jangan terus patah
Biar luka bernanah
Atau
Sakit jadi parah
Teruslah bangkit
Merangkak, mengiring
Kalau tak bisa berdiri
Jangan sekali pernah mengalah
Kerana Tuhan
Tetap akan ada
Di sisi
Menemani
Saat kamu rasa payah
Waktu langit
Seakan mahu hempap wajah
Yang ini
Sungguh-sungguh
Aku minta
Kamu untuk percaya.

Dari hati untuk yang empunya diri.
Rumah atas bukit.
Shah Alam.
6.28pm; 19/8.

Tuesday, August 17, 2010

got to do what I got to do.

Assalamualaikum,

I ought to do this if I want to practice Islam as a whole, insyaAllah.

It's hard for me to say as well as doing it but I'm bidding my farewell to tons of songs on my iPod. *paused. Rihanna, 6ixth Sense, and whole lot more. Selamat hilang.

Maaf, tapi kamu tak lagi menyenangkan.

Terima kasih sebab bergema pada telinga saya selama ni. Terima kasih sebab pernah buat saya rasa cool ada awak dalam senarai lagu-saya-suka-dengar. Thank you for nothing, that is.

The deleting process is in progress as I'm currently downloading heaps of Islamic songs of Indonesian singer to replace the lists of songs on my iPod. Snada, Gradasi, Outlandish dan lain lain.

Selamat berdendang dan membawa saya semakin cinta akan Islam, ye! :)

--Kredit untuk novel Sinergi tulisan Hilal Asyraf yang hadapkan isu ini ke wajah aku. Mendengar lagu tak ada yang salah tapi pilihan lagu perlu sesuai, itu saja.

Something to ponder;

I fear Allah would blame me for being too shameful to disobey Him while being devoted on hiding my sins from people. -Imam Ahmad.

In a much simpler words, he was scared that on the day of judgement, the only excuse he could give to God (for not sinning) was the fear of others finding out....

So ask yourself, how many times did you stop yourself from sinning when fearing what people will think? And then ask yourself how many times did you stop sinning when fearing what Allah will think?

*terdiam.

P/s: Iman terasa berlubang-lubang baca kata-kata Imam Ahmad ni. Tuhan, hambaMu yang seorang ini masih jauh lagi...

Monday, August 16, 2010

He replied: Here I Am.

Pernah tak, kamu jadi sangsi dengan kalam kalam Allah? Nauzzubillah min zalik, mintak dijauhkan dari kita kita yang namanya manusia tapi aku sekadar bertanya. Tak perlu dijawab, cukuplah untuk difikirkan.

*senyum* Apa pernah?

Bilamana setiap malam kamu sujud menghadap Ilahi, berzikir menyebut nama-namaNya, memohon pertolonganNya, dan al kisah, Allah lewat memperkenankan doa kamu (Maha Suci Allah sesungguhnya Dia lebih tahu akan sesuatu), jadi kamu berhenti untuk terus berhajat.

Berhenti kerana kamu rasakan kalau Allah takkan mendengar panggilan hambaNya yang banyak kekhilafan (nauzzubillah).

Beristifargh lah, sayang.
Sebab sikitpun apa yang kamu rasa dan fikirkan tu bukan kenyataan.


Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Pertama kali mentengok video ini dengan habibi; Nurfathin Farhana, bila dia datang ke rumah tadi, kami jadi terdiam tanpa kata. Dan sungguh, rasa ingin mengalirkan air mata. Ada sesuatu terkesan di sini.

Di sini, dalam hati.

The Most Merciful, The Ever Merciful. Ya Rahman Ya Raheem. Sesunnguhnya Engkau telah sahut panggilan kami ya Ilahi. Cuma kami yang terlalu kurang untuk menyedari. *sebak*

Sunday, August 15, 2010

the journey of hearts.

