Wednesday, March 31, 2010

back to the past?

Kat sini, hari ni masih lagi 31hb Mac, 2009. Kira kalau kamu kamu kamu yang ada kat Malaysia tu baca entri aku, macam back to the past la en, haha aku merepek.

Alhamdulillah, student presentation semalam berlaku dengan gemilangnya (exaggerate, haha). Masa aku mulakan introduction, orang adalah dalam 20-25 je macam tu sekali bila time aku nak bagi summary,
hah hambik kau lecture hall Handousa tu dah separuh penuh dah ketaq den.

All went well, thankfully. :) Tak ada berdebar sangat macam sem 1 dulu, haha. So here are some pictures taken by Nik and Syazana, hihi.
Yours truly with the introduction. :) Masa ni tak nervous lagi, hahahehehihihohohuhu. Syndrome ape ni, ngahaha.
Rafiq's turn. Lelaki kalau berpresentation ohmakaihh pakain diorang memang tak boleh blah la en. Kemaja, suit, dengan tie nya kasut kulit kilat-kilat aduuuhaai.
Syazni yang tengah present and our beloved tutor; Dr. Amir Monir Ali yang duduk comel-comel kanan sekali ni hah, obviously. Siapa kata tak nampak memang la dia.
Yours truly for the summary. Huwaaa, aku ada tersasul perkataan patutnya filter aku tukar jadi purify tapi maksud dia sama, haha. Boleh lah tuuu. And with that, lepas ni aku takyah susahfikir nak present lagi dah. :D Boleh terus focus kat studies & cases, yippie!

Anyway.

Ya Allah, susahnya aku nak belajar dalam rumah ni macam ada api. Depan rumah ni ada restoran melayu memang jadi port budak lelaki melepak tengok bola menjerit-jerit semua bagai.
Respect lah weh orang lain punya privacy. Dah nak exam kot korang plak melalak melolong kat bawah tu. Duhh.

Esok kena jugak aku pergi library duduk rumah ni banyak distraction! Like seriously. >:(

P/s: Hmph. Esok aku nak buat satu perubahan, insyaAllah. :) Doakan.

i thank Allah. :)

Beberapa hari ni aku memang berusaha keras untuk log in ke Blogger.com tapi ilek. Ilek maksud dia aku tak dapat nak log in mentengok dashboard, apetah lagi nak luahkan perasaan aku yang sangat kusut lagi tak tersusun.

Ni kalau bakal suami tengok ni memang la... (tetiba aku en, haha abaikan).

Anyway.

Seronok aku tengok 'someone' tu dah berubah ke arah kebaikan. Tahniah, dear. Semoga terus istiqamah dalam beribadah dan berjuang untuk mempertahankan langkah yang dah awak ambik. InsyaAllah, kita doakan awak dari belakang. :)

Waktu aku akan tiba, insyaAllah. Doakan ya? :)

Untuk teman yang seorang lagi, tetapkan hati... Macam yang awak kata pada kita. Keputusan tu memang berat, memang payah, proses tu nanti memang akan sakit, melepaskan orang yang kita sayang memang jerih.

Hati akan jadi kusut, benteng air mata mungkin saja akan runtuh.

Setiap langkah yang awak ambik untuk ke arah jalan kebaikan, memang akan ada 1000 halangan di setiap ceruk. Kadang-kadang kanan ada duri, kiri ada paku, depan ada ular.

Kita bercakap ikut pengalaman.
Tapi insyaAllah, rasa yang awak akan rasa lepas tu memang lebih manis. :)

Sebab cinta awak hanya untuk Allah Taala. Hati akan lebih ringan, rasa kosong... Rasa bersih. Sebab awak tahu, jodoh tu di tangan Dia, maka tak ada apa yang patut dirisaukan, dikhuatirkan. Kan teman?

Kita pun tengah mencuba nak buang rasa cemburu tu. Like I said to you just now. Tapi sekurang-kurangnya kita dah ambik langkah pertama.

Awak pun dah bukak langkah, so I don't think there's gonna be any problem. Cuma part nak karang ayat tu maybe payah sikit heh?

Ihsan dari blog sis Nurussalwa.

Hmph. Semoga iman kita teguh ya, teman? :)

Untuk kamu kamu yang tak mengerti,
ini entri sebuah penghijrahan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya. Doakan agar hati kami tetap kuat untuk mengatur langkah, insyaAllah.

P/s:
Bercinta selepas kahwin macam sangat manis lah. xD

Monday, March 29, 2010

i wish for the star to fall down.

Untuk orang yang dedikasikan catatan hari-harinya pada blog seperti aku, bila tak dapat nak mencari masa untuk menulis, aku memang akan menggelupur. Macam beberapa hari ni. Rasa ada yang tak kena. Rasa ada yang tak terluah. Rasa sempit, rasa sesak. Hah, teruk en? -.-"

Beberapa hari ni hidup aku macam tak teratur sikit. Fine. Banyak. Aku asyik main kejar-kejar dengan masa dan sampai sekarang, aku tengah keliling kerusi lari-lari dengan masa macam loving sangat dengan dia. Tapi sekuat mana pun larian aku, masih tak terkejar...

So many things to do, yet so little time.
Rasa 24jam yang Allah Taala berikan macam tak cukup. :(

Semester 2 ni boleh kira berapa kali aku merambu, berapa kali aku ke bilik housemate lain untuk berkongsi cerita, berapa kali aku tekan folder 'movie' dalam laptop ni. Memang kurang daripada lima. Bukan nak riak tapi aku sebenarnya nak cakap yang aku saaaaangaaaat tak bermasa. Macam timeless gle.

Sometimes I do love the feeling of being occupied with stuffs.
Tapi kadang-kadang tu aku rasa tak bernafas!
Macam nak hembus nafas pun rasa membazir masa. Kesian en? T_____T

Lagi lah dengan mid semester exam 6hb april ni lagiilah aku mengagau tak ingat dunia. Setiap kali aku gelak atau happy je, mesti aku terdiam dengan penuh rasa bersalah masa tu sebab rasa aku tak patut happy dalam keadaan yang aku kena fokus dan gigih study untuk exam yang ada 200 soalan MCQ dalam masa 2 jam.

