Sunday, January 31, 2010

sesi mencurhat.

Assalamualaikum wbt. :) I firmly think I shouldn't put the smileys on. -.-" Oh well, nampak macam comel kalau letak en so biar je la, hehe.

Ye ini sesi bercurhat bersama blogku yang terchenta. Bieeeeeeeeeeee, aku sangat down sekarang. Okay bukan sekarang je sebenarnya sejak beberapa hari yang lalu lagi aku dah down. Bukan Down Syndrome yang Trisomy 21 (ececeh) tuuu, tapi perasaan la down, perasaan!

Lepas exam MCQ hari tu aku down gle gle sebab I seriously think I didn't do my best and aku jadi involuntarily sakit hati. Ini sakit hati yang memang terasa la sakit dia sampai ke wall of myocardium ni hah. Sampai bagi effect systole diastole aku. I mean like come on, aku boleh sluggish sangat and let alone the countless careless mistakes I've made. *okay exaggerate but still........ !! :(

Yang buat sakit hatinya apa tau Bieee. Kan MCQ tu dah baca semua lepas tu jawab kan. Untuk yang next paper Short Essay pun kena baca benda yang sama so engkau macam akan indirectly tau (indirectly sebab aku taknak tau pun benda tu tapi kena tau jugak sebab macam mana nak menjawab Short Essay plak kan) apa kau salah semua stresss aku wehh. Menggelupur aku pegang satu satu fail tuu. Bukak fail ni, nampak jawapan sebenar untuk soalan ni. Bukak fail yang itu, nampak jawapan soalan lain.

Anddd like sampai aku tua kerepot beranak seribu pun aku takkan lupa yang INSULIN IS SECRETED BY BETA CELLS! InsyaAllah la tapi. :)

Hmph. Anyway.

Tadi tengah hari pulak (sekarang sini baru pukul 5 lebih, woot woot!) Short Essay. Hah, yang ini takpayah nak elaborate panjang! Memang soalan-soalan dia membuatkan aku pasrah secara sangat. Dalam kata lain, pasrah macam dalam filem Pasrah. HAHAHAHHAHA. *ekau gilo yo poie golak sakan ne hah gapodio? -- Entah betul ke tidak aku punya loghat ni hah, HAHAHAHAH.

Tapi yang Short Essay ni aku tak frust sangat sebab I've done my best. :) Memang aku tak keluar bilik pun semalam, tak ada merambu sangat ke apa tak ada, past years questions semua sempat buat, time management pun Alhamdulillah. Paling aku bangga semalam aku online ENAM MINIT je kot. xD Pagi tadi pun first time aku bangun sebelum Subuh pukul 5 pagi dah celik mata secara automatik.

Memang habis pecah berderai la segala rekod belajar dan usaha aku. Sekarang ni aku cuma mintak Duktur atau Dukturah yang tanda paper aku tu lembut hati dia tengok paper aku. Amiiin. Hihi. Oyya, Bie, aku dah habis mencurhat sekarang nak pergi study untuk OSCE pulak. Esok kalau sempat nak revise Med Term awal. Doakan aku penuh dengan semangat eh? :)

Bieeeeeeeeee. Dengar tak niiii?
Bieee! Dengar taaaaak?
Bie!
Bieyto! ♥

P/s: Ganbatte ne, Nuha-chan! :D Waaaait. Esok dah February? :O Gila pantas masa berlalu!

Monday, January 25, 2010

aku cuma ingin menulis #4

Assalamualaikum wbt.

Perasaan aku rasa sangat tak stabil sekarang. Bukan setakat perasaan tapi semua lah semua. Badan, hati, kepala, etc etc. Maka sila jangan tegur aku buat masa ini. Lepas habis final kau boleh tegur aku balik ajak berjimba ke gossip-an ke apa ke I do not care. Tapi bukan sekarang !

