Sunday, May 30, 2010

would you dance if I ask to?

*Sedang cuba untuk rasa tak bersalah mencuri masa untuk menulis*
.
.
Okay, I still feel guilty. :/

Ergh, payahnya. Ada banyak benda yang aku nak luahkan, ada banyak rasa yang nak dikongsikan dan ada banyak peringatan yang aku nak tujukan untuk diri sendiri tapi masa tak mengizinkan. Payah, payah.

Ye, sekarang ni masa kritikal. Minit-minit terakhir perjuangan yang menentukan kejayaan aku. Makanya, aku mohon untuk diberikan kekuatan oleh Kekasih untuk berhenti menulis seketika sampai final exam yang akan datang ni selesai.

InsyaAllah, ini tulisan terakhir yang aku cakarkan pada badan Bieyto sebelum mula berperang Sabtu depan. Huh huh.

Untuk itu, aku nak mintak maaf kepada semua orang, err, ya, kamu kamu yang membaca ni kalau pernah terasa dengan apa-apa yang aku tuliskan. Kalau rasa aku hipokrit atau cakap tak serupa bikin, juga aku mohon dimaafkan. Kiranya dari tulisan tangan ke hati la aku mintak maaf ni. :)

Habis saja bulan Mei ni, untuk pertengahan pertama bulan Jun, aku takkan sambung bayar internet dah (kalau dapat tahan diri daripada pergi kedai ZamZam tu hah, insyaAllah). Pertengahan terakhir Jun lepas habis final, kalau terasa nak online lagi dari Mesir ni sebelum aku balik Malaysia, nanti aku gagahkan diri seluk poket, sarung tudung turun bawah ye.

Hehe.

Untuk sesiapa yang nak contact aku, internet bukan lagi jalan terpantas ye mulai Jun ni, mintak maaf. Anything, reach me through my cell phone number here in Egypt. :) Bagi yang tak ada number aku tuu, err, tunggu je lah aku balik Malaysia nanti, :p

Oyya, untuk emak dan ayahanda yang jadi pembacar tegar blog ni, harap umi dengan abah redhakan anak umi dengan abah yang ada kat perantauan ni supaya dia jadi makin rajin dan dapat jawab periksa dengan baik lepas tu dapat Mumtaz untuk semua paper eh!

InsyaAllah, I won't let you guys down like I used to. :)

Oh sebelum terlupa. Emak dan dua orang adik aku, err, beserta makcik dan pakcik juga nenek akan datang ke Mesir melawat aku dan Syifa sebelum diorang kerjakan umrah awal Jun ni. Hehe tak sabarnyaaaaa. xD Can't wait to meet you guys, hihi.

Okaaaay I think that's about it. Ini pun dok main kejar kejar jeling jeling dengan masa niiiiiiii. Okay nampak sangat nervous sampai 'i' pun jadi banyak dah dah aku tak ada masa nak backspace! Huuuuuu. Nervous lagi, tumpang lalu.

Tolong doakan sekali kejayaan aku ye! Hehe, terima kasih! :D

P/s: Tuhan, aku mohon Engkau berikan aku kekuatan untuk terus bertahan dan kejar apa yang aku impikan. Berilah keputusan yang Engkau rasa terbaik untukku tanpa mendatangkan kemudaratan pada diriku, dan lapangkanlah dadaku dalam menerima keputusan yang Engkau berikan. Ameen, insyaAllah. :)

-nhmnrh, Mansoura. With love

Saturday, May 29, 2010

the death invitation letter.

Ini pesanan aku untuk diri sendiri.

Thanks to habibi yang bagi link cerpen penuh makna tu dekat wall Facebook. ♥ It means a lot, more than you could ever imagine! :) Rasa macam kena tampar dengan ayat-ayat dalam cerpen tu banyak kali. Err, dah beberapa minggu tak kena headshot sampai macam tu sekali, hihi.

I cried.

Tak lama, tak banyak, tapi cukup untuk buat aku bersyukur yang aku masih mampu menangis bila terasa insaf dan mahu makin dekat dengan Kekasih.

Kisahnya tentang lelaki dengan nama Naim yang tinggi ilmu agamanya tapi dek kerana jatuh hati pada seorang gadis (yang juga tinggi ilmu agamanya), dia jadi hanyut. Serius, kalau baca akan rasa dekat dengan watak watak dia sebab ceritanya tentang kita kita ni hah. Tak lari mana pun.

