Saturday, July 31, 2010

hilang.

Cameron Bharat Tea Plantations.

Dua hari menghilangkan diri ke Tanah Tinggi. Pertama kali jejak ke tapak tanaman teh, rasa Subhanallah, indahnya! *senyum* Senang hati dapat meluangkan masa dengan keluarga terchenta.
Seronok main 'lat tali lat. tali tam plom' (i'm bad at making sounds -.-") dengan abah dan adik-adik untuk tentukan siapa tidur luar. Adik bongsu kesayangan bila kalah terus merajuk taknak keluar bilik dah. Cute as always.

Pertama kali mabuk darat dengan sangat (diulang, sangat) teruknya. Dah tak mampu nak lalu jalan bengkang bengkok macam ular kena palu. Dah tua, mungkin? Hmm.
Ini nikmat yang tiada tanding. Berlumba pergi petik strawberry secara sendiri sambil terbongkok-bongkok macam pencuri semata-mata nak cari strawberry yang terbaik; merah dan gebu.

Tips makanan; strawberry cicah susu pekat is WAY better dari cicah coklat.

Dua hari penuh makna. Dua hari penuh cinta. ♥

:')
---

Selepas difikir-fikir, mungkin Allah belum kasi izin untuk aku jadi fasi Kem Smart Solat tu kerana solat aku sendiri belum sempurna. *senyum nipis* Mungkin kalau aku yang ajarkan adik-adik di sana tu untuk bersolat, mereka jadi kurang minat untuk mendengar.

Makanya sekarang aku redha. Hilang lah kamu, rasa sedih. Lenyap lah kamu, rasa terkilan. Ini kan ketentuan Tuhan? Kita cuma mampu untuk merancang, yang katakan ayat 'Kun faya kun' tu, tetap milik Dia.

P/s: Kena belajar untuk lebih cepat redha dan menerima. Hmm.

Friday, July 30, 2010

mungkin Allah belum bagi izin.

Pagi tadi, kurang lebih pukul 7.10 pagi, ini berlaku. Tak pasti nama persiaran roundabout tersebut tapi untuk kamu yang tinggal di Shah Alam, kejadian berlaku di roundabout nak menghala ke Masjid Biru.

Alhamdulillah, mujur nyawa masih ada pada jasad.

Macam tak perlu nak cerita semua tapi cukuplah untuk kamu kamu tahu kalau aku tu yang ada di ruang pesalah. Dan kereta Proton Waja milik seseorang menjadi mangsa... Tapi kereta kesayangan aku yang lebih teruk rasanya.

Tapi yang salah tetap salah, kan?

Alhamdulillah juga, abah dah berbincang elok dengan uncle pemilik kereta yang jadi mangsa ke-tidak hemat-an aku memandu. Kalau dibuat report polis, sistem KEJARA boleh demeritkan aku 15 mata dan paling naya, lesen P boleh dibatalkan serta digantung 12 bulan.

Allahuakbar.
*tarik nafas panjang*
*hembus*

Ini antara pengajaran yang besar dalam semua pengajaran. Untuk aku belajar rasa bertanggungjawab atas kesalahan aku mungkin. Dah besar, dah 19 tahun, takkan nak lari kan? Tapi aku masih seorang anak gadis yang perlukan bantuan abah uminya.

Sikit di sana dan sini.
:)

Cumanya sedih dan sedikit terkilan. Aku terpaksa melepaskan peluang untuk menabur bakti menjadi fasilitator Program Kem Smart Solat di Gombak untuk remaja sekaliannya. Bukan rezeki aku mungkin, dan mungkin saja Allah belum kasi izin.

Mungkin belum lagi. Mungkin bukan sekarang.

Aku percaya, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya walaupun aku belum nampak apa hikmah untuk aku tak turut serta jadi fasi ni. Rasa terkilan tu masih ada. Aduuuh, macam mencucuk cucuk dekat hati.

Tapi takkan bila uncle tu datang rumah nak settlekan esok, aku tak ada pulak. Hmm.

Bukan rezeki kamu, Nuha. Sabar lah, cahayaku. Tawaran program yang akan datang mungkin lebih baik. Siapa tahu, kan?

InsyaAllah, insyaAllah.
:)

Thursday, July 29, 2010

Bila akhwat jatuh cinta.

Kalau akhwat jatuh cinta? Tak ada yang aneh. Kan mereka juga manusia. Bukankah cinta itu fitrah manusia? Tak pantaskah kalau akhwat jatuh cinta? Mereka juga punya hati dan rasa.

Tapi tahukah kalian betapa berbezanya akhwat muslimah saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Percayalah.
Namun sebaliknya, ketika akhwat jatuh cinta...
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap.

Dan ketika lelaki yang tak halal baginya, bergayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta dalam dirinya yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tidak tahu akan kepastiannya...

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu.

Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika Akhwat Jatuh Cinta.

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang berqiam adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan.

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan mungkin saja tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan kalau dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan.

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta. Kerana yang ada adalah penderitaan jauh di dalam hatinya.

Tapi ukhti, bersabarlah. Bersabarlah.
Jadikan ini ujian dari Rabbmu.

Matikan saja rasa itu secepatnya, pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai sebelum waktunya. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Dan pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Ilahimu.

Ukhti, jangan pernah khuatir kau akan kehilangan cinta seorang manusia bernama lelaki. Kerana kalau memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersama, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu. Kalau itu yang termaktub, maka redhalah, sayang.

Ukhti, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturkan segalanya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja.

Semua Akan Indah Pada Waktunya.

By: Ummu Sa'ad 'Aztriana'

----
:')

Ini memang pesanan yang tepat untuk diri aku sendiri. Tapi juga aku tujukan untuk sahabat-sahabat akhwat yang lainnya. Kamu sudi terima tak?

*sengih*

Aku merayu pada diri dan pada kamu. Jadikan diri kamu tetap mahal, teman. Setajam duri mawar bila cuba dipetik, sekuncup pohon semalu bila disentuh.

Terima kasih kepada sahabat dunia akhirat; Cik Bie, kerna sudi menghadiahkan link tulisan ini pada aku. Jazakallah, sayang! Hehe. Dengan pesanan, nanti kita keluar berdua lagi ye! Dah mula menyimpan rindu ni. ♥

Wednesday, July 28, 2010

tinta untuk seseorang.

Untuk kamu. Saya dah baca tulisan tu. Terima kasih kerana masih mengingat. *terdiam. Cumanya saya mohon untuk awak hilang sembunyikan semua yang pernah berlaku. Tolong... jangan seksa diri sendiri.

Jangan kata lagi 'I wish I can turn back time' sebab apa yang saya ada sekarang adalah saat yang terbaik dan terindah yang pernah saya lalui sepanjang 19 tahun saya hidup sebagai hamba Allah Taala.

Dan ini mungkin menyakitkan hati, tapi saya tak nak ulang balik apa saja yang pernah ada antara kita. Yang sudah tu, sudah lah. Jangan dikenang, jangan dirindu. Saya minta awak belajar untuk melepaskan.

Just like how I did the last couple of months. Saya tak kata senang. Payah. Tapi awak tetap kena cuba.
.
.

Jauh di sudut hati, saya hendakkan lelaki yang melabuhkan hatinya pada Allah Taala melebihi segalanya. Kalau diizin Tuhan. Saya harap awak dapat faham. Semoga awak sentiasa dalam rahmatNya, insyaAllah.

