Sunday, April 25, 2010

should i give my best?

Aku orangnya jenis yang cepat paranoid. I always learn mistakes from others, and I'll make sure I won't be making the same mistakes.

Sebab tu aku cakap, jangan tunjuk aku kesalahan yang bukan-bukan macam salah kahwin dengan orang ni, salah sayang orang tu, salah berkawan, salah pilih jalan hidup. Jangan, jangan. Semua tu bagi impak yang sangat besar dalam hidup aku.

Aku akan jadi takut nak kahwin, jadi takut nak sayang orang, jadi takut nak berkawan, jadi takut nak buat keputusan sendiri. Dalam erti kata lain, aku jadi paranoid dengan salah orang lain sebab takut aku rasa apa yang dia rasa.

Dan aku tak suka.
I hate making mistakes because I shall feel bad about myself.
Betul, dari kesalahan lah kita boleh belajar daripada pengalaman buat salah tu, untuk jadi lebih baik. Untuk perbaiki diri.

Tapi kan, kalau dari mula kita tau kita dah boleh buat lebih baik, boleh jadi lebih baik, kenapa nak buat kesalahan...?

Fikirkan.

Soalan ni sama macam apa yang Rangga tanyakan pada Cinta dan apa Cinta katakan pada Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?. I didn't remember the exact conversation tapi lebih kurang macam ni lah.

Rangga: Knapa kamu perlukan pembantu sedangkan kamu bisa lakukan semuanya sendiri?
Cinta: Knapa aku perlu lakuin kerja rumah sendiri sedangkan aku udah punya pembantu?
Rangga: Tapi Cin, kamu kan bisa lakuin sendiri?
Cinta: Tapi kan aku udah punya pembantu, Ga'. Knapa nggak dikasi aja dia kerjaan? Iya kan?
Rangga: Ya iya juga ya.

Kan? Situasi dia lebih kurang macam ni. Aku ulang balik soalan tadi ya. Kalau dari mula kita dah tahu kita boleh beri yang terbaik, kenapa nak buat kesalahan?

Hmph. Serius lah, aku tengah takut sekarang ni. Tiba-tiba rasa ragu-ragu datang balik lepas baca entry seseorang. Aku tahu, aku tak patut risau tentang tu sedangkan perjalanan aku masih jauh but I can't help it.

Rasa yang aku pernah rasa datang balik. Sekarang, the 'what if(s)' bermain dalam fikiran aku macam gasing yang tak reti nak berhenti berpusing.

What if I made the same mistake like she did?
What if I got myself into a deep terrible mess and there's no one I can hang on to?
What if I failed?
What if, what if, what if.


Engkau tau, aku pernah baca yang the 'what if(s)' ni boleh menghancurkan hidup seseorang. Sebab dia asyik fikir kalau macam ni, kalau macam tu, apa yang akan berlaku. Kan bagus kalau macam ni dulu, kan bagus kalau dari dulu lagi... and whatnot.

Hei, kita manusia kan?
Normal, lah kalau rasa macam ni.

Bila kau melangkah ke depan, toleh ke belakang sekali-sekala tu adalah perlu. Manusia yang lupa sejarah silam dia, will tend to repeat it. Kata-kata ni famous dalam buku teks sejarah dulu tapi aku lupa lah pulak susunan ayat dia macam mana, hahah. Lantak.

Senang kata macam ni lah. Aku nak berpesan pada 'future' Nuha Muneerah.

Dear cahayaku, jangan takut untuk buka langkah awak, jangan takut untuk berdepan dengan apa jenis ujian yang Allah Taala sediakan untuk awak. Allah Taala uji awak untuk tengok sejauh mana tahap keimanan awak pada Dia.

Jangan takut, cahayaku.
Awak jangan takut, kerna saya akan menjaga. :)

Tinggalkan semua jenis kenangan yang ada rasa pahit. Ambik pengajaran, jangan biar diri awak rasa apa yang awak pernah rasa. It hurts, I know. You were once me, remember? :)

Be brave, my dear. Tak kisahlah berapa ramai pun orang yang tinggalkan awak, saya tetap ada kat sini dengan awak, untuk teman awak lupakan apa yang kita berdua pernah lalui. As your past, saya takkan biarkan awak terkontang-kanting berdepan dengan hidup ni. *sengih*

Saya janji.
I'm done with feeling inferior.
I'm done with feeling paranoid.
I'm done with not appreciating myself.
I'm done with letting myself down.
I'm done with ruining my dreams.
I'm done with hurting myself.
I'm seriously done with all those crap.


P/s: I'm not done with being a medical student. Not even close. :p

Saturday, April 24, 2010

for those who felt the same,

Bila jadi anak perantau, benda pertama yang kita tak boleh nak elak, syndrome merindukan keluarga, rumah, anak kucing, katil, bantal, dan biar aku bagitau. Even minor things are included. Every. Single. Things.

Benda yang sebelum ni kau pandang sebelah mata jadi penting.
Macam udara.
Tahu tak, aku dah rindu nak hirup udara Malaysia?
Huh huh. :)

Lagi contoh aku rindu nak nampak rakyat Malaysia di kaki lima jalan raya. Benda nampak simple, nampak remeh. Tapi dia bagi impak yang besar untuk orang-orang yang keluar dari zon hidup dia selama ni.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Serius, dulu kecik-kecik aku tak faham. Bukan ke emas lebih berharga? Kalau macam tu duduk je lah kat negara orang. Dapat jugak jadi kaya. Kena batu apa dapat? Sakit, ada lah.

Budak-budak. Apa yang superficial, itu lah yang aku rasa terbaik. Hahah. Sekarang dah faham dah. Biaq pi lah turun emas ka, intan ka, aku tetap nak rindu kena hujan batu. :) Paling rindu bau rumput lepas hujan renyai-renyai (tetiba).

God, it was so refreshing! Rinduuuu.

Lepas tu bila jadi anak perantau ni, kau akan belajar hargai apa yang kau ada. Macam tak kisahlah apa-apa pun, kau mesti tau nak value and appreciate. Penat bertahan untuk jadi kuat, dah berapa kali dah bila call emak je, mesti laju air mata ni turun. Aku tak pernah mintak, tak pernah paksa.