Kalau kau salah cakap depan muka aku, mungkin tak sampai sesaatpun muka kau dah biru kehijauan ditengking dek yours truly. Masa tu jangan kata aku tak bagi kau amaran. Dan jangan pulak nak salahkan aku. INI SEMUA FINALS PUNYA PASAL.

Dah tengok betapa garang dan buasnya aku?
Heh. Ini belum apa-apa lagi ni ! Kau tak tengok aku ubah diri jadi lioness lagi !
Ada berani ?!

Okaaaay. Mungkin aku patut pergi ambik air wudhu' sekarang -.-"

Tuesday, January 19, 2010

aku cuma ingin menulis #3

Assalamualaikum wbt.

Fine. Aku tau aku kata aku akan cuba untuk tak blog tentang apa-apa sampai habis Final Sem Exam nanti tapi hari ni dia jadi exception. Sebab sumpah... Aku ada banyak benda nak mengadu, ada banyak benda nak cakap, ada banyak benda nak cerita tapi tak tahu pada siapa aku patut buat semua ni sebab serius, aku tengah ada dalam waktu-waktu kritikal aku as a medic student.

So, sesiapa yang rasa nak skip entri ni taknak baca pun tak pe, sebab aku cuma nak rasa comfort dari luahkan perasaan aku kat sini, tak ada niat lain.

Anyway.

Sekarang tinggal 10 hari je lagi before final. Aku memang dah terbakar dah kat sini dek bahang nak berperang akhir Januari ni. Dan Alhamdulillah, aku macam dah jadi Nuha yang baru. Yang macam boleh sacrifice ape je untuk kejayaan aku. Masa, duit, tenaga, emosi, you name it. Aku dah tahu dah sekarang yang sacrifice dan success tu memang tak boleh lari jauh. Macam irama dan lagu. Ecehwah.

Zaman untuk aku ada dalam comfort zone; macam dah tinggalkan aku sikit demi sikit. Ada dalam dunia medic dan engkau nak hidup dalam keselesaan? You must be utterly crazy ! Andd you must be having some kind of hallucinations. *Bak kata Dr. Omar Baraka, haha. Gle tak boleh blah. xD

Sekarang ni hari hari kot aku pergi library university tu dari awal pagi sampai lepas Asar just untuk study. Memang pulun non stop la. Gle punya restless and exhausted sampai otak pun dah rasa tepu sebab bayangkan la, aku keluar rumah pukul 8 pagi lebih, balik rumah pukul 4 lebih nak dekat Maghrib. Kalau boleh balik tu aku nak tidur je tapi tak boleh, sebab kang kalau terlebih tidur lagi la esok momentum aku nak study non stop tujuh jam kat library tu jadi arang.

Serius aku takut apa-apa jadi macam over stressed ke. Migraine datang attack aku ke sebab aku bukan boleh ada dalam situasi under pressure macam ni.

Sumpah aku penat saaangaaaat. :'(

Tapi aku tahu it was for a good cause. Macam aku cakap tadi, sacrifice dengan success saling kait rapat. It takes you to lose something to gain something. Or so I've heard. Tak pe, aku nak pulun sehabis baik untuk final kali ni dan aku nak push diri aku sampai titisan limit terakhir (wow) supaya aku tak menyesal bila dapat tahu result nanti sebab aku tau, aku dah bagi yang terbaik, InsyaAllah.

And oh, I will definitely reward myself lepas habis final yang ada empat paper ni. Ganbatte ne, Nuha chan ! ♥ Winter break are waiting for you, hihi.

P/s: Sebenarnya ada banyak lagi benda aku nak mengadu dalam kepala aku ni selain daripada exam exam exam (-.-") tapi... kena sambung study balik weh ! Bismillahirrahmanirrahim. :)

6.55pm, Mansoura.

Sunday, January 10, 2010

sepeninggalan daku.

