Sunday, June 27, 2010

What a Difference a Day makes.

Malam terakhir berenam bersama- Husna, Syifa, Chitah, Echa, yours truly & Bella.

Scratch the previous entry. That was not even close to an 'ini-entri-terakhir-saya-dari-Egypt-T____T' entry. My last entry in Egypt deserves something full with emotions and thoughtful than those words I used in the previous entry.

*That took me long enough to realize tho. Aigoo.

Maaf, tapi beradanya aku di Mesir selama sembilan bulan ni membawa makna yang lebih dari sekadar aku datang sini belajar untuk jadi seorang doktor. What Egypt did to me, it is beyond what you could ever imagine. Ever.

What Egypt Did To Me.
  • Sebab ada dekat Egypt lah, skill memasak saya dapat sampai tahap "emmm-boleh-tahan-sedap". Alhamdulillah, *senyum* Lepas tu dah pandai brain storming hari ni nak masak apa, hari ni nak masak apa untuk housemates.

    Kalau kat Malaysia memang liat.

    Nasi goreng pun kalau boleh nak suruh Afnan yang masak. Ice blended Milo pakai ugut 'Ammar je. -.- Mood rajin datang baru jejak dapur tarik keluar periuk belanga memasak. Menyedihkan, I know.

  • Saya dah boleh hidupkan api dapur guna mancis!! (baca dengan nada menjerit) --> wahh, ini teruja sakan ni. :D Serius lah awal-awal dulu nak memasak je kena panggil Chitah hidupkan api. Semuanya sebab takut terbakar jari, eceh.

    Alhamdulillah, makin lama makin suka pulak bakar mancis, hahahah.

  • Dah boleh mop lantai tanpa ada rasa geli geleman dan siap cepat dah tak lambat terkedek-kedek macam dulu. Mop ruang tamu je dua jam apa kes. *Menangis acah-acah sekarang.

  • Memperkasakan kesabaran yang sejak awal lagi memang tipis. Terima kasih la kepada pak arab sekaliannya yang suka sangat menipu atau mengenakan aku atau mengacau aku bagi salam tak mau mau.

    Because despite of all the hatred and sumpah seranah, I learned how to be more more more more and more patience towards anything that come to my face.

    Ya, sebanyak tu.

  • Terima kasih kerana ajar aku untuk jadi kurang selfish dan fikirkan mereka yang lebih memerlukan dari aku. It means a lot to me. *senyum kecil*

  • Egypt changes me to be a better Muslimah, that is. I am still in progress, of course. Masih banyak cacat cela sana sini dan tak ada apa yang nak dibanggakan. :) Terima kasih, Ilahi.

  • Dah boleh beli barang dapur dan pergi pasar sendiri. A big improvement, I would say. Dulu teman emak pergi pasar setiap Ahad pun kalau nak beli majalah atau Nasi Lemak kegemaran kesayangan. Hehe.

  • Reti nak bandingkan harga barang bila pergi kedai runcit lepas tu pilih barang yang kualiti tak kurang dari yang berjenama tapi murah sikit. *Kejadian ni tak selalu berlaku, -.-

    I still think the original is the best tho. *shrugging.

  • Televisyen bukan segala-galanya asalkan ada laptop. :p Aku rasa budak overseas ramai yang setuju ni. *Aku rasa, lah. Aku dah lama tak ada nafsu dengan kotak yang bersuara heh. Padahal dulu duduk depan tv 6 jam tanpa henti pun sanggup je aku.

  • Dah boleh hidup berdikari pergi kedai sorang-sorang, pergi gam3h sorang sorang. Kalau dulu semua tempat pun nak berteman. Afnan lah jadi mangsa, hihi. Ohh, aku dulu tak ada hidung. :p --> hiperbola!

  • Dah reti nak buat pengorbanan semata-mata untuk study. Korban masa, tenaga, duit, air mata... You name it. Tak, ini bukan bongkak takbur riak ujub dan apa sebagainya.

    Cumanya, Nuha Muneerah yang aku kenal dulu tu, dia lebih pentingkan diri sendiri. Itu saja. *senyum*

All in all, Egypt teaches me about life. Itu perkara paling besar aku kira. Kalau aku masih ada di Malaysia... mungkin jalannya ada sikit payah. Boleh tu boleh. Tapi aku akan perlukan kekuatan yang lebih dari yang aku perlukan sekarang. Wallahua'lam.

Surrounding ni banyak membantu sebenarnya. And I'm blessed by the fact that I'm here, dikelilingi oleh mereka-mereka yang pentingkan akhirat tapi masih tak lupakan dunia tentunya.

Memang, apa yang berlaku zaman jahiliyah aku dulu tu semuanya ada hikmah tersendiri. Dan kenapa aku ada kat sini (Mesir), aku dah ada jawapannya. *sengih*

Terima kasih, Mesir.
Terima kasih kerna mematangkan saya.
Terima kasih untuk semuanya, untuk segalanya. *senyum*

Jangan rindukan kehadiran seorang Nuha Muneerah okay, Mesir *sengih lagi* I'm leaving you for 3 months, I supposed. For a better or for worse, I really wouldn't want to know. But I'll be back in Egypt paling awal pun... 1 oktober, paling lambat 10 oktober, insyaAllah. Kalau Allah izin.

Anyways.

Dah selamat pindahkan barang ke rumah baru, Alhamdulillah. Thanks to Zaki, Faiz (aka Bem), Eddy, Hafiz, Amir dan Ezwan~ Korang memang terror lah. Barang punya banyak punya berat angkat punya sekejap *tabik hormat. Jazakallahu khairan kathira! *sengih*

P/s: Ini baru balik dari dinner dekat Ketchup dengan housemates kesayangan sekaliannya dan our beloved kakak SC; Kak Azyy for the last time, :'( Sayang korang sangat-sangat! To Cuna and Bella, walaupun next sem dah tak sama rumah, hopefully ukhuwwah kekal sampai bila-bila yeaa. *senyum kecil tahan air mata*.

Saturday, June 26, 2010

ini mungkin yang terakhir.

Lagi beberapa hari. My heart had a brain freeze (tajuk lagu) bila fikir yang aku akan balik ke tanah air minggu depan. Dulu kat Muar bila dua minggu tak balik rumah dah sasau, apatah lagi hampir sembilan bulan ni.

*Lup dub lup dub --> bunyi sebenar jantung. Bukan dub dab dub dab. :)

I don't know if this is the last entry i'll be posting from Egypt. Might be eh, I'm not making any specific statement here. Esok Sabtu dah busy pindah-pindah barang ke rumah baru dengan bantuan jejaka gagah (?) sekaliannya. Ahad free. Kot.

I could post up an entry on that day I guess.

Ehhh, tak. Kena pack barang untuk balik Malaysia pulakk! :O Lepas tu Isnin dah nak kena bersiap pergi Cairo untuk tumpang rumah Kak Ana sebelum my exact flight hari selasa malam.

Heh heh we'll see if I could squeeze in the time to blog. :)
Sekarang nak berangan konon ni entry yang last dari Egypt.

First impression aku pada Egypt sebelum datang dulu salah. Ini biar jadi rahsia aku walaupun rasanya macam ada beberapa kali aku bagitau dalam few first entries of mine masa mula sampai Egypt dulu. Sesiapa yang dah baca, let's keep it as a secret shall we? ;)

Selain orang arab sendiri yang merosakkan Mesir ni (no offense), I think Egypt is blessed due to the fact that it was the land of the prophets. Buktinya, kau tak boleh cakap sebarang cakap kat sini. Dengan senang senang boleh termakbul macam tu saja. Aku dah jadi saksi pada banyak peristiwa dah. Percaya, lah.

Kan Syifa? Kan Husna? Hehehehehehehhe --> tak tau bila nak stop :p

Oyya, Egypt jugak syurga makanan dan proses membeli-belah. Dah banyak kali cakap tapi nak cakap lagi yang aku akan rindukan makanan Egypt. :( Paling akan rindu Bahgat Samir. Lepas tu shawarma firakh, fatira bil sukar, makarona bena arbiata, aiskrim segenih kat kedai kek Syari3 Gala'.