Yang aku rasakan headshot tu bila disertakan ayat dari surah As-Saf, yang bilamana Allah Taala berfirman,

"[2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan, [3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan."

Atau dalam kata lain, jangan kau melarang apa yang tidak engkau kerjakan. Dalam cerpen ni, Naim selalu bagi tazkirah tentang jangan bercouple, jangan berzina hati, sedangkan akhirnya dia sendiri yang terlibat dengan semua tu...

Rasa macam aku selalu je cakap tak serupa bikin. :( Sedihnya.

But the ultimate headshot bila sampai part yang heroin cerpen tu rasa surat pertama dia untuk Naim (yang hanya tulis ucapan terima kasih sebab Naim tolong dia masa dalam kesusahan), sebenarnya surat jemputan ke neraka.

Pergh. Memang berdas-das headshot aku kena!

Untuk kawan-kawan lelaki aku, semua lah dari sekolah rendah sampai zaman Univ ni, dan untuk mantan-mantan pacar (ececeh), mintak maaf sangat sangat sebab rasa macam aku dah banyak je keluarkan surat jemputan ke neraka untuk korang. :'(

Mintak maaf sekali lagi walaupun surat jemputan tu dibagi secara tak langsung oleh aku dan diterima oleh korang tanpa sedar, tanpa sengaja. Serius aku baru tahu ni. Mintak maaf banyak-banyak...

InsyaAllah masa akan datang takkan ada lagi. I'll try to not giveaway those freakishly terrifying letters kepada sesiapapun. Anyways, kalau nak rasa kena headshot, tekan sini. :)

Friday, May 28, 2010

I wish for you to stay.

Terima kasih, Tuhanku.
Untuk semua kebenaran ini, aku bersyukur kepadaMu.
Syukur aku tidak terus hanyut bersama dia.
Siapa saja tahu apa akan berlaku belakangan hari.
Mungkin saja aku diduakan sewenangnya,
Boleh jadi aku ditinggalkan, aku diceraikan setelah menjadi isterinya.
Untuk semua ini, semua ini, Tuhan,
Syukran giddan Ya Rabb.
Ana mabsutin awi dilwa'ti.
:')

Benar, tiada yang abadi tentang cinta manusia.
Aku tahu kini, buktinya sudah ada di depan mata.
Siapa lagi yang tidak percaya?
Biar aku hikayatkan tragisnya kisah aku pada kau,
Biar kau tahu jelas dan mengerti,
Kalau cinta Allah itu masih lagi yang hakiki.

P/s: Hikayat aku, bagi yang punya rasa dan masa untuk membaca.

I present to you, my Spongebobs.

Eh, rasa pelik letak huruf 'S' belakang nama Spongebob sebab sekali pandang macam benda lain, -.-" Errrrrr, lantak. Hari ni yang aku nak kisahkan tu lebih dari sekadar "Who lives in a pineapple under the sea", yang dulu kalau Aiman masih kecik dia selalu jawab "boboqepant", haha rinduuuu.

Ye, lebih dari sekadar itu. :)


Pertama dan Kedua.
Emak dan ayahanda. ♥ Takkan ada manusia lain dalam dunia ni yang lebih kenal aku, tapi tetap terima aku untuk siapa aku, tak kisahlah macam mana teruknya aku (ini dulu, cehhhaha), selain daripada dua orang yang aku paling paling sayang dalam dunia ni. :')

Takkan ada. Kot. Dan untuk tu, umi dan abah orang punya Top 2 Spongebobs, he he.

Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam.
Adik-adik gue, :) Ijah, Anan, Mar, Maman. I may not be the perfect eldest sister that you guys wish you guys could have, but despite of what we've been through, you guys do know that kakak loves all of you, kan kan?

Thank you sebab still sabar dengan kakak walaupun kakak selalu marah korang, selalu buli korang, selalu sakat korang... But I'm improving, insyaAllah. Nanti kakak balik nilai sendiri okay! Hehe.

:))

Dan sebab kakak sayang korang, kakak bagi lah semua adik-adik kakak jadi Spongebobs kegemaran korang niii. xD

Ketujuh.
Nabihah Mohd Hashim. Dia antara kawan yang kenal aku paling lama, dan bertahan dalam dunia aku sampai sekarang. Apa, ingat senang senaaaang je ada orang boleh survive dalam dunia aku? Eii, susah tau.