Assalamualaikum wbt. :)

Wahaha, tajuk tak boleh lagi klasikal eh? xD Okaaaay okaaaay. Saje je nak mencakar kat blog ni sebab rindu. Heehee. Sebenarnya ada banyak benda nak cakap dan ada beberapa (dalam dua-tiga jugak lah) entri yang masih ada dalam draft. Aku patut dah lama publish tapi sampai sekarang aku biar tertangguh sebab aku tak ada mood nak sambung.

Heh.

Nanti bila-bila aku dah lepas azab tiga minggu study week dan exam final sem aku try gather balik mood tu eh? :p Tapi aku tak janji lah sebab hari tu ada satu quote yang cakap 'Dont make decisions when you are angry and dont make promises when you are happy'. Since I am literally happy, it's better for me not to make promises melulu macam ni kot. Haha.

Kang dosanya pergi kat aku jugak. Bukan ke salah satu ciri-ciri orang yang Musyrik; bila berjanji dia mungkiri? Pergh, gelaran musyrik macam sangat berat heh? T__T Maka insyaAllah, aku akan cuba publishkan entri yang tertangguh (especially pasal my beloved group pbl 11 for semester 1, hehe) bila aku dah settledown nanti tapi aku tak janji (hahahehehihihohohuhu).

Perhaps in early February? Haha gila lama aku tau. xD
Oyya.

Cuti winter break nanti aku cuma akan pergi ke Cairo tak ada melancong tempat lain. Tempat lain macam panjat gunung Sinai tengok matahari terbit siap camping kat puncak tu boleh tunggu. :) Cairo yang penting sekarang neh, hihi. Uruskan zakat Selangor semua blablabla claim tiket kapal terbang lagi blablabla pyramid giza lagi blablabla... Haha. Ohoh, City Star takboleh kasi lupa. Dah lama gila kot tak tengok a proper shopping mall. Phewh.

Oh well, sila tolong sama doakan aku untuk ada banyak mood belajar, sekali dengan bagi hilang sifat mazmumah aku yang kadangkadang terlintas iaitu kemalasan and always bermotivasi untuk final sem punya exam nanti dan insyaAllah, dapat Mumtaz. :) Supaya Paat boleh belanja aku, HAHAHAHHAHA *gila kejam.

Kena ciao sekarang sebab aku macam dengar subjek Embryology panggil mintak revise balik apa yang belajar kat tuition tadi. *semangat.

Hmph hmph, mungkin akan tak online dan update blog ni buat masa yang lama... Mintak sorry. Tapi engkau pun setuju kan my future comes first? And engkau pun nak tengok aku jadi doktor berjaya kan? Izinkan aku tak update blog untuk satu tempoh masa yang agak panjang ye.

Kebaikan anda akan dibalas kemudian ! :D

P/s: Akan rindu awak, awak kat sana tu, awak yang kat situ jugak, awak, awak dan AWAK! Ye, awak yang tengah baca setiap baris ayat dalam entri saya ni. Terima kasih banyak-banyak ! :')

Thursday, January 7, 2010

aku sudah dewasa sekarang.

Assalamualaikum wbt.

Semalam aku ditimpa musibah yang boleh tahan tragis... Mungkin saja engkau akan gelak bila mendengar kisah aku, maka biar aku simpan cerita ini dalam hati dan biar orang yang terdekat dengan aku pada saat ini saja yang tahu apa yang berlaku sebab kalau engkau minta aku ceritakan dari pangkal hingga hujung, I might end up crying again. And that was the last thing I want to happen right now.

Dengan final yang tinggal less than a month...
Pergh, memang menduga ketabahan aku.

Terima kasih, sepupuku Syifa yang kelam kabut menenangkan aku bila tangisan aku semakin liar, dan terima kasih sangat buat si dia yang menemankan aku selama satu jam di talian semalam. Heeeeeeeeee. I appreciate it a lot. ♥

Haih, Nuha. Kau dah dewasa sekarang. Tahun 2010 ni kau 19 tahun. Untuk apa kau menangisi kejadian semalam? Itu baru dugaan dan musibah kecil yang Tuhan turunkan pada kau. Ingat, sayang. 'Tuhan takkan menguji hamba-Nya diluar kemampuan mereka'.

