Saturday, December 25, 2010

; of berhikmah dan cinta.

Saya baru tahu semalam kalau 'berhikmah' tu sebenarnya subjektif.

Sketsa 1

Unit Hisbah: Assalamualaikum. Maaf ya. Dosa hukumnya kalau enta dengan enti makan berduaan di restoran macam ni. Boleh minta enti ke meja lain, dan nanti kami akan hantarkan enti balik ke rumah.

Yang gadis: Ehh. Enta ni kalau nak tegur tu berhikmahlah sikit! Kan Islam ajar kita kalau nak menegur ni kena berhikmah. Lepas tu, kita tak boleh mengaibkan orang di khalayak ramai...! Enta tegur macam ni, malulah ana depan semua Pak Arab ni.

Unit Hisbah: ...

Sketsa 2

Gadis A: Couple tu hukumnya haram, kan? Tak ada dakwa dakwi lagi. *senyum.

Gadis B: Ehh, tapi kan, Islam mana ada haramkan cinta.

Gadis A: Memanglah Islam tak...

Gadis B: Cintakan fitrah manusia. Jadi tak apalah kalau kita bercinta pun kan. Kan?

Gadis A: ...

Kalau dilihat, kan kan kan, rasanya ini situasi yang tengah rancak berlaku sekarang. Yang mana kalau sesetengah orang tu menggunakan Islam sebagai modal diorang untuk back-up apa je tindakan yang diorang buat.

Serius lah, menyedihkan.

Bak kata doktor (bakal, inshaAllah) yang didatangkan dari Zagazig semalam, "kebanyakan orang pada hari ni, beramal dengan sebahagian daripada al Quran, dan meninggalkan sebahagian yang lain." Allah.

Jadi katanya, jangan disempitkan skop 'berhikmah' kepada cakap lemah lembut dan sopan santun. Sebab semuanya bergantung kepada situasi. Kalau waktu tu kita rasakan dengan tangan tu berhikmah, gunakan tangan (baca: kuasa). Kalau rasa dengan kaki tu berhikmah, gunakan kaki (mungkin kaki yang sebenar-benar kaki ke doktor?).

Haha. :) Lebih kurang macam tu lah perumpamaannya.

Sebenarnya point beliau kat sini, kita yang sebagai daie; tak boleh takut atau beralasan untuk laksanakan amar makruf nahi mungkar. Hah. Belok sana belok sini, rupanya ini.

Untuk yang kedua. Ya, Islam memang tak mengharamkan cinta. Sebab cinta tu tak tertakluk pada cinta akhawat-ikhwah saja, kan? :) Tanpa cinta, dunia boleh huru hara. Tanpa cinta, jiwa boleh merana. Oke, ini sebenarnya ambil lirik lagu sikit. Hihi.

Cumanya, kalau di Malaysia, kita dah dihadapkan kalau bercinta tu maksudnya couple pegang tangan, dating sana sini tanpa hirau hukum hakam. Tirus sangat tu. Bak kata Hilal Asyraf, jangan dikotorkan perkataan 'bercinta' dengan fikiran yang macam tu. Bayang dan ikutkan cara yang Islam ajarkan. Dan inshaAllah, :)

Laporan si tudung purple, Seminar Mentor, Markaz Banat Utubis Gadid.