Personally, aku rasa pentadbiran gam'ah sangat 'gila' sebab nak masukkan semua benda dalam midsem kitorang ni. Upper limb nya, pharmaco, patho, micro, objectives cases, lectures, student presentation lagi... pergh. Semua tu darab dengan lima sebab ada lima case masuk dalam midsem ni.

Setiap kali aku ingatkan diri aku dengan fact ni, memang rasa nak guling-guling atas katil lepas tu gam diri sendiri kat meja study.

Hmph. Tengok, sekarang aku rasa bersalah pulak sebab update blog ni. Haih. Okkay lah aku nak pergi perjumpaan group untuk presentation esok (T___T) lepas tu practical, lepas tu lecture Pharmaco. Huh Huh.

Assalamualaikum. :)

Friday, March 26, 2010

i need one; badly.

Jar of Optimism.
Where can get one of those? :/

Minggu yang susah, yang payah, penuh tekanan, yang akan ada banyak drama dan air mata (aku teka), yang akan ada jeritan sana sini dalam hati. Untuk aku.
Come on la sayang, mana pergi optimism kau? Kenapa nak fikir negatif sebelum kau mencuba?

Okay.
Minggu ni minggu yang akan
ada banyak pengalaman.
Minggu yang jadi guru untuk ajar aku
Time Management.
Minggu yang akan tunjuk aku apa
erti group work dengan pbl 19.
Minggu yang sedarkan aku buat
kerja tu jangan bertangguh!

Kan indah. :)

Sebenarnya minggu ni giliran group aku untuk present kat depan all the doctors and half of my batch. Ish, seronokk! T___T

Nasib baik tadi dah jadi scriber untuk case HIV ni lain kali dah takpayah dah jadi chairlady ke scriber ke kasi peluang kat orang lain aku dah boleh relax duduk dekat kerusi dengar bebelan Dr. Amir oh sukanya! *Semput nafas cakap ayat ni kuat-kuat, -.-"

Tak tau kenapa tapi jadi scriber buat aku jadi lemah dalam ejaan dan pendengaran! Eeee, benci. Berterabur semua maruah aku siapa nak kutip?

Oyya, tadi Dr. Amir katakan sesuatu pada kami; anak-anak pbl Group 19 dia. *Ceh, baru 5 minggu bentang kes dengan Dr. Amir, aku dah angkat diri sendiri jadi anak dia. Agak-agak, aku yang patut cuak atau Dr. Amir? Hihi. xD

"Being a doctor, you can smell and see things that normal people cant. Don't be disgusted or surprised with your patients' conditions. Should learn how to control your emotions and sometimes, be emotionless. To others, they might be a criminal, but to you, they are Your Patients."

Darn true. :)

Baru lepas baca belog Hani; my colleague. Okay lepas dia laid it out like that pasal exam semua tu, semua benda pun jadi menakutkan and yes, aku tengah sangat cuak sekarang sebab masa lajuuuuu sangat dan macam nak study pun takkan sempat takkan sempat! Oh boy.

Nak pergi sambung mencuakkan diri. Eh, tak. Nak pergi buat objektif case minggu ni lepas tu nak cari bahan untuk presentation.

Ganbatte ne, sayang! ♥

Wednesday, March 24, 2010

you are officially my idol;

Sekarang ni aku tengah cuba mendisiplinkan diri. Kalau boleh, dalam sehari aku taknak masa aku online lebih dari 2 jam setengah. Tapi kalau macam baru dapat case ke nak cari maklumat untuk objektif semua aku kena tolak ansur sikit la en, hehe.

Hmph hmph. Sebenarnya nak cerita tentang satu kisah benar.

Tentang seorang rakan yang baru-baru ni dah menjadi idol aku untuk study. Terima kasih, ya sahabat. Thanks sebab awak rajin sangaaat sampai saya cemburu lepas tu sampai saya pun nak jadi macam awak! :)

Dia orang biasa-biasa. Result exam pun pada mulanya biasa-biasa. Biasa macam saya jugak. Nothing extraordinary about her. Oh, dulu aku pernah annoyed dengan tingkah dia. Ini aku cakap jujur. Kau tengok. Macam mana sekarang orang yang aku pernah jeling (dalam hati saja saya jeling, ngahaha) terus menjadi idola aku...

I don't hesitate to admit because I don't see why I should be ashamed with that fact.

Semuanya bermula bila dia couple dengan lelaki tu. Lelaki tu orangnya rajin, pergi kuliah yang sama sampai dua tiga kali hanya untuk fahamkan satu-satu tajuk yang dia tak faham... Selalu gunakan waktu Tutorial Availability untuk cari mana-mana doctor untuk tanyakan soalan, stay back dari pagi sampai petang di library. Dalam rumah pun berkurung dalam bilik study.

Kau tak rasa lelaki macam ni macam.... (isi tempat kosong sendiri) sangat?
.
.

Hari tu aku tanyakan pada dia (idola aku, hehe). Apa inspirasi dia, apa penggerak dia untuk pergi praktikal yang sama sampai tiga kali sedangkan aku kalau dah pergi sekali tu dah kira cukup baik dah. T__T See? Kitorang beza macam langit dan bumi boleh tak?

Dia nyatakan tiga perkara pada aku.

Pertama. Lelaki tu. Kau ingat ada girlfriend yang sanggup tengok boyfriend dia cemerlang dan terbilang tapi dia sendiri below average? Dalam mimpi. Sebab tu dia kata, dalam hati dia determined, apa ilmu yang lelaki tu dapat, dia kena dapat jugak! Kalau lelaki tu boleh dapat result cemerlang, kenapa dia tak? Kira macam tu lah yang dia cakap pada aku.

Bagi aku, aku tak berapa setuju sangat part yang ini. Betul, aku cemburu sebab dia ada penggerak untuk dia berjaya, orang yang dia sandarkan target dia tapi aku tak rasa orang tu semestinya kena lelaki. Kan? :) Tapi baguslah yang diorang ni couple dan membawak ke arah kebaikan dalam pelajaran tapi yang hak lain tu....