Alhamdulillah, semalam aku mengisi pagi Sabtu dengan program Penghayatan Ramadhan di masjid Shah Alam yang dianjurkan khas untuk muslimah. Err, wanita muslimah sebenarnya sebab tazkirah banyak sentuh tentang hubungan suami isteri.

Tentang resepi kebahagiaan rumah tangga. Tentang akhlak Rasulullah menjadi suami. Tersengih-sengih aku buat muka innocent dalam lautan isteri orang kesemuanya. Malu saya...! :">

*sekejap, segan masih bersisa.

Pagi tu, sikit lagi aku tak nak keluar rumah sebab nervous punya pasal. Bayangkan 7.30pagi, drive seorang diri ke masjid, hati macam kena palu. Syukur lillah, aku dibagi kekuatan oleh Dia untuk terus menekan pedal minyak.

Dan sekarang sikitpun tak ada rasa menyesal meninggalkan katil yang empuk dan bantal yang berkapas gebu di pagi Sabtu. *tergelak kecil.

Tazkirah oleh Ustaz Irfan memang banyak tinggalkan kesan. Err, resepi bagi bahagia rumah tangga paling saya treasure sekali. Untuk rujukan masa depan, insyaAllah. *sengih lebar lebar. Dan beliau banyak kaitkan dengan sirah Rasulullah selain diri sendiri.

Kalau ustaz Irfan bercerita pasal peribadi Rasulullah, mesti berakhir dengan dialog ini. "Tengok puan puan, Rasulullah punya akhlak cantik sangat. Suami puan puan, ada tak...?" dan beliau sengaja meleret-leretkan pertanyaan.

Aku yang masih berstatus bujang ni nak terkekeh ketawa pun ada. Aduhai.

Sesi bersolat sunat Dhuha, Tasbih dan Hajat secara berjemaah paling terkesan. Untuk solat Tasbih, memang aku speechless habis. Bayangkan 75 kali tasbih dibaca untuk satu rakaat. Setiap satu pergerakan rukuk, iktidal, sujud, semuanya diiringi dengan 10 kali tasbih. Didarab dengan 4 rakaat, nahh. 300 kali tasbih.

Serius, kalau tak kerana mengikuti program ni, aku tak rasa aku akan ada kekuatan untuk berdiri, be-rukuk selama tu, sambil membacakan tasbih. Alhamdulillah, bersyukur sangat.

Oyya, seorang nenek di tepi aku hampir tumbang ke belakang. Sebenarnya yang menulis ni pun tak terkecuali. T__T

Akan sampai satu saat, orang yang fakir lebih banyak daripada orang yang berilmu, yang memberi akan lebih banyak daripada yang meminta, hudud dipentingkan daripada bacaan, solat dipanjangkan dan khutbah dipendekkan.

Akan sampai satu saat pula, yang berilmu melebihi yang fakir, yang meminta lebih banyak daripada yang memberi, bacaan dipentingkan daripada hudud, solat dipendekkan dan khutbah dipanjangkan.
-tazkirah Ustaz Irfan.


Dan kumpulan yang kedua dinyatakan ini umat Muhammad akhir zaman. Kita. Hmm, aku selalu dengar orang kata: "Dunia akhir zaman... macam tu lah". Kenapa aku rasa macam dah jadi ayat cliche pulak tiba-tiba?

Rata-rata orang sedar, kita ni di akhir zaman, tapi, keperibadian yang melambangkan kita sedar kita umat akhir zaman tu, tak melampau rasanya kalau dikatakan hampir tak ada.

Kamu macam mana?

Friday, August 13, 2010

tetamu undangan malam tadi.

Malam tadi, warga Shah Alam yang memenuhi Masjid Biru, bersolat tarawikh berimamkan seorang imam yang datangnya dari Timur Tengah. Madinatul Munawwarah sebetulnya. Dan hati-hati yang mencintai Pencipta mereka tersenyum suka.

Sejujurnya jadi teruja. *sengih.