Oh musim sejuk sampai kena pakai baju 3 lapis dalam rumah siap bermafla dan bersweater. Hujan air batu. Definitely will be missed. :') Abang arab kacak yang dah lama tak bersua muka tak tau khabar cerita. Aihh.

Enough of that. Anyways, I just wanted to confess that I'M ALWAYS UNBELIEVABLY BAD AT PACKING THINGS UP. I mean like seriously serious. I am not-so-bad in prioritizing things for studying but not for this. ;'|

IF ONLY I COULD HAVE MY MOM TO PACK FOR ME.

Zaman Muar pun kalau balik asrama mesti emak yang unpack my things and put them in my locker. Nak pergi Mesir dulu pun aku kemas sikit lepas tu mintak tolong emak banyak, haha -.- Macam mana nak kemas baju bakal suami kalau beliau nak pergi outstation ni?

Haih. Okaaay lari topik. But you think this face cares?
.
.
.
Nahh. :)

P/s: Umi, don't worry. I'm trying my best here to pack the things to be brought home. Hehe. :) Do wish for me to have a pleasant flight with Egypt Air. & to my senior Afiq Alias, thanks for coming up with the wish, hihi.

Thursday, June 24, 2010

sesuatu yang tak terlepas.

Hidup di dunia hanya sebentar saja
Bila duka bila tawa, suka hati kembali padaNya
Waktu yang berlari takkan pernah bisa kembali lagi
Bila perit bila sedih...
Air mata, bukan segalanya.
Detik waktu kan berlalu, suka duka kan berlalu
Tangis tawa air mata semua kan berlalu dan pergi.

-Hanya Hamba Allah. :)

I just simply jot down the lyrics on a random basis since I listened to that song repeatedly every day. It reminds me that Allah is still the Almighty and I am just one of his slaves, just like you! Nothing different, nothing special.

Aku cuma Kebijaksanaan Yang bersinar (Nuha Muneerah). *senyum*

And so, some of us are left with 4 days till their flight (my cousin, that is -.-). As you know, days before my flight can now be counted using my hands ONLY. The toes are no longer needed, heheheh.

Motif?

Haih, sengajalah aku nak membagitau yang flight cuma tinggal sisa 5 atau 6 hari gitu saja. *grinning* Dan persiapan untuk berpindah rumah pun sedang rancak di ruang tamu tu hah habis bergelimpangan segala saiz kotak berisi makanan dan barang lainnya.

*Makanan milik saya je dah 3 kotak + 1 beg! Baru makanan ye. (sedikit freak out di situ).

Nampaknya kena mengadap ammu kedai bawah rumah ni lagi cakap: "Lau samah ya ammu. Fe kartuna fadia? 3zah fe akbar. Talata mumken?"

Nasib baik lah ammu kedai bawah ni peramah orangnya ^_^. Tahun depan pindah Syari3 Samanoudy, benda yang aku akan paling rindu di Syari3 Rabi3 ni mestilah kedai runcit ammu kat bawah ni beserta ammunya sekali, huhu.

Hoh terlupa slogan Syari3 Rabi3 meh aku tempek sini. "ke mana kita pergi dan walau jongang mane pun kita, kita tetap asal dari Syari3 Rabi3" --> Ini kata-kata dari ketua Syari3 hokkay.

Tadi pergi Gam'ah dalam terik (suhu dah lebih 40 darjah celcius memang rentung serentungnya bak dalam oven) nak ambik transcript result. Nasib baik lahh Mr. Hisyam tu terlebih efisien hari ni. Teruskan sikap macam ni ye Mr. Hisyam.

Lain kali tak ada lah free je kena hamun dengan mulut-mulut student Maliziyyin ni. *senyum* Aku pun pernah je geram dengan Mr. Hisyam ni tapi tak pe lah, kita kira seri satu sama. *senyum lagi*

Tak sabaaarnya nak jejak kaki ke tanah air terchenta! Untuk kamu kamu sekaliannya yang menimba ilmu di Malaysia, sila bersyukur okkay. :) Kamu sangat bertuah! Heee.

P/s: Entry serabaiiii. Ergh, dah tak reti dah nak tulis diary dalam blog ni. T___T *lap air mata guna lengan baju* --> Blog telah melalui zaman reformasi dan revolusi? Erk.

Notahati; 23Jun pernah jadi tarikh paling signifikan dalam zaman remaja aku. Awak! Sorry tak call atau message wish apa-apa yang patut. Saya sedaya upaya tahan diri sebenarnya. HamdAllah, I succeed. :) Sanah helwa ye awak. Maaf, saya cuma mampu tuliskan kat sini. Sekurang-kurangnya saya tau awak takkan baca.

Wednesday, June 23, 2010

ini semua pinjaman Kamu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Penentu kepulangan pelajar medikal kuliah Manchester ke Malaysia dah selamat terpampang petang tadi. Itupun aku tak pergi berkampung depan pintu Syu'un Tullab tu. Semuanya terima kasih kat rakan se-Pbl, Syazana.

Jazakallah ye Zana, hehe. && Tahniah untuk result awak! :)

Beliau yang jadi informer aku bagitau result dah ditampal dekat cermin tu ke belum, lepas tu baru lah aku dan housemate terkedek-kedek membawa badan ni ke Gam'ah untuk sama mengendeng mentengok result yang terpampang jelas sesiapa pun boleh tengok sesiapa punya.

Aih, macam tak biasa.

Tak ada kata lain yang boleh aku katakan selain Alhamdulillah. Terima kasih untuk kejayaan yang Engkau pinjamkan ini, Ilahi. *senyum*

Terima kasih untuk emak dan ayahanda yang tak putus-putus bagi semangat dan berdoa untuk anak dara mereka yang ada di perantauan niii, hehe. Oyya, untuk Amirah Athirah yang tolong ajarkan Immunology (awak ajar memang superb! Betul niiii. Kan Zana?). Untuk Nik Farzana jugak yang banyak tolong jelaskan sana sini.

Untuk teman-teman lain juga, terima kasih banyak banyak! I owe you guys a lot, hihi.

Buat sepupu yang ada kat sebelah ni, tahniah untuk result awak! I'm so proud of you~ Memang nampak awak 'earn' untuk dapat kejayaan kali ni. Ahsantiii~ *kenyit mata* Haha, nak jugak usiiik. xD *buat muka comel*

Untuk teman serumah dan teman seperjuangan yang lainnya, mabruk alaikum for your result! Harapnya keputusan tu setimpal dengan usaha korang semua eh. Untuk yang kurang berjaya tu, mungkin ini ujian yang Allah beri tanda Dia sayangkan kalian.

Jangan pernah putus asa ye sahabat. *senyum*

Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan.
Kegagalan dengan usaha satu ujian.
Kejayaan dengan usaha satu kepuasan.
Kegagalan tanpa usaha satu pembalasan.

--> saya yang sekadar mengingatkan diri sendiri. :)

Sekarang dah boleh balik Malaysia dengan hati yang tenang dan berlapang dada (kata emak, hehe) sebab tak payah nak resit paper atau ulang semester. Alhamdulillah untuk semua ni, ya Rabb.

Syoukran giddan. Musyakkar awi.

Monday, June 21, 2010

surat surat cintanya Dia.

Orang di sini nak tumpang tanya.

Ada salahnya atau tidak kalau aku kata... aku sudah ada rasa benci pada dunia? Pada dosa-dosa yang dilakukan kita-kita semua, yang semacam terus menari di depan mata?

Dan apa ada salahnya kalau aku inginkan Allah Taala untuk ambil nyawa aku sebelum Hari Perhitungan tiba? Maaf umi, maaf abah. Kalau soalan yang ini buat kalian terasa. Nua sayang umi dengan abah!

Nauzzubillah minzalik.

Tapi aku tak rasa aku sanggup untuk tunggu hingga datangnya saat Hari Kiamat dihadapkan ke muka. Saat manusia bergelimpangan menunggu ajal mereka penuh seksa sambil digoda Al-Masih Dajjal tanpa rela.

Aku, hambaMu ini, tak sekuat itu, Ilahi.
.
.
.