Dia turun sendiri. Mungkin air mata ni tau, aku perlukan sikit kekuatan untuk bangun balik. Kadang-kadang, after you've had a good nice cry, kau akan rasa lega. Macam separuh dari beban kau hilang.

And you'll move on with your life. As usual, like always. Macam sebelum turunnya air mata tadi. Macam waktu kau tahankan segala jenis perasaan, dan pendam dalam-dalam. Cuma better. :)

Hei, menangis bukan tanda aku lemah atau aku dah bagi tanda mengalah. *sengih*

Dulu kan, bila baca novel Melayu, baca heroin novel tu yang belajar overseas, duduk luar negara, aku jadi teruja. Selalu bayangkan, agak-agak, aku ada peluang tak nak merasa keluar dari Malaysia? Asyik-asyik dalam negara je, boringnya!

Alhamdulillah, Tuhan bagi aku kesempatan, bagi aku rasa. Macam mana bila duduk negara orang ni, kau akan rindu nak dengar tukang penyampai berita membebel dalam Bahasa Melayu. Macam mana drama, iklan kat TV berbahasa Melayu. Serius, kau akan rindu.

Serindunya aku nak mentengok Cerekarama tiap malam Sabtu dengan keluarga. Lepas tu sama-sama geram kalau cerekarama sambung lepas Nightline. Tunggu punya tunggu, sekali dah sipi nak pukul 12.30pagi, aku tertidur. Esoknya bangun merungut-rungut tak tahu ending cerita.

Huuu, nostalgik habis.

Just for you record, remember this, never say that you are never gonna miss anything about Malaysia when you get the chance to go abroad. Be it the food, the people, the air, the surroundings, because I can assure you that you will, my dear, you will miss them.

Unless if you are heartless, then I can't do anything about it, hahah. Just kidding. :p

P/s: Two months and I-am-too-lazy-to-count-and-check-the-calendar weeks left until I can finally be back home.

will never be bored with it.

Dah hari Jumaat.

Semalam kelakar. Err, segan pun ye jugak. Hahah, that was the cutest conversation I ever had with a group of people. And a lil bit awkward I must say when you have to discuss 'that' kind of things with males presence.

*sengih*

Semalam bermula dengan ni. Macam biasa, hari Khamis aku punya group 19 akan ber-pbl untuk bincang case baru; Breast Cancer, dan dapatkan objektif case minggu ni untuk diselesaikan. Tunggu punya tunggu, Dr. Amir Monir Ali tak datang datang.

Okaaay, takkan kejadian lampau (la sangat padahal few weeks back je) berulang balik? Takkan Dr. Amir tak datang sebab dia lupa hari ni ada PBL? Takkan punya. Takkan, lah...

Sekali kerani pejabat datang bilik kitorang dan bagitau Dr. Amir can't make it to the University today since he got to go to Cairo for certain important things and will be back by Monday if I'm not mistaken.

To cut the story short, PBL kitorang akan ditunda sampai Isnin, dan memandangkan macam it would ridiculous to not have objectives to do, kitorang rembat objektif group lain dan akan bandingkan dengan objektif yang Dr. Amir akan bagi Isnin ni.

So, our PBL session was canceled yesterday. That was the moment of our stories begin. :D

Masa tu baru pukul 10.40 pagi dan kuliah seterusnya pukul 11.30 pagi. Most of us malas nak bergerak pergi tempat lain maka kitorang decide untuk lepak dalam bilik pbl tu ramai-ramai. Masa tu yang tinggal cuma Fatin, Syazana, Mira, Nik, Firdaus, Syazni dan aku.

Dalam pada berborak pasal studies, pasal exam, pasal rumah, tiba-tiba ada orang bukak topik kahwin. Tak pasti siapa tapi rasa-rasanya macam aku, HAHAHHAHAHA -.-"

And yes, we talked about marriage after that. Macam mana kalau kahwin awal, apa kena buat, kenapa orang nak kahwin awal, Baitul Muslim and whatnot. Tak pernah terfikir akan bincang pasal kahwin dengan lelaki. I mean, we barely knew each other. :)

I pointed out that most men doctors refused to choose a doctor as their wife since they are busy themselves. Most of the guys would go for teachers, housewives and such.

If you ask me, that would be so so so unfair for guys to say that. I mean, Ohh lelaki je lah boleh busy perempuan tak boleh? Fine, I don't have any comment towards that since I don't want to sound sexist or whatsoever, it would be an endless debate, and I'm pretty sure about that.

Tapi macam ni lah. Macam Mira kata. Doktor lelaki nak perempuan yang boleh jaga makan pakai dia, bila dia balik ada orang tunggu sediakan minuman, gosok pakaian dia semua. Kalau tak macam tu, there would be no point for him to be married, kan?

Doktor perempuan pulak nak lelaki yang faham kerjaya dia macam mana, waktu busy dia, her commitment towards her patients, lagi-lagi la doktor yang kerja kat hospital kena selalu on call. That's the reason why a women doctor would prefer a doctor to be her husband.

Aku sebagai perempuan memang faham responsibilities isteri terhadap suami dia. Tak boleh abaikan suami. Syurga isteri terletak pada tapak kaki suami. Neither of us, women doctors suka-suka nak tinggalkan suami dekat rumah terabai, tak. Cuma tu lah, we need someone who's understand our professions.

Tak senang, kan? Hmph.

Tak pe lah, apa-apa pun, perjalanan aku panjang lagi. InsyaAllah, bakal suami aku nanti memang seorang yang memahami. :) Kita tunggu je nanti. Hihi.

Wednesday, April 21, 2010

confession of a medical student.

Ironik.

Baru sedar yang sepanjang aku jadi anak perantau ni, tak pernah aku nak menulis pasal dunia perubatan. Oh bukan yang hari-hari pergi kuliah dari pagi sampai petang lepas tu stress ke apa bukan bukan.

Bukan tu.
This is something more beyond that.

Kadang-kadang aku rasa aku ni bukan pelajar perubatan. Not a medical student. Okay gedik nak buat translation kat sini jugak. Haha, lantak. Walaupun hari-hari pergi kuliah mengadap buku Immunology, Pathology, Pharmacology, kenapa aku ada rasa kurangnya dekat situ?