Err, ya. Itu saja.

Monday, July 26, 2010

buatmu puisi terpendek 3.

Dan sebaris nama itu kembali mengisi hari hari aku.
Walau sekadar untuk dua hari.
Dan jari jari aku kembali galak menyusun ayat.
Hanya untuk tatapan sepasang mata.
Dan senyuman kembali terukir.
Di setiap kali kehadirannya.
Dan harapan macam kembali bertebaran di depan mata.
Persis zaman dulu dulu itu.
Dan aku hampir kembali kehilangan diri.
Untuk kesekian kali.

Kadang-kadang aku terasa semacam dia masih 'di sini'. Tuhan, sekiranya perkara yang aku sukakan ini memudaratkan dan bakal memburuk, maka jauhkanlah aku daripada semua ini, Ilahi.

Aku mohon dengan sangat.

Terasa macam dah hilang sikit kekuatan. Hari demi hari. Ya Allah..., sungguh aku kasihankan diri sendiri. Kembali lah, sayang. Kumpulkan segala cebisan yang tersepah.

P/s: Kadang-kadang kita tak boleh untuk terlalu cepat menghukum. Kenal dulu luar dalam, tahu dulu kisah cerita, and then you decide. Social Life 101.

Sunday, July 25, 2010

A Year Wiser, insyaAllah.

Victoria Station-- A birthday dinner with dearest family.


Kalau orang tanya "birthday awak bila?" pada aku, jawapan standard yang aku akan beri biasanya yang ini; "tarikh Alfonso De Albuquerque serang Melaka tahun 1511" dengan leretan sengih paling nakal dalam dunia.

Heh. Hari ni lah tu. 25 Julai.
*sengih*

Sembilan belas. Rasa macam bilangan tu dah banyak sangat kan? Aku yang dah berumur sembilan belas tahun ni pun dah besar panjang. Dah tahu cara nak berkuak lentang. Haha okay tak lawak.

Dan sebenarnya, aku tak tahu cara nak berkuak lentang. The truth hurts and the reality bites, I know. Tsk.
.
.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sesungguhnya aku memang bersyukur atas sembilan belas tahun yang dah Allah Taala pinjamkan pada aku ni. Walaupun mungkin tak diisi dengan benda-benda yang mencerminkan aku ni seorang hambaNya, Allah Taala tetap sayang dan kisahkan aku.

Dan untuk itu, aku bersyukur padaMu, ya Rahman ya Rahim.

Untuk nikmat Islam dan Iman yang mengalir dalam diri ini, untuk sihatnya badan aku ketika ini. Untuk nikmat kasih sayang daripada keluarga yang tak pernah berbelah bagi. Untuk nikmat persahabatan keranaMu, Ilahi.

Untuk kesemuanya yang aku tak tersebutkan, syukran giddan ya Rabb! I could not ask for more apart from Your forgiveness untuk segala kekhilafan yang aku dah perbuat, :'(

InsyaAllah, usia aku yang ke-19 tahun ni akan jadi titik tolak untuk aku ubah diri kepada sesuatu yang lebih baik. A proper muslimah lady in the making. *sengih. Dan tahun-tahun akan datang insyaAllah akan jadi journey hidup yang membanggakan. Biiznillah.

Amitna deenil Islam, ya Rabb.
.
.

Untuk emak; Puan Hajjah Nurulhana Binti Hussain yang dah mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari, dan untuk ayahanda; Tuan Haji Abd. Hakim Bin Husin, there's no such words to describe how thankful I am for all the things you've been through and done for this eldest daughter of yours.

Thank you so much, umi and abah. :') I love you both, ♥

Untuk teman-teman yang membagi birthday wishes di dinding Facebook aku, terima kasih banyak banyak! Serius terharuuuuuuu! *lap air mata guna jari. Hanya Allah Taala saja dapat membalas jasa baik kalian yang sudi meluangkan masa untuk membanjirkan dinding Facebook aku dengan semua ucapan tu.

Jazakallahu khairan kathira!

Oyya, untuk abah, Selamat Hari Jadi yang ke 46 tahun! Birthday ayahanda: 26 Julai. Anak sulungnya: 25 Julai. Hehehehe :D

Saturday, July 24, 2010

The blind bullet.

Soalan ini dah ditanyakan pada aku di Formspring boleh tahan lama-- 5 weeks ago to be exact. Dan aku sendiri dah memanjang lebarkan hujah yang aku rasakan perlu. Cumanya, nak buat orang terima fikiran dan analogi kita macam susah eyy?

Hmm, aku jadi tertarik pulak nak bentangkan soalan tersebut kat sini. Sebab rasa macam mentaliti manusia kebanyakannya memang terarah untuk berfikir benda yang sama.

Untuk awak; sang anonymous yang tanyakan soalan ini, saya mintak izin untuk kongsikan bersama mereka yang lain, ya! Harap awak tak terasa hati atau rasa dimainkan. *senyum.

apa matlamat awak jadi seorang doktor? bukanke doc tu busy kerje dia.. tak takut ke nanti anak² awak terabai~

This was certainly a tough question to be answered dan tak terkira banyaknya berapa kali aku dok main 'backspace'. Cumanya, macam ni lah. Aku tak dapat bayangkan diri aku jadi orang lain selain daripada seorang doktor.

Bunyi mungkin macam bajet bagus tapi serius ni. I see myself as a future muslimah doctor. *senyum. Bukan cikgu, bukan akauntan, bukan peguam walaupun dulu dapat tawaran UPU untuk buat asasi perundangan.

Awak tanyakan tentang matlamat. Rasanya ultimate matlamat saya sebenarnya untuk join United Nations ataupun Mercy Malaysia. *senyum. I've been longing for that since I was in lower secondary. Travel, tapi dalam masa yang sama tetap berbakti untuk masyarakat.

Yes, I would love to do that in the future.

Sebetulnya, kerjaya seorang doktor ni memang sibuk. Couldn't agree more on that sebab buktinya memang ada kat mana-mana. Masuk kerja biasa pukul 8 pagi sampai 8 malam. Kalau on call, sambung pulak dari 8 malam sampai 8 pagi esoknya. Dan kena lagi masuk kerja waktu biasa.

Bayang, kan.

Dan solat, waktu tidur, waktu makan, waktu rehat... were definitely on stake. Lagi-lagi kalau terlibat dalam major surgery yang makan masa berbelas-belas jam. Apa kau ingat boleh sesuka hati mintak keluar dari operation theater?

Sebab tu agaknya kebanyakan doktor lelaki tak nak berkahwin dengan doktor perempuan (sampainya hati diorang, haha). Tak ada masa untuk keluarga, katanya. Tapi yang kitorang ni memang lebih prefer doktor lelaki jadi suami kot.

Semuanya sebab kitorang perlukan lelaki yang faham kerjaya kitorang. Yang tahu susahnya macam mana, yang tahu sibuknya jadi doktor ni macam mana. Tapi tak mustahil je pun untuk kahwin dengan cikgu, ustaz dan sebagainya.

Actually I don't think akan timbul hal suami anak-anak saya terabai ke apa (insyaAllah). I know myself and I know I can balance my life as well as my time when the right time comes. Doa-doa kan lah sekali ye.