Aku tau, aku takkan pernah layak nak khabarkan surat-surat cinta Allah pada kalian. Allah Taala tu awal-awal lagi dah kasi pesan.

Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal? --Surah Al Baqarah, ayat 44.

*terdiam*
Ya, tidakkah kamu berakal?

Sebab tu orang orang sekeliling selalu cakap. Sila ukur baju di badan sendiri. Sila pergi cermin dan tatap muka sendiri molek molek. Baru layak untuk tegur mereka yang lainnya.

Kalau tak nak kena sindir secara percuma.
.
.
.

Untuk seorang kawan yang dah macam kakak saya, tolong jangan seksa diri awak menangis hari-hari hanya sebab lelaki... *saya merayu* Kak, awak kuat saya tahu. La tahzan ya ukht.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan), bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. --Surah Al Inshirah, ayat 5 & 6.

Awak tak makan, awak masuk hospital, awak sedih macam tu sekali hanya sebab lelaki yang pada awalnya sudah punya kekasih lain. He's not even worth it, sis. I know you love him that much, tapi betul ke itu cinta?

Kalau kita sayangkan seseorang, kalau kita cintakan seseorang, kita patutnya takkan sanggup nak sakitkan orang tu kan? Dan cinta ke namanya kalau dia lemparkan jalan ke neraka untuk kita, kak? Cinta ke tu kak...?

Kalau itu cinta, saya sanggup berqiam macam ni sampai bila-bila.

*Yang ini untuk yang tengah bercinta.
.
.
.

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dulunya mati (belum lahir), kemudian Ia hidupkan kamu, setelah itu Ia matikan kamu, kemudian Ia hidupkan kamu pula (pada Hari Akhirat), akhirnya kamu dikembalikan padaNya (untuk diberikan balasan atas segala yang kamu kerjakan). --Surah Al Baqarah, ayat 28.

Bagaimana...?! Aku tanya. Sungguh, aku hilang kata-kata untuk yang ini.
.
.
.

"Bekerjalah kamu seperti kamu ingin menongkat dunia. Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada esok harinya."

*terdiam* *lama* Jangan pernah putus asa wahai teman. Saya ada kat sini, menghulurkan tangan untuk awak rebahkan segala cerita resah yang awak rasakan.

Sesungguhnya tidak ada yang berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang Kafir. -- Surah Yusuf, ayat 87.

Awak kata nak jadi sahabat fillah saya. *senyum*
.
.
.

Saya yang sekadar meluahkan. Saya yang masih lagi hamba Allah yang hina. Masih tak layak untuk siapa-siapa... Jangan punya rasa untuk gadis semacam saya.

Mungkin nanti awak sampai terlupa apa itu bahagia.
.
.
.

P/s: Semua kata-kata ini datangnya daripada Dia yang Maha Bijaksana. Bila-bila masa boleh ditarik nikmat ini tanpa amaran darinya Dia. *senyum*

Sunday, June 20, 2010

banyak benda dalam kepala kena keluarkan.

  • Abah dah lama tak online. Peliknya. Did something happened? Orang nak wish Happy Father's Day niii.

  • Ke abah marah orang tak sempat try buat Nasi Lemak guna resepi abah? Huhuhuhu (with tears).

  • Banyak barang nak kena kemas sebelum balik ni tapi malasnya nak jumpa ammu kat bawah mintak kotak. Haiii.

  • Tengah terfikir. Dah sampai Malaysia nanti, which part of Egypt will be missed? Rasa-rasa makanan je kot. *sengih*

  • Semalam asyik dok putar lagu-lagu Opick berulang kali. Memang layan lah. Tersentuh qalbun saya!

  • Okaaay. Baru bukak Facebook. Abah dah balas wallpost orang, hehehehehhehe. Panjang umur abah! :D

  • Hari tu timbang kat Soidaliyyah (farmasi), berat saya turun 5kilo setengah! Agak-agak balik Malaysia terus ter-top up tak kehilangan berat tu?

  • Banyak senarai makanan yang dirindu. Nahaslah Gastrointestinal Tract saya~

  • Pintu rumah baru je kena ketuk macam nak roboh. Hati aku pun macam nak burst sekali. Punya takut sarung tudung. Dah sah lah ni arab.

  • Memang arab. Dia nak bersihkan kaki lima imarah, suruh tutup ruang celah bawah pintu supaya air tak masuk. Heheheh, syoukran ya ammu!

  • Ohh, patutnya tadi aku ikut pergi shopping dekat Sikah Gadidah sekali. Tapi tak jadi.

  • Mengenangkan cuaca yang panas dan aku cuma nak beli bakul sampah dan bakul baju untuk rumah baru, sangatlah tak berbaloi yee. Kena tunggu winter baru beli.

  • Echa masuk bilik kata nasib baik Nuha tak pergi Sikah, :D Dia dah cuak arab tu ketuk kuat sangat, huhu. Alhamdulillah, berbaloi jugak tak pergi Sikah ni ye. Ececeh.

  • Oyya esok nak pergi Cairo buat Zakat. Tak ada musyrif. Hopefully kami gadis bertujuh ni tabah mengharungi hiruk pikuk Kaherah.

  • Farhat, bukan aku patut jumpa kau kat ARMA, kau lah datang jumpa aku kat Rumah Selangor... Kata esok tak ada exam~ Ke aku patut mintak kau jadi musyrif aku je? :p

  • Semalam dah salin beberapa potongan ayat surat Al Baqarah yang rasa best dan bermakna tafsiran dia. Hari ni nak sambung lagi, insyaAllah.

  • Suka sangat baca Tafsir Quran yang online ni. Senang! Tekan je nak surah ape, terus keluar. Sukaaaaaaa.

  • Tengok dok transfer drama. Mumken bisur3h shuwaiyya? Yallah einisah! --> ditujukan pada diri sendiri.

  • Ehhh, sebelum terlupa. Happy 19th Birthday, Aini Syahirah! Kawan sejak sekolah rendah selalu lepak sama-sama masa sekolah agama duduk sebelah sebelah dalam kelas dalam bas. Kita rindu awak, lah! ♥

P/s: Rasa tenang bila dah lepaskan semua. Hihi.

Saturday, June 19, 2010

Rasa "bahagia" untuk kamu?

Bahagia.
Apa-Siapa-Bagaimana-Di mana-Bila; bahagia untuk kamu?

Tahu tak, kamu tak perlukan seorang kekasih untuk rasa bahagia...? Untuk rasa disempurnakan, untuk rasa dilengkapkan. Beruntunglah kamu kamu yang dah tahu sejak dulu. Aku? Baru tahu dan sedar these past few months. *sengih sinis*

Kekasih dan Yang-halal-buat-kamu tu ada distinction yang sangat luas. Jangan disamakan walau sekali. Lagi-lagi lah untuk orang yang rasakan kekasih tu dah macam suami sendiri. *Ayat ini tak ditujukan untuk siapa-siapa melainkan aku yang dulu.

Untuk yang terasa sama, 'Sirotul Mustaqim' untuk kamu masih ada.
*senyum lembut*

Seorang anak mendapat mainan dari si ayah, dia tertawa. Tawa itu tawa bahagia.

Di tepi pantai, seorang lelaki berlutut dan mengeluarkan cincin dari poket seluarnya dan berkata: "Will you marry me, sayang?" Si gadis mengangguk sambil tersenyum lebar. Senyum itu senyum bahagia.

Seorang bayi baru lahir ke dunia, dia menangis, ibunya pun menangis. Tangisan itu tangisan bahagia.

Setiap orang tu definisi bahagia dia lain-lain dan datang dalam bermacam cara. Ada yang dengan makan pun dah rasa bahagia (macam aku, huhu). Tapi asalnya, rasa bahagia itu dikurniakan oleh siapa...? Aku tanya.

Dulu aku rasa kalau tak ada kekasih kat tepi, rasa macam hidup ni kosong, hati ni sepi. Rasa semua benda pun tak kena. Tu yang baru dua hari break dah ada pengganti, haha. *Sebenarnya nak gelak sakan tapi 'haha' pun dah cukup ye tak?