Walaupun tiap minggu bukak kitab Anatomy Upper Limb, tiap hari jumpa rakan di kuliah je "Zidovudine is a type of drug that inhibit a cycle of HIV virus right? What about Nevirapine? Apa beza diorang eh? Which one is more effective? Or should we go by both?", kenapa aku ada rasa kurangnya dekat situ?

Hari tu, bila aku layan drama 'Love Story in Harvard', aku dah menggelupur seorang diri tengok heroin dia yang punyalah berciri medical student from Harvard Medical School. Tiba-tiba rasa tercabar.

Lepas tu semalam usha gambar kawan lama yang baru add aku di facebook. Dulu orangnya kecil-kecil, she's below average at some point, tapi sekarang dah ada di KMB sana tinggal masa nak fly ke UK tahun depan kalau tak silap. Tiba-tiba rasa tercabar.

Aku lah yang rasa sendiri, heroin drama dengan kawan lama aku tu takkan nak datang sini cabar aku pulak en. -.-"

Rasa macam... rasa macam... Am I really a medical student? Like seriously I am? Sesiapa tolong datang blok rumah aku dan sedarkan aku sekejap. *Tawaran terhad untuk budak Mansoura saja, mintak sorry.

Ini bukan rasa takabbur 'Omaigoddd aku ni rupanya student Medic laahhh HAHAHA Bangganya aku dengan diri sendiri tak sangka lah omaigod tak sangka!'.

Tapi lebih kepada rasa menyesal 'Aku student medic tapi kenapa... why didn't I act like one? Kenapa aku relax sangat? A life of a medical student should be tough isn't it?'.

Dalam hati ada rasa sedih. I wanted to be 'that' medical student. The one who works their life's off to study. Why can't I be like her? She sacrifices her time at home to be in the library after six hours of lectures, she sacrifices her sleep to burn the midnight oil, every single night.

Setiap ayat yang aku tulis ni, I wrote with bruises on my heart. Lebam hasil dari kerja tangan aku jugak. Salah sendiri, yang tak pernah nak istiqamah bila dah dibagi kesedaran. Hari ni rajin, esok malas balik. Padanlah dengan muka aku.

Aku nak merayu pada diri sendiri, pada sikap sendiri.

Tolonglah... tolonglah berubah. Aku takkan pernah berhenti merayu kalau itu yang dapat lembutkan kedegilan aku. Kalau kau nak aku melutut, aku akan melutut dalam hati.

Dan kalau kau tak nak berubah untuk diri sendiri, at least berubahlah untuk future dan cita-cita kau, Nuha. Untuk umi dan abah. Untuk adik-adik. Untuk bakal-bakal pesakit kau. Untuk generasi akan datang.

Berubahlah, sayang. Masa masih ada, kau belum terlambat. Jadilah orang yang even kau pun boleh kagum. Be that someone. Berubahlah untuk kebaikan. Berubahlah untuk kejayaan.

:) I know you can do it, love.

P/s: By the way, I've made up my mind. I won't be onlining oftenly as always. Bak kata Hani, sekarang buku lagi penting daripada segalanya. Yes, even more important than internet. No internet for me on weekdays from now on, but I'll definitely be onlining on Friday.

That's a promise, insyaAllah.

P/s2: Happy 11th Birthday, my dear brother 'Ammar! Kakak misses you. :') Be a good boy, yeah? ♥

Tuesday, April 20, 2010

i don't fancy sparkling things.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mood dah kembali cemerlang. Thank you, Allah kerna Engkau dah mentenangkan hati aku yang menggelupur ni. No more war, hihi. :) InsyaAllah, lepas ni keadaan pulih macam biasa.

Apa yang pulih?
Macam nak cerita tapi macam nak biar dia jadi rahsia.
Okay dah, fikir lain kali.

Ada benda lagi penting nak cerita ni.
Lai lai lai. *sekepoh nyonya jual ikan tepi kali HAHHAHA macam ada.

Sekarang majoriti budak batch aku tengah sibuk nak mencari rumah sewa yang baru untuk tahun depan. Oh, silap. Bulan 10 tahun ni.

Setiap ceruk tempat aku pergi kuliah, isu mencari rumah dengan tiket flight memang tak boleh lari. Sekarang itu topik paling 'hot' dan 'in' untuk mengeratkan silaturrahim. Orang yang selama ni tak pernah bertegur sapa walaupun selalu bertentang mata tiba-tiba jadi ramah. Aku suka.

Eh, aku tak perli. :) See? I smiled.
Antara soalan-soalan common;

"Awak dah cari rumah dah?" atau "Rumah cari sendiri eh ketuk satu-satu blok?" atau "Ehhh, rumah awak yang pagar oren-oren hijau tu ke? Yang depan restoran kedai runcit tu?" atau "Hahahaha, dah pergi dah rumah tu. Okay la tapi bilik kecik. Tapi mama dia baik en?" atau "Rumah awak syari' (jalan) apa?" atau "Rumah awak berapa bilik? Besar tak? Mana besar? Bilik PBL ni ke bilik awak?" atau "Harga dia berapa? Ohh okaylah harga standard."

*Mintak sorry, ini semua dialog rekaan untuk hiburan tanpa niat nak menyakiti sesiapa. Tapi serius, majoriti soalan kat atas tu aku yang tanya, hahaha. :p

Aku rasa, aku, Syifa, Chitah dan Echa antara orang yang masih boleh tenang. Kot. Belum desperate nak berumah lagi. Hahaha, apa punya ayat ni. -.- Err, maaf. Aku tarik balik ayat tersebut.

Sebab silap-silap hari bulan, memang langsung tak berumah (mintak simpang malaikat 44, nauzzubillah min zalik) ataupun sekejap lagi akan berasa desperate. T___T

Anyways.

Tadi aku menjenguk sebuah rumah atas cadangan seorang rakan merangkap housemate. Saja la pergi tengok rumah tersebut, mana tau berkenan di hati walaupun belum desperate (ceh ayat masih tak nak kalah).