My colleagues kat sini pun ramai je yang parents diorang doktor pakar semua. Manja je pun dengan parents. Kasih sayang dan perhatian masih sempurna kalau diikutkan cerita dan mata sebagai saksi.

Sebenarnya... kalau parents kerja lain selain doktor pun, belum tentu anak terjaga. Kan? *sengih.

P/s: Ini untuk kamu kamu yang takut untuk menyakiti hati seseorang yang lain bila maruah dan agama kamu dilekehkan. Contoh; Gadis yang takut untuk berkata 'Tak Nak' pada lelaki yang mengharapkan cinta mereka sebelum menikah.

Awak, memang betul. Hidup kat dunia ni, hablul minallah kena jaga, hablul minannas pun kena jaga sama. Tak jadi kalau kurang salah satu. Tapi sekarang ni, yang mana yang awak hendakkan? Redha manusia atau redha Pencipta kita...?

Dan sesungguhnya, yang mana awak patut takutkan. Takut untuk sakitkan hati manusia atau takut mendapat kemurkaan Allah Taala?

Awak pilih. Sebab saya tahu awak ada jawapannya.

Friday, July 23, 2010

aku jadi teramat cemburu.

Kadang-kadang, sampai satu tahap dalam hidup, when you are reaching the end of your youth days and adolescent phase I would say, kau akan jadi terfikir. Apa sebenarnya yang dah kau lakukan selama kau pegang gelaran 'remaja'.

At some point, semua orang pun akan lalui benda ni lambat laun. Aku sedang ada dalam situasi tu sekarang.

Situasi yang buat aku terberhenti sekejap di tengah jalan hidup dan menoleh ke belakang, untuk muhasabah balik apa yang aku dah buat (walaupun bukan semua) dengan hidup yang Allah Taala pinjamkan ni.

Tak banyak pun yang indah.
Bukan semua mampu buat aku rasa lega.
Sikit pun tak menjamin kalau nyawa aku ditarik sekarang, Syurga yang menanti di sebelah sana.
.
.

Bayangkan, lah. Darah tengah muda. Ponteng sekolah? Zaman Samura dulu Sick Bay dah jadi rumah kedua. Ponteng kelas? Waktu Fizik je pergi makan kat kantin. Err, panjat pagar keluar sekolah tak sempat -.-"

Ini baru sikit atas tiket tak nak bukak pekung sendiri.

Ya Tuhan. Apa saja yang dah aku bazirkan untuk hidup yang Kau pinjamkan hampir 19 tahun ni? Apa saja yang dah aku lakukan untuk tunjukkan aku bersyukur atas semua nikmat yang Kau bagikan? Apa saja yang dah aku korbankan untuk menegakkan agamaMu, Tuhan?

Sesungguhnya aku cemburu dengan kamu kamu yang sejak kecil lagi sudah kenal siapa Tuhan kita secara dekat. Aku jadi cemburu dengan kamu kamu yang berjaya lalui zaman remaja yang penuh dugaan itu dengan kepercayaan kalau Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.

Dan aku cemburu dengan kamu kamu yang mengisikan fasa keremajaan dengan mengutamakan benda yang sepatutnya dan tak melibatkan diri dalam cinta antara manusia.

*terdiam.
Anyways.

Aku jadi pelik kalau ada yang kata, "Alah, aku tak tutup aurat tapi at least solat aku cukup. Yang pakai tudung tu, kau ingat diorang semua baik sangat ke? Kadang-kadang lagi teruk dari aku."

Tak dapat nak nafikan, pandangan ni ada juga betulnya. Tapi aku nak tanya. Apa definisi 'baik' untuk kamu...?

--> Bila kita buat semua apa yang Allah suruh, dan tinggalkan semua apa yang Allah larang.

Jadi kalau yang solatnya cukup tapi tak menutup aurat, itu belum cukup baik. Yang menutup aurat tapi tak menjaga solat, itu belum cukup baik. Yang cukup solat, yang menutup aurat tapi ikhtilatnya tak dijaga, itu juga belum cukup baik.

:)

P/s: Masih lagi mencuba dan akan terus mencuba, insyaAllah. Juga mengharapkan iringan doa-doa kalian.

Tuesday, July 20, 2010

sesungguhnya kamu isteri saya.

Aku belum lagi layak nak tuliskan sesuatu macam ni. Aku tahu. Masih 'under age' orang kata, tapi kisah ni rasa terkesan sangat dalam jiwa. Sampaikan rasa sebak boleh membawak mata jadi berkaca-kaca.

Ayat macam terletak sedatives je tapi betuul, aku jadi sebak. Ini kisah yang aku dengar di Hot fm tadi, yang hari ni membincangkan tentang status Facebook. Dan ini luahan seorang suami penuh lirih (lebih kurang macam ni rasanya).

Saya selama ni tak tahu isteri saya ada Facebook. Tiba-tiba dapat tahu, saya pun bukak page dia. Ya Allah hai. Tak tau nak cakap macam mana. Gambar-gambar isteri saya semuanya yang mendedahkan aurat, seksi semua, dia dok mintak orang comment.

Yang lelaki-lelaki... semua comment yang entah apa-apa. Dok puji bibir isteri saya... *mengeluh* Dah beberapa malam saya tak tidur cuba password untuk bukak account isteri. Pagi tadi pun, sebelum pergi kerja, saya dah cakap 'I love you' pada isteri saya.

Tapi dia diam, tak cakap apa. Kalau dia tak nak mengaku salah dia, tak apa lah. Saya sebagai suami ni, terima saja lah. Dia isteri saya.

Aku belum berkahwin, jadi tak tahu sakitnya semacam apa kalau keadaan macam ni berlaku. Tak tahu reaksi macam mana yang harus dibagikan. Tapi aku jadi sebak dengan kebaikan si suami. Dia isteri saya. -->kata-kata ni macam kaset yang terus berulang dalam kepala.

Mereka bukannya baru berkahwin setahun, tiga tahun. Tapi TIGA BELAS TAHUN. Apa angka 13 tu bawa apa-apa makna pada kamu wahai isteri...?

*terdiam.

Aku cemburu, kak. Betapa beruntungnya kamu kerna ada dan masih punya suami yang sudi sayangkan kamu, yang setia katakan kamu isterinya dia. Yang anggap salah kamu cuma ujian dari Dia. Bertuahnya kamu, kak.

Cukup bertuah.

Nuha belum cukup layak untuk katakan yang ini tapi untuk perempuan yang bernama isteri, bukan kah syurga kamu letaknya di bawak telapak kaki suami...?

Dan bila Hot fm mainkan lagu ini, sebak yang rasa makin bertimpa-timpa. Semoga nanti aku menjadi seorang isteri yang solehah buat bakal suami, menjadi sayap kiri untuk perjuangannya, dan tidak menjadi sebab untuk bakal suami terlepas daripada mendapat nikmat syurga.

InsyaAllah.


Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

P/s: Yang aku bold-kan liriknya tu, sentiasa terasa meremang bulu roma setiap kali mendengar. Seorang lelaki bernama suami. Hmmmm.

Monday, July 19, 2010

dan aku memang bukan kamu.

1. Novel melayu yang paling jadi favourite sekarang; Rooftop Rant dan Versus. Islamik. Just the right boastful effect I need to spark my life. Bukan geseran antara kayu dan batu je boleh kasi keluar 'api' ye.