Walaupun bersolat berbelakangkan tiang yang kadang-kadang membuat pergerakan jadi terbatas, hati tetap rasa senang.

Malam tadi, warga Shah Alam berimamkan tetamu undangan. Malam tadi, masjid Biru berlagu merdu dengan bacaan kalam Tuhan. Malam tadi, hati yang sering kontang ini hanyut dalam ketenangan.

Hampir tak nak tinggalkan saf bila selesai rakaat ke-lapan. *harapan.

Huuu, terkesan betul dengan bacaan imam tu. Segala perkataan yang indah kalau nak dicanangkan.

:)

P/s: Seronok tengok budak-budak comel yang kecik kecik lagi dah mengimarahkan masjid walaupun lasaknya bukan main. Rasa nak cubit pipi gebu labuh sorang sorang! Anak orang, memang lah.

Cuba kalau anak sendiri. Jangan kata nak pegang, didekat orang pun tak dibagi agaknya, -.- *abah kalau baca yang ini jangan kena heart attack ye.

Thursday, August 12, 2010

Wednesday, August 11, 2010

buatmu puisi terpendek 4.

Dear Cahayaku,

Rasulullah saw pernah bersabda:

"Satu hari nanti, kamu semua akan dikerumuni musuh, seperti semut mengerumuni makanan." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah kami sedikit bilangannya ketika itu ya Rasulullah?"

Rasulullah saw menjawab, "Tidak, ketika itu bilangan kamu ramai, tetapi kamu seperti buih di lautan. Allah akan membuang rasa takut di hati musuhmu dan mencampakkan kegerunan di dalam hati kamu. Hati kamu ketika itu dihinggapi penyakit wahn."

Sahabat-sahabat bertanya lagi, "Apakah wahn itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Cinta dunia, takut mati."

---

Untuk itu Cahaya, kamu jangan pernah terlalu cinta akan dunia. Kerana dunia adalah satu-satunya ciptaan yang Allah tidak pandang lagi setelah menciptakannya. Sekarang kamu sudah tahu hinanya dunia ini semacam apa?

Rancanglah kematian kamu sebaiknya supaya mendapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dengan mengumpulkan bekalan sebelum terputusnya tali amal dan tertutupnya pintu taubat apabila malaikat Izrail menjemput.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

:)

Tuesday, August 10, 2010

Menuju Tuhanku.

KLIA; menghantar abah ke Gaza ♥

Aku merindukan dia. Terlalu rindukan kehadirannya. Dan aku yakin, ada antara kamu kamu yang merasakan rasa yang sama. *senyum.

Adakah aku akan sempat untuk bertemunya kali ini?
Apa yang aku harus pakai ya...?
Perlu berhias secantiknya atau cukup ala kadar saja?


Hmmm. *ketap bibir.

Sudah lama kami tak bertemu. Ada sikit rasa ragu, apa aku sudah mula melupakan dia? Kenapa di saat genting seperti sekarang, fikiran asyik menerawang ke sana, teringat-ingatkan dia?

Mungkin saja kerna saat untuk bertemu dengannya sudah tak lama.

:)

Kadang kadang aku jadi terfikir. Apa yang dah aku lakukan sejak kami menjauh antara satu sama lain. Apa aku makin terukkah? Atau macam mana...? Apa aku cuma menjadi baik semasa ada dalam lingkungannya dia?

Cuma menjadi baik bila aku ada dalam rangkulannya? Hah. Sikitpun aku tak mahu itu berlaku. Kalau boleh biar di saat kami menjauh pun, aku menjadi baik.

Aku tak mahu berpura-pura. Aku tak mahu gagal, tapi kalau lah kamu tahu sukarnya macam mana untuk istiqamah dalam melakukan yang itu. Ujian yang datang selalu buatkan aku jadi terleka.

*mengeluh.

Ya Allah, sampaikan lah aku pada dia, si bulan Ramadhan dengan izinMu. Bulan yang penuh keberkatan dan limpahan kasih sayangMu.