Rumah tu? Aku suka. Sangat. Tapi tak memenuhi beberapa kriteria macam bilik tak berapa nak besar. Lepas tu ada tiga bilik tapi satu bilik jadi stor maka sekarang cuma tinggal dua bilik. Aku dengan Syifa masing-masing nak satu bilik.

Satu kenyataan.
Echa dengan Chitah tak boleh campak merata.
Dengan segala perasaan yang ada, terpaksalah melepaskan rumah berpendingin hawa lagi ber-chandelier lagi ber-tv lagi ber-bath tub tersebut.

Aku nak jugak tebarkan (dah macam buat roti canai okay teringat dulu semua adik-beradik belajar tebar roti canai dalam bilik air guna baju macam Wahid Senario T___T) beberapa gambar di tempat kejadian tadi.

Yang tengah, tuan punya rumah (atau lebih mesra dipanggil 'Mama'). Kanan sekali; Ustaz Halim. Pengantara terbaik made in Indonesia. Wah, sesedap hati aku melabel ustaz Halim. Saya lagi mohon maaf ya ustaz.
Master bedroom yang boleh tahan siap ber-air conditioner. Fell in love with it tapi tak ada rezeki nak melabuhkan hidup di sini. Hualaweh ayat aku. Kalau bilik ni bernyawa dan baca ayat aku, surely dia menitiskan air mata terharu. Harapaaaaan.

*Penggandaan 'a' menunjukkan sesuatu yang takkan jadi kenyataan. -.-

Okkay aku malas dah. Kata nak beberapa tapi aku bagi dua. Mohon ampun. Banyak lagi nota lecture yang aku kena cover menjelang final ni. Alasan. Tapi macam boleh pakai. Tu lah, aku dulu dah pernah berangan nak jadi lawyer.

Err, ada kena mengena? *shrugging.

Sunday, April 18, 2010

i don't have any vocab to explain.

P/s: Ini sesuatu untuk diri aku.

Kau tau, manusia ni dikurniakan dengan bermacam rasa. Marah, gembira, sedih, tersentuh, sayu, geram, benci, sayang, suka... dan entah apa lagi perasaan yang ada. Hmph. Salah satu perasaan yang ada kat atas tu, aku tengah rasa sekarang. Huii, payah lah aku nak control. Liar betul.

Okay mungkin aku patut 'scratch' kan ayat tu. Tak manis. -.-"

Sebelum semuanya meletup bak minyak masak panas terkena air, baik aku duduk dalam bilik diam-diam, buat kerja sendiri, buat hal sendiri
; macam nasihat umi. Tak kuasa aku nak melayan perasaan ni lagi.

Dear Feelings, I'm ignoring you.

Makin aku layan, makin sakit jiwa aku. Apa benda yang nak belajar pun macam tak masuk, habis aku terkulai kat katil kesayangan ni hah. Okaaay, aku terkulai sebab demam, T__T Alhamdulillah, sekarang dah okay. Tekak pun dah tak berapa panas, tak berapa payau.

Isnin dah boleh ke kuliah macam biasa. :) *Lega.
.
.

Nak cakap, aku terasa hati dengan dia. Sejak pertama kali aku kenal dia, dia tak pernah berhenti buat aku terasa. I hate the fact that I can't say anything to her directly and instead, I pour everything I felt towards her, here. *Sighs.

Tak pe lah. Bak kata Dr. Amir Monir Ali, "A good doctor must not show any reactions towards everything that happened around her. You can't cry when you see a husband loses her wife, or even when a child loses her parents."

Aiseh, macam mana ni? Tengok cerita Love Story In Harvard je dah basah pipi. Kena jentik sikit, kena pulau sikit, terasa hati sikit, mood dah terbengkalai, lepas tu air mata mengalir tak tentu pasal. How how? :(
.
.

Minat aku nak tulis novel/cerpen datang balik! Lagi satu masalah. Bila aku nak cari masa? Ada idea, tak ada masa. Berlambak masa, tak datang idea. -.-" Eiii, aku cubit-cubit jugak kang pipi sendiri. Final dah nak dekat lah sayang oii. Fokus, fokus! Don't be distracted!
.
.

Esok, (18hb April) abah, nenek, Tok Man dengan Aunty Ira nak pergi umrah. :( Tak tahu kenapa tapi nak rasa sedih. :( Mungkin sebab lepas ni tak ada siapa nak komen status aku kat facebook dengan kerap macam selalu. :( Hmm, mungkin. Nasib baik abah pergi 10 hari je.

Harap-harap kerja umrah abah, nenek, Tok Man dengan Aunty Ira dimudahkan oleh Allah Taala dan paling penting, selamat pergi, selamat balik. InsyaAllah, ameen. :)

Thursday, April 15, 2010

a virtual counsel.


salam. kaknuha sy nk tny pndpt akk. sy pnjm buku kwn tp tak pulang lg. smpi dy kne mrh teruk sgt dgn ckg. dy tkthu bku tu sy pnjm. ptut ke sy terus terang sekarang? sy taknk rosakkn pshabatn kami.

Waalaikumsalam, dik.
First of all nak cakap thankyou sebab sudi mintak pendapat akak. :)

Hmm. Memang. Sesiapapun kalau dalam keadaan awak sekarang tak nak rosakkan persahabatan diorang. Kalau Kak Nuha kat tempat awak pun, memang serba salah sangat nak cakap dengan kawan kita tu yang buku tu sebenarnya ada pada kita.

Lagi-lagi lah lepas dia kena marah dengan cikgu, just because kita tak ingat nak pulangkan buku tu pada dia. :(

Mintak sorry ye dik tapi bagi akak, memang salah tu datang daripada awak sendiri. Pertama, awak pinjam buku tu tanpa pengetahuan dia. Tak baik macam tu, kalau dia salah anggap dah boleh kira mencuri dah. Kan lebih elok kalau awak mintak izin dia dari awal?

Awak bukan je dah buat cikgu marah pada dia, tapi dah risaukan dia sebab mesti dia ingatkan yang buku dia tu dah hilang. Kesian kawan awak tu. Tapi kan, tak semestinya kita tak ada peluang nak betulkan apa salah kita, kan? :)

Pesan Saidina Ali Bin Abi Thalib, "berkata benarlah walaupun pahit".