Sekarang, amazingly as it sounds, I feel most content even without having anyone by my side. Lebih bahagia daripada saat berdua. Terpulang pada kamu untuk percaya. I don't have to prove anything to you, as a matter of fact.

Yang aku tahu, hati ni dah terisi. Penuh. Dengan rasa yang ada untuk Allah Taala dan Kekasihnya. Tapi masih punya ruang untuk jodoh aku, insyaAllah. *sengih*

Ceh, nak jugak selit tu. Kang nanti ada orang tu tegur aku tanya ada petanda ke asyik cakap pasal pasangan. *gelak nakal* Heeeee, tumpang lalu ye saudara! Tak perli pun, sengaja tambah bagi ayat ada perisa. Mintak halal.

Untuk aku, bahagia tu ada kat mana mana je asalkan kamu reti nak 'Alhamdulillah wa syukurillah' dengan semua nikmat yang Allah Taala beri atau pinjamkan. :)

Selalunya kita mengeluh dengan apa yang kita ada, sentiasa nak punya sesuatu yang menjadi milik manusia lainnya. Kenapa...? Aku tanya. Saya tak secantik A. Saya tak sekaya B. Saya tak sepandai C. Itu ayat rungutan biasa. Kan.

Kawan, di atas gunung tu masih ada gunung. Maka tak payahlah selalu nak mendongak ke atas. Kadang-kadang, kita kena tolehkan kepala ke bawah, biarpun gayat, kerna masih banyak orang yang lebih bawah dari kita.

Apa kamu sudah lupa?
.
.

Anyways, ini tag dari CikMistry. Err, I'm answering the tag because I find it to be somehow related to the 'happiness' I'm blabbering about in this entry. Heheee.

1. Adakah anda happy sekarang?
; I can say, I guess. Alhamdulillah, more than ever. :')

2. Kenapa anda happy?
; Errk. Perlu eh alasan untuk gembira?

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
; Bergantung pada situasi, I would say. Tapi macam aku cakap, selalunya makanan pun dah lebih dari cukup dah, hihi.

4. Pernahkah anda menerima tag?
; Ye saya.

5. Nyatakan warna yang anda suka.
; Paling suka merah. Tapi sekarang dah mula tanam minat pada ungu. :)

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag
; Err, sesiapa pun boleh pun boleh.

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
; Orang yang rajin dan baik hati. Heheee.

8. Adakah anda happy dengan apa yang ada?
; Ana mabsouteen awi dilwaqty, syoukran. *sengih*

Friday, June 18, 2010

kotak kisah lama dibuka sementara.

Untuk masa yang pernah dilalui,
Untuk kelmarin yang berselirat luka,
Untuk semalam yang penuh manja dan lara,
Untuk kisah yang menjemput tangis,
Untuk cerita yang buat senyum sedih dalam paksa,
Untuk kasih yang disia-siakan,
Untuk sayang yang dipaling dan diragut pergi,
Untuk cinta yang sudah takkan ada,
Untuk getar di hati yang sudah berqiam,
Untuk irama yang sudah canggung nadanya,
Untuk keikhlasan yang dipejam matakan,
Untuk payah dalam cuba melupakan.

Untuk semua semua itu, terima kasih banyak-banyak, awak!
-nhmnrh-

*senyum sumbing*
Aku yang dulu itu sudah tiada, kalau itu yang kau tanyakan.
Walau aku bingung, atas alasan apa soalan itu kau lontarkan.
Aku kira kau sudah bahagia berlumur berdua, apa mungkin aku salah...?
*terdiam*
.
.
Dan kisah kisah 'kita' itu sudah aku padam lenyapkan.
Maaf, aku takkan nyalakan kembali untuk hanya seorang 'kau'.
Jangan pernah meminta lagi kerna aku takkan pernah memberi.
'Kita' itu sudah takkan ada lagi seterusnya.
Sekiranya kalau ada...,
Then that will cost me a hell to pay, as a manner of speaking.
Dan aku takkan pernah rela. Heh.

--> Maaf, terpaksa dibuka kisah lama kerna 'seseorang' perlukan pengertian. :)

I'm falling deeply in love!

Assalamualaikum.

Sepanjang hari ni, aku banyak peruntukkan masa baca blog Dr. Faizal. Banyak lagi rupanya ilmu perubatan yang aku tak tahu (nama pun baru first year -.-")... Dan banyak rasanya attitude yang aku kena ubah supaya selaras dengan profession as a doctor.

Serius aku kagum dengan beliau.

Kisah-kisah dia sambut twin neonates, berdepan dengan anenchephaly newborn, resuscitate cyanotic baby, conduct surgery but under supervision, diagnose blind end tract of v***** dan macam-macam lagi buatkan aku cemburu! Padahal dia baru med student tu. Belum houseman lagi.

Tu dia dapat semua kes tu sebab waktu orang lain semua berkejaran balik rumah tidur, bukak Facebook dan online lepas habis kuliah, dia pergi mostashfa el gam'ah untuk dapatkan ilmu klinikal dan praktikal.

Adoi. Terasa kejap aku bab Facebook dan online tu.

Tadi aku terbaca jadual harian masa dia 2nd year of med student. Aku ternganga lebih sepuluh saat (I think so). Habis jadual dia aku scroll sambil tercari-cari "bila abang ni nak tidur? bila masa tidur? mana perkataan tidur? mana?". Serius, aku cakap macam tu tadi.

Jadual beliau yang aku boleh simpulkan:
Study (bersendirian dan kuliah) --> 17JAM (!!!!!!)
Aktiviti lain (makan, mandi, solat) --> 2JAM SETENGAH (!!!!!)
Tidur --> 4JAM SETENGAH

Kalau nak dibandingkan dengan aku... *geleng kepala, ketap bibir* Tiba-tiba rasa sedih dengan diri sendiri. Satu hari tu kalau dapat study 7jam je pun aku dah terbangga. Astarghfirullah hal'azim. Masa melagha takyah cakap lah. Terlebih! Waktu tidur tu Alhamdulillah, memang aku sentiasa cuba minimumkan.

Dunia dia memang revolve around medical stuff. Provisional prognosis dia sentiasa buat aku kagum padahal dia cuma dengar description dari dalam telefon je. Teringinnya nak ada ilmu sebanyak tu! InsyaAllah, aku nak jadi sehebat akhi Dr. Faizal. :)

When I read every single entries of him, my eyes are wide open regarding medical stuff and I can tell you that I'm falling deeply in love with medical world, ♥

Dia buat aku rasa nak manfaatkan cuti kali ni dengan baca balik semuaaaaa case-case yang pernah aku belajar sepanjang dua semester as a med student ni. Sumpah bukan calang-calang orang boleh motivate aku sampai macam ni sekali.

Selalu aku je yang motivate orang, huhu. :)
Bukan bangga atau mengungkit, tumpang lalu.

Aku tak nak sia-siakan cuti kali ni dengan melagha tengok drama korea atau movies je memanjang. Lama-lama macam ni, hati aku boleh mati lagi sekali. Huiii, tak nakkk! Makanya, sesiapa ada link website bahan ilmiah perubatan ataupun agama, sila lah pass kan pada aku ye. *I'm begging.

Aku tak nak dah masa dengan internet ni terbuang macam tu je. Sekurang-kurangnya, aku nak pastikan dalam satu hari, aku dapat ilmu baru yang boleh tajamkan akal aku untuk berfikir, insyaAllah.

:)

P/s: On my way to be a better med student despite of just being a better Muslimah, hihi.

Thursday, June 17, 2010

blog lounge #39

THIS ONE IS FOR YOU, NASQUIN NAZAWAWE! *grinning* If its not for you, I dah tak buat tag tag ni dah. But I am doing it anyway this time since you are the "Nas", yes with inverted comma (macam hapeh je alasan, -.-" And don't ask where I get that reason either because I just thought that I need to give a reason to go along with that particular sentence :p).

State 7 Things About You.

Man, this used to be easy and now I find it hard. Sheesh. I put all the blame on you, Nas! >:p

  • Dua benda yang aku teringiiiiin sangat nak sentiasa jaga tapi susah dan kadang-kadang terleka --> Qalbun dan Iman. Bagi aku, kalau ada orang yang dapat jaga kedua-duanya, dia tu manusia yang paling bahagia dalam dunia.