Dan andai ini Ramadhan terakhir untukku, semoga dia lebih baik daripada yang pernah aku ketemu. InsyaAllah.

Salam Ramadhan al-Mubarak untuk kalian, :) Oyya, Selamat mengejar rahmat Tuhan.

P/s: Nuha sertakan senarai cinta Ramadhan milik Kak Aishah untuk dikongsikan. Ini dah macam PAFA zaman sekolah, he he. Cuma penuh dengan kecintaan dari pembuatnya.

Yang juga sedang mencari keredhaan Ilahi,

Saturday, August 7, 2010

Kenapa awak nak jadi doktor?

As far as I know now, aku perlu dan kena ubahkan niat. Kenapa awak nak jadi doktor? "Because I can't see myself in other profession besides being a doctor." (?) That was such a rubbish answer from me, I must say.

Relevan itu mungkin. Tapi tak selari dengan impian aku untuk menjadi 'A Future Muslimah Doctor'. Nothing close of being parallel to that matter.

Aku kononnya mahu jadi doktor semata-mata untuk membagi bantuan kepada mereka yang lainnya. Kononnya juga itu terlahir atas sifat belas kasihan aku yang terlebih-lebih.

Sampai bila...? Sampai bila aku hendak hidup memegang kerjaya sebagai seorang doktor, semata-mata untuk dan atas alasan yang itu? Sampai bila...?

Jujurnya aku perlu ubahkan mentaliti diri sendiri.

Doktor bukan macam akauntan yang berdepan dengan wang selalu. Bukan macam pelukis yang berdepan dengan kanvas, bukan juga macam kontraktor yang berdepan dengan bangunan tinggi-tinggi mencakar langit.

Doktor berdepan dengan mereka yang namanya manusia. Orang-orang yang kurang sihat dari segi jasadnya dan tak mustahil untuk aku katakan, juga dari rohaninya.

Dan untuk tiket yang itu, aku rasa aku boleh dan perlu lakukan sesuatu.

Mungkin di setiap rawatan yang dibagikan, aku boleh sisipkan kalimah-kalimah Tuhan pada jiwa mereka. Penuh sabar, tentunya. Yes, being a doctor can take a life out of you. Tapi kerjaya yang ni satu fardhu kifayah, kan? *senyum.

Seharusnya semua yang berlaku; mendengar keluhan sakit pening pesakit, melayan karenah waris, berdepan dengan perasaan kalau malaikat Izrail itu baru meninggalkan ruangan pesakit yang baru menghembuskan nafasnya, semua semua itu, meninggalkan kesan pada diri dan menghampirkan kita pada yang namanya Maha Esa.

*senyum lagi.

Aku rasa sudah sampai saatnya aku tekadkan ke dalam hati untuk memegang gelaran doktor bukan setakat untuk merawat jasad yang kesakitan tapi untuk membagi Pendidikan Jiwa kepada masyarakat.

Juga untuk menjadi agen yang menyebarkan risalah Islam dan menyuntik mesej-mesej keimanan ke dalam jiwa-jiwa yang tenat, jiwa milik bakal pesakit aku, insyaAllah.

*senyum lebar.

Dan kali ini, kalau ada yang bertanya "Kenapa awak nak jadi doktor?" pada aku, jawapannya: "Saya nak tunjukkan kalau Islam juga boleh dipraktikkan ke dalam dunia perubatan."

A Muslimah Doctor in the making.
(Ameen, insyaAllah)

Friday, August 6, 2010

titik bukan noktah perjuangan.

6 Ogos- Hari ini. Malam ini. Dan Ramadhan yang bakal tiba ini. Juga pada dua minggu yang akan datang (biiznillah, insyaAllah) ini. Nuha doakan agar semuanya dipermudah Tuhan, dan abah akan kembali pada kami seperti asalnya.