2. Untuk kamu kamu yang nak dapatkan kekuatan untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya, insyaAllah, these two books are highly recommended!

3. Needless to say, but Nuha Muneerah takkan promote sesuatu yang dia tak pernah cuba atau rasa. Trust me on this. *senyum.

4. Currently reading Denyut Kasih Medik. Sel-sel dalam badan macam dah meronta mintak jadi doktor muslimah bertauliah. Apa macam ni?

5. Hati, tolong bersabar untuk 5 tahun lagi. Sebelum diri sendiri boleh berbakti menghulurkan tenaga dan perhatian untuk bakal-bakal pesakit di masa depan. Dr. Nuha Muneerah will be at your service! *sengih.

6. Kosong. Mata ni dah lama tak menangis untuk Kekasih sejak balik ke Tanah Melayu. Apa hati dah jadi batu...? Nauzzubillah min zalik. Mintak dijauhkan secara sangat.

7. Rasulullah SAW bersabda: "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut pada Allah Taala". --Hadis Qudsi. Subhanallah, :')

8. Rindu Mesir tiba-tiba. Air mata pertama untuk Kekasih jatuh di tanah asing tu. Manalah aku tak jatuh sayang. Haihh.

9. Kalau lah Mesir tu habitat anak-anak Melayu, bukannya milik titisan Cleopatra yang bila bila boleh goyahkan iman sang lelaki. Kalau, lah.

10. Tengah nak melatih diri berpuasa sebelum datang bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah.

11. Kesayangan dah nak jejak Tanah Melayu! Alhamdulillah, dah berbulan tak jumpa sejak dia datang Mansoura dari Alexandria dulu. Udah kangen mau ketemu sama kamu la bieeee. Hihi. Cik Nabihah Mohd Hashim, have a safe journey back home! ♥

Saturday, July 17, 2010

labuhan mata pada ciptaanNya.

Lihatlah sekelilingmu. Adakah engkau menemukan orang yang hidupnya hanya berisi kesedihan? Atau adakah engkau melihat orang yang sepanjang waktu hanya menderita? Adakah di setiap rumah hanya terdengar tangisan? Dan adakah di semua pipi hanya ada air mata? --Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

La tahzan, kesayanganku.
Sesungguhnya Allah Taala ada bersama di sisi kamu.


:)

Perlabuhan mata pada bungaan indah- 17 Julai; Floria, Putrajaya.
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Dan aku jadi hairan kenapa manusia masih suka melihat benda yang sia sia.
.
.
Wallahua'lam.

Bukan pada makhluk Allah yang ini, tentunya. *sengih. Yours truly dengan dua sahabat fillah dunia akhirat (insyaAllah kalau diizin Tuhan); Fana & Qis. ♥

Friday, July 16, 2010

to live well, or live hell.

Everyone has their own skeletons in the closet. Semua orang ada jerangkung dalam almari masing-masing. Haha, mengadanya nak buat dwibahasa. :p Anyways, bukan lah nak kata semua orang pun bela jembalang, tak ada tak ada.

Read between the lines, please. Fikirkan dulu, kalau dah betul-betul tak dapat, baru tanyakan pada aku ya. But I believe, you guys are smart enough to figure it out.

Semalam masa muhasabah diri, aku terfikir.

Sesiapapun kalau tau jerangkung macam mana yang ada dalam almari seseorang yang dia rasa dia kenal, mesti ada second thoughts tentang orang tu. Kalau lambat laun boleh terima dia seadanya, alhamdulillah.

Tapi tipu lah kalau saat kebenaran tu datang depan mata, you're not having stigma and not being judgmental towards them.

Aku tuliskan pandangan ini atas tiket aku sendiri pernah skeptikal.

Rasional ke kalau aku kata... sebaik dan seberubah mana pun seseorang tu sekarang, kadang-kadang orang masih lagi pandang kesalahan masa lalu dia? Masih pertikaikan sikap niat perangai tingkah dia.

Maka seharusnya orang yang sedang menggelupur hendak berubah itu lakukan apa? Sebab sebesar mana pun langkah dibukak, insecurities tu mesti ada dalam diri dia.

Dan dari celah mana aku rasa aku layak nak dapat lelaki berperibadi macam Saidina Ali? Yang macam Umar Al-Khatab? *sarcasm. Dari ceruk mana pulak aku rasa aku boleh nak bersaing menjadi perempuan seperti Aishah? Seperti Maryam? Seperti Fatimah...?

Ya Allah.

Mungkin tu juga jadi one of the reasons why I was being a severe gamophobia. Sebab aku rasa memang takkan ada sesiapa yang akan faham kalau dikisahkan tentang jerangkung-jerangkung yang ada dan kalau nak dicerita, memang takkan pernah selesai dinamakan satu satu.

Silap silap tak sempat habis kenal tekak dah kering dulu nak menyebut. Lebih malang kalau yang mendengar dah buat muka dan mula nak bukak langkah seribu jauh tinggalkan aku.

Macam takkan pernah layak untuk siapa siapa sampai bila bila.
Enough said.
It is hard to forget the past, to live with the present and to fight for the future.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri."

To live well, or live hell.



I choose.
It's my call, really.

This is Just a Midnight Rants.

Hlovate memang lain dari yang lain. Susah nak jumpa penulis novel Melayu yang boleh buat aku mengagau buat keputusan untuk 'create' surrounding Islamik dalam dunia aku sendiri. She's the first.

Watak novel dia tak pernahnya yang bercinta sakan macam tipikal novel Melayu lain. Kalau tak parents yang aturkan nikah kahwin, mesti hero yang akan pergi jumpa keluarga heroin mintak izin terus nak elak fitnah.

Memang habis penuh dengan artikel ilmiah, quoted words, menyentuh dari segala macam segi. She has that magic to touch people's life.

Tertanya.

Zaman sekarang masih ada tak lelaki berperibadi macam Saidina Ali? Yang terus menyatakan hasratnya untuk menikahi Fatimah pada Rasulullah tanpa kata 'bagi saya setahun dua tahun untuk siapkan diri'...

Dan kekasih Allah itu menjawab, 'Ahlan wa Sahlan'. Lamaran Ali diterima.

Yang percaya kalau Allah itu Maha Kaya? Dan akan beri rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki dan yang menegakkan agamaNya.

Heroin pun bukan jenis yang merambu selambayaya buat lelaki bukan muhrim macam suami dia. Yang paling best, watak dia rasa dekat sebab sama-sama belajar overseas walaupun tempat lain.

Sekarang, my favourite would be Rooftop Rant. Khairul Batrisya. Zaid. Tiba-tiba pulak dah impikan lelaki macam Zaid. Yang buat lepak dengan kawan-kawan tu sebenarnya liqa' untuk sama-sama bagi tazkirah saling mengingatkan.

Ada tak orang pergi memancing buat qiyam, buat tahajud pada malamnya? Kalau ada Alhamdulillah, hati ni rasa senang.

Lelaki gambaran Hlovate, masih ada ke...? Yang macam Zaid? Yang macam Asyraf? --> something that I couldn't give an answer straight away. Wallahua'lam.

Tapi yang kaki lepak tepi jalan sampai dinihari tu pun jangan dipandang tak ada mata, kata Zaid. Kalau Allah dah kata 'Kun faya Kun', silap-silap si kaki lepak boleh terus jadi stok masjid. Hidayah Allah. Kita takkan tahu, kan?