    'Abdur-Rahmaan ibn 'Amr al-Awzaa'ee, may Allah have mercy upon him, was asked about eemaan: "Does it increase?" He replied, "Yes, until it becomes like mountains." He was then asked, 'Does it decrease?' He answered, "Yes, up until there is nothing left of it."

    The lmaam of the Ahl as-Sunnah Ahmad ibn Hanbal, may Allah have mercy upon him, was asked as to whether eemaan increases and decreases. He replied: "It increases until it reaches the highest part of the seventh heaven, and it decreases until it reaches the lowest part of the seventh plane."

    He also used to say: "Eemaan is speech and action. It increases and decreases. If you perform good deeds, it increases, and if you do wrong, it decreases.

    Well, simple logic. :)

  • Muslimah dukturah fi istiqbal, insyaAllah. *A future Muslimah Doctor. Sekarang ni baru nak habis aku punya first year, makanya lepas ditolak dihitung ditimbangtimbang, tinggal 5 tahun lagi sebelum boleh betul betul bergelar dukturah, insyaAllah.

    DOCTOR = Do Only Correct Things Or Resign. :/ Itu houseman punya cerita. Lambat lagi.

  • Tengah mengira pakai jari tangan dan jari kaki bilangan hari nak balik Malaysia. Maknanya ada berbelas hari lagi. Dah kurang sepuluh hari nanti baru pakai jari tangan je, heheheh. ^_^V *buat muka comel*

  • Masih dalam fasa perubahan to be a better Muslimah. Masih mengagau mencari ilmu. Masih bertongkat dalam hidup. Masih tak sempurna, masih lagi hamba Allah yang hina.

    :)

  • Aku dah terjatuh hati pada blog Dr. Faizal; a final year medical student of Cairo University! Serius aku macam 'Wowwww! ♥'. Aku rasa macam kena pergi berguru dengan akhi ni. Ilmu perubatan dia..., boleh buat aku berwirid panjang! Tahap petala langit ketujuh kot.

    Terima kasih, Hidayah sebab kenalkan Kak Nuha dengan blog ni. I really appreciate it. Memang berganda-ganda ilmu perubatan akak bertambah. Jazakallahu khairan ya ukhti, :)

  • Aku orangnya jenis yang gilakan buku. Masa yang boleh buat aku paling excited, bila jejak masuk kedai buku, pilih buku (boleh jadi berjam-jam, hihi), dan saat keluar dari kedai buku sebab serius tak sabar nak habiskan semua buku yang baru beli kalau boleh malam tu jugak.

    Actually tak kisah lah apa jenis genre buku pun; buku rujukan ke, majalah ke, latihan ke, cerita ke, novel ke, semua pun buat aku teruja asalkan dia berupa buku! Ehh, serius ni.

  • Pada saat aku menaip ni, aku belum tidur lagi sejak tengah hari semalam. Macam nak buat icon 'teriak', tapi aku tak ada rasa nak menangis pun. Ini semua sebab terminum Nescafe sebelum Subuh tadi.

    Dah lah masak sambal goreng berlada ikan bilis + telur mata kerbau (gabungan terbaikkk!) yang pedas teramat. Tambah dengan Nescafe panas, perghhh nikmat dia Allah je yang tahu. Cuaca yang panas jadi bertambah panas. :)

    Makanya sekarang aku baru nak pergi beradu. Agak-agak pukul berapa bangun ye? Harapnya sebelum Zuhur aku dah celik mata, hihi. InsyaAllah.
P/s: Sekian, semua dah boleh bersurai.

Tuesday, June 15, 2010

lovely words to fire up the spirit.

Dulu kalau masa kecik kecik orang tanya aku, "Aurat perempuan tu ape?", dengan selambayaya aku jawab "Alaa.. seluruh badan kecuali muka dengan tapak tangan." Jawapan aku tak ada salahnya, kan?

Memang itupun standard jawapan buku teks sekolah.

It never occurred to me that I'll be wearing the kind of hijab I'm wearing right now. *senyum* The one that fully covers what should be covered by a Muslimah. Ironically, I used to be skeptical towards girls who wear this type of hijab.

On top of that, I used to take a step back in knowing and having a friendship with them. Sebab rasa macam tak cool, macam tak 'in' je kalau ada kawan yang pakai tudung labuh ni *No offense to anyone, ini fikiran aku yang dulu-dulu. :)

But now, I find myself in the opposite situation, Alhamdulillah. Orang-orang yang 'macam ni' lah yang aku cuba untuk dekatkan diri sekarang and trying to built the ukhuwwah fillah with them, insyaAllah.
.
.
Okaaay, itu baru intro. Sebenarnya nak ceritakan yang ini.

Tadi masa tengah berchatting dengan habibi; Fathin Farhana, aku suarakan kebimbangan aku kalau tak dapat nak istiqamah dalam berhijab dengan cara peng-hijab-an aku sekarang. What if I change back to the old me when I'm in Malaysia...?

What if, what if. *I used to hear people say that the what ifs are the main cause for the failure in planning our future. Macam betul, tapi boleh dipertikaikan. :/

Being a supportive habibi she is, she gave me this one video yang seriuuuuuuuuuuss buat aku rasa sebak, beristifargh panjang dan rasa berdosa sebab pernah terlintas untuk rasa takkan boleh istiqamah dalam menutup aurat ni.

Padahal baru sikit ujian kalau Allah nak bagi.

Aduhaaai. This past few moments aku dah jadi mellow dengan hal hal yang berkaitan agama. Rasa terkena sikit, sebak. Rasa tertuju sikit, sedih. And I love that, very much. ♥

Few lovely-inspiring-motivating-quoted words from the video that I would like to share;

The more you grow, the more you study, the more 'Iman' you have,
The more you become dis-attracted to some other things of the dunya,
You don't like what you used to do.
Because something happened to you. What happened to you?!
Something is in my heart now, something is in my mind.
I have Quran in my mind, I have Quran in my heart.
I have the love of the Prophet, I have the love of Allah.
I have something in me.
And I'm now different. I feel different.

--> Perenggan yang sangat tepat untuk aku. :)

When a Muslim women leave her house,
Like other women, she will look into the mirror.
But she's looking for something different.
When a woman in the street looks into the mirror,
She looks to make sure that she has the best style,
To make sure she looks good, so she can attract the men.
But the Muslim women, when she looks in the mirror,
She makes sure when she's dressed, she's dressed appropriately.
She makes sure Allah is pleased with her, makes sure she's covered.
So when she goes out in the street, she's covered to pleased Allah Taala.
And when she does that, she's beautiful.

--> Indah! Perenggan ini yang bangkitkan semangat aku balik untuk terus tanam azam biar istiqamah, insyaAllah. :') Syukran giddan ya habibi for the vid. Jazakallahu khairan kathira. :)

video

P/s: Misi mencari rumah baru dah mula dah~ Mintak mintak semuanya dipermudahkan, insyaAllah. Heeeeeeee.

Hello, World!

Alhamdulillah!

Kertas terakhir; Medical Terminology yang gabungkan tiga subjek sekaligus dah pun selesai tadiiiiii (macam tak cukup pulak bilangan huruf 'i' ni aku rasa, hihi). Still can't believe I'm done with the finals. *grinning childishly*

Nak cuba cubit pipi kejap.
*Ouch* Okay sakit. -.-" Ini memang realiti.
Haha, mengadanyaaaaaaaa. Hihi.

Seriously, I can't believe I survive my first year of being medical student. Bukan nak riak, bukan nak bangga. Cuma, tu lah. Aku yang sejak sekolah rendah tak pernah minat subjek Sains, rekod pun asyik gred B, gred C memanjang, rupanya boleh 'hidup' dengan belajar jadi student medik.

Rasa nak cubit pipi lagi sekali.

Tak pernah tercapai dek akal yang aku boleh hidup di negara orang ni padahal ramai je yang mempersoalkan ketahanan mental aku lepas kes Muar dulu. Tapi aku rasa, cakap cakap orang lah tu sebenarnya yang jadi kekuatan aku untuk terus bertahan, bertahan dan bertahan.