Bagi akak, baik awak terus terang dengan kawan awak tu sebelum keadaan makin parah. Makin lama awak tangguh, mesti jadi makin teruk. Awak sayang kawan awak tu kan?

So, apa yang awak boleh buat sekarang, cakap point-point yang akak akan bagi ni dengan kawan awak elok-elok.
  • Kenapa awak pinjam buku tu tanpa pengetahuan dia in the first place.

  • Mintak maaf sungguh-sungguh, dan janji takkan ulang.

  • Bagitau perasaan awak masa cikgu marah kawan awak tu. E.g: Bersalah, sedih, takut, etc.
Kalau dia kawan yang baik, insyaAllah, dia akan faham kenapa awak buat semua ni. Tapi kalau tak, (dia marah, mengamuk, merajuk taknak kawan semua), bagilah dia masa sehari dua untuk tenangkan fikiran, lepas tu baru lah tegur dia balik.

Atau mungkin awak boleh mintak maaf dengan cara bagi dia hadiah; coklat, surat, aiskrim atau apa-apa je yang kawan awak suka.

Dan kalau cara awak ni masih tak berhasil, akak rasa baik tak payah berkawan dengan dia. Ramai lagi orang yang awak boleh buat kawan. :) Okay?

Hopefully kak Nuha dapat tolong awak. Kalau tak banyak, sikit pun jadi lah. Hehe. ;) Chaiyyok!

Wednesday, April 14, 2010

if u ever need someone...

Berhari tak update blog.
Bosan.
Macam tak ada apa yang nak diblogkan. *tipu. Haha. Semangat nak berblog pun macam terluntur-luntur tanpa sebab yang logik.

Sebenarnya aku terfikirkan sesuatu. Semua nampak kah ruang 'Zon Bebas Bertanya' di sudut kanan sidebar ni? Nampak kan, nampak kan? Great, because I'm thinking of something actually.

Okay okay dah bagitau tadi dah sekarang ulang lagi. Annoying, haha. :p

Maka dengan tu, aku nak lengkapkan title entry ni sekarang. Ye, sekarang. "If you ever need someone..., you can always turn to me."

Serius ni.
Tak kisahlah engkau dah kenal aku sepanjang hayat ke, atau tak pernah berjumpa, atau baru nak mingle-mingle together, you are welcome to do so. :)

(Warning: This is not a bragging session).

Aku suka dengar masalah orang, not that I am a busybody atau penyibuk atau suka jaga tepi kain orang lain, but people tend to spill their problems to me. And I love that. I love to motivate people, I love to encourage people and I love to make people feels better. :)

Sebab dari pengalaman orang lain, dari kisah orang tu, dari cerita orang ni, macam aku sendiri yang rasa benda tu and I learnt from that. Itu antara faktor yang jadikan siapa Nuha Muneerah yang kamu kamu semua kenal hari ni.

Thanks to them. ♥

Since I am a psychiatrist-to-be (insyaAllah, ameen), I wanted to train and prepare myself to communicate with random people. Ini kira macam a part of my clinical session (padahal clinical year lamaaaaa lagi, haha lantak) to become a great psychiatrist in the future. :)

So sesiapa yang nak spill apa-apa, you can simply write anything to me, kritikan ke, confessing ke, tak puas hati ke, mintak tips ke, mintak semangat ke, apa-apa je.

I promise I will answer every single words that you typed. I won't delete. :) Tak perlu nak ada account FormSpring pun, for you to ask me. Be anonymous, or whatsoever. But it would be better if you include your account or your initials.

And I hereby, declared that I'm on all ears for you, strangers. :) ♥ Help me to help you. Eceh.

So you guys can ask me about anything, or tell me something. Your choice! There.

Sunday, April 11, 2010

an entertainment for the day.

Life is indeed a constant surprise.

You won't know when people will be attacking you from sides, or back. And seriously, I don't meant for just physical attack, maybe more to emotional in my case.

So, the reason for this entry is that, I received a question, or more to a statement by an anonymous through my formspring. I find this to be deadly funny till I can roll on the floor, laughing! *Teruja, teruja.

The question/statement was;

Kau rasa kau hipokrit tak? sebab melalui penulisan kau, aku rasa macam fake. sorry

Statement yang "anonymous-la-sangat-dia-tak-tahu-dengan-senangnya-aku-boleh-tahu-siapa-dia-haha" bagi. :) Aku dah balas dekat formspring sana tapi macam tak sesuai sebab macam mana "anonymous" ni baca ye tak? So I decided to post it here.

Dear kamu, I have few points to answer your statement. Hear me out.

  • Thank you for troubling yourself to convey your thoughts to me, yach ;) Terharuu, haha.

  • ONLY if you know me well, I can accept this as motivational words (kritikan membina) to improve myself in my writings so it could up to your expectations. But then, who are you again? :) Do you even know what my grandfather name was?

  • I used to be a faker. Isn't that my title for the previous entry? Hah. See? Aku tak pernah malu nak mengaku siapa sebenarnya aku. If u read my previous entries through out the whole one year, I think, half of the stories of my life are in your hands.

  • Yes, I am a hypocrite in real life as I always hide my true feelings towards things. Cakap "saya setuju" atau "saya suka" padahal dalam hati memberontak "apa niii tak suka laaahh". I am hypocrite in that kind of way but NOT in writings. Here, I wrote what I really felt.

  • I don't blog for people, instead I blog for myself. To myself of tomorrow. --I dedicate this to myself. The title of my blog says it all. So I don't see the point for me to write what YOU want to read.

  • Fyi, dear anonymous, both of my parents read my blog. And for regular readers of my writings, they knew how frequently my mom and dad commented on my entries. Pergi bukak ruang comment entry kat bawah ni. You'll see. So don't you think you are funny to give that kind of statement since the two persons that knew me for my whole life, never said anything about me being fake?

  • Not just my parents, bunch of my cousins and best friends are reading my blog too. They knew me very well, and yet, awak tiba-tiba cakap saya fake dalam penulisan saya? What is that? Haha. Funny.