:)

Dan Hlovate kenalkan aku pada Harun Yahya. That's an ultimatum. I currently have this list of books written by Harun Yahya to read. An e-book, precisely. Currently reading Basic Tenets of Islam. Terujaaa. *sengih.

Aku tertanya-tanya.

Kenapa manusia suka lebihkan dunia...? Aku tak terkecuali. Dah 'memang' ke? Hiburan sakan, melalak sana sini. Indah sangat agaknya. Apa boleh jamin karpet merah ke syurga? Aku tanya.

Entahlah. Mungkin betul, kubur kita lain-lain, dosa masing-masing sendiri jaga. Buat apa nak kisah. Untuk apa nak ambil peduli. Tapi tak salah kalau kita saling mengingatkan kan?

Mungkin juga aku bukan orang yang tepat nak berpesan-pesan dengan kebenaran. Apatah lagi dengan kesabaran. Mungkin.

Hmmm.

Nota kelam malam: Sejuk mata tengok bulat sabit atas langit. Subhanallah. Bulan macam tengah senyum pada Nuha je. Call me perasan but that's how I feel when I saw the crescent moon. *sengih.

Thursday, July 15, 2010

Aku mohon dengan sangat, ya Allah.

Aku rindukan hiburan berbentuk Islamik. Itu yang semalam tergerak menulis 'Kiamat Sudah Dekat' pada kotak search YouTube, dan aku ketemu apa yang aku cari. Alhamdulillah. :') Serius filem Indonesia yang ini membagi kesan lebih sikit.

Sama macam Ayat Ayat Cinta. *senyum.

Bukan kisah Fandy tergila cintakan Sarah yang aku cari. Zaman nak 'teruja' dengan scene filem macam ni mungkin dah sikit berlalu untuk aku. It doesn't trigger me like it used to.

Don't get me wrong. I still do have a thing for sappy-love-stories. Fiction english novels masih menjadi peneman tidur malam. Belum cukup kuat nak tinggalkan semuanya. That's my flaw.

Anyways.

Tulisan aku kali ni bukan nak menceritakan sipnosis filem tu, bukan. Kamu boleh tengok dekat YouTube sana, cuma kena tunggu dia fully loaded je. Kalau malas, memang aku tak terkata apa untuk menolong, lah.

Aku sebenarnya mencari turning point Fandy yang seorang rockers, tapi kerna cintakan Sarah, dia mula belajar solat, dia merangkak sebut alif ba ta dan belajar apa erti 'ikhlas'. Paling tersentuh bila Fandy sedar banyak benda dia kena ubah dalam diri dia untuk dapatkan izin ayah Sarah, dia sebutkan dialog ni.

"Sarahhh, sarah (sambil raup muka dengan tapak tangan). Ternyata kamu itu benar benar istimewa yach." --> I can't stop smiling.

Dalam cuba membagi mesej islamik, masih ada diselitkan lawak-lawak bijak. Macam waktu Fandy menggoreng mak Saprol tentang ba'da Asar. *gelak sakan. Lepas tu bila ayah Sarah si Pak Aji ingatkan kalau 'swear' tu maksudnya dua minggu sebab Fandy kalau cakap 'swear' je dia angkat simbol 'peace'.

Lagi satu aku suka bila Fandy sedarkan keluarga dia tentang kepentingan solat dengan tazkirah dia pasal kiamat dah dekat dan seksa neraka. Mesej tu sampai pada aku, alhamdulillah.

Yang ini waktu Fandy merintih pada Allah sambil mendongak ke langit bila dia dapat tahu ayah Sarah nak menjodohkan Sarah ni dengan anak kenalan beliau yang belajar di Mesir; Farid. Fandy rintihkan ini.

Allah, aku tidak meragukan kekuasaanMu. Ombak di lautanMu yang tenang ini bisa seketika Kau buat menjadi gelombang besar dan menenggelamkan segala apa pun yang mengapung di atasnya.

Aku tidak meragukanMu. Bahkan bila Kau berkehendak, Kau juga bisa buat matahari terbit dari Barat dan tenggelam di Timur. Tidak ada yang sulit buatMu ya Allah. Jadi aku mohon untuk Kau hidayahi aku lagi, Allah.

Please, Allah. Please. Aku memang baru belajar agama, tapi aku juga hambaMu, kan? Aku juga berhak memohon pertolonganMu. Jadi please, ya Allah.

Aku mohon dengan sangat. Aku mohon dengan sangat. Mohon dengan sangat...

:')

Aku perlukan pertolongan. Balik Tanah Melayu ni cukup banyak dugaan dan godaan. Aku takut aku tak kuat nak berperang dengan nafsu sendiri. Kena berusaha terus menerus ingatkan diri sendiri untuk teruskan jalan ni, insyaAllah.

Ya, kiamat tu makin dekat. Takkan makin jauh, kan?

Wednesday, July 14, 2010

kalau nak cakap pasal manusia

...memang takkan pernah habis sampai hikayat 1001 malam sekalipun, (sambung sini sebab panjang pulak ye tak kalau aku nak buat jadi title, huhu).

Sebab memang dah termaktub di luh mahfuz sejak azali kalau setiap orang tu berbeza-beza. Baik lah dari segi handprint (tetiba aku lupa terjemahan dia dalam Bahasa Melayu. erkk) ataupun peribadi.

Kecuali kalau kau monozygotic twins, maka gene DNA kau juga akan berbeza. *the doc in me talking. Haha, mengadanya :p

Manusia ni memang banyak ragam hmm? Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Kalau dah prosa melayu pun ada sebut, kira comfirmed lah hipotesis aku ni ek? Ngeee.

Ada orang pandai belajar, orang tu pulak rajin masak. Yang sana kerjanya mengampu, yang sini jujur lurus tak bertempat. Si D kalau nak tenang baca Al Quran dekat dengan Tuhan, yang si F nak release tension dia jerit tengah padang. -->aku gambarkan tanpa spesifikasi.

Kelmarin bila teman abah pergi bank kat Klang, aku tertoleh-toleh mentengok deretan rumah teres di tepi lebuh raya. Tiba-tiba terfikir. Siapa agaknya yang tinggal dalam rumah rumah tu? Baik ke orangnya? Stabil ke hidup dia? Gembira ke dia?

Sepanjang usia aku yang entah berapa tahun lagi ni, agak-agak aku ada peluang untuk kenal ke siapa penghuni deretan rumah rumah teres tu? Call me insane, but the question just popped out in my head -.-"

Because I'm complicated like that. Just like that.

Okkaaaaay, aku bukan gatal ye sampai nak kenal orang secara rambang macam tu je. I still have my pride. I still have my ego, as a manner of speaking.

Cuma ye lah. Aku terfikir. Kita manusia ni semuanya derived from keturunan Nabi Adam as. dan Hawa. Maka secara tak langsungnya bersaudara la kan? Seibu sebapa (secara teori dan secara ikut-akal-aku-nya) kalau dibongkar salahsilah. Kalau bukan saudara dekat dan jauh, mana tau ada bau bau bacang kot kan.

Dan takkan ada peluang untuk aku kenal semua orang di dunia ni yang secara teknikalnya saudara aku...? Geez, that was too hard to process! Boleh jatuh migrain aku dibuatnya.