Kenal sejak sekolah rendah. Rapat sejak Tingkatan Satu. :) Banyak benda yang kita dah kongsi berdua, kan? Be it the school sweethearts, studies, pokok pangkalnya segala benda! Dan aku tahu jodoh persahabatan kitorang memang panjang, kalau tak, takkanlah Nabihah ni ada di Alexandria sana tu sekarang.

Okay dah mula perasan. Hehe. Cik Bieee, sayang kamu rindu kamuu. Ada masa turun Mansoura lagi ye? :) InsyaAllah kalau ada kelapangan kita naik Alex jumpa awak pulak, heee.

Oyya. Dengan ni, awak Spongebob kita. Terharu tak? Terharu tak? ;p

Kelapan.
Zahidah Hamizah Mohd Hamidy. Ini lagi satu teman rapat aku. Kenal lepas sama-sama baca ikrar dekat Dewan Sinar untuk jadi pengawas sekolah. Huuu, nostalgik! Kawan yang kenal aku luar dalam, yang tahu bila nak tenangkan aku, bila nak peluk aku, bila nak bagi semangat pada aku, bila nak mendengar celoteh aku.

Dengan rasa yang aku tengah rasa sekarang, kalau dia ada sebelah aku, she'll know exactly the right words to say to make me feel better. :')

Zah, if you do happen to read this somehow, I just wanted you to know that I miss you very dearly. Rindu nak kongsi rahsia yang kita berdua je tahu. Serius rindu. And sekarang banyaaaaaak sangat benda yang kita nak cerita dekat awak. Hmph.

Love you, Zah. :')

Kesembilan.
Nurfathin Farhana, my habibi, hehe. Actually kita kenal awak pun dah lama en? The first time I laid my eyes on you, when we were 10 years old, if I'm not mistaken. Darjah empat, kan. You were a transfer student, :D

Teringat zaman kita selalu datang rumah awak nak buat folio, study group, lepas tu buat yang bandar atas bulan yang Cikgu Mimma suruh buat tuuu lepas tu paling lawak bila kita wajibkan orang lelaki bandar tu pakai kain pelikat dengan singlet Pagoda dekat rumah dan orang perempuan pakai baju kelawar!

Hahahah, sumpah tak boleh lupa la yang tuuu, xD Tak tahu awak ingat ke tak, he he.

Okaaaay the reason you are on my Spongebob's list, is because you are a very dependable friend and I can depend almost everything on you. :) Macam kes baru baru niii. Awak balik rumah dari kelas terus online untuk redakan kecuakan kita. Omaigod, serius lah terharu! :')

And for that, you deserve to be my Spongebob! ♥

Kesepuluh.
Chopsy. Huui, ramai ni. Manie, Rabie, Syafu, Anis, Ain, :) Err, tahukah yang Chopsy tu sebenarnya a reverse word from Psycho? Haha. Kitorang memang sangat psycho, tiada yang benar melainkan yang benar benar belaka. :D

Diorang ni kawan-kawan yang bantu aku untuk lepas zaman mid-adolescence yang penuh mencabar yang kalau salah pilih kawan memang boleh lingkup dan bertambah jahil zaman remaja aku.

Alhamdulillah, dalam psycho psycho kitorang, pelajaran masih lagi jadi keutamaan. Nak dijadikan cerita, semua geng kitorang dapat 8As PMR dan dapat tawaran masuk asrama penuh. Sumpah bangga berkawan dengan diorang ni semua.

Kali pertama dan terakhir aku bersemangat study group siap beli buku latih tubi yang sama semua dengan diorang, lah. Stay back dari sekolah pagi sampai petang dekat kantin, kadang-kadang dekat surau. Cipta fomula pelik pelik supaya senang ingat.

Haiiii, rindunyaa! Alhamdulillah, persahabatan tu masih kekal sampai sekarang. Ya, saat aku tengah taip ni pun masih kekal lagi, masih bercontact lagi. :) Paling tak boleh lupa last gathering kitorang buat dekat Tasik Shah Alam. Bila nak berpisah tu, memang drama lah.

Sedih, sebab aku sangat-sangat sayangkan diorang. :')
.
.
Okay habis dah Spongebob dalam hidup aku hehe. Sekian. Nak kena sambung balik baca Immunology. :/

Wednesday, May 26, 2010

Love you for the rest of my life.