Em, no comment. Aku bukan siapa-siapa untuk pertikaikan pilihan dia. :)

Kedua. Ibu bapa. Bila dia ingat jerih payah wang ringgit yang parents dia laburkan untuk dia, dia kata dia terus insaf, dan taknak hampakan parents dia lagi. Alhamdulillah. :')

Aku suka yang ini sebab memang yang ini dalam senarai pertama aku. Cukup-cukuplah apa yang aku buat masa zaman upper form aku dulu, aku sikit pun tak ada hati nak ulang balik. Aku dah tak nak hancurkan harapan aku terhadap diri sendiri dan kecewakan ayahanda dan emak lagi... Cukuplah yang sekali tu.

Ketiga. Merendah diri. Bukan kau pergi merendahkan diri dengan berdiri kat sebelah orang yang tinggi. Oh well, you know what I mean. Tak bongkak la senang cakap. Biar orang puji kita melambung-lambung bak belon udara panas kat Putrajaya tu (saya jeles sebenarnya T__T), be modest.

Huuu, setuju bangat! InsyaAllah, aku nak pastikan sifat mahmudah yang satu ni masih kekal dalam diri aku. Tak payah nak takabbur sana sini. Selain dapat benci dari orang lain, ilmu kau pun tak ke mana. Nak ke?

Untuk semua ni, I want to say thanks to her for everything, walaupun tak banyak tapi bagi saya, motivasi yang awak bagi ni kira macam a new vibes for me to excel in my studies, insyaAllah. Semoga awak pun terus cemerlang, ilmu bertambah, dan makin rajin dalam kejar ilmu dunia dan akhirat. :)

Thanks, sahabat!

i should just stop.

Sebelum mencakar apa-apa yang penting, saya nak ucapkan banyak banyak 'ThankYou' dekat kamu kamu dan kamu yang membagi respon yang baik tentang surat saya untuk bakal suami yang belum saya temui dan entah berada kat mana... *Kenapa macam ada nada sedih kat situ? Lepas tu macam bunyi hilang suami pun ada hah.

Hayyok, tak tahu! Hihi.
Anyway, ini untuk Bieyto.

Tadi jantung saya berdegup lagi. Okay maknanya masih hidup lagi, Alhamdulillah. :) HAHA, aku menggoreng ayat nii. Apa kau ingat jantung berdegup tanda masih hidup saja kah? Jantung aku berdegup sebab sakit. Sakit apa? Sakit hati. :( Apa punya perasaan niii aku nak buang dia jauh jauh. Shoh shohh.

Ini kisah dia dan dia lagi...
Mesti bosan kan? Macam ada iras-iras aku bosan dengar lecture Growth Chart tadi. Sebab pertama bosan mungkin sebab aku mengantuk. Okay aku salah di situ. Lepas tu bila aku dah tertidur dengan agak lama tu, bukak je mata, doktor tu masih lagi terangkan slide yang sama! T____T See? Bosan kan bosan kan?

Huii, tak baiknya aku habis semua ilmu keluar kang. Huhu, taknaaaaaak. :( Mintak sorry, doctor.

Err, sebenarnya bukan ke nak cakap pasal si dia dan si dia? -.-" Haih, aku tak boleh lah macam ni. Mana boleh setiap kali dengar pasal dia pun aku nak post entry macam ni hadoi hadoi. Apa yang ada pada awak hah sampai saya kena buat entry special pulak? Cakap sikit. >:(

Okay banyak istimewa dia. -.-"

Awaaaak, boleh tak kalau jangan cakap pasal dia? Boleh tak kita cakap pasal benda lain? Saya suka dengar nama dia tapi bila nama dia dikaitkan dengan cerita awak, dia jadi tak best. Sebab nanti saya mesti bermuram durja secara kilat lepas tu melayan perasaan sorang-sorang lepas tu nota banyak terbengkalai lepas tu saya post entry macam ni !

Boleh demam 40 hari 40 malam saya kalau setiap hari pun macam ni. Awak kan kawan saya. Jangan cakap lagi eh? Diaaaam je. Duduk situ diam diam. Buat kerja awak. Boleh tak macam tu, awak? Boleh tak? Saya merayu ni. :( Okay semua pun bukan salah awak. T__T

ITHINKISHOULDJUSTSTOP. And I mean it.

Sebelum aku rayu benda bukan-bukan dan cari pasal dengan dunia aku, baik aku berhenti.
Dahlah sayang, berhenti.
Saya kata berhenti.
Berhenti.
Jangan seksa diri sendiri macam ni.....

Monday, March 22, 2010

my dearest future husband,

Warkah ni aku pinjamkan idea asalnya daripada blog Huda tapi diolah ikut hati aku, :)
.
.
Assalamualaikum, bakal suamiku.

Kali pertama menulis surat untuk bakal suami sendiri, sungguh hati ni rasa macam tak keruan.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati awak yang saya tak pernah temui (atau mungkin kita sebenarnya pernah berjumpa...), tapi insyaAllah, doa saya tak pernah putus mengiringi setiap langkah awak tak kira di mana pun awak berada.

Saya selalu tertanya-tanya siapa awak, apa yang awak tengah buat sekarang, kat mana awak... huh huh it's certainly an understatement to say that I can't wait to meet you but I am not ready for you yet. Not now, of course. I've still got to fall in love with Allah more. :)

And also completing the wife training. I kept putting that off, hihi. -.-" Nanti kesian awak balik rumah penat-penat nak makan, saya hidangkan nasi telur goreng dengan kicap. Taknak macam tuu. Kalau boleh, saya nak masak yang sedap-sedap untuk bakal suami saya walaupun bila dah jadi doktor nanti saya mesti sibuk dan tak ada masa untuk awak, hmph.

Bakal suamiku,

"Dinikahi seorang wanita kerna empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamanya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu."

Kalau harta yang awak idamkan, ketahuilah yang saya bukan dalam kalangan orang yang berada. Tak ada harta yang dapat saya persembahkan dalam ijab-kabul kita nanti. Dan tak ada harta sebagai jaminan yang awak dapat menikmati kesenangan selepas ijab-kabul dilafazkan.