Takpe lah. Aku rasa nak let go persoalan ni tapi aku tau jauh sudut ceruk akal ni mesti ada neuron yang memberontak. Astrocyte kah? Apsal? Kau sibuk nak cross over blood brain barrier? Wassalam aku jawabnya.

Tiba-tiba teringat this one particular quote from Akai Ito.

A person will meet approximately 30000 people from the time he is born to the day he dies. Among them, 3000 will be friends and acquaintances from school and work. Those that you can change intimate words with, 300. Within those chance meetings, even before you were born, a special encounter has already been written by God.

*senyum. That's an interesting fact to digest, yes? Hihi.

Mungkin ni jugak salah satu sebab kenapa aku nak jadi doktor. Bukan setakat nak tolong orang kurangkan sakit dia (aku bukan siapa-siapa yang boleh sembuhkan penyakit tanpa izin Dia, kan?), tapi aku nak kenal lebih banyak ragam.

And they said experience is the best teacher. *sengih.

Aku biasanya tak perlu experience sesuatu untuk dapat pengajaran. Cukuplah untuk aku tengok dan analyze apa yang ada depan mata dan keliling aku. Itu pun dah boleh bagi kesan yang besar.

That's why I was once a severe gamophobia. Bila bagitau nenek, of course lah kena bambu lagi, huhuhu T___T Maunya nenek tak mengamuk bila dengar? Ngahahha, aku ni pun memang sengaja nak menjolok sarang tebuan. Haru!

Tapi sekarang... *telan liur* Heh heh heh. Nak pergi lari setempat kejap. Assalamualaikum.

Monday, July 12, 2010

bukan untuk mencari kelemahan.

Aku perasan ada bezanya antara lelaki Melayu di luar negara dan lelaki Melayu di Malaysia. Chop! Aku sekadar nak membandingkan, itu saja. Tak ada niat nak mengecilkan hati sesiapa. *senyum. Maaf kalau ada yang rasakan fikiran ini tak wajar untuk dituliskan.

Lelaki Melayu dekat luar negara lebih protective. Percaya tak?

Diorang lebih ada 'rasa' untuk melindungi perempuan daripada segala jenis bahaya. That's kind of expected, you may say. Tapi bagi aku, senario 'ikhwah-protect-akhwat' sesuatu yang baru untuk aku tengok. Mungkin sebab I don't used to live in such way with such guys.

:)

Dan lelaki-lelaki ni (walaupun bukan semua), Alhamdulillah selalu jugak cakap 'boleh' 'okay no hal' 'aywah' 'sure' setiap kali kalau ada akhwat yang mintakan pertolongan diorang untuk meneman pergi kemana-mana yang appropriate terutamanya waktu malam macam pergi tuisyen (ini paling kritikal sebab kena lalu Syari3 Gala' yang penuh tragedi -.- huhu).

Yang paling menterharukan, kadang-kadang kami akhwat ni tak perlu nak mintak dimusyrifkan pun. Lelaki-lelaki tu dengan rela hati tawarkan diri mereka jadi musyrif. *senyum. Serius terharu dengan mana-mana lelaki yang buat macam ni.

I've experienced once. *senyum.

Terima kasih ye. Semoga Allah merahmati niat dan jasa baik kalian. Musyakkar awi wa jazakallahu khairan kathira fi kullu. InsyaAllah, doa-doa dan ucapan terima kasih para akhwat akan terus mengiringi langkah kamu kamu lelaki yang sudi menjadi musyrif buat kami.

Cuma satu soalan. Agak-agak bila balik Malaysia sikap melindungi tu masih ada tak? Err, am just asking, nothing personal, no offense. *sengih.

*******

Serius, aku kalau boleh memang tak nak bukak lagi the so called 'pandora box' yang penuh dengan kisah hitam yang berselirat segala macam jenis rasa. Tapi. A, if you happened to read this eventually, perlu ke awak bukak balik kisah lama kita tadi? Perlu ke awak balas wallpost saya pada wall fb awak yang bertarikh 27 November 2009 tu?

Awak rasa masih relevan untuk diucapkan kata rindu dan kata maaf pada ketika ni? Saya tanya awak ni A. Relevan lagi ke? Maka untuk apa semua kata-kata awak tu...? Sungguh saya nak tau.

I left you for the sake of Allah Taala, remember A? *senyum. Dan saya tak pernah menyesal buat keputusan tu. Awak sendiri dah pilih jalan awak selepas tu.

Kan A? Kan...?

Sunday, July 11, 2010

buatmu puisi terpendek 2.

Dan kalau apa yang terjadi satu petunjuk.
Untuk aku benar benar lupakan apa yang pernah terjadi.
Sesimboliknya terpadam semua jenis kenangan.
Kalaulah.
Kalaulah.
Kalaulah kalau itu jadi benar.
Untuk kesekian kali.
Aku kini rela lepaskan kau pergi sepenuhnya.
Pergilah.
Pergi.
Tanpa membagi kesan.
Biar makin jauh.
Biar makin tak teringat.
Supaya aku lupa apa erti sakit.
Apa makna kepercayaan dihancurlumatkan.
Apa maksud kehadiran seorang insan.
Yang datang beri rasa bahagia tiruan.
Yang hadir hanya cuma untuk melukakan.
Cukuplah.
Cukup.

Aku mohon kalau itu jadi benar.
Makanya.
Nuha Muneerah, sila tolong sedar.
;Shah Alam, 6.34pm

p/s: Awak dah tak ada tempat lagi dalam dunia saya. Lupakan semuanya.

Friday, July 9, 2010

buatmu puisi terpendek.

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaKu. --Surah Al-Fajr; ayat 28-30.

Allah sendiri dah menjemput hamba-hambaNya.
Kenapakah aku masih lagi leka?
.
.
Kecewa. Sedih. Melara.
:'(

Thursday, July 8, 2010

Into you like a train. Similar.

*gelak sakan* Adoii, cramp perut bila baca comments untuk entry sebelum ni. 'KLINIK SAKIT JIWA NUHA'. It sounds so wrong on so many levels eyy? Hahaha. Kalau betul aku nak pursue jadi psychiatrist, aku tak bukak klinik la kot, hihi.

Lebih proper kalau kerja di hospital. Ye tak? *sengih*
.
.
.

Amm (his initials actually). Lelaki yang aku kenal sejak aku Tingkatan 2. Boleh kata a 'high school sweetheart' atau lebih tepat 'an old flame'. Untuk rakan-rakan rapat yang tahu kisah ini, kita maksudkan Roti eh, Roti.

Pelik kan kalau tiba-tiba sangat nak cakap pasal Amm?

Padahal kisah aku dengan dia dah terkubur selari dengan habisnya zaman persekolahan. Memang dah kasi noktah lama dah. Cuma memang ada sekali dua masih bertanya khabar, saling membagi semangat.

Setakat itu. Sahaja.

Aku rasa sejak aku kenal Amm, aku memang banyak pendam segala jenis rasa. Dengan kenal dia, aku jadi tahu untuk senyum walaupun hati tengah kena siat. Aku jadi tahu macam mana nak 'kenen'kan seorang kawan baik dengan Amm macam antara kami tak ada apa.

