Sunday, December 19, 2010

saya rindu umi sangat sangat!

Hari ni saya simboliknya seperti ini. Tak faham pun tak apa, :)

Saya sepatutnya dah pergi beradu sekarang.

Tapi disebabkan esok budak-budak PBL nak buat jamuan ringkas untuk akhir Semester 3 ni, kerahkan juga diri sediakan puding caramel untuk diorang :) Apalah sangat puding caramel ni kalau nak dibandingkan dengan Nasi Tomato hasil air tangan Muhaimin nanti. Teeheehee.

*Dah kecur air liur ni. Ayyok!

Dan saya rasa saya dah terlalu rindukan umi sangat sangat sampai Allah Taala beri peluang untuk umi call anaknya yang seorang ni jauh-jauh dari Malaysia hari ni. Dua kali pulak tu! Ingat senang ke, cik Nuha? Awak patut bersyukur tau!

:')

Err. Saya dah puas menangis dah tadi. Cadangnya esok petang lepas kuliah terakhir, saya nak giat membuat karipap untuk bekalan cuti belajar yang selama sebulan ni. Tup tup, masa nak mengupas kentang guna potato peeler tu, saya pergi kupas kulit jari sendiri....

*Kalau nak digambarkan luka tu, mungkin boleh kata jari saya dah tak ada rupa jari lagi. Rata. Dah tak ada lekuk. Allah. Yang tukang describe ni pun tahu ngeri.

Akibatnya, darah tak mahu berhenti mengalir sampai EMPAT JAM. Lepas mengadu pada umi (huhuhuhu, saya memang anak umi saya), terus call kakak usrah; Kak Ha, dan seret sepupu saya mintak tolong temankan ke mostashfa.

Elok elok je depan doktor, darah saya berhenti mengalir. Tak tahu nak merungut ke tak, sebab sampai je rumah...., darah mengalir deras balik. Apekaaaaah? T___T Sebenarnya terlebih dari bersyukur tak perlukan suture walaupun lukanya dalam. Kalau perlu dijahit, mungkin wassalam saya jawabnya.

Dan singgah ke farmasi, pharmacist tu suruh saya telan broad spectrum bactericidal antibiotic tablet. Ternganga la kejap. Bactericidal? Fuh, kronik juga luka saya ni rupanya... Tapi hebat mana pun ubat tu... saya payah nak menelan. Aduhai.

Umi, nua cairkan ubat tu lepas kerat empat. Hihi.

Darah, awak ni nakal macam internet saya! Depan mama hamboi kemainnnnn. Tiptop, laju habis. Tak baik tau buat saya macam niiii, :(

P/s: Esok PBL terakhir dengan mereka semua tu. Huk. Akan rindu kamu kamu kamu kamu. Err, dah tak larat nak taip perkataan kamu lagi. Semua lah saya akan rindu! Tak keterlaluan kalau kata this is the best PBL group I've had so far. Kot. ♥

4 comments:

Anonymous said...

yelaaaaa....rindu umi sampai terpotong jari kann.

-_-"

akak masih ngilu lagi baca ni nuha.

serius teringat kisah wanita2 terpotong jari melihat yusuf a.s

:)


-kak aishah malas login-

nhmnrh said...

husnu zhon kak ;p teeheehee. mmg dh few weeks jugak tak dgr suara umi ni. huhu.

nuha dah ngeri. mcm dah fobia pulak dgn benda tajam ni.

aduhai.

lavenderlover said...

how is ur finger?
harap2 dah bek..
ati2 pas ni klu potong anythg k nuha..
missing u & others of our pblmates too
huhu

Nurulhana2000 said...

Sorry sayang, umi baru sempat baca blog. Masa umi call tu umi sedang camping di Batu laut dgn pelajar2 umi. Balik dari camping terus bersiap untuk ke singapore esoknya. Balik dari singapore, ambil result afnan, buat karipap dan malamnya makan di victoria station. Hari ni pula, kak cindy cuti sampai 29th Dec. Nuha jaga diri, manfaatkan study leave meaningfully. Jgn sentuh video korea atau jepun atau apa jua pun. Reward yourself dengan berjaulah ke bahuriya lepas exam nanti ok. Take care dear. I love you!