Pengalaman, pengalaman.

Ewah. Tiba-tiba teringat Syafiq Mansor bersilat depan semua student Medic tak kira bangsa masa Culture Day dulu lepas tu orang arab semua dok jerit "BERTAHAN. BERTAHAN. BERTAHAN." kat dia. Perghhh, meremang bulu roma.
Err, kalau saudara terbaca ni, saya mintak tumpang lalu T___T. Okaaay kat mana tadi? Pengalaman yeh?

Pengalaman tu memang cikgu aku yang paling berjaya ajar aku apa maksud hidup. Yang memang tak selalunya gembira, tak selalunya kecewa. Ada pasang, ada surut. Bukan ke Allah Taala dah menjadikan sesuatu tu secara berpasang-pasangan?

Tapi tak bermakna kau boleh selambayaya pegang heret tangan kekasih yang belum tentu jadi suami atau isteri kau. :)

Hmph. Anyway, masa tengah study week tiga minggu lepas kepala aku punya hebat merencana rancangan untuk aktiviti lepas final. Tup tup, bila dah habis final ni, aku dok mengadap laptop ni je hah. *sighs*

Sebenarnya banyak je benda yang kena buat. Cari rumah sewa, beli barang dapur, kemas barang... Itu yang top priorities sekarang ni. Tapi dalam masa yang sama insyaAllah aku nak khatamkan baca tafsir Quran.

InsyaAllah, insyaAllah.
Ini sekadar renungan dari status Facebook sahabat aku, 'Ammar Ziyadi.

"Berasa bebas daripada maksiat merupakan maksiat paling besar" Maksud beliau:

kita selalu anggap maksiat itu perkara-perkara seperti penzinaan, memang betul, tapi sebenarnya itu salah satu cabang maksiat. maksiat ada banyak jenis dan setiap jenis pulak banyak cabang dia.

status aku ini lebih kurang beginilah maksudnya, jika kita terasa diri kita ni terlampau bagus, bebas dari perkara yang boleh menjauhkan diri daripada Allah, dan pandang orang lain lagi rendah daripada kita, itulah maksiat paling besar.

sebab kita semua maklum, kita bukan macam nabi, bukan bersifat maksum. jadi hendaklah kita sentiasa berasa betapa hinanya kita di sisi Allah, latih diri kita untuk tawaduk (rendah diri) dari orang lain, walaupun kita ada ilmu lebih daripadanya.

nabi sendiri, even dah confirm masuk syurga pun rendah diri, bangun tahajud sampai bengkak2 kaki, kita pulak macam mana? adakah kita lagi bagus dari nabi?

dalam kata mudah, jangan bajet baguslah dengan diri (walaupun orang pandang diri kita ni bagus).

Wallahualam...

P/s: 15 DAYS LEFT UNTIL MY FLIGHT, insyaAllah kalau tak ada aral. :D

Sunday, June 13, 2010

The price I've got to pay.

Banyak yang dah aku cakarkan pada blog ni sejak aku mula menulis dua tahun lepas. Rasanya kalau Bieyto ni manusia, dia antara orang yang paliiiiiiiing banyak simpan rahsia aku. Juga antara orang yang dengar masalah aku tanpa harapkan apa-apa balasan, tanpa menilai aku daripada apa yang aku cerita dan kisahkan. :')

Serius, aku rasa Bieyto ni boleh jadi kawan aku yang paling ideal.

Bila baca balik hasil tangan aku yang lepas-lepas, aku jadi malu sendiri. Tak sangka aku yang dulu tu suka sangat tulis benda yang bukan bukan. Banyak benda yang tak ada faedah. Benda yang lebih terarah kepada hati dan perasaan.

Tentang suka orang tu, kemainlah aku duk mengiaskan perasaan. Macam semua perkataan dalam kamus dewan bahasa pun takkan pernah boleh cukup. Tentang marah orang ni, punya berapi ayat aku macam nak bagi orang yang kena sembur tu terdiam for ever!

Macam budak-budak betul. *Aku ye, bukan kamu.

Kalau tak kira yang aku memang nak jadikan setiap kisah dulu tu satu pengalaman dan pengajaran untuk aku yang esok harinya, memang dah lama aku kasi padam hasil tangan yang entah apa-apa tu. Dan, aku tak pernah kisah pun kalau ada yang suka membelek entry-entry lama aku tu, sikit pun tidak.

Cumanya, kadang-kadang rasa macam maruah kegadisan aku kena tenyeh-tenyeh dek mata mata yang membaca entry entry lama aku. Haih. *Aku memang tahu siapa yang membelek hasil tangan zaman lampau aku ye. Sentiasa tau.

Macam aku cakap, setiap orang ada zaman jahiliyah mereka masing-masing. Kalau kamu tak ada, aku ucapkan tahniah, dan serius kata aku cemburu! Kalaulah aku macam kamu, kamu dan kamu... Kalau, lah. *senyum lesu*

Dan biar aku bagitau sekali lagi. Setiap khilafnya aku dulu tak ada apa untuk dibanggakan! Setiap saat dan waktunya sekarang, aku peruntukkan untuk bayar setiap kekhilafan masa lalu. I'm taking a baby steps here, in case you hadn't noticed.

Payah memang payah. Tapi aku kena lunturkan balik apa yang dah hitam dan keraskan hati aku ni. That's the price I've got to pay for the wrongdoings I've been letting myself to do all this while. And I'm willing to pay for them no matter how much they cost me, kalau diiizinkan Ilahi.

Sebab tu aku nak mohon, pada kamu kamu kamu yang dirahmati Allah sekaliannya insyaAllah, kalau terpandang atau terbacakan entry yang penuh dengan ayat kekhilafan dari aku, (zaman raknya percintaan aku dulu misalnya), mintak tolong ambil kisah perasaan aku sebagai seorang gadis.

Mintak tolong sangat.
Tolong pedulikan perasaan aku.
Tak kisahlah apa pun yang kamu lintaskan dalam fikiran,
Tak kiralah apa ekspresi wajah yang kamu bagikan,
Whenever you encountered with such entry of mine.
Mintak tolong sangat.

Although I frequently said that I chose what I wish to show you, there will always be the times when I wrote something inappropriate as I used to write according to what my heart desires. Ikut hati, mati. That's what they say. *ketap bibir*

Nak berubah ni memang sakit. A lot of things that seems to be a microbe to me every now and then, become one of my highest priorities to be taken care of all of the sudden. *senyum lesu lagi*

Kadang-kadang memang penat. Penat sangat. But I can't stop after all the efforts made, can I? Do not ever let yourself down, cahaya. Allah will always forever with you, accompanying every hard steps that you took for the sake of Him.

You do know that I love you, don't you girl? *sengih*

Isi hati seorang ikhwah & akhwat.

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.

"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Sumber; iLuvislam.

P/s: Abah kalau abah baca niiii, ni orang saja-saja kongsi taaaau. Tak ada kaitan dengan Nua nak kahwin awal ke apa ke, hehehehe. Tiga pesanan abah tu orang still ingat lagi. :D

Saturday, June 12, 2010

Kita dan Tiang Agama.


Ini sesuatu yang aku ingin kongsikan daripada status Facebook rakan seperjuangan; 'Ammar Ziyadi. Err, 'Ammar, mintak nak copy ye ayat status Facebook tu, hehe.

Rasulullah s.a.w. memberi peringatan supaya jangan meninggalkan solat berjemaah tanpa uzur. Di antara hadis yang memberi peringatan ialah;

Sesiapa yang mendengar panggilan azan tidak ada sesuatu uzur baginya untuk menyertai solat berjemaah itu maka tidak diterima solat yang ia kerjakan sendirian itu.

Ketika ditanya apa uzur yang dimaksudkan itu, Rasulullah s.a.w. menjawab; Penyakit atau keadaan yang menakutkan.

Takut taaaak..?