Ini penguat semangat aku yang hampir hilang. :')

Dan bila siang hilang bertukar malam,
Sepi akan kembali menjadi peneman duniaku.
Dan di waktu itu,
Aku yang telah hampir kehilangan di sini,
Mendapat kembali secebis kekuatan untuk terus berdiri.
Dan untuk itu,
Terima kasih, Ilahi.

Sunday, May 23, 2010

ease the heartache and smile.

Emak kata;

Therefore my dear daughter, we don't really have to look for Mr. Right.
InsyaAllah your Mr. Right will come to your door and knock your heart.


:')

Betul pun. Aku dah mula berhenti mencari.
Biar dia datang sendiri.
Kalau tak ada yang sudi datang sekalipun,
kan aku masih punya Allah Taala, yang Maha Pemberi Cinta?
Aku masih ada emak, ayahanda dan adik-adik.
Dan aku ada 'dunia medikal' aku.
:)

Saturday, May 22, 2010

I somehow believe...

... in soul-mate and destiny. :)

"When deep down in the core of your being you believe that your soul-mate exists, there is no limit to the ways he or she can enter your life."

Aku impikan lelaki yang mencintai yang Maha Esa melebihi dia mencintai dirinya sendiri, lelaki yang menghargai kedua-dua orang tuanya melangkaui dia menghargai harga sebuah nyawa, lelaki yang utamakan keluarganya tidak kurang daripada dia mengutamakan ilmu yang dimilikinya.

Yang paling penting,

Aku impikan lelaki yang cukup sayangkan aku untuk bertegas dan menegur salah silap aku kalau ada yang tidak disukainya dalam rasa kasih yang dia ada padaku, setelah dia menjadi yang halal buat aku, menjadi suamiku.

Lelaki ini.
Wujudkah dia, Tuhan?
Masih ada kah lelaki yang macam ini,
di celah celah manusia akhir zaman seperti sekarang?
Kalau lah adanya dia sebagai salah seorang hamba-Mu,
Aku mohon Kau temukanlah aku dengannya.
:)

Thursday, May 20, 2010

the best time to study.

Hari tu masa baca blog Tidak Best yang macam jadi makanan ruji aku kat Mesir setiap kali online, terbaca satu entri yang buat aku kata, "Ehhh ha'ah ha'ah betuuuuul." masa tu jugak tanpa rasa ragu. Sebab memang betul pun.

Aku sudah jumpa saat paling bersemangat untuk menelaah.

...saat melangkah keluar dari dewan peperiksaan yang penuh trauma.

"ah!tak boleh jadi. Pasni aku kena study betul-betul!"

Ketika itu, rasa mahu terus jadi ulat buku.



ya, ketika itu.



..sahaja.

Kaan? Memang rasa nak berlari terus kat meja belajar tak nak pandang kiri kanan dah. Macam lepas ni "Ahh, lantak dengan semua orang, lantak dengan makanan, yang penting aku nak belajar.", haha.

Tapi kan sedara, aku nak tambah dua lagi keadaan yang boleh buat aku bersemangat sangat nak belajar macam dah kira sampai boleh buat ikrar pengakap (ada kaitan?) masa tu jugak.

Pertama.
Disebabkan aku ni perempuan yang ada banyak kandungan hormon estrogen dalam badan, aku macam dah terprogram (sort of, haha memandai) untuk minat drama klasik percintaan macam drama Korea, Jepun, Taiwan dan seangkatan dengannya lah.

Maka bila ada adegan hero/heroin yang belajar bagai nak rak untuk masuk Universiti, untuk lulus periksa atau sekadar nak impress kekasih diorang, aku jadi cemburu. Bukan sebab aku desperate nak berkekasih, tolong sikit. *Gelak sakan.

Dah lah kalau ada scene macam tu mesti hero/heroin tu belajar kaw-kaw punya memang kalau boleh 25jam sehari, 8hari seminggu tak nak berenggang dengan buku yang menimbun. Dengan pakai cermin matanya, rambut berikat, (imej budak rajin belajar), duduk dalam library tak nak keluar.

Perghh, memang rasa masa tu nak terus tutup laptop capai buku. Ya, masa itu.