Jika keturunan yang awak dambakan, ketahuilah yang saya hanya manusia biasa daripada keluarga yang biasa dan tak ada yang istimewa tentang saya. :)

Kecantikan. Saya yakin awak tak terlepas dalam menilai itu seperti manusia yang lainnya sedangkan awak juga manusia biasa, kan? Tak ada kecantikan yang dapat saya tunjukkan pada awak, bakal suamiku. Telah saya hijabkan kecantikan itu dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang saya cintai.

Awak dah salah langkah dalam menikahi saya kalau awak hanya nakkan kecantikan lahiriah semata-mata. Serius, ni. Saya tak main-main, sikit pun tak. Awak akan sia-sia kalau cari yang itu dalam diri saya.

Bakal suamiku,

Banyaaak sangat kelemahan yang ada dalam diri saya. Saya takut lipas terbang, tak boleh nak siang ikan, masak pun ala kadar lauk kurma kari tomyam jee. Saya sikit pun tak sempurna, apatah lagi nak jadi bakal isteri yang solehah untuk awak dan bakal ibu yang mithali untuk anak-anak.

Untuk itu, saya nak mintak maaf untuk semua kesalahan yang saya belum dan akan buat terhadap awak...

Kalau boleh, saya nak awak bukan je jadi suami saya, tapi jadi kawan rapat saya, jadi kekasih saya, jadi peneman saya, jadi dunia saya, jadi menantu lelaki untuk kedua-dua orang tua saya, jadi ayah kepada anak-anak saya, dan jadi pembimbing saya di dunia dan di akhirat.

Untuk semua yang awak akan lakukan, terima kasih, bakal suamiku. Terima kasih. :') Hanya Allah dapat membalas jasa awak, insyaAllah. Ini doa seorang isteri untuk bakal suami dia, hihi.

My dearest future husband,

I really hope that you're saving yourself for me, and I don't just meant keeping your body pure. I want an undefiled heart from you, one that doesn't have chunks bruised, definite scars, or missing pieces from your past relationships with other girls.

Saya ni sangatlah cemburu orangnya dan cepat tersentuh pulak tu, so I don't want to have to compare myself to your past sweethearts or "old flames". That's gonna hurt me, I bet.

So, can you guard your heart for me? I am trying to do the same. It'll be worth it, I'm pretty sure. :)

I really hope that you are seeking Allah more than anything right now. That is what I'll be looking for in you. And, I am unimpressed with how many girlfriends you've had, or video game records you've beaten, or foolish risks you've taken or even parties you've been to.

I just want a man whom in love with Allah Taala. ♥
:)
Bakal Isterimu,
8.00pm; Mansoura.

Sunday, March 21, 2010

when the right time comes.

Uihh, aku sangat rindu quality time aku dengan Bieyto nii. Tiba-tiba rasa jauh daripada awak hah hah tak suka tau, :( *awak = Bieyto.

Case minggu keempat ni aku tak tau kat mana silap dia sampai rasa macam stress.... sangatt, T__T Macam semalam aku dah tergolek terlentang semua dah fikirkan objektif yang banyak lepas tu cari pelusuk mana website kat internet ni pun masih tak dapat cari apa yang aku nak!

Sekarang siapa cakap semua benda pun ada di hujung jari aku sekeh-sekeh dia, hmph. :(

Semua perenggan pun nak ada ':(' apa kes? Three words. Aku Tak Emo.
.
.
Percaya, lah. :)

Anyway. Aku nak berterima kasih kat semua lapan orang student Alexandrian termasuk Nabihah (kangen lagi, hak hak) yang tumpang tidur di rumah kitorang malam kelmarin sebab kalau diorang tak ada, kitorang enam orang sehousemates ni macam takkan ada chance nak buat memori indah bersama, ececeh.

Macam fun sangat semua enam orang sumbat dalam satu bilik sambil mentengok cerita hantu. Aku yang lemah semangat ni pun ikut sekali tengok Ju On: Final dengan Shutter versi Thailand. Menjerit secara berleluasa tanpa amaran memang takyah cakap la en.

Aku dah standby selimut dengan teddy bear kesayangan dekat tepi awal-awal. Before hantu tu keluarkan diri lagi aku dah selubung muka lepas tu mulut tak henti-henti "Astarghfirullah hal'azim... Astarghfirullah ha'azim... Ya Allah... Ya Allah..." lepas tu kena bahan dengan Chitah T__T (with laughter, of course! Haha)

Gle fun dan menyeronokkan perasaan jugak lah en, I tell you. Tiga orang tidur katil Bella; aku, Chitah, Bella. Lagi tiga orang tidur katil Husna; Echa, Syifa, Husna. Habis je cerita Ju On, kitorang bantai tengok We Got Married versi Kim Hyung Joong oppa. ♥ He's just plainly adorable, hihi. Saranghae! *loves*

Oyya, ayahanda dah menempah tiket flight pulang untuk anakandanya yang seorang iniiiiiiiiiii. Menggeletar kau, jantung aku ni sampai tekan keyboard huruf 'i' macam taknak berhenti, haha. So the date is set. I'll be home by 30th of June. :)

Seriously can't wait, lah! xD *Tetiba hyper en, tu lah aku dah cakap dah Aku Tak Emo. :p

By the way, alang alang aku dah boleh bermesra dengan belog ni untuk masa yang agak lama malam ni, aku nak share something yang aku rasa jauuuuuuuh kat base jantung aku ni hah. Tak mushy mushy sangat sebab apa yang aku rasa pun indescribable so aku pun macam pening nak luah macam mana so baca je lah. :)
.
.

Aku tak patut rasa apa-apa bila dia cerita tentang dia. (Dia dan dia, dua orang yang berbeza). Tapi sebab aku bukan boleh control apa yang aku rasa pada dia. Dia pun tak tahu apa-apa tentang aku dan dia jadi kenapa aku yang nak kena stress stress fikir probabilities untuk itu dan ini, sedangkan dulu dulu aku yang banyak support dia dan dia.