  • Unless you can prove to me on which entry, on which part of my writings were fake, I'll take you as one of my entertainment for the day. :)


P/s: Tak sabarnya nak buat attachment kat Malaysia, hihi. xD

Saturday, April 10, 2010

i used to be a faker.

And a very good one too. I used to be really good at hiding my feelings, not letting anyone dare to know and see, what's going on inside me. Yes, I used to keep my thoughts to myself, as I am afraid it would hurt others.

Sometimes, I wish I could be that secretive person again.
But.
I think I've lost her to time as I grew up.
:'(

Aku rindu. Rindu bila hati ni sakit, aku masih mampu tersenyum lesu. Walaupun hati ni macam tengah hancur, aku masih mampu ucapkan "Tahniah". Dan masih mampu bagi senyuman pada orang ramai sedangkan aku keresahan.

Rindunya nak jadi kuat.

Hari ni, dah bergelen air mata aku jatuh tanpa sebab yang logik. Mungkin mainan perasaan. Mungkin. Tapi selebihnya aku rasa aku tak cukup kuat untuk bertapak kat sini sekarang. Macam bila-bila masa boleh jatuh.

Tuhan, aku masih lagi hambaMu yang lemah.

Tadi, saat aku rasa tak stabil dalam segi emosi, aku terus online ym dan sesaat lepas tu, seorang sahabat buzz aku di ym. Farhat. Ah, kau memang selalu ada waktu aku betul-betul rasa tak ada siapa lagi untuk aku kongsi masalah aku selain daripada keluarga tersayang.

Farhat: Salam. Nuha... Kenapa ko unstable emotions nieh? Ada ape2 ke?

Cukup dengan soalan kau tu, kau dah buat aku terharu. Kau patutnya tak payah kisahkan masalah aku yang entah apa-apa ni. Masalah kau lagi berat. Tapi macam kau selalu cakap, hidup kau memang untuk orang lain berbanding diri sendiri.

Haih. Mana lah aku nak cari kawan macam kau ni lagi Paat oii?

Banyak nasihat dia yang membukak mata aku dan buat aku tenang hari ni. Thanks a lot, Paat. Kau lah sahabat aku dunia akhirat, insyaAllah. Tak sangka kawan yang aku kenal comot-comot masa sekolah rendah dulu boleh jadi antara sahabat yang terpenting bagi aku. :)

Antara nasihat beliau;
tman yg ko anggap lifepartner da xde... tp PENJAGA & TEMAN yg jaga ko dr idup shinnga ko mati sntiase ade... so dont worry lah..... ko sggup tggalkn die krn cinta ko kpd DIA... dan DIA x akan sesekali mmbiarkn nasib hambanya yg sudi bkorban demi hubungan hambanya kpd Dia dgn sdiri wlupun skelip mata...

One of the precious friends I ever had in my life. :')
Semoga Allah terus memberkatimu untuk segala yang telah kau lakukan untuk orang lain, sahabatku.

Ameen.

P/s: Skype sejam lebih dengan keluarga tadi adalah sangat OooLaaLaa. xD

Thursday, April 8, 2010

If you don't know it...

...You won't see it. Just like looking for a needle in the haystack. -Dr. Muhd Al Farrash; department of Microbiology.

Sesuatu yang aku suka bila masuk dunia perubatan. Setiap kali berkuliah, mesti ada kata-kata sastera baru dalam bentuk medical. *Loves* Kadang-kadang, the words were just ethics to be a great doctor and yet, it was so inspiring!

Its like there's a whole lot more I need to know about this medical world. And I've started to love what I've been learning. Oh, to add the spice, ayat ni keluar dari mulut budak perempuan yang tak pernah suka subjek Sains dari dia sekolah rendah. :)

Anyway.
This is something that I would like to say to myself.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh daripada agamaku?
Aduhai lelaki.
Adakah kau yang akan tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini. Jawab!


Kau takkan dapat memberikan jawapan.
Kerna jawapannya bukan ada di tanganmu, tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah.
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku.
Aduhai lelaki, maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Dia.
Akan kucipta cinta bersama Dia.
Sebelum kucipta cinta antara kita.

"I've leave him for the sake of Allah Taala."

Sesungguhnya Allah takkan mensia-siakan pengorbananmu sayang, bilamana kita tinggalkan ini semua semata-mata kerana Dia. Yakinlah, akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti. :)

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan). Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. -Surah Ad-Duha: 4 & 5.

Usah bersedih atas perpisahan yang sementara ini, jika benar dia tercipta untukmu, tiada apa yang dapat menghalangnya. Sebelum saat itu tiba, berdoalah pada Allah supaya diberikan kekuatan.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) -Surah An Nur: 26

Beruntunglah kamu tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan perempuan. Allah memilihmu, sayang. Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih"; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu. -Surah Al Fussilat: 30

Dan ketika kamu berasa lemah, mintalah kekuatan dari-Nya. Allah itu dekat, yakin dan pasti. Sayang, kamu intan terpilih, jagalah kilauanmu. Jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba.

:') Pesanan yang betul betuuuul buat aku rasa ini lah jalan yang terbaik untuk aku sebagai hambaNya. Hmph.

Dipetik dari artikel iLuvislam.

Wednesday, April 7, 2010

making the steps alone.

Assalamualaikum.

Betul tak? There are times that you will walk alone.

Tak kisahlah berapa ramai kawan kau ada dalam dunia ni, paling kurang pun mesti ada sekali. Kan? Berjalan sendiri tanpa arah tuju ikut gerak kaki.

Atau kau ada arah tuju, tapi berjalan tanpa teman untuk kau berborak sebagai penghilang bosan.

Depending on circumstances, dalam langkah tu akan ada banyak benda yang bermain kat fikiran. Kadang-kadang ada yang bercakap sorang-sorang, ada yang guna peluang untuk muhasabah diri, ada yang rasa sunyi dan rasa macam loser.

Aku dulu selalu je jalan sorang-sorang dan untuk aku, that's not a problem at all. Walaupun aku tak boleh deny yang rasa 'isolated' dan 'lonely' tu tetap ada. Oh well, aku pun manusia biasa... *Ayat stereotaip. :)

Things I always did when I walked alone; I'll talked to myself. Every now and then.