Ameen, insyaAllah.

Hari ini. Malam ini. Abah akan mulakan perjalanan pertama untuk berangkat ke tanah Gaza, Palestin melalui tanah Rafah. Sebelum boleh betul-betul melangkah ke tanah keramat, abah dijadualkan untuk berada di Kaherah dan Amman.

Semoga semuanya dipermudah Tuhan.

Hari ini. Malam ini. Dan Ramadhan yang bakal tiba ini. Misi Ramadhan di Gaza menjadi satu platform jihad untuk abah. Satu bentuk bantuan kemanusiaan, insyaAllah abah akan jadi tukang masak untuk juadah berbuka atau bersahur penduduk di Gaza.

Abah masak sedap-sedap macam selalu okay! *senyum.

Hari ini. Malam ini. Dan untuk dua minggu yang akan datang (biiznillah, insyaAllah) ini. Niat abah untuk bersolat di Masjidil Aqsa; kiblat pertama bagi umat Islam, diharap Allah Taala mengizinkan.

Tuhan Maha Mendengar, kan? *senyum. Dan semoga Allah Taala kurniakan abah kondisi kesihatan yang lebih baik daripada biasa. (Few months back, abah had a heart attack due to blockage of arteries).

Hati mana yang tak risau? Seberat-berat hati anak-anak untuk ukirkan senyuman, hati umi sebagai isterinya abah tentu lagi berat untuk melepaskan.

InsyaAllah, abah takkan apa-apa. Biarpun yang bakal abah depankan ini namanya tentera Israel. :)
Dan semoga Allah Taala meredhai niat hampir 40 orang peserta konvoi Misi Kemanusiaan ini. May God bless them all, insyaAllah. Dear kamu, tolong sama sebutkan 'Ameen' ya? Jakallahu khairan kathira! May God bless you too.

P/s: Umi's prayer for abah. :')

Thursday, August 5, 2010

saya ada rasa cinta untuk kamu.

Kamu kenal, perasaan bila sayangkan seseorang? Kamu tahu, tapi kenal dalam dalam tak...?


:)

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapapun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah Taala semata. (Hadis Riwayat Bukhari).

Setahu aku, (kalau salah mohon sangat dibetulkan), sabda ni tak pernah terhad untuk hubungan antara syabab dan einisah yang ajnabi. Perasaan sayang dan mencintai seseorang boleh je wujud antara kaum sejenis.

Tiada kaitan dengan homoseksual, tumpang lalu.

Tentu saja rasa yang aku maksudkan antara kaum sejenis ini, dinamakan persahabatan. Dan semuanya kerana Allah Taala. Lalu disebut selalu sebagai ukhuwah fillah.

Indahnya persahabatan atas nama Allah Taala ini, kamu akan terasa dekat sangat dengan seseorang tu walaupun baru pertama kali berbual. Biarpun cuma di alam maya. Trust me! Kan Syahirah kan? Hee.

*Sorry, Nuha lupa mintak izin Syahirah nak letak nama kat dalam blog ni. Mintak halal ye.

Sebab bila dua orang sahabat fillah berbual, biasanya tidak akan terlepas topik perbualan tentang kebesaran Allah, memuji keagungan Tuhan. Lepas tu akan saling menasihati ke arah kebaikan, saling membagi motivasi dan dorongan.

Manusia memang perlukan semua ni kan? Sentiasa kena diingatkan. Perkataan manusia kalau di arabkan; menjadi An-Naas. An-Naas tu sendiri maksudnya lupa. Maka memang sifat pelupa tu dah menjadi fitrah manusia.

Dan kat situ lah sebenarnya fungsi seorang sahabat fillah.

:)

Abu Dawus dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah bahawa ia mencintainya.

Atau dalam kata lain, disunnahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya.