Pening la macam niii. Serius cakap, aku tak suka. Kenapa dia buat macam tu dekat dia? Dia nak bagi aku rasa apa sebenarnya? Sakit hati? Cemburu? Oh dia silap besar lah macam tu sebab dia sebahagian daripada hidup aku. Aku kenal dia dari aku kecik kot takkan ada apa yang dia boleh buat untuk pisahkan hubungan aku dengan dia.

Aku sayang dia lebih daripada dia.

Jadi... apa masalah aku sebenarnya?
Sighs.

Dah lah, Nuha. Aku rasa kau patut berhenti.
Now is not the right time.
Banyak lagi benda yang boleh kau kejar.
Tinggalkan dia. Lenyapkan dia.
Tenggelamkan dia dalam imaginasi kau.
Aku tahu kau boleh.
Kerana kau cahaya aku.
:)

Friday, March 19, 2010

unpredictable occasions.

Baru selesai menyambut birthday housemate terchenta. ♥ Nur Khaleda Aishah is now officially 19 (Kalau ikut waktu Malaysia, heheheh). Err, yang pasti gambar di atas tak ada kaitan dengan sambutan kitorang, hihi. Semua gambar ada di tangan pemegang dslr. -.-" Huhu, sedih sekali.

So basically rancangan kitorang hampir punah malam tadi tapi nasib baik dapat reconstruct balik, heheh. Itupun lepas habis kuliah tadi dan lepas berpakat dengan kawan kepada kawan Echa yang semuanya datang daripada Alex ke Mansoura ni untuk bersantai.

Tempat pilihan, KFC idamanku selalu. Not, haha !

It was simple but I hope it was a sweet celebration to you, penguiin. ♥ Sorry we didnt plan it more smoothly penuh drama ke ape, just main redah macam tu je, huhu. So yea, Happy 19th Birthday, homey! xD May you will always be showered by Allah's blessings, insyaAllah.

.
.
.

Err, perenggan di atas telah aku cakarkan pada malam semalam tapi tertunggak dek kedatangan my best friend forever; Nabihah Mohd. Hashim yang datang daripada Alexandria secara mengejut dengan lagi 7 orang rakan beliau, huh huh.

:) Kangan gle dengan awaaak, Nabihah ! Thankyou sebab sudi jugak tidur rumah kita walaupun mula-mula korang segan, hihi.

Lots of things to tell tapi I have lots of things to do too, sighs. Rasa berat pulak nak tinggalkan cakaran tergantung tak bertali macam ni oh damn sangat kesian tapi objective cases yang tertunggak macam lebih penting melebihi segalanya. :) Kalian mengerti kaan?

Makasih, yach. ;)

Wednesday, March 17, 2010

when everything went dark.

Tak ada kena mengena dengan black out atau kejadian siang bertukar jadi malam. :) Cuma sesuatu yang aku ingin kongsikan dalam keadaan aku sekarang.

Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu... kupasrahkan semua padaMu..
Tuhan, baruku sedar, indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur, kini kuharapkan cintaMu..

Dah namanya manusia, bila sihat bersibukan sana sini tak ingat dunia, tapi bila diuji sedikit oleh Allah Taala, baru lah nak mengagau kisahkan diri. Barulah nak bersyukur yang dulu kau pernah sihat, kau dah pernah ceria... Maka bagaimana kau boleh katakan diri kau tu orang yang beriman?

Maaf kalau kau terasa tapi aku tak tujukan ini pada siapa-siapa melainkan kepada diri sendiri. :'(

Entah kenapa sejak semalam, aku ingatkan diserang gastrik. Rupanya lebih teruk dan lebih hebat daripada tu. Dengan diarrhea, constant vomitting sampai tengah malam tadi aku bangun dua tiga kali merangkak ke bilik air, Ya Tuhan.. Sakit yang tak dapat nak aku gambarkan dengan kata-kata.

Syukur aku masih larat untuk bangun menunaikan solat fardhu walaupun tak berapa nak stabil. Rasa macam dunia nak tunggang terbalik sebab aku punya small intestine ke large intestine ke stomach entah yang macam kena pulas macam kain buruk nak kena sidai. Apsal lah buruknya perumpamaan aku. Tak indah langsung! T__T

Tuhan... kuatkan aku. Lindungiku dari putus asa,
Jika aku harus mati, pertemukan aku denganMu...

Sungguh, sesiapa pun pasti takut akan kematian. Dan macam melampau pulak la kalau sakit yang aku rasa ni akan membawa kepada kematian tapi takdir Allah, kita takkan tahu, kan? :) Untuk itu, aku mohon agar Allah kuatkan semangat aku untuk terus berjuang dijalan-Nya, insyaAllah.

Kurangkanlah kesakitan yang aku rasakan pada ketika ini, Ya Allah. Sesungguhnya pada Engkau lah tempat aku bermohon hajat. :)

Kata-kata cinta terucap indah,
Mengalir berzikir di kidung doaku..
Sakit yang aku rasa biar jadi penawar dosaku...

Tapi jika sakit yang aku rasakan ini dapat mengurangkan azabku di akhirat kelak, aku redha dengan qada' dan ketentuanMu...

"Bagaimana kamu boleh mendakwa dirimu sudah beriman sedangkan Allah belum lagi mengujimu?"

Syafakillah, ya habibi. :')

Tuesday, March 16, 2010

an ABC guide to Egypt.

Aku sengaja buat ni untuk suka-suka mereleasekan tension dan urat yang tengah menegang sekarang ni, Haha. Ada kaitan ke? Lantaakk. This is basically based on my own experiences that I would like to share with yah. ;)

Number One.

Jangan mudah nak percaya sangat dengan janji Pak Arab. Sepuluh perkataan dia cakap, kadang-kadang tak sampai satu huruf pun apa yang dia cakap tu betul. Wahah, macam melampau pulak aku main satu huruf neh. :p Yea, I was exaggerating but you know what I mean. Kan kan kan?