Sepanjang perjalanan tu aku akan fikir apa yang aku dah buat sehari tu. If I did something unappropriate or unpleasant, masa tu lah aku akan marah diri aku balik, "Nuhaaaa, kenapa kau buat macam tu? Kau ni kaaan, ingatlah sikit jangan selfish sangat bla bla bla". Contoh ye contoh.

Kadang-kadang tu, aku ambil peluang untuk motivate diri aku dalam hati. "Nuha, final dah nak dekat, kena start study dari sekarang, sayang. Jangan leka lagi. If you want to be the best, you must first try your best." And yadda yadda. :)

The key my friend, is to look things at their positive sides. Easy, no?

Dulu ada sorang budak sekolah aku yang suka cakap sorang-sorang tak kira masa. Ada orang keliling kiri kanan pun dia masih pilih untuk bercakap dengan diri sendiri. Ironically, I didn't find that to be absurd either.

Awak tak pernah kisah orang kata awak sewel, orang kata awak gila, orang kata awak retarded, orang kata awak pathetic, orang kata awak loser. Awak tetap dengan diri awak.

Dik, mana awak dapat kekuatan tu? Kak Nuha nak pinjam sikit. :)

Sekarang entah mana budak tu aku tak jumpa lagi dah sejak aku keluar dari dunia sekolah. Hui, cakap pasal sekolah teringat emak kata yang Pak Cik Kantin yang selalu bagi aku makanan free (maybe sebab dia tahu aku anak cikgu kot) dulu dah meninggal. :( Al-Fatihah untuk arwah.

Anyway.

Pesan aku, do not afraid to make your steps alone. :) Maksudnya jangan takut untuk rasa sunyi. Kadang-kadang kau perlukan rasa sunyi untuk evaluate diri kau balik. Dan kadang-kadang, dalam kesunyian tu lah kau akan jumpa balik diri kau.

But technically, you know you are not alone. Allah Taala is forever with you, whenever you need Him. Despite the time and the place. Turn yourself to Him, and insyaAllah, you'll find the pieces you've been looking for.

Untuk Echa, jangan pernah putus asa, my dear penguin. D1 will always be with you through thick and thin, insyaAllah. Ganbatte ne, Echa! Teruskan perjuanganmu, sahabat. I'll pray for you. :)

P/s: Mid semester exam dah berlalu dengan jayanya (apesal ada jayanya pun aku tak tau la en mungkin sebab dengar macam sedap je padahal semua muka berkerut-kerut je jawab tadi). Ohoii, sekarang kena study for finals pulaaak. Semangat Nuha, semangaaaat!

I need you the most, ya Allah ya Habibi. ♥

Monday, April 5, 2010

a letter and a rose. :)

Terima kasih sangat-sangat pada semua yang sudi membagi semangat pada saya. :') Praise to Allah for everything, :) Tuhan, aku rasa nak senyum setiap masa! :) See? Macam tak boleh berhenti senyum, :)

Untuk pengirim surat dan ros jingga ni, terima kasih banyak-banyak! You made my night. :) Awak buat saya terharuuu! Lagi-lagi la isi kandungan surat tu serius macam manis sangat dan tak sangka awak sanggup susah payah untuk sampaikan isi hati sampai macam ni sekali.

Again, terima kasiiiih. I appreciate it so much. ;) Sangat suka the article pasal muslimah tu dan insyaAllah, akan aku kongsikan bersama kalian lepas mid sem exam ni nanti. Hihi.
.
.

Ramai yang tak tahu, I made my first step with full of hesitations. Nak tinggalkan benda yang saya suka, addicted dan selalu buat... Oh, sangat payah! I think the 'first call' for me was on the night of 'Night of Professionalism 2'.

Malam tu aku macam ditunjukkan dengan sesuatu yang baru dan sumpah tak keruan dibuatnya. Tak percaya, pergi tanya Syifa sana... Macam mana aku asak dia dengan soalan demi soalan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan.

Bila aku masih tak puas hati, aku cari segala jenis artikel berkaitan yang ada di internet ni. Aku bookmark satu per satu dan baca pelan-pelan. Ayat demi ayat. Sah. Apa yang aku buat selama ni salah.

Malam tu... tak terkira lajunya pulse rate aku. Memang berguling-guling aku atas katil nak redakan hati sendiri. Kalau diingat balik, malam tu... ya Allah, susah aku nak gambarkan dengan kata-kata.

One of the hardest night I ever encountered with.

Masih tak pasti, aku cari Husna di bilik sebelah... Aii, malangnya dia dah enak dibuai mimpi. :) Masa tu dah pukul 2 pagi, kau bayangkan. Aku tekad, benda ni kena selesai malam tu jugak. Maka tanpa ragu-ragu, aku terus call emak di Malaysia.

Thank you umi, sebab redakan kerisauan Nua. Aku call emak semata-mata nak cerita tentang hati yang tengah runsing, -.-" huhu.
.
.

Untuk awak, saya mintak maaf kalau keputusan saya pada malam tu menyakitkan hati awak. Betuuuul, malam tu saya fikir banyak kali nak hantar atau tak artikel tu pada awak. Sebab apa? Sebab saya takut untuk sakitkan hati awak yang tak pernah buat salah pada saya.

Nak cakap depan-depan, memang lemah lah segala lutut sendi saya ni.

Jadi saya hantarkan artikel tu untuk awak baca, supaya awak faham. Saya buat keputusan ni bukan sebab saya benci awak, atau apa-apa lah dengan niat yang tak baik tapi... saya rasa ini yang saya patut buat. Ini jalan yang saya patut pilih sebagai hamba-Nya.

Memang perit sebab kita kenal bukan sehari seminggu dua. Hubungan kita pun bukan atas dasar niat nak main-main hari ni together esok dah clash. Tapi awak... hubungan ni salah. Sebanyak mana pun sayang saya untuk awak, hukum Allah tu tak ada yang dapat sangkal.

Bukan sikit air mata saya yang jatuh untuk awak pada malam tu. Dan itu salah. Merindui dan teringatkan lelaki yang bukan muhrim adalah satu penzinaan hati bagi seorang perempuan...

Saya sendiri tak nak awak; orang yang saya sayang, terus dalam dosa yang sama sebab tu saya buat keputusan ni.