:)

Senyum, lah. Bergembiralah, Nuha. Kerana sesungguhnya Allah menguji engkau untuk menilai tahap keimanan engkau dan kerana Dia menyayangi engkau sebagai hamba-Nya.

:)

La tahzan, sayang. Don't be sad. Allah senantiasa bersama hamba-Nya yang sabar menerima ketentuan-Nya. Engkau juga mahukan begitu, kan? Pasti ada hikmah atas kejadian yang menimpa engkau semalam. Hikmah yang mungkin engkau tak dapat melihatnya sekarang tapi akan diketahui lambat laun, insyaAllah. Maka senyum, lah wahai diri. Jangan terlalu bersedih pada perkara yang tak sepatutnya engkau tangisi.

:)

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu; Abd. Hakim b Husin dan anak hamba-Mu; Nurulhana bt Hussain. Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qada'-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib dalam ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku.

Amiin Ya Rabbal Alamin....

Ya, aku sudah dewasa sekarang. :)

Wednesday, January 6, 2010

somehow i got motivated.

Assalamualaikum wbt. :)

Haha I purposely write from the center for the intentional drama of this entry. Not. Dah lama kot tak tulis dari tengah ini dah mendatangkan rindu. Hee. Okaay tak boleh nak lepak lama-lama dengan engkau ye Bieyto sebab aku dah janji dengan seseorang untuk excel dalam final semester exam yang akan datang ni maka masa tak boleh dibazirkan sesuka hati.

Hah. Farhat, bangga tak aku cakap macam ni? Haha.

Ye, aku jadi semangat selepas kena inject dengan kata-kata Farhat yang nun jauh (la konon) di Al-Azhar sana. Happy sangat kot dengar study dia semua okay kat sana. Memang tu pun cita-cita kau dari kecik kan? Nak belajar kat Al-Azhar dan sekarang impian kau dah tercapai. Gila bangga weh nak mengaku kau kawan slash jiran aku dari kecik dulu. Haha.

Serius thankyou sangat, weh ! :') Terima kasih sebab sudi jadi salah seorang yang membagi semangat pada aku. Kau laaaah, kawan aku dunia akhirat, hihi. InsyaAllah, kalau aku berjaya nanti, nama kau aku takkan lupa punya. *Macam mana boleh lupa sebab aku nak tuntut benda yang kau nak belanja aku tu nanti. xD Hahahah.

Err, sila jangan mengata dan menyumpah aku dulu, aku tak habis cakap lagi ni. Aku nak excel bukan untuk janji aku pada Farhat je, tapi jugak untuk masa depan aku dan untuk harapan emak ayahanda aku. Araso? Bagus ! :D Senang kerja aku dapat readers yang pandai macam hangpa semua neh. *wink.

Okaaaay terpaksa ciao dulu walaupun aku nak melepak lama-lama kat sini tapi tak boleh. T__T Banyak lagi tanggungjawab aku nak kena selesaikan neh. Phewh phewh. Tak cukup nafas aku dibuatnya (exaggerating). Till then, salam !

Sunday, January 3, 2010

sesuatu tentang sempurna.

Picture Credit to TaQi Cronoz.
Assalamualaikum wbt. :)

Kau bagiku sempurna...
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku
Akan selalu memujamu...
;Sempurna by Gita Gutawa.

Orang selalu nak cari kesempurnaan. Macam aku. Bukan semua benda aku hendakkan dia menjadi sempurna. Kadang-kadang, yang 'effortless' tu nampak lebih tinggi nilai dia walaupun ada orang kata, Effortless is Nothing. Oh well, I don't think so. Pendapat masing-masing. Kan?