Aku jadi tahu untuk kerling pada dia sesaat dua dan kembali tumpu pada ajaran cikgu di depan. Dan jadi tahu untuk toleh ke belakang, dan cepat-cepat pandang depan balik sambil tersenyum geleng-geleng setiap kali ada tuisyen malam.

Aku jadi tahu untuk 'mesra' dengan dia dalam text messages, sedangkan kalau di sekolah tak pernah nak tegur, jarang nak senyum. Padahal satu kelas tu. Dan kalau dia tegur, (atas urusan sekolah je biasanya) aku jadi tahu untuk layan dia acuh tak acuh.

Sekali lagi macam antara kami tak ada apa.
Hah. Aku jadi tahu semua tu.
Sebab tu yang tahu apa yang ada antara kami, cuma dua tiga kerat saja.
Boleh bilang dengan jari.

Kenapa aku jadi ingat semua ni tiba-tiba?

Sebab kelmarin dia hantar mesej pertama sejak aku pulang ke tanah air. *senyum* Cuma dia sorang yang boleh buat aku tinggalkan phone lepas tekan 'open message', selama 10 minit, sebelum tangan terketar-ketar dan jantung kena brain freeze, untuk baca apa yang dia tuliskan.

Kenangan sungguh ni. Memang manis bila diingat, tapi untuk ulang balik apa yang telah aku buat, untuk rasa apa yang aku pernah rasa, aku tak rasa aku sanggup lagi.

Takkan pernah lagi sanggup kot.

Tuesday, July 6, 2010

The self-destruct button.

Beberapa hari yang lepas, aku ada lah bincang secara 'macam-tu-je' dengan abah tentang 'future' aku. Maksudnya, selepas aku habis belajar degree ni nanti. Err, tahun 2015 to be exact.

Kalau tengok sekarang, memang 'perghh-lama-lagi'.

Tapi tengok lah. Pejam celik pejam celik je mesti dah sampai punya tahun 2015 tu. Sekarang kan masa berlalu macam air keluar dari paip. Laju semedang je. Eh, boleh ek buat banding banding macam ni? Huhu.

Rupanya bila fikir balik, mungkin jadi psychiatrist atau pakar sakit jiwa tu bukan pilihan yang praktikal. Macam abah cakap. Agak-agak kalau aku bukak klinik 'KLINIK SAKIT JIWA NUHA', sebulan ada tak paling kurang dua pesakit?

Okay takyah jawabkan, aku dah ada jawapan. (-.-") Terkebil-kebil kejap aku.

Mungkin kena fikir options lain kalau betul aku nak pursue jadi pakar in the near future, insyaAllah. Paediatrics, perhaps? *shrugging. Tapi aku nak involve dengan neonates je. Boleh tak macam tu? Budak-budak besar tak nak, :p

Tapi entahlah. Benda macam ni aku kena fikir lagi ni. Mungkin ambik paediatrics dulu, lepas tu baru ambil psychiatrist jadi sub-specialist... *senyum. Paed's psych. Not too bad, ey?

Lepas tu kan, aku ada satu impian yang aku dah mula tanam dalam diri dan insyaAllah, kalau Allah izin, aku akan pastikan impian tu jadi kenyataan. Em. Aku sangat-sangat teringin nak sambung ambil specialist di Harvard Medical School.

Ya, itu impian aku yang paling dalam dan jauh.
Ngeeee.
Tapi ye lah, aku cuma merancang. Tak nak pun letak harapan tinggi sangat.
*terdiam*
.
.
Dah penat kot.

Abah kata lagi, abah nak anak perempuan dia ni kalau boleh kerja cari pengalaman kat negara orang dulu. Bagi aku, no hal. And abah did mentioned few countries for instance Dubai and Abu Dhabi. Err, Ireland perhaps?

Macam tu barulah boleh betul-betul kerja satu hospital dengan David tu ye tak? He he. *gosok tapak tangan kanan ke tangan kiri. Seriously, Nuha? *terdiam, lama (-.-")

Cuma rasanya sejak aku tingkatan satu lagi aku dah ada angan-angan untuk join United Nations (UN) dan aku macam pernah bayang je diri ni jadi president Mercy Malaysia. InsyaAllah. Sebab macam hati aku lebih ke situ kot. Tak boleh tengok orang sakit.

Sambil merawat orang sambil travel. Tak ke sikit punya best tu? *sengih.

Tapi dulu pernah bagitau nenek rancangan aku ni, habis kena bambu. Takut cucunya yang sorang ni tak kahwin kot kalau dah sibuk semedang. Takut bakal suami dan anak-anak tak terjaga mungkin.

Aiseh nek, doktor memang macam ni apa.

Lagi-lagi la bila housemanship nanti. We are the bottom of the food chain. The hospital owns us. Patients are our top priorities. Biar lah kalau tersengguk tertidur berdiri pun masa on call. Dah itu lumrah dia. Harus dibagaimanakan lagi eh?

Hmmmm. Ni kalau balas macam ni kat nenek masa berdiskusi dulu, dibungkus jugak aku masa tu. Wassalam. --> Bak kata Hlovate.

Aku sekarang dah dewasa, hmm? *sengih. Dah boleh selambayaya cakap pasal 'future', masa depan. Padahal macam baru semalam tahun 1998, aku masuk darjah satu. Tarik beg roda entah gambar kartun apa, dengan penuh gaya. Ecewah.

Takpe lah, ada 5 tahun lagi sebelum habis degree. I'll figure something out, insyaAllah. Tolong sama doakan! *buat muka comel.

Anyways, ini senarai perkara yang aku nak buat untuk isi masa cuti tiga bulan ni.

1. Menjadi supir adik-adik ke sekolah dan ke kelas tambahan.
2. Workout on Cross Walk 2 kali sehari, 20 minit satu sesi.
3. Menghabiskan buku-buku yang dah diborong tempoh hari.
4. Having a quality time with family.
5. Khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan, insyaAllah.

P/s: Kalau ada lagi nanti aku tambah ye. :)

Monday, July 5, 2010

And I thought I was strong enough.

Aku tak tahu apa yang dah terjadi. Serius. I don't have any vocabs to explain even to myself. It just happens. And I am not proud of it. Not even close of being happy with the outbreak.

Rasa sangat kecewa.
.
.
.
Aku rasa aku dah hilang diri sendiri sekali lagi.
*terdiam.
.
.
.
Kejap. Beri aku sikit masa lagi. Kalau ada yang bertanya berapa lama akan aku biarkan semua ini untuk terus berlaku,

Apa boleh kalau aku terdiam lagi...?
.
.
Aku tak pernah mintak lah semua ni untuk terjadi. Walaupun aku dah pernah jangka. Tapi aku tak pernah sangka pulak memang betul-betul akan berlaku.

And I let myself down for once and for all. Damn it!
.
.
.
Tuhan, sesungguhnya aku masih lagi hambaMu yang sangat hina. Jauh lagi untuk layak mendapatkan setiap nikmat dan ganjaran yang Engkau janjikan. *sebak. Mungkin saja aku takkan pernah layak.

Takkan. *terdiam. Kejap, dada rasa sesak.
.
.

Maaf, aku masih jauh dari bayangan kalian tentang aku. Kembali jauh. Dan mungkin akan terus jauh...? *mengeluh. Mungkin saja. Maaf sekali lagi. Aku belum cukup kuat.

Masih tak sehebat yang kamu kamu sangkakan. --> pinjam ayat Kak Diba.