...sahaja. :)

Kedua.
Aku selama ni tak lah rajin mana tapi aku tahu untuk bahagikan masa aku untuk benda-benda sepatutnya. Aku tahu bila masa aku kena belajar, bila masa aku boleh bermovie, sebab aku tahu kemampuan aku macam mana. Alaa, macam korang jugak lah.

Tapi kan, bila ada orang yang selama ni asyik main, maksudnya bukan dia tak belajar tapi melebihkan waktu untuk me-lagha (contohnya adik aku yang nombor 4 tu, hihi), tiba-tiba transform jadi ulat buku, engkau yang selama ni terkenal dengan kerajinan pun boleh tercabar la bukan?

Rasa macam ada "Hoii, tak boleh jadi ni. Aku kena jadi lagi rajin," punya perasaan. Aneh, kan? Hanya sebab tu, memang aku rasa waktu tu nak berhenti apa yang aku tengah buat, terus gamkan diri pakai gam gajah dekat meja study.

Ya, waktu itu.

... sahaja. :)

Tuesday, May 18, 2010

I'd love to not forgive.

Ini untuk gadis remaja dalam dunia (applied to 13-19 years old ONLY).

Mind you, this is purely based on my own experienced, so there's no such thing as I'm being bias, sexist or whatsoever. You've been warned, :) Oyya, mungkin akan lebih 'kick' kalau baca entry ni sambil dengar lagu Hey Ladies by Rossa? *shrugged.

From the greatest teacher of all, pengalaman.

Bila seorang lelaki kata "Iloveyou", jangan mudah percaya. Betuuul, dia mungkin cintakan awak, tapi sampai bila? "Sampai bila-bila. Sampai saya mati pun saya tetap cintakan awak". Tolong jangan percaya dulu. Jangan.

Kalau dia kata, "I'm willing to wait for you for even 10 years", HAHAHA, lagi lah jangan percaya. Kalau dia kata, "Saya nak jadikan awak isteri saya, ibu anak-anak saya, menantu untuk emak saya", jangan percaya membuta tuli.

Okay, the last one was quite tough, siapa yang tak cair ye tak? Aku menaip ni pun dah meremang bulu roma, -.-"

Jangan percaya semua dialog di atas KECUALI bila lelaki tu dah menjadi yang sah untuk kau. If he is already becoming your husband, then there's no reason for you to not trust him, yes? Walaupun kemungkinan untuk ada masalah rumahtangga tu tetap ada, he's your husband.

Apa yang aku nak cakap kat sini, bukan lah kau tak boleh percaya langsung, boleh. Percaya lah dekat kekasih kau tu, siapa aku nak halang, kan? Relationships are built on trust, or so they say. Betuuul, kalau dah tak ada kepercayaan, hidup memang boleh tunggang terbalik. Memang boleh huru hara.

Err, sebenarnya nak cakap yang jangan percaya 100%. Walaupun kau sayang kekasih tu bagai nak gila, sanggup gadai nyawa maruah segala, save some for yourself. Percayakan lelaki tu 70%-80%, selebihnya simpan semangat untuk diri sendiri.

Supaya bila kau dikecewakan nanti, kau takkan rasa macam langit dunia ni nak runtuh hempap kau sampai mati. Supaya bila hati kau hancur lumat nanti, kau tak rasa nak tamatkan nyawa diri sendiri macam orang dah tak ada apa-apa lagi dalam dunia ni.

Faham?

Life is a gamble indeed. Tapi kita kan ada akal? Boleh bezakan yang mana baik dan buruk, maknanya kita ada pilihan. Sentiasa ada. Kita ada iman. Kita ada agama. Kita ada Allah Taala. Kita ada keluarga. Kan? :)

Salah aku. Konon percaya sangat yang lelaki tu sempurna segala segi. Konon dia lain dari yang lain, sampai aku terlupa falsafah sendiri. Mr. Perfect is not necessarily gonna be Mr. Right. Everyone has its own flaw. Dan bagi aku, that's my flaw. Percaya sangat konon dia jodoh Tuhan untuk aku. Haha.

Sekarang bila fikir balik aku jadi geli. Entah apa yang aku fikir masa tu, aku pun tak tau but one thing for sure, benda aku fikir tu memang tak bagus. Memudaratkan jiwa, hati dan hubungan aku dengan Allah Taala. Haih.

