Sunday, December 5, 2010

kalau mahu saya mencium bumi.

Dan kosongnya aku tanpamu seperti ini.

Saya harap apa yang dicuri daripada saya dikembalikan. Tolong pulangkan...? Saya dah hampir lelah di sini. Kepenatan mencari apa yang saya kehilangan sebelum tahu bahawa saya kecurian.

Kalau mahu saya melutut menunduk mencium bumi, tanpa sedikitpun menadah pandangan ke langit, inshaAllah saya akan cuba usahakan. Cumanya, kamu perlu bersedia untuk pulangkan apa yang kamu ambil tanpa izin.

Saya dah tak kisah dengan maruah saya kalau perlu merayu pada kamu. Apa yang telah kamu ambil tanpa kerelaan saya tu, saya lebih perlukannya...

Untuk kembali.

Saya dah bukan diri saya tanpa dia. Pulangkan...? Tolong? Atau sememangnya saya perlu hukum kamu? Allah.

-Kedegilan.

6 comments:

tepianmuara said...

sampai begitu penangannya ya.
Moga Allah menguatkan kita semua.


this too, shall pass.

Sepi tanpa mimpi said...

sejujurnya, setiap kali kamu menulis, saya ingin membacanya.
saya suka percaturan bahasa kamu.

jika entri kali ini mengenai masalah kamu, bersabarlah. :)

nhmnrh said...

kamu.

penangannya memang hebat. sampai begini. sampai saya tak kisah dengan maruah sendiri.

terima kasih untuk doanya. ya, moga Allah menguatkan kita semua.

seperti selalu.

oke, suka ayat terakhir tu !

nhmnrh said...

kamu yang nampaknya suka bermimpi untuk mengelak sepi.

Allah. susunan kata-kata saya, indahnya, milik Dia. :) kalau tak dikurniakan nikmat akal, mungkin takkan wujud langsung blog ni.

kan? :)

terima kasih sudi membaca tulisan yang tak ada apa-apanya ni. may Allah bless.

oh. inshaAllah, saya akan cuba sabar. jazakallah untuk nasihat kamu, ya.

aat @ paat said...

aisehman nuha ak xdpt tangkap le..
gaya bahasa ko tggi sgt..
hehe~~ nape nieh??

nhmnrh said...

paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttt :'( weh, aku sedihh. tolong akuuuu.

:( nanti aku inbox kau kat fb tau tau tau tauuu :(