Salah satu 'flaw' bila kau nak berurusan dengan Pak Arab. Bila dia kata 'bukroh' (actual meaning-- tomorrow), maksud dia lagi tiga hari, itupun kalau kau bernasib baik. HAHAHHAH. Aku immune sudah. Kalau dia nak men-disease-kan aku, kena overcome aku punya line of defense dengan dose yang lebih tinggi dulu. :D *Dengan bangganya aku menteraburkan medical terms di sini, HUAHUAHAU. Ini bahana Pharmacology. T__T

Rule Number Two.

Maka aku cadangkan sangat-sangatlah bagi engkau semua yang berkeinginan nak melihat Pyramid yang tersergam indah lagi ditaksubkan sangat oleh penduduk Mesir sekaliannya, biarlah bertour guide ye.

Dan biarlah tour guide engkau tu orang yang sangat terror lagi superb kebabomm (perlu ke?) dalam bertikam lidah dengan Pak Arab seperti Farhan. :D AHAH, nak jugak masukkan nama dia. :p Tapi betullah, dia memang terror! Kagum sekejap aku di tempat kejadian.

Oyya, tour guide engkau juga kena handal dalam soal berkaitan wang dan harga. Macam dia kena pakar la kira dalam bab-bab mentawar harga teksi dan barangan sebab kalau tak... tambang teksi je dah boleh kena sampai 5 Genih di Mansoura ni padahal patut 2 Genih jeee #%^$%* -.-"

Lepas tu kalau bernasib lagi malang, air mineral je sampai 20 Genih kau kena (pengalaman ayahanda). Diorang bukan kira sangat halal haram *Sesetengah je la tapi, bukan semua yeeee. Ada je yang baik hati dan bersopan santun macam Abang Arab Kachak kedai printer duluuuu tu. :D

Rule Number Three.

Mungkin sebelum datang sini kau kena perdengarkan telinga tu dengan muzik yang bervolume tinggi. Tinggi mana? Err, langit ke tujuh boleh? Ngahahha, eh mintak sorry. T__T Sesiapa yang ada iPod atau yang seangkatan dengannya tu, engkau pakai earphone ke headphone ke, lepas tu kuatkan volume sampai orang sekeliling engkau sekali boleh dengar apa lagu yang tengah dimainkan.

Haaa, amacam? Kuat tak kuat tak? Kuat, kan?

Bunyi macam tu jugaklah engkau kena biasakan untuk menetap di Mesir ni (aku rasa aku tak exaggerate kot). Bunyi hon dia memang 24 jam tanpa henti dan memang mensakitkan jiwa. Yang ini pun aku dah immune tapi terkadang tu, kalau dia hon sebelah telinga aku, memang sumpah seranah jugak la kan. Oh well, aku cuma manusia biasa. *Tetiba.

Oh oh. Juga sila praktis melintas jalan raya. Ini bukan lawak. :D Melintas kat sini sangaaaaat bahaya maka be prepared will you? Kadang-kadang tanpa sedar kau dah berada di tengah-tengah jalan raya dan diapit oleh dua kereta di kanan dan kiri. Bukan ke macam horror gle? :O

Rule Number Four.

Eh, eh, tak ada nombor empat sebab kat atas tu aku dah cakap ABC jeee bukan ABCD. Hihihhi. xD Anyway, you can simply ask me on anything you would like to know about Egypt, though. I won't mind. :)

P/s: Esok hari yang panjaaaaaaang kelas tak ada gap pun!! T__T

Sunday, March 14, 2010

might have learn something.

'Might' je la tapi kan, :p

So semalam.. or was it kelmarin? Em em, kelmarin kalau ikut waktu Malaysia, semalam kalau ikut waktu sini. Hah, mana mana pun boleh pun boleh en. Gam'ah kesayangan (more or less, ngahahha kejamnya tapi sayang Gam'ah wo sayangg) membuat Culture Day, yibbayibba. Bukan Gam'ah la sebenarnya pun Kuliyyah Tib je. :D
Basically Culture Day ni dibuat untuk international students yang study dekat Mesir ni hah macam Malaysian (obviously, -.-"), Saudi, Syria dan Palestin. Program ni kira macam bagi kita kenal culture sesuatu negara tu macam mana. And like seriously sekarang dah tau dah Saudi dan yang seangkatan dengannya suka menggelekkan badan. T___T Like gazallion EUWW.
Masih terkawal waktu neh, haha.
Haa tengok tengok! Depa bergelek sakan sampai panjat-panjat bench dewan Hafiz! -.-"

Yang paling best pasal Culture Day of courselah sebab dapat makan makanan Malaysia macam nasi impit, nasi tomato, rendang, cheese cake memandangkan diorang ada bukak gerai semua en. Ada je yang datang cuma untuk makan macam encik abang yang sorang tuuuu. xD Ngahahaha. Tak patut betuuul.

Habis je segmen culture Saudi, giliran Malaysia pulak tunjuk kehebatan (menaip dengan penuh semangat). Pertunjukan culture kitorang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. :') Sumpah aku cakap la eh, badan aku meremang secara hyper lepas tu rasa macam nak menangis masa menyanyi tuuuu! :O

Cakap la aku emo ke apa ke, bagi aku, menyanyikan lagu tu di bumi asing seperti semalam memang membuatkan jiwa aku berasa sayu. Macam selama ni kalau waktu perhimpunan tak sabar-sabar nak lagu tu habis tapi bila dah menjadi anak perantau ni, engkau akan lebih menghargai apa yang kau ada. :)

Huuu! Seram sejuk aku menyanyi, kau tau. Hihi.

Lepas tu ada video klip yang mentunjuk keindahan Malaysia as a Truly Asia country. HukHuk. Dear Malaysia, adakah kau merindui aku sebagaimana aku merinduimu? Haha. xD Ayat tak boleh nak lagi skema en. Lantakkk.
And this was the only shot I took when they were silat-ing. Sebab macam engross gle kot tengok diorang. Alaaa bukan ape pun cuma bila Arabians tengok macam nak jatuh biji mata, rasa bangga di situ walaupun bukan aku yang membukak bunga silat, huahuhua.