Saya harap awak faham... I really do hope so. Ahh, bukan sikit kekuatan yang saya perlukan untuk akhirnya luahkan semua ni pada awak. Saat saya tulis baris demi baris ni, jantung macam nak pecah. Sakit, tapi saya perlu atasi semua tu untuk jalan yang saya pilih ni.

Cinta, sayang dan rindu saya hanya untuk Allah Taala, insyaAllah.

Awak, terima kasih untuk segala-galanya selama ni, I appreciate all the things you've done for me but those things have to end. Do not wait for me, please? Biar Allah Taala yang tentukan kalau betul saya dijadikan dari tulang rusuk awak. :)

Semoga awak terus berada dalam keredhaan dan rahmat Allah, sahabatku. Saya akan selalu doakan untuk sahabat-sahabat saya, insyaAllah.

P/s: Aku teringiiiin sangat nak kongsikan ini dengan kalian. Harap kamu rasa apa yang saya rasa. :)

Saturday, April 3, 2010

you dissapointed me.

Kadang-kadang, orang yang kau harap untuk support kau dari belakang, untuk happy bila kau happy, untuk bagi kau kata semangat bila kau lemah, dan untuk bersama dengan kau waktu kau resah... tak jadi macam yang kau harapkan.

Aku sedih.
Sumpah sedih.
Sebab kau dah hampakan aku.

Kau patut support aku, bukan condemn aku. Kau patut bantu doakan aku, bukan kata "Alaa.. kalau tak sure boleh istiqamah ke tak, baik tak payah je la pakai." Perlu ke kau kata macam tu?

Kau meruntuhkan semangat aku and at some point, kau buat aku terfikir kalau jalan perubahan yang aku pilih ni salah. Tak, aku bukan nak salahkan kau. Sikit pun tak.

Maaf kalau kau baca ni dan kau terasa. Tapi aku sedih...
.
.

Aku tau ilmu aku tentang agama tak banyak, lagikan lah nak memandai-mandai kata aku dah alim, pergi tegur orang sana sini. Aku buat perubahan ni bukan sebab aku "dah" jadi baik bagus semua, tapi aku "nak" jadi lebih baik. Bukan "dah".

Aku jadikan perubahan ni as a platform untuk aku jaga batas aku sebagai seorang perempuan. Sebagai satu tapak untuk aku jaga maruah dan pelihara diri aku as a muslimah. Kau patut support aku. Bukannya bagi senyuman sinis macam aku tak layak sangat nak buat perubahan ni.

Aku sedih, aku terasa. Padahal selama ni aku yang banyak support kau. Aku yang banyak bagi kau kata-kata semangat supaya kau tak putus asa dengan hidup ni. Tapi kau...?

*speechless*

Tak, aku bukan nak salahkan kau. Aku pun bukan suka nak mengungkit apa yang aku dah buat untuk kau. Sikit pun tak ada niat, tapi...

Hmph.

Tak apalah, mungkin kau tak boleh terima perubahan yang aku nak buat ni, maka dengan ni aku nak kata yang aku maafkan kau. Tak kisahlah kau kata apa pun pada aku, aku tetap akan maafkan kau.

:')

Friday, April 2, 2010

a new beginning.

Sesiapa yang dah terserempak dengan aku pada hari ni, mesti dah tahu apa perubahan yang ada, kan? :) Terima kasih sebab tak menegur atau kata apa-apa, sebab aku takut kalau teguran tu nanti buat aku rasa macam serba tak kena pulak.

Em, cuma satu. Aku tak nak sesiapa menaruh harapan yang tinggi dalam perubahan aku, macam "oh kau sekarang dah macam ni kau patut macam ni macam ni tak boleh macam tu". Aku tak boleh jadi apa yang kamu kamu harapkan.

Aku masih Nuha Muneerah yang dulu, cumanya with lots of improvement, insyaAllah.

Doakan lah yang terbaik untuk aku kalau satu hari nanti aku kembali jadi aku yang dulu. Nauzzubillah min zalik, tapi hati manusia memang selalu berbolak-balik, kan? :)

Bukan sikit benda yang aku fikirkan sebelum ambil langkah ni, sampai susah nak tidur malam, otak ligat berfikir, memang segala jenis possibilities semua pun aku fikir, dan alhamdulillah, I've made my first step.

Kalau tanya kenapa dan sebab... aku tak ada jawapan. Cuma hati aku tergerak. Dah lama dah sebenarnya aku simpan niat sejak SC Mega dulu tu tapi aku simpan rasa tu dalam dalam sebab aku tak berani.

Terima kasih umi dan abah yang support Nua, hehe. Sekarang orang dah tak kisah dah orang lain nak kata apa. Nak kutuk? Nak mengata? Lantaaak kau laa. And you think I care? :) Ini hidup aku, aku yang akan tentukan apa corak dan warna yang aku nak tempekkan. Dengan keredhaan Allah Taala dan parents aku tentunya. :)

Hidup ni memang tak lari dari dugaan. Makin bertambah iman, makin hebat ujian yang Allah sediakan untuk menguji tahap keimanan kita tu macam mana. Aku tak nak main sebarang cakap sebab nak kata aku alim, memang jauh la en, tapi I'm trying, insyaAllah.

Hopefully aku akan terus istiqamah tapi kalau tak pun, sekurang-kurangnya aku dah mencuba untuk perbaiki diri aku. Daripada orang yang langsung tak tergerak hati dia kan? --Thanks for the motivational words, Bella. Selain Husna, Bella antara orang yang banyak membagi semangat pada aku. Bagi pandangan, tunjuk jalan, :)

And I thought hati aku dah lama keras, dah tak ada benda yang boleh lenturkan hati ni. Aku salah, dan untuk tu aku bersyukur sangat-sangat, :') Betullah kata pepatah, batu yang keras pun boleh ada lekuk kalau ditimpa dengan titisan air secara constant. Haha, pepatah yang tunggang langgang. -.-"
Semoga Allah terus bersama aku, dan hati aku menjadi semakin tenang, insyaAllah. Terima kasih atas nikmat hidayah ni, Tuhan. :) Syukran giddan.