Pertama kali baca aku dah rasa seram sejuk. Dan aku suarakan kerisauan aku pada 'Ammar, almaklumlah, kita sebagai akhwat ni kadang-kadang payah sikit nak ke masjid ye tak? Lepas tu kalau kat Mesir ni surau surau tu biasanya memang tak ada tempat untuk perempuan. Kira memang jarang sangaaaaat nak tengok perempuan ada dalam surau/masjid kat Mesir ni.

Dan 'Ammar jawabkan ini pada aku:

"Lebih baik kita solat berjemaah berimamkan imam yang bagus bacaan dan khusyuk sebab belum pasti solat yang kita tunaikan itu betul dan sah. kalau akhawat solat kat rumah berjemaah pun takpe, ikhwah pergi masjid."

:) Alhamdulillah. Baru lah lega sikit hati aku. So, pada para ikhwah tu, rajinkanlah diri pergi masjid ye! *sengih* Banyak kelebihan yang aku pasti kamu kamu semua dah tahu. Lagipun, sikit pun tak rugi bila kita peruntukkan masa untuk ke rumah Allah.

Kan?
Wallahua'lam. Aku cuma kongsikan apa yang aku tahu je. :)

Sebenarnya kalau nak diikutkan, aku sendiri masih jauh dalam nak konsistenkan diri dalam solat berjemaah. It's rather sad, really, but that's the fact. Kalau kat Malaysia, selalunya solat berjemaah bila waktu Maghrib je dengan keluarga. Itu pun kadang-kadang. Lebih suka nak mengurungkan diri dalam bilik untuk bersolat.

Di Mesir ni pun, masih jarang, masih kadang-kadang. Berjemaah dengan housemate pun sekali sekala je, bila terasa nak tambah pahala. Haih. Ye lah, masing-masing punya 'waktu solat' berbeza. Ada yang suka solat awal waktu, ada yang suka solat tengah-tengah, ada yang suka solat lewat... Hmph.

Entahlah. Apa yang pasti, diri aku ni masih banyak lagi kekurangan untuk dibaiki. :)

Oyya, gambar yang bawah ni untuk renungan, insyaAllah.
P/s: Aku jealous dengan orang yang boleh laksanakan amar makruf nahi munkar macam 'Ammar niiii. Budak-budak Tutor 5 masa dekat UKM dulu, siapa ingat lagi kejadian dalam bas masa nak balik dari dinner tu? Bila 'Ammar ni bersuara, memang boleh senyap terus semua orang kan? Serius aku kagum.

Mabruk ya akhi. Semoga dakwah kamu berterusan ye, insyaAllah.

Friday, June 11, 2010

ini kekuatan saya.

Syukur, Alhamdulillah. *senyuuuuuuuuuuuuum*

Kekuatan aku dah selamat tiba di Mansoura semalam dan dah pun berada di Jeddah. :) Okaay mesti pelik apesal pulak boleh sampai dan balik siap berdestinasi kekuatan aku tu, hehe. Ceritanya macam ni.

Semalam exam OSCE. Macam semua budak Manchester tau, patutnya ada jar anatomy yang penuh dengan muscle muscle tuuuu skali rupanya yang keluar cuma gambar kartun muscle. Mahu tak berderai jantung aku mengenangkan betapa punya ramai yang suffer dok pergi muzium anatomy tu hari-hari demi dua belas jar upper and lower limb.

Punya komited semua orang dok membelek jar hafal kedudukan muscle satu-satu siap hafal nombor muscle dalam jar tu skali hah. Mana yang dari muzium tu tak bukak lagi dah terpacak depan pintu muzium, sampai dah nak tutup baru balik... Ini memang kisah tragedi peluh.

Tapi aku tetap bersyukur lah. Buatnya yang jar tu keluar soalan tricky? Memang sah sah lah naya. Dengan berakhirnya exam OSCE yang computerized-oriented tu, kitorang ni cuma tinggal satu paperrr! Satu je tapi ada tiga subjek dalam tu- Pharmacology, Pathology, Microbiology. Huh huh.

Aku mohon Kekasih berikan aku kekuatan untuk tempuh jarak 4 hari sebelum exam Medical Terminology tu datang. 4 hari ni lama taaaau, menjadikan dia tersangatlah bahaya. Buatnya aku rasa 4 hari yang lama tu memang lama, memang kecundang aku di tengah jalan (okay yang ni mendalam maksud dia).

Anyway, ini dia niiiiiii, kekuatan aku.
:)
Emak, dua adik kesayangan, nenek, beserta keluarga sepupu aku; Syifa, datang untuk menjenguk kami berdua. Eh tak, bertiga kalau campur Naim (abang Syifa) sekali. :) Sila lah ignore rumah aku yang takde sangat berupa rumah tapi kami sehousemate tetap bersyukur.

Ye, diorang ni semua datang menjenguk kami teeheehee okay takyah ulang, -.-". Diorang sampai rumah Naim dalam pukul 12 kalau tak silap. Aku dan Syifa masa tu masih terkontang-kanting di depan komputer membelek soalan Microbiology yang tak berkesudahan.

Tiga kali panggil Dr. Hamdia mintak explain apa kehendak soalan pun aku tak faham-faham lagi. Aigoo~ Tapi takpe lah, benda dah lepas. :) Habis je OSCE aku terus call emak dan cakap nak pergi rumah Naim. Almaklumlah, bila lagi nak masuk rumah abang Syifa ni ye tak? :p

Sampai je pintu rumah Naim, muka pertama aku nampak, my dearly missed mother!!!!!!! (sila tengok betapa punya banyak tanda seru) Lepas peluk cium emak, orang kedua aku perasan, my brother yang dah makin meninggi (aku dah sah sah kalah sejak awal T__T) dan makin kacak.

Tak percaya? Tengok gambar kat atas tu, lelaki yang duduk kiriiiiiiii sekali tu. Lepas tu baru lah adik perempuan aku datang salam aku, then aku salam emak Syifa, salam uwa (gelaran untuk nenek) dan adik-adik Syifa yang lainnya.

Punyalah aku tak tentu arah dalam rumah Naim tu. Ye lahhhh, satu sudut kat rumah tu, penuh dengan housemate & kawan-kawan Naim. -.-" Segaaaan. Mana tak aku heret si Afnan tu mana je aku pergi, hihi.

Lepas berborak sikit-sikit, kitorang berlunch dekat Slamlek. So far, makanan dia biasa je lah. Western food, nothing much you can expect from it. Borak lagi borak lagi, baru tau kronologi sebenar macam mana abah aku kena heart attack hari tu. Huhu, :(

By the way, thanks to my abah sebab bekalkan stok makanan setahun, hehe. Dengan rendang daging siatnya, kuah kacang instant, sotong kering, sos tiram and macam-macam lagi dalam kotak kat ruang tamu tu, :D I appreciate it a lot. Next semester ni balik Egypt angkut baju je, heheheh.

Habis lunch, baru lah bergerak ke rumah aku dan Syifa... Okaaay, tadi kitorang dah masuk rumah Naim, kali ni giliran Naim dapat masuk rumah kitorang padahal Syifa punyalah bagi amaran keras kat abang dia jangan masuk jangan masukkk. Haha.

Puas bersantai dan bersolat, kitorang pergi shopping sikit dengan Sikah Gadidah. Tak beli apa pun, cuma jalan-jalan tengok-tengok. Cik Uda (emak Syifa) ada lah jugak beli sehelai jubah. Obek Anip (ayah Syifa) pulak beli seluar katok... (okay perlu ke cerita? :p) Dan lepas tu they drop us off at our home and went back to Cairo before they go to perform Umrah.

Masa tu sangat sekejap but it was soooooo priceless! :') Betullah cakap abah, ini kekuatan aku untuk hadapi kertas terakhir Isnin depan, insyaAllah. Berbelas hari je lagi sebelum aku boleh balik Malaysia.

Come on, cahaya! Jangan mudah putus asa! :)
*Gambar memang sengaja kasi 'blur'. Me and Afnan. ♥

P/s: Umi tiba-tiba bagitau yang abah kata; "Kalau kamu kahwin sekarang, perbelanjaan kamu abah berhentikan. Suami kamu yang kena tanggung semuanya untuk kamu. Tanggungjawab abah dah lepas". Erkkkkkk. Apekah ini bahhhh? :/

Sunday, June 6, 2010

Kerlipan Cinta Milik Dia.