Tapi kan, bukan semua lelaki kau tak boleh percaya, ya. Aku sendiri dah banyak jumpa lelaki yang aku boleh mintak tolong bila perlukan bantuan, bila perlukan teman. Ayie, Aizat, Khairi, Danial, Farhat, (to name a few), diorang ni semua antara kawan-kawan yang aku nak pegang sampai tua. :')

Pokok pangkalnya, jangan mudah percayakan orang sembarangan. Jangan percaya sangat dulu. Rasa sangsi tu kadang-kadang bagus, kau tau.

P/s: Entah kenapa tiba-tiba terasa nak luahkan apa yang selama ni aku pendam. Sebab tu tiba-tiba 'TINGG', ada entri ni di celah-celah kesibukan busy study untuk final exam. :)

Tuesday, May 11, 2010

I'm better off without you.

*I wanted to study and sleep at the same time, haha.*

Final exam tinggal kurang daripada sebulan. Kalau ditanya apa perasaan yang ada, aku cuma boleh jawab dengan jawapan paling cliche; "Entah. Takut jugak kot." Alaaa, perasaan yang engkau engkau semua rasa bila nak ber-exam, lah. Biasa, kan?

:)

Orang selalu tanya. "Dah habis study dah?" atau "Mesti dah habis baca semua kan?", just to name a few random questions.

Sebenarnya aku nak tau jugak, apa motif orang tanya soalan macam ni? Sama ada dia memang betul-betul nak tahu, atau dah tak ada soalan lain nak ditanya untuk mulakan perbualan, atau memang nak buat orang ditembak dengan soalan tu rasa tercabar dan tersentuh?

Err. Aku biasanya tak pernah akan tergugat atau rasa diperli atau rasa annoyed bila diasak dengan soalan macam ni. Kadang-kadang aku jawab jujur, kadang-kadang aku jawab berlapik supaya tak bukak pekung kat dada sendiri. Hahah, biasa, lah.

Kalau kata dah habis belajar semua, (padahal belum tapi sebab nak lindung reputasi sendiri), nanti orang kata tak sedar diri. Kalau kata dah habis belajar semua, (dan memang dah betul betul habis), nanti orang kata riak takabbur. Kalau kata tak belajar, nanti orang pandang serong macam kita tak ada muka.

Hah.

So, tell me. Jawapan macam mana sebenarnya yang patut dibagi bila orang bertanyakan soalan macam tu?

Sesetengah orang boleh terima bila orang tanya dia soalan ni. Tapi ada sesetengah yang mungkin rasa soalan ni ditanya untuk memperlekehkan dia. Fikiran manusia, kita takkan boleh nak kawal, kan. Macam mulut orang jugak lah. Apa kau ingat boleh senang-senang suruh orang diam?

Sama lah macam soalan, "Belum berisi lagi ke perut tu? Kahwinnya dah lama," Ada orang rasa soalan ni soalan biasa, tapi bagi yang terkena batang hidungnya tu, kau ingat dia akan bertempik suka? Hati memang pandai rasa sedih. Benci.

Err, sebenarnya tak tau kenapa kena melalut sampai kahwin beranak semua padahal nak cerita pasal Final Exam. :/ Huuuui, rasa macam persediaan aku belum cukup lagi lah! Bukan macam, tapi memang pun. T_____T (*Rasa dah lama tak menangis acah-acah dalam blog, haha).

Aku memang dah sedar diri, tapi nak menggerakkan diri bertindak lebih proaktif dan produktif tu alahai, payah dia macam nak tolak gajah guna hujung jari je rasanya. Come on, Nuha! Sikit je lagi ni, sikit je lagi. Bulan depan dah boleh balik Malaysia!

Yahuuu. :) Tapi sebelum tu kena berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang ke tepian dulu. Hehe.

Saturday, May 8, 2010

For The Only Queen of My Existance.

This one is for you, mom.

Nak dekat 19 tahun aku hidup, ini kali pertama sambut Hari Ibu jauh daripada umi. And that makes my heart aching and feels uneasy. For the past couple of years, sejak aku sekolah menengah rendah dan dah pandai pegang duit sendiri, I would buy something for my mom. A card, at the very least.

Tahun lepas, pada occasion yang sama, aku terkocoh-kocoh bersiap untuk bertolak ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk Kursus Bahasa Arab hampir dua bulan. Tahun ni... lagi lah jauh beratus ribu batu sampai kalau naik direct flight pun perlukan 10 jam untuk sampai.