Maka dengan ini, saya nak teriak pada Nurfathin Farhana; habib bita'ti ana (cewwah marah nanti bakal suami, he he), KITA SAYANG AWAK!! Dengar tak? Ke nak tambah lagi tanda seru? Heeee. *Kita tengah segan ni.

Terima kasih sangat untuk masa yang berlalu semalam. Banyak benda yang awak dah tunjukkan depan mata kita, lagi-lagi sifat Ketuhanan Ar-Rahman dan Ar-Rahim tu. Memang rasa nak menitik air mata terkenangkan kasih sayang Allah pada hambaNya.

Tapi solat Asar berjemaah semalam tu was a pure bliss! Nanti waktu akan datang kita buat lagi ye? InsyaAllah sekali dengan qiyamullail ke kan, hihi. Lain kali kita berbincang lagi pasal kandungan buku La Tahzan tu eh, insyaAllah. *sengih.
Alhamdulillah wa syukur lillah kerana menghadiahkan seorang Nurfathin Farhana untuk menjadi salah seorang sahabat fillah aku.

:')

Kepada Cik Qistina Zulkifli, if you happen to read this, sila jangan jeles sebab kita sayang awak jugak! He he. My prayer is with you, Qis. Kuat ye, jangan putus asa! May the force be with you, :) ♥

P/s: Cara-cara untuk memupuk ukhuwah fillah. -->beliau ustaz yang mengajar kitab-kitab agama dan hukum fikh kepada pelajar perubatan Mansurah.

P/s kuasa dua: Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-20 untuk umi dan abah! Juga untuk parents awak ye habibi. Tarikh sama, kan? *ada makna tu. Heeee.

Tuesday, August 3, 2010

mabruk alaikum ya mama!

Ini umi saya. Umi saya telah grad dengan keputusan cemerlang di bawah Fakulti Pendidikan; Sarjana Pengajaran Teknologi pada pagi tadi di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Saya sayang umi saya.

Siapa rindu buat ayat macam ni?
Nuha rindu je. *sengih.

Pengalaman once in a life time aku kira. Sebab setahu aku lah, (kalau ikut kata seorang kakak senior di tahun 5) University Mansoura tak ada majlis konvokesyen kecuali untuk graduan yang dah belajar 7 tahun dan ke atas.

Hiba hati di situ okay.

Nampaknya balik Malaysia kena sewa graduation robe dan mortar board sendiri. Once in a life time punya kenangan menghabiskan ijazah kedoktoran yang ambil masa 6 tahun setengah ni.

Macam kesian sangat kalau biarkan dia berlalu, yes?

Tapi bak kata Raja Dr. Nazrin Shah; Tuanku Pro-Canselor Universiti Malaya, (lebih kurang macam ni lah baginda bertitah) "Jubah dan mortar board yang anda pakai melambangkan anda seorang yang berilmu. Tetapi, selesai sahaja majlis ini, jubah itu akan dikembalikan, dan tinggallah tubuh anda semua untuk mengembara ke lautan dunia yang lebih luas."

:)

Kebanyakan masa sewaktu majlis berlangsung, aku macam sikit beremosi. Bukan apa, cuma gabungan bunyi gamelan, kehadiran Raja Dr. Nazrin dan suasana konvokesyen menimbulkan satu rasa yang aneh.

I had goosebumps for a few times. Huhu.

P/s: Kalau nak kembali merasa semua ini, aku kena sambung buat sarjana di Malaysia la ye? *sengih.

Monday, August 2, 2010

sekadar gurauan atau sebetulnya ujian? (updated)

Maaf, tapi aku sudah sedaya upaya untuk ber-husnu zhon terhadap lelaki yang aku panggil uncle ini. Dan keupayaan aku semakin menipis, waktu demi waktu.

Aku tak pernah mahu dan takkan pernah hendak untuk terlibat dengan lelaki kepunyaan perempuan lain dan yang berstatuskan suami orang. Suami orang. Apatah lagi yang sudah beranak satu.