Aku tak pernah tahu yang aku akan dapat rasa macam mana nikmatnya dikirimkan kerlipan cinta. *senyum simpul*

Aku rasa apa yang kak Att katakan memang betul.

Bila kita ada di oversea ni, ada tiga benda yang boleh terjadi. Pertama, kau akan berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Kedua, kau akan mula hanyut dan hilang diri sendiri. Atau yang ketiga, kau akan ada di takuk yang sama, statik tak berubah kekal macam tu saja.

Dulu sebelum datang ke Mesir, hati aku ditenangkan oleh Cik Apa, psychiatrist hebat merangkap adik kepada emak. *Minat aku pada dunia psychiatrist datang daripada beliau lah, heee. :)

Macam takyah cerita apa yang ditenangkan tapi yang aku tahu, Allah Taala nak aku ada di Mesir ni, for a definite reason. Dan aku dah bersedia sejak tu. Bila kakak SC tanya "Apa yang awak harap bila dah sampai sini?", aku ada jawapan aku tersendiri.

Aku nakkan perubahan dalam diri aku. Selain daripada cemerlang exam dapat ijazah kedoktoran tanpa perlu ulang mana-mana tahun, insyaAllah. Bukan sekali dua lah aku jatuh bila dah bertekad untuk berubah.

Dan aku pernah berputus asa untuk berubah ke arah kebaikan. Sebab aku rasa aku dah terlalu, terlampau jauh untuk balik ke jalan yang lurus. Aku rasa Allah Taala takkan pandang aku yang hina ni, hambaNya yang masih suka berendam dalam lubuk sumur dosa. Ya, bayangkan macam mana aku dulu.

Nak tahu apa yang terjadi, apa yang berlaku pada aku?
.
.
*Maaf, masih tak sedia nak bukak pekung di dada. Harap kamu kamu mengerti. :) Cukuplah kalau aku katakan, ianya bukan sesuatu untuk dibanggakan. Setiap orang ada zaman jahiliyah mereka.

Ditakdirkan, dalam keadaan yang tak pernah aku sangka, Allah Taala masih sudi mengirimkan kerlipan cintaNya buat aku. *Senyum* Hati yang selama ni aku rasakan sudah penuh dengan titik-titik hitam, diketuk oleh Yang Maha Pemberi Cinta dalam semanis-manis cara. *Senyum lagi*

Ya, aku takkan pernah boleh berhenti tersenyum bila bercerita tentang ini. Tentang bagaimana Allah Taala masih sudi untuk memilih aku, untuk menerima hidayah milikNya. Kamu mungkin takkan tahu rasanya apa, rasanya bagaimana sehinggalah kamu rasakan semuanya sendiri.

RASA YANG LEBIH HEBAT DARIPADA KAU JATUH CINTA.
Serius, rasanya lebih.
Lebih... *senyum lagi dan lagi*
Semua perkataan yang wujud dalam dunia ni takkan pernah boleh jelaskan rasa manisnya bila kau disapa oleh hidayah tu. :)

Dan perjalanan perubahan ni memang penuh dugaan, sama macam yang orang pernah bisikkan pada aku. Makin kuat iman kita, makin galak syaitan nak menghasut ikut jejak langkahnya. Aku tak terkecuali. Sesungguhnya, syaitan itu memang musuh yang paling nyata.

Perkara pertama yang aku tergerak untuk buat bila semua kejadian tu berlaku, untuk menukar tudung yang menyarungi kepala aku. Tapi sayangnya, aku tak ada kekuatan masa tu. Aku gadis yang biasa-biasa, bertudung bawal nipis dan singkat, hujung tudung ditarik ke bahu kiri, ke bahu kanan.

Beberapa minggu aku tak boleh tidur, fikirkan kemungkinan yang berlaku kalau aku berubah secara drastik. Daripada yang suka bergaya mementingkan rupa, tiba-tiba nak bertudung labuh tutup itu tutup ini.

Apa orang akan memandang serong? Apa orang akan mengata? Apa aku boleh istiqamah bila dah balik Malaysia? Ahhh, semuanya memang tak terlepas daripada perkiraan aku...

Alhamdulillah, bila aku suarakan kerisauan ni pada emak dan ayahanda, mereka berikan kata-kata semangat untuk aku teruskan jalan yang aku pilih ni. Thankyou umi and abah, I love you both!

Emak kata; "Kenapa kamu risau apa orang akan kata? Mana lebih penting? Redha Allah ke redha manusia?". Bila ayahanda dah masuk port; "Kamu takyah risau lah orang nak kata apa. Tak kisahlah apa yang kamu pakai, bagi abah tu dah terbaik dah. Yang penting abah redhakan kamu. Diorang tu siapa? Abah ni abah kamu."

♥ :')

Oyya tak lupa. Terima kasih, Tuhan kerana kurniakan aku sahabat macam Nabihah, Husna, Bella dan Farhat yang banyak bagi aku dorongan untuk jadi Nuha Muneerah yang kalian tengok sekarang. I owe you guys a lot! Semoga Allah Taala membalas budi baik korang, insyaAllah. :)

Dan insyaAllah, aku akan cuba terus istiqamah dalam perubahan ni. Akan terus berjuang untuk tegakkan agama yang ada dalam diri aku. Doakan sekali eh? :)

Assalamualaikum.

Tuesday, June 1, 2010

A heart for dearly Gaza.

*Mencuri masa sekali lagi sebelum line internet kena potong*

Apa yang berlaku pada Freedom Flotilla yang dalam perjalanan ke Gaza semalam memang kejam, sebab tu rasa macam nak kongsikan apa yang aku rasakan tentang apa yang berlaku. Aku sedih, marah, macam kena tachycardia pun ada jugak!

When I read the news from MalaysiaKini, I cried. Yes, again.

Semuanya sebab berita terakhir tentang Flotilla yang membawa sukarelawan Malaysia, kapal yang bernama Mavi Marmara. Dua wartawan Astro Awani berada dalam kapal tersebut dan kata-kata terakhir salah seorang wartawan tu dalam Twitter dia lebih kurang macam ni;

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat dipercayai milik Israel kelihatan berada di udara."

Bayangkaaaan, macam mana tak tachycardia aku dibuatnya?!
.
.
Macam baru semalam aku pergi Darul Rahmah (atau nama lain dia Bujang Senang) untuk hayati Malam Sendu untuk Gaza yang Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) anjurkan padahal dah lama dah. Mungkin kerna impaknya terkesan sampai ke hari ni.

Macam masih terngiang apa yang Ustaz Salman Maskuri kongsikan pada malam tu. Tentang kelebihan Masjidil Aqsa dan kenapa kita perlu mendapatkannya kembali, tentang kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan dan macam mana Allah Taala akan musnahkan diorang kembali.

Dan tentang kekuatan yang sebenarnya tak terletak pada harta.
Tapi pada jiwa. :)

LifeLine4Gaza yang mensasarkan kutipan LE100 daripada setiap mahasiswa Mansoura.

Kiranya walaupun kitorang ni cuma pelajar, sekurang-kurangnya kitorang boleh berjihad dengan memberikan sumbangan kewangan untuk saudara-saudara Islam kitorang di Gaza sana. Alhamdulillah, syukuur. :')

Untuk para sukarelawan, aku harap mereka takkan sesekali patah balik, tapi meneruskan perjalanan biarpun tentera Israel mengecam dengan lebih kejam. Dan aku mohon pada Ilahi, kalau gugurnya nyawa mereka itu, golongankanlah kesemuanya sebagai para syuhada', insyaAllah. Ameen.

Dan untuk kita-kita yang hanya mampu memandang dari jauh kekejaman tentera Zionis, bacakanlah Qunut Nazilah ini setiap kali solat fardhu selepas iqtidal ruku' rakaat terakhir.
Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka.
Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kami ke atas mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah 3x,
Wahai Tuhan Yang Menurunkan Al Quran,
Wahai Tuhan Yang Mengarakkan awan,
Wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab,
Kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.
Ameen...