Tapi bagus la sebab nak bagi Arabians ni tau "Kau-ingat-Malaysian-ni-senang-kena-buli-haha-kau-silap-besar" punya message. Wah, exaggerate habis! ;)
Saudi Arabia's booth. Semua pun macam jakun pegang pedang semua. xD
Dia interested and enthusiam gle kot main Congkak neh, haha. Kagum, kagum.
Housemates. ♥ Minus Lee Cun Ah dengan Kim Bel Ah, HAHHAAHHAHA. :p

So yeah, basically I might have learn something yesterday. Maybe. Just maybe. Hehe. Okaaay dah nak pergi study dah! Misi malam ni; menghabiskan membuat segala nota-nota yang perlu! Ganbatte ne!

P/s: I hardly notice it has been a year since.... oh never mind. :/

Friday, March 12, 2010

daripada Dia kita datang...

...dan kepada Dia juga lah kita kembali.

*Pergi Tak Kembali by Rabbani melatari entri aku kali ni*

Pagi aku di Mesir ni digemparkan dengan berita seorang pelajar perubatan University Tanta yang meninggal dunia di Alexandria pagi tadi, Ahmad Sarhan... Innalillahiwainnalillahirrajiunn. Terima kasih buat Mira Uttika yang membagitau tentang berita ni di belog dia kalau tidak aku memang takkan tau.

Asal sebenar kejadian macam bukan patut aku yang ceritakan kerna aku sama sekali tak kenal dengan arwah Ahmad Sarhan tersebut. Cumanya dah nama pun kitorang sama-sama belajar di Bumi Kinanah nih walaupun berlainan University, aku turut menumpang sedih sebab perjuangan arwah untuk menjadi seorang doktor tak tercapai....

:'(

Rasa macam tak percaya. Umur arwah baru 19 tahun, dan Allah sudah mengambil semula apa yang menjadi kepunyaanNya sejak azali lagi. Ye, janji Allah tu sentiasa benar dan mati itu adalah pasti.

Tadi aku dan Syifa' sempat mentengok profile Facebook arwah sebelum di-delete oleh ahli keluarga beliau. Wall arwah penuh dengan ucapan daripada rakan-rakan rapat dan seperjuangannya... Rasa sebak. Ada seorang rakan arwah ni (rakan rapat lah aku agak), setiap dua minit dia akan post setiap memori yang dia pernah ada dengan arwah.

Contoh bila arwah suka pergi bilik dia tanya soalan pasal pelajaran semua, tapi end up arwah yang mengajar kawan dia ni. Lepas tu impian arwah yang nak meneroka bumi Mesir ni semua bagai....

Macam Ya Allah, mesti susah untuk dia terima yang kawan selama ni dia dok gelak ketawa belajar sama-sama, sekali bila bangun tidur tau-tau arwah dah pergi tinggalkan dunia untuk selamanya. Tanpa apa-apa clue! Aku yang tak ada kaitan pun boleh terketar-ketar, inikan orang yang kenal dia luar dalam.

Dahlah arwah meninggal di Mesir, family semua di Malaysia, memang haru lah. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata macam mana agaknya perasaan keluarga arwah di tanah air. Tabah kah? Meraung kah? Redha kah? Menyesal kah? Mesti semua bercampur aduk.

Hmph.

Cuba lah kau bayangkan. Contoh hari ni kita tengok blog orang tu, comment comment dengan dia, baca entri dia, tiba-tiba dapat tau dia meninggal... Apa lah agaknya yang akan terjadi kepada blog dia? Masih akan ada yang baca kah sedangkan writer nya sudah pergi menemui Penciptanya? :( Nasib baik lah family arwah tahu password akaun Fb arwah, boleh lah delete. Bagi yang family dia tak tahu tu...?
Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Sarhan. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dicucuri dengan rahmat Allah Taala, insyaAllah. :')

P/s: Nak mintak kepada semua Mansourians, kalau boleh sedekahkanlah surah Yassin atau sekurang-kurangnya Al-Fatihah untuk sahabat kita ni, terima kasih. :)

a real doctor.

Hari ni rasa sangat seronok dan macam ada bunga-bunga dalam jiwa. Betul, ni. :) Tiba-tiba dapat rasa sinar kedoktoran dalam diri, muahahha. Habis selama ni? Err, selama ni ada je sinar tu tapi dia sirna lahh. Memandai je aku bermain dengan sinar sinar nih, TIBATIBA TERINGAT DEWAN SINAR. -.-"

Hari yang sangat panjang, kalau kau tanya aku............... See, noktah pun tiba-tiba jadi panjang mengiringi kepanjangan hari yang aku lalui, whattheheeeels lah? Haha.

Lecture Immunology by Dr Ghada pukul 8.30pagi tadi sumpah aku tersengguk-sengguk walaupun sedaya upaya aku membangunkan diri sendiri (macam tengah buat bangunan plak en, ngeh ngeh), cubit tangan sendiri sampai merah merah, tahan mata dengan jari lepas tu menitiskan air mata supaya mata berair dan minum air Syifa' beberapa teguk lagi.

Malangnya kepala aku masihh macam roller coaster duk asyik tersengguk ke kanan dan kiri dengan hebatnya. Kesian aku kan? T___T Oh well, alah bisa tegal biasa. Kena biasakan diri pergi kuliah pagi-pagi dah tak nak lethargic dah, huh huh. Penuh determined aku menulis ni sampai menggigil-gigil dah tangan, HAHAHAAHA.

Lepas lecture ada PBL pulak dan dah dapat case baru pasal Thalassemia, teruja teruja! Objektif cuma ada 9 so aku kena ada effort lebih sikit untuk kumpulkan objektif daripada group lain yang berbelas-belas objektif diorang, huhu. Bukan apa pun, penting kot semua objektif kena dapat en. Macam tak fair pulak dah tiga minggu berturut-turut objektif group aku semuanya less than ten.

Tak best. :( Tak mencabar kot.
Haha, manusia memang like this. Tak pernah bersyukur. T___T
Aku tau lots of my colleagues would die to get into my PBL group sebab relax sangat.
Ada group tu minggu ni sampai 20 objektif dia apa kes? :O
Hmph.