Astarghfirullah hal'azim.
Mintak dijauhkan secara sangat, simpang malaikat empat puluh empat.

"Salam, Nuha. Kacau ke? Uncle tanya je ni tau, ayah asal mne ek? bkn nk ngorat tau just boring tkde wat pe... hehe.."

Lalu. Tanggapan apa yang harus aku biarkan untuk bermain di fikiran? Mungkin betul, uncle ini tak ada niat untuk mengorat aku (way beyond my imagination). Mungkin betul, uncle ini sekadar bertanya tentang abah. Mungkin betul, aku yang tergedik lebih untuk perasan.

Mungkin betul.
Aku sejujurnya masih cuba untuk ber-husnu zhon. Sehabis baik.

Tapi, lelaki ini hantarkan message pada aku kerana dia tak ada apa untuk dilakukan...? Susah untuk aku menerima di logik akal. Tak ada puzzle pieces yang sesuai untuk aku cantumkan kelogikan situasi ini.

Makanya, ini satu gurauan ataupun sebetulnya ujian dariMu, Tuhan?
Aku benar-benar mohon dijauhkan.
Mohon jauh, ya Allah.
Hasbunallah wa ni'mal wakil. Wa ni'mal maula. Wa ni'man nasir.
.
.
Terbaru, lelaki itu hantarkan ini:

"Uncle org n9. kt egib nuha amik coz apa ye? tkpe ke msg ni..? sje nk knl2 tmbh kwn..."

*Sungguh, di saat ini. Aku rasa ingin menghamburkan air mata. Ya Tuhan, berikan aku kekuatan yang jauh luar dari biasa.

Sunday, August 1, 2010

excuse me, skandal tu apa?

Mereka (kerana berasa bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya. --Al Munafiqun; ayat 4.

Dulu, aku pernah sangkakan kalau menyebarkan desas-desus yang boleh mencemaskan hati mereka yang lainnya tu sangat menterujakan. Adrenaline-rush-kinda-moment orang kata.

Well, seeing the face reactions of people can be interesting.

Macam mana cuaknya diorang, macam mana huru hara, macam mana kucar kacirnya riak diorang, hanya kerana satu berita. Seronok, kan? Bila mereka dah tak tentu arah, baru dijelas keadaan sebenar dengan sengihan panjang macam tak ada apa.

Macam baru lepas buat lawak antarabanga lagaknya. Yang kawan tu jantungnya dah nak keluar mencecah lantai. Sedaya upaya emosi ditahan untuk 'tahan'kan pertalian yang bernama persahabatan.

Sedangkan, kalau difikir mengikut logik akal, itu semua tak lari jauh daripada yang namanya fitnah. --> correct me if i'm wrong, please? *senyum.

Dah tak terbilang dek jari entah dulu berapa kali nama aku digandingkan dengan lelaki-lelaki yang entah dari mana. Heh. Err, kawan sekolah sebetulnya. Orang sekarang kata apa. Emm, skandal ye? *sengih sinis.

Tak dapat nak nafi, dulu aku sangat suka. Ye lah, nak pulak kena skandal dengan student kacak sekolah. Memang tolak tuah kalau nak beria-ia kata tak ada apa. Padahal memang tak ada rasa untuk dia tapi kerna mulut mereka yang di sekeliling, rasa itu tiba-tiba jadi ada.

Sekarang dah nampak?
Betapa fitnah itu punya kuasa untuk ada kan yang tiada.

Dan sekarang ini, sejujurnya tiap kali habis solat, aku sisipkan ke dalam doa supaya dijauhkan dari sebarang fitnah dunia. Dalam apa juga bentuk sekalipun. Kerana sebagai seorang perempuan dan hambaNya, aku tahu aku takkan terlepas daripada ujian yang satu ini.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? --Al Ankabuut; ayat 2.

:)

P/s: Untuk lebih tahu apa itu fitnah menurut Islam, kelik sini. Hee.