On the other hand, menjadi seorang perfectionist tak menjadikan diri kau cool.
Percayalah cakap aku.
I'm an 87% Perfectionist. *Am not bragging, excuse me.
Kalau kau seorang perfectionist, selamat datang ke dunia Cerewet. Haha.

Being a total perfectionist, aku letak high standards dalam semua tindakan dan keputusan aku. Dan bila aku rasa aku tersalah langkah, aku akan jadi macam semalam. The so called 'today is one of those days' behavior. Ye, jadi seorang yang kononnya perfectionist adalah sangat payah. *Aku letak konon sebab aku bukan 100% perfectionist. :)

Kenapa payah?
Because there are so many things that are not up to my expectations. And oh boy, I hate that. Because I will feel like the things that are not up to my expectations as a total failure. In the end, I will feel like crap. Tengok. Bukan ke payah?

Contoh macam ni. Katakan aku minat seorang lelaki yang aku bagi nama dia Iqram. Semua orang kata Iqram tu terlampau perfect. Semua tentang dia marvellous. Dahlah dia student medic, anak orang berada, rupa lagi lah berbanyak boleh tahan, lepas tu berkemahiran pulak. Cakap sikit hati mana yang tak tercair dan tertawan dan segala 'ter' yang ada dalam dunia kasih sayang ni.

Unfortunately, definisi 'sempurna' yang orang lain hebahkan tu tak menepati kesempurnaan yang aku hendakkan. Payah kan payah kan? Dan hanya sebab that slight mistake of his, sekarang aku dah hilang hormat pada dia. Apatah lagi nak mengendeng mengintai pergerakan dia. Buatlah baik sebanyak mana pun, cakaplah benda semanis gula pun, I'm truly deeply sorry. You don't make a cut into my world. >:)

Payah kan? The truth is, 'every people is sick of living up to the perfectionists' standards. And the perfectionists are probably even sick of them themselves'. Aku terasa. Bahahaha.

P/s: Kau boleh judge aku berdasarkan entri aku ni tapi ingat, DON'T BE SO QUICK TO JUDGE ME, AS YOU SEE ONLY WHAT I CHOOSE TO SHOW YOU. :)

Saturday, January 2, 2010

something recycled #1

Assalamualaikum wbt.

Darn. I intend to publish this post yesterday and I did not because I was too (like seriously) busy completing my final case-- Case 10; before the final semester exam in the end of January. Hmph. :( Oh well. Despite the fact that Fna told me 'no credit also can maa', I just wanted to briefly said that this post was inspired by her post, hihi. Thank you so very much, darling! *wink.

The Status Shuffle

Silence & smile are two powerful tools. Smile is the way to solve many problems and silence is the way to avoid many problems.

If everything happened when and how we wanted- nothing would be worth waiting for.

The best feeling in the world is knowing that you actually mean something to someone.

When someone throws a rock at you, you have two choices.. You can pick it up and throw it back, or you can collect those stones to build your castle.

Theres truth behind every 'just kidding', curiosity behind every 'just wondering', knowledge behind every 'I dont know' and passion behind every 'I dont care'

If someone is dumb enough to walk out of your life, be smart enough to let them go.

A person who truly loves you is someone who sees the pain in your eyes while everyone else still belives in the smile on your face.

Two things to remember: DONT make decisions when you're angry and DONT make promises when you're happy.

Four things you cant recover: the stone after it's thrown. the words after they're spoken, the occasion after it's missed & the time after it's gone.

Do not look back and ask why, look forward and ask, why not?

Any man can love a million girls, but only a real man can love one girl in million ways.

I wonder why is it when people ask you 'what three things would you bring with you on a desert island?' no one ever replies 'A BOAT'

Speak when you are angry and you will make the best speech that you will ever regret.


Aww, I love zees! (Orang Egypt slang English diorang macam neh, I do not lie). ♥

P/s: Tadi pergi Metro borong stok makanan untuk Study Week yang berdurasi selama tiga minggu nanti weh. xD Andd, I terribly missed Malaysia's weekends! Hmph. :(