Habis PBL ada lecture Histology pulak. Melihat cell-cell yang macam serupa je semua rupa dia membuatkan aku tak mengantuk. :p Betuuul, tak terpejam pun mata! Nasib baik la ngam-ngam satu jam lecture tu walaupun slide dia 57! :S Mimpi la kau kalau nak slide Histo sikit-sikit. Memang tak de lah en.

The top notch of today's activity adalah bila aku dan housemates (Syifa, Chitah & Husna) pergi ke markas DPMM untuk berlagak macam doktor untuk periksa pesakit yang tak sakit pun sebenarnya. :D Just check jenis darah, ukur BMI, tengok tekanan darah lepas tu kandungan gula dalam darah. Fun fun fun!

Seronok sangat tadi berlagak macam doktor yang pakar only (bakal pakar, insyaAllah, hee) check tekanan darah dan denyutan nadi pesakit sekaliannya. Memang bahagia dan berdebar la sebab susah kot nak dengar bunyi bila kita pam mercury tuu.

Lepas tu dengan kakak-kakak Al-Azhar Mansoura tu yang tanya macam-macam laksana kitorang ni doktor bertauliah padahal baru first year memang menterharukan sekali. :') Aku memang macam expert gila di kala tersebut siap menyibuk mengajar kakak senior pulak macam mana. HAHHAHA. *Apsal takabbur sangat ayat ni? Mintak sorry. T__T

Aku cakap pom pang pom pang pang pun tak guna en so aku tepekkan gambar-gambar kat sini, hehe.

Para doctors, eceh.
Merasa lah aku konon-konon kena On Call, ahhaha BERANGAN sebab sekejap je kot tunggu turn, heheh. :D
Sekitar markas. Doktor lebih banyak daripada pesakit ape cerita? HUAHUAHUA.
Syifa mendengar taklimat daripada Kak Halimah. :)
Syifa in action!
Bersama-sama mentengok mercury tu naaiiiik... turuunnn naiiiikk turuuunn, lepas tu rekod. Kau ingat mudah? Haha.
Mengira kadar denyutan nadi hoyehhoyeah. :D

Yang penting aku nak cakap kat sini aku tak puassss NAK LAGI NAK LAGI. Sumpah best check pesakit macam niii bila agaknya PCM nak buat lagi heh? Hihi. For sure aku akan join la en. :D Kerja amal nih sambil menimba pengalaman kira macam tengah buat clinical ah tadi HAHA BERANGAN.

Anyway. Paling best dapat jumpa dengan seniors yang mantap-mantap Tahun 4 Tahun 5 Perubatan semua cungkil ilmu diorang bagai. Hoho. Tabik gila la cara diorang communicate semua. *Aksi tabik hormat.

Berbaloi baloi I tell you. :) Walaupun penat lepas tu dugaan memang banyak kesian housemateku yang seorang ituuu, tapi Alhamdulillah, pengalaman ni definitely priceless!

Okay dah dah nak pergi belajar cuti tiga hari yay yaaay! :D Hehehe.

Thursday, March 11, 2010

A Birthday Wish. :)

Memandangkan sekarang ni dunia cyber maju lagi serba canggih, aku nak wish seseorang dekat blog aku ni walaupun probability dia untuk bukak blog aku ni adalah sifar sama sekali. HAHA. A birthday wish to someone important, if you ask me.

Seseorang yang dah bersama aku selama 15 tahun... Uih, lama tu. Setia betul. :D Someone yang sanggup menyamar jadi abang aku lepas tu jerit "Adiiiik! Adik nak beli ape? Cepat abang belikan," kat kedai runcit. HAHHAA Geli bila aku ingat balik. :'D Dan kadang-kadang sanggup pulak menyamar jadi boyfriend aku tanpa hirau market dia menjunam jatuh ke apa, hehehe.

Thank you and I'm sorry for everything to...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beliau.
Muhammad Afnan.
Happy 15th Birthday to you, my little brother. :)
Only God knows how much I missed the quarrels I had with you. Haha. ♥
May Allah always showers you with His blessings.
And Good Luck for your PMR, jangan main-main heh! Kakak lepuk kang. :p

Anyway.

Aku tengah berada dalam keadaan yang sedang terkejut laksana beruk sekarang. Macam mana lah aku tak terkejut kalau tiba-tiba aku membukak akaun Myspace yang berkurun lama aku tak bukak tu, aku jumpa gambar kat atas tu. Perghh, baru enam bulan akak takde, rambut kamu dah panjang ye Nan. -.-"

I was like, "Whaaaaat? Asal adik aku dah hensem sampai macam niii? Apsal rambut kau macam niii hahhh?! Kenapa dah makin kurusss diet ape niiii?"

Tengok, tengok. Macam kesian sangat aku dah menggelupur depan laptop ni tadi mentengok adik sendiri, T___T Huhuhu. Tak pe lah, aku pun bahagia je tengok adik aku dah hensem macam ni sekali, HAHA *Ayat penyedap hati. :p

Lots of Love, kakakmu yang jauh lah jugak ni hah. :D

Wednesday, March 10, 2010

untuk cahayaku.

Pagi tadi, sebelum Pbl Session 2.
Tiba-tiba aku jadi seram bila dengar kata-kata Mira...
Rasa macam.. Ya Allah, boleh ke aku buat ni?
Macam mana kalau aku hampakan emak dan ayahanda lagi?
Boleh ke aku determined dan terus berusaha?
Berusaha dan berusaha sampai satu tahap aku dah tak jadi diri aku?
Dan kalau boleh,
dah cukup ke usaha aku?
dah cukup ke pengorbanan aku?
dah cukup ke persiapan mental dan fizikal aku?
Tak, aku tau belum cukup! Belum lagi.
*Speechless*
.
.
Aku sedar dan aku tahu, aku kena berusaha kuat lagi.
Sekarang ni tak cukup.
Apa yang aku buat sekarang ni tak cukup.
Tak cukup tak cukup tak cukup.
Kau belum boleh bangga dengan diri kau lagi, cahayaku. Belum.
Bangun, Nuha. Bangun. Bangun dan terus ke depan.
Jangan berjalan, kerna kau perlu berlari.
Berlari untuk kejar apa yang kau inginkan.
Kejayaan. :)

Mansoura; 8.32 pm.