Pertama dan selama-lamanya, umi adalah ratu hati aku. No one can take that fact away from me.

Umi dah mengandungkan Nua 9 bulan 10 hari, melahirkan Nua, mendukung Nua, menyusukan Nua, menjaga Nua, membelai Nua, melayan Nua, menyayangi Nua, mengajar Nua. Thank yous will never be enough for what you have done and sacrifice for this eldest daughter of yours. :')

Macam dah terlampau banyak salah dan silap yang aku buat yang aku pasti, dah menyakitkan hati seorang ibu. Macam dah terlampau banyak... Terlampau banyak... Banyak sangat.. Dan kalau diingat satu per satu, mesti air mata ni takkan pernah berhenti mengalir. Takkan.

Ini pun air mata dah bertakung kalau aku layan memang bila-bila masa boleh berderai. Dah boleh buat rekod hidup; menangis tiga hari berturut-turut dengan penuh tragis.

But a mother would always be a mother. Tak kisahlah dah berapa banyak kesalahan, tak kisahlah dah berapa dalam luka yang aku dan adik-adik bagi, umi tetap sayang kitorang... Umi tetap kisahkan kitorang... Umi tetap ada dengan anaknya ni. Umi tak berganjak sikitpun daripada anak-anaknya.

Walaupun thankyous takkan pernah cukup, Nua tetap nak cakap terima kasih untuk semua yang umi dah buat untuk Nua. The loves, the cares, the supports, the motivations, the faith, everything. Every single thing yang umi dah buat untuk Nua, thank you so much, mi.

And I am sorry if I ever let you down (which we both knew I have). I am truly deeply sorry... Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Nua tak dapat nak janji untuk jadi anak yang solehah untuk umi, dan tak sakitkan hati umi lagi, but I'll try my very best. Nua akan cuba jadi anak yang solehah, insyaAllah.

Bila dah betul-betul punya jauh ni, I wonder why I even have the guts to hurt my mother at the first place, my one and only mother in this world? This distance had made me wiser, and I'm very grateful for that although I would rather be in Malaysia at this very minute.

You can never choose your family, they are the gifts that God had given to you. That's what they say. Aku takkan pernah mintak nak tukar ahli keluarga. Apa yang aku ada sekarang, ini lah yang terbaik. Sure, we had some ups and downs, but blood is always thicker than water. Kan? :)

Tuhan, terima kasih sebab kurniakan aku seorang 'umi' that have everything that one could wish for. Terima kasih sebab kurniakan aku seorang 'umi' yang sayangkan anak-anaknya tak kira apa pun yang berlaku. Terima kasih, ya Allah. Bagi aku, ini anugerah yang terbaik.

To have Puan Hajjah Nurulhana Hussain as my mother. :')

At this very moment, I missed you very much, mi. Very very much. I swear I would give up the world to have your arms hugging me again, right here, right now. And I love you so very much too.
Happy Mother's Day, I will always pray for you, mother. ♥

Monday, May 3, 2010

Let the truth sting.

It's been a while since I've write anything here. It feels quite good. Aku tak nak macam terlalu 'attach' dengan blog ni sebab aku nak lebih fokus untuk final sem 2 ni. :) And I think I can perfectly survive without blogging too much, kot.

Sebenarnya tergerak nak tulis kat sini sebab nak kongsi macam mana aku lupakan sesuatu yang berlaku dalam hidup aku. Yang pahit, tentunya. Yang manis kita simpan, pendam dalam-dalam. :)

Bila kita ada masalah, orang selalu cakap. "Menangis puas puas, lepas tu lupakan." Kalau kita rasional, mungkin boleh kata "Thank you, I'll try, *dengan senyuman lesu*". Tapi kalau hati tengah sedih, jiwa tengah kacau, tak mustahil untuk kita jerit "Cakap senang lah!".

Hmph.

Tau tak nak cakap tu bukan selalunya senang? Well, most of the time it is, but not all the time. Kadang-kadang, kita kena ambil masa untuk pilih kata-kata yang sesuai dengan keadaan. Kalau tak, takkan lah ada orang kata "I'm speechless".

When you're badly hurt, you'll just wanted the pain to go away. Jauh dari diri, jangan datang lagi. But babe, running away doesn't help your heart to mend. Trust me, I know.

