Tuesday, December 28, 2010

can you feel the ibrah?

Selepas berbual dengan habibty tadi, saya jadi terperasan sesuatu. Tentang ujian yang Allah Taala turunkan, tentang fitnah yang boleh menggugah jiwa, tentang dugaan yang kadang-kadang boleh menghilangkan iman di dada.

Oh. Bahaya, bahaya.

Kenapa, ya. Kalau kita selalu ucapkan "Aku cintakan Allah, Aku rindukan Allah" dan sebagainya, tapi bila dihadapkan sedikit cubaan, kita dah mengagau mengeluh berpanjangan. Sampai terkadang, terkeluarnya kata-kata yang bukan-bukan bagi ekspresikan perasaan.

Bukan kalau kita cintakan seseorang, kita terima baik buruknya dia, seadanya dia saja kan? Biar kalau ada cacat cela, kita tetap anggap itu bukan kelemahannya dia, tapi menjadikan dia istimewa berbanding mereka yang lainnya.

Hoh. Indah, indah. Saya patut letak love. Kejap ye. ♥ Okay dah.

Lalu untuk apa semua keluhan..., kalau ujian tadi datangnya dari Dia Yang Maha Pemberi Cinta? Jujurnya rungutan tu tak perlu ada, kan? Sebab semuanya didatangkan daripada Ilahi untuk kita, tanda cintanya Dia pada kita.

Maka bergembiralah kamu yang sedang didugakan oleh Tuhan. :)

Tapi bukanlah maksudnya perlu diterima saja ujian yang dihadapkan tanpa kita mengambil ibrah ataupun memohon agar dipinjamkan pertolongan oleh Allah Taala. Berdoalah, dan yakin kalau Allah Taala mendengar setiap apa yang kita hajatkan.

Sama sahaja kepadaNya: sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. -ar Ra'd: 10.

Dari Anas bin Malik; telah berkata Jibrail: wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: biarkan hambaKu itu kerana Aku mencintai suaranya.

Saya perlu serap fikrah ni dalam hati saya ni. Biar lain kali, kalau diuji sampai saya tersungkur terhempap dek langit sekalipun dan mungkin takkan pernah mampu untuk berdiri, saya tetap boleh mendongak, cuba untuk merangkak, sambil tersenyum.

Walaupun senyuman saya nanti mesti sumbing habis. Tengah sakit la katakan. Tapi tak apa. Yang penting saya senyum. Kan? :)

5 comments:

ayeesha said...

wah..suka entri ini :)

aishah_conteng_je said...

sayangku Nuha,
bagaimanakha kamu buat love love itu?

hik.

sungguh, benarlah kalimat Tuhanku.
tidak ada yang mampu kita dustakan.

namun sukarnya menyimpul senyum dalam langkah yang perlahan, kan?

Syauqah wardah (ehemm),
semoga masih teguhlah kita
semoga setialah kita, dengan setiap kata-kata.
sungguh. dnegan menulis ini pun, pasti sebentar lagi diuji. sekali lagi.


kan?

syauqah wardah said...

ayeesha; Allah. terima kasih. :)

kak aishah;

huk. part akan diuji dengan semua ayat² ni, nuha boleh terlupa? Allahuakbar! hukhuk. :(

mcm mana nk buat love love? heeee. mcm ni kakak, & hearts ; tapi tiga² tu semua dirapatkan ;)

ehemmmm. :p ameen kak, ameen sangatttt. moga Allah beri peluang untuk nuha setiakan dgn kata² ni bila saatnya tiba nanti.

biiznillah.

Farahh Arshad said...

farahh like gila2~ entry ni kak
(:
wanna like a thousands time. hehe
but i cant ;p

syauqah wardah said...

farahhh

heee, pandai ye nak like thousands times :p thankyou sangat dik. moga kata² ni bermanfaat.

:) rindu kamu lah! nanti winter break datang mansurah pls? hihi.