P/s: Apa boleh kalau aku mohon untuk kalian mendoakan aku...? *senyum lesu.

Saturday, July 3, 2010

Dream something, just dream.

Nafsu nak berblog makin luntur bila dah jejak kaki ke tanah air ni. Apsalkah? Aku takda tahu. Nak bukak laptop ni pun kadang-kadang rasa malas. *menitikkan air mata secara acah-acah sekarang*

No mojo to blog.
No mojo to blog.
No mojo to blog.

Okaaay, cukup tiga kali, sekadar mencukupkan syarat, -.-"

Em, dah dua hari ni kaki aku ni panjang pulak nak keluar rumah. Semalam pergi meronggeng dengan teman-teman sekolah di SACC Mall dengan dearest habibi, Qistina & Izzati. I really had a good time pergi MPH beli buku dan makan fish & chips dekat Secret Recipe.

Buku-buku yang telah dibeli semalam- Aku Terima Nikahnya, Denyut Kasih Medik, Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul, & Spanar dan Skru kalau tak silap.

Thankyou sayang sayangku sekaliaaaan, ♥

Malam tadi baru berpeluang tengok FIFA untuk pertama kali dengan Astro B-Yond ke apetah tu. Ye, baru semalam aku berjaya nak mengikuti. Aku sebenarnya minat je tengok bola yang bulat kena sepak sana sini golek-golek tu cuma kadang-kadang stress kalau pasukan pilihan kecewakan hati den, hihi.

Macam Ghana semalam T_____T

Random; I have a thing for Netherlands' player with a jersey number 9. Ada sesiapa tahu siapa dia? Sila bagitau aku ye. Terima kasih!

Anyways.

Hari ni satu hari kat luar jeee, no further explanation needed kot, this is not even close to a diary I supposed, huhu. Tapi satu benda nak cerita. Aku pergi Kompleks PKNS untuk pergi Pesta Buku yang berlangsung untuk hari terakhir hari ni.

Perasaan? Terujaaaa. (^_^)V

Booth pilihan--> booth Jemari Seni sebab aku memang dah target nak beli buku-buku karya Hlovate je kali ni. Rooftop Rant, Versus, Tunas, 5tahun 5bulan, semuanya dah jadi milik aku sekarang, Alhamdulillah. Oyya, thanks to habibi yang belikan aA+bB. :))

Dan 'gila'nya aku terhadap buku tak berhenti kat situ. Tiba-tiba terjumpa booth Gempak Starz. Ape lagi, memboronglah aku komik-komik sebanyak 6 buah, hehe.

Memang takkan ada lagi yang boleh membuatkan aku 'gila' selain buku dan makanan. ;p

Makanya, cuti selama tiga bulan ni akan aku manfaatkan antaranya untuk menghabiskan berbelas buku yang telah aku beli. Pergh, punyalah bahagia hidup aku macam ni, hihi. Dah terasa lengkap dah. Takpayah ada pacar pun aku takkan pernah kisah.

Semua pun tolak tepi.

P/s: Mungkin takkan berblog untuk beberapa hari. Macam aku cakaplah, no mojo to blog. Haiyyo. InsyaAllah, kalau ada apa-apa untuk dikongsikan, aku takkan simpan sendiri sendiri.

Assalamualaikum. :)

Thursday, July 1, 2010

It has been 9 full months...

...since I last being here, in a place I called home.

Err, in case you hadn't noticed, I'm home. *senyum lebar* Indescribable feelings I must say. Alhamdulillah, selamat sampai rumah petang semalam, lepas flight landed later than estimated time. Sepatutnya 4.15petang tapi jadi 4.35petang pulak.

Anyways, I'm glad I took Egypt Air to bring me home. *sengih*

Bukan nak bangga apa, but I did traveled all the way from Cairo International Airport to KLIA on my own, without having any close friends with me unlike other colleagues of mine. The wonderful thing is, I met new acquaintances during the whole journey! *senyum paling lebar*

It was absolutely a journey to remember. ♥

I was sent to Cairo Airport by Kak Mus, Kak Nur, Kak Ana and Ustaz Arif (as a driver). Sangat tersentuh dengan layanan diorang pada aku, ya Allah hai. Rasa macam takkan pernah boleh balas sampai bila-bila! :')

*Susah payah Kak Nur, Kak Mus, Kak Ana, Kak Biyah, Kak Yasmin dan ustaz Arif melayan karenah aku di Cairo deserves a special entry -- hihi*

Alhamdulillah, proses check in bagasi semua berjalan dengan lancar. Aku siap request nak seat tepi tingkap, dekat dengan toilet lagi menjadikan seat aku bernombor = 43A. I am so very much happy with my seat!! --> tuuuu diaa punya happy.

A stranger that became my 1st acquaintance was Athirah; a dentist student from Al Azhar University. She happens to be Adawiyah's housemate, haha. What a small world! :D She's a nice girl indeed sebab dia sanggup tunggu sampai I've got all my baggage with me.

Till we meet again ye Athirah! :))

The second acquaintance was Kak Liyana, a 1st year student of Computer Science from United Kingdom. Rupanya bukan setakat budak Egypt je balik hari tu. Sekali dengan budak UK, budak Russia, semua sekali ada. Sumpah lah gempak!

And guess what. Kak Liyana kenal Amirah Ali, haha. Again, what a small world!! And we chatted about differences between Malaysian students in Egypt and in UK. Culture and surrounding seems to be on top of the list, huhu.

Kak Liyana baiiiiiik sangat dan nampak lembut semua. Hopefully boleh jumpa lagi ye Kak Liyana! *senyum*

The third acquaintance paling istimewa antara semua sebab beliau merupakan orang yang berada di sebelah aku selama 10jam penerbangan. Tengoklah, istimewa dia sampai nombor terus bertukar jadi perkataan, -.- Nama dia David, an Irish guy.

Alhamdulillah, bersyukur jugak aku David ni yang duduk sebelah aku. Buatnya orang Egypt? Ergh, payah! -.- So, I was the one who started the conversation by asking him if he is traveling to Malaysia. And the conversation go on and on and on.

Sampai lah dia bagitau dia pun med student tapi dah 3rd year. And from that, kitorang berborak pasal benda medikal macam housemanship, clinical year, etcetra etcetra. Dan bila aku cakap aku nak pursue psychiatrist after degree, dia pulak cakap nak involve in emergency medicine.

Okay, wowww! ;O

And the flight finally landed. Alhamdulillah. I heard David saying 'Yeaaaay! It must be great for you to be home' with a smile on his face. I replied 'Absolutely, hehe'. Akhir sekali sebelum kitorang sama-sama turun that aircraft, I said this to him.

"So, David. I hope you will have a wonderful time in Malaysia. And good luck with your studies!" I meant that, anyways. Hihi.

"Yes, thankyou and so do you. I'm hoping that we could work in the same hospital in the future." he replied.

I would love to! It would be my honor to do so, David! :) Kalau Allah izin, insyaAllah. *senyum*

See? Ada banyak sangat hikmah aku travel sorang sorang ni. Kalau ada teman rapat yang meneman, belum tentu aku boleh dengan berani tegur mereka-mereka yang aku kenal semalam. Sebab I have my comfort zone with me, why bother to cross the line, kan?

Selalunya macam tu lah. Hmph. All in all, semalam memang lah a journey to remember! :D