Perkara pertama yang aku buat bila rasa sangat tak tertolong (helpless), aku akan menangis. Menangis bukan tanda kau lemah. It's a good remedy to lessen your burden. Orang akan cakap kau 'break', orang akan kata kau 'crack'. Tapi apa ada hal lah.

Kau yang tanggung semua rasa sakit tu. Lantak orang nak kata apa. Yang penting kau rasa lega. :)

Tapi sampai satu tahap, mungkin kau akan rasa menangis tu bukan lagi satu pilihan. Maksud aku, ada ke orang yang sanggup menangis setiap kali hati dia sakit? Okay, mungkin ada yang sanggup. Soalnya sekarang, larat ke?

Yang kedua, habis je menangis, cepat-cepat kesat air mata, bangun, dengan mata merah-merah, pergi ambil wudhu', pakai telekung, bentang sejadah. Solat sunat, dan berdoa dalam keadaan sujud. Macam tengah buat solat hajat. Mengadu pada Allah, Dia Maha Mendengar semua rintihan hamba-Nya.

Mengadu lah macam kau tengah mengadu masalah kau pada kekasih hati. Merayu lah minta Allah tenangkan hati kau, minta Allah bagi kekuatan untuk hadapi dugaan yang kau tengah hadapi. Menangis lagi.

Allah itu Maha Pemurah, kau tahu. Maha Penyayang, Maha Mengasihani. Dia takkan biarkan kau seorang diri pasrah dengan hidup ni. Jadikan Allah sebagai tempat bergantung, nescaya kau takkan susah hati lagi.

Tak percaya? Pergi try sana. Aku dah tenang sekarang.
Allah says: '....I am closer to you than your jugular vein.' (Surah Qaf 50; Verse 16)

Memang ajaib. Aku tak pernah sangka aku boleh belajar lupakan seseorang dengan macam ni punya cepat. Hampir dua hari hati terasa lukanya, petang hari kedua aku dah normal macam biasa. Aku dah boleh terima kenyataan.

Sekarang, aku serahkan semua hidup aku pada Allah Taala. Biar Dia tentukan. Aku percaya pada jodoh. :)

Yang ketiga, aku cuba cara Anymm lupakan masalah dia. Aku pergi kotak belakang pintu bilik, tarik satu buku nota kosong, labelkan di muka depan; Ini Suara Saya. --Buku tentang perasaan. Apa saja jenis perasaan yang terlintas, aku cepat-cepat ambil pen, menulis tanpa henti.

Curah segala perasaan yang ada, tuliskan semuanya.

Rasa tak tertolong, rasa sakit, rasa pedih, rasa tak berguna, rasa tak nak hidup, semua ada. Aku menulis dalam bentuk sajak/puisi dengan banyak sampai sekarang, dah tak ada rasa yang teruk untuk aku curah lagi pada buku tu. Sebab semuanya dah keluar.

Sekarang aku dah tak rasa apa. Serius, kau akan rasa lega. Yang penting kena bawak buku tu pergi mana-mana. Sort of like a diary, except your wrote only about the pain you felt.

Dah lama tak buat macam tu. Tulis dalam buku, buat sajak, buat puisi tentang apa yang aku rasa. It really does help. Sekurang-kurangnya, pada masa depan, bila kau baca balik tulisan kau, kau akan tau kau pernah rasa perasaan yang teruk macam tu.

And maybe, just maybe, you'll be laughing at yourself for being so unclever to trust a person. Most likely 'lelaki-yang-tak-beriman' type of guy. HAHAH.

Have you ever reminisced on something in the past, thinking of every possible way you could have changed it, made it last, made it work? You spend your days waking up, thinking about it, going through your day thinking about it, and going to bed thinking about it - hoping and praying it will come back - nothing lasts forever.

We go through our lives thinking about yesterday and not today. You're in denial, heartache and regretting. We're young, we're reckless and we're alive. We make mistakes, we lose people we love, and that's just the way life works.

Letting go isn't being weak or giving up... Letting go is growing up. --quoted.

Forgive and forget. That's what they say. Without forgiveness, old wounds will never settle, it will never heals. We just have to pray that if we are lucky enough, we will be able to forget them. :)

P/s: Okay pengaruh Grey's Anatomy yang sangat addictive sampai tak boleh berhenti mentengok